Alternatif Kepada Riba: Keistimewaan Perbankan Islam Berbanding Konvensional

perbankan islam

Tahukah anda bahawa perbankan Islam telah diperkenalkan di Malaysia sejak perkembangan Islam di kepulauan nusantara pada abad ke-12.

Pada ketika itu, undang-undang Islam dalam perdagangan telah mula mempengaruhi masyarakat tempatan.

Selepas negara mengecapi kemerdekaan, permintaan untuk mewujudkan satu institusi kewangan yang halal dan berpaksikan hukum syarak yang telus telah meningkat.

Antara bank terawal yang mengamalkan sistem perbankan Islam secara penuh termasuklah Tabung Haji serta Bank Islam Malaysia berhad yang ditubuhkan pada tahun 1983 dan dikawalselia di bawah Akta Perbankan Islam 1983.

Sedekad kemudiannya, bank-bank konvensional mengambil inisiatif dengan menawarkan jendela Islamik (Islamic window) dalam urusniaga mereka sebagai contoh, Maybank Islamic, CIMB Islamic dan sebagainya.

Di samping itu, suatu inisiatif lain telah diambil oleh pihak Bank Negara Malaysia bagi menggalakkan lagi sistem Perbankan Islam untuk diterima pakai bukan sahaja di Malaysia, malah membawa idea tersebut ke negara asing.

Apa yang menakjubkan adalah apabila beberapa negara asing turut menerima sistem ini untuk diamalkan dalam sistem perbankan mereka.

Ini memperlihatkan persetujuan bahawa sistem Perbankan Islam menganjurkan pelbagai keistimewaan.

Baca Sepenuhnya

Kita Tidak Pernah Matang Sebab Tidak Berani Mengakui Kesilapan

kesilapan dalam kehidupan
Kesilapan adalah pelajaran. Kita hanya perlu mengakuinya, bukan menafikannya.. * My Life , My Mistake by BlackJack0919

kadangkala, kita hilang arah..

Kita melakukan kesilapan. Kita menghabiskan masa pada benda yang salah. Kita terlalu mengejar kekayaan. Kita tidak menghiraukan batas dosa pahala, etika dan moral.

Kita jatuh terlalu dalam ke lembah yang curam, kita mengikut nafsu.

Kita menipu. Kita mencuri. Kita memperdayakan orang lain.

Kita sombong kepada rakan-rakan kita. Kita melihat kesalahan dan jenayah didepan mata tetapi kita hanya lebih memilih mendiamkan diri.

Kita rasa sudah menjadi orang yang baik tetapi masih hidup dengan cara yang tidak betul.

Baik kah kita kalau tidak solat? Tidak menjaga aurat? Selalu membuat dosa?

Pada saat ini anda bukan lagi layak untuk menjadi kawan kepada sahabat, teman kepada orang pasangan anda, anak yang ibubapa anda besarkan, contoh yang kita ingin jadi, dan ibu bapa kepada anak anda yang masih suci.

Anda tidak layak. Anda hanya hipokrit.

Baca Sepenuhnya

7 Cara Mengekalkan Persahabatan Sampai Bila-Bila Dan Tidak Akan Dilupakan

cara mengekalkan persahabatan
Bagaimana cara mengekalkan persahabatan supaya utuh? * I love Sweets by laura242

Sering terjadi kadang-kadang orang tidak mahu berkawan dengan anda atau kawan anda menjauhkan diri dari anda.

Benarkah begitu?

Seperti ada seseuatu yang tidak kena dengan persahabatan anda sehingga anda seakan tidak disenangi oleh kawan-kawan anda.

Banyak sebab sebenarnya sesuatu persahabatan itu boleh retak.

Salah satu sebab adalah ianya mungkin berpunca dengan cara anda menggauli kawan-kawan anda.

Mungkin ada perkara yang anda terlepas pandang.

Baca Sepenuhnya

17 Pelajaran Penting Yang Harus Kita Ingat Ketika Hati Kita Dikecewakan & Ditolak

Pelajaran dalam kehidupan
Kita sering kali sukar untuk melihat pelajaran dalam kehidupan yang Allah ingin berikan..

Some plants are only meant to last for a certain season, or certain period of time.

If you try to make them live longer, you’ll be a bad gardener.

Pasti, bila kita mengimbau kembali kehidupan kita, kita akan sedar bahawa dalam penolakan yang kita terima dari seseorang, atau tidak mendapat sesuatu yang kita inginkan;

— kita akan digantikan sesuatu atau seseorang yang kita perlukan.

Ya, apa yang kita perlukan.

Bukan apa yang kita idamkan.

Untuk menyedari perkara ini ketika anda sedang dilanda kesedihan, memanglah sukar.

Kita tidak akan nampak.

Saya faham kerana saya juga pernah melaluinya.

Baca Sepenuhnya

Mampukah Kamu Doakan Dia Bahagia Setelah Dia Menyakiti & Mengkhianati?

doakan dia bahagia setelah menyakiti kita
Ingin bahagia? Doakan dia bahagia, juga. Walaupun dia pernah menyakiti hati kita.. * happiness by jyoujo

Bagaimana bahagia itu?

Bahagia.  Ya semua orang nak bahagia, dan ingat semua orang ditakdirkan Allah dengan bahagia.

Ini bermakna, semua orang ada takdir kebahagiannya tersendiri.

Namun tak semua orang dapat merasai bahagia, apabila dirinya sendiri hanya memandang bahagia tu dari satu prespektif sahaja.

Baca Sepenuhnya

7 Kaedah Meningkatkan Bacaan & Memperbaiki Hubungan Dengan Al-Quran

bacaan al-quran
Bertuah sesiapa dapat membaca al-quran dengan lancar dan mengingatinya didalam dada. Bahkan mengamalkannya dalam kehidupan seharian..

Adakah anda salah seorang yang jarang menyentuh Al-Quran?

Atau anda membacanya setiap hari namun bacaan masih belum lancar dan tidak betul?

Sebenarnya kelebihan dapat:

  • Dapat membaca Al-Quran setiap hari adalah satu nikmat
  • Dapat mengalunkan bacaan Al-Quran dengan baik dan betul adalah satu kehebatan
  • Dapat menhafal 30 Juz Al-Quran pula merupakan impian setiap orang yang bergelar muslim.

Tetapi jika kita dapat mencapai kesemua perkara diatas, InsyaaAllah ia adalah salah satu kebahagiaan yang sangat besar dan paling bermakna dalam hidup ini.

Namun dengan cabaran kehidupan dan budaya hidup masyarakat kini yang sentiasa sibuk, sedikit sebanyak membataskan hubungan kita dengan Al-Quran.

Malah ia semakin kritikal dari generasi ke generasi..

Baca Sepenuhnya

Hadiah Buat Ibu Yang Terbaik Adalah Sebuah Perhatian

hadiah buat ibu
Hadiah buat ibu yang diinginkan olehnya hanyalah sebuah perhatian dan kasih sayang | kebun teh dan ibu by daunbusuk

Bukanlah wang ringgit yang sangat diharap oleh seorang ibu dari anaknya.

Tiada hadiah buat ibu yang lebih bernilai melainkan kasih sayang dan perhatian dari anak-anaknya.

Hadiah kasih sayang ini terdapat dalam berbagai bentuk yang boleh kita hadiahkan dengan penuh keikhlasan.

Baca Sepenuhnya