NIAT & CARA SOLAT SUNAT FAJAR (Panduan Lengkap)

Bagaimana cara Solat Sunat Fajar?

Ini adalah panduan mudah untuk melakukan Solat Fajar.

Anda akan dibimbing secara langkah demi langkah sehingga selesai dan panduan ini diringkaskan agar mudah difahami.

Bacaan doa selepas solat fajar juga turut disediakan.

Apa yang penting:

Panduan solat ini juga dipermudahkan dengan transliterasi rumi untuk membantu anda yang mengalami kesukaran membaca tulisan arab.

Mari kita mulakan..

Pengenalan

Sebelum mendirikan solat fardu subuh, disunatkan mendirikan solat sunat fajar terlebih dahulu sebanyak dua rakaat.

Waktu mengerjakan solat ini adalah apabila bermulanya waktu fajar atau subuh adalah setelah terbitnya fajar yang benar (fajar sodiq) dan berakhir apabila terbitnya matahari.

Waktu Mengerjakan Solat Sunat Fajar

Bilakah waktu untuk mengerjakan Solat Fajar?

Waktu melakukan solat sunat Subuh adalah setelah masuknya waktu Subuh dan sebelum menunaikan solat fardhu Subuh.

Diriwayatkan oleh Abd al-Razaq, Sabda Nabi SAW:

لَا صَلَاةَ بَعْدَ طُلُوعِ اَلْفَجْرِ إِلَّا رَكْعَتَيْ اَلْفَجْرِ

Maksudnya;

Tidak ada solat selepas terbitnya Fajar melainkan dua rakaat (Sunat) Fajar

— Bulugh al-Maram (28)

Lafaz Niat Solat Sunat Fajar

Lafaz niat solat fajar adalah seperti berikut:

 Usolli Sunnatal Fajri Rak’ataini Lillahi Ta’ala 

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat fajar dua rakaat kerana Allah Taala”

Ringkasan cara mengerjakan Solat Sunat Fajar

  • Mulai dengan Takbiratul Ihram dan niat: “Usolli Sunnatal Fajri Rak’ataini Lillahi Ta’ala” (Sahaja aku solat sunat fajar dua rakaat kerana Allah Ta’ala)
  • Baca Surah Al-Fatihah, diikuti dengan surah pendek seperti Al-Kafirun
  • Lakukan rukuk, kemudian sujud dua kali
  • Rakaat Kedua. Bangun, baca Al-Fatihah dan Al-Ikhlas, lalu rukuk dan sujud seperti sebelumnya
  • Tahiyyat Akhir dan Salam. Duduk untuk tahiyyat akhir dan akhiri solat dengan salam ke kanan dan kiri

Tempoh melakukan solat sunat ini adalah dalam jangka masa yang sederhana dan tidak terlampau lama.

Saidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah memendekkan solat sunat subuhnya sehingga aku berasa ragu-ragu sama ada baginda membaca al-Fatihah ataupun tidak.

— Hadis direkodkan oleh Ahmad

Di bawah ini merupakan cara melaksanakan solat Sunat sebelum subuh secara langkah demi langkah:

Rakaat Pertama

1. Solat Dimulakan Dengan Takbiratul ihram.

Semasa mengangkat takbir, bacakan niat solat sunat fajar dalam hati.

Antara lafaz niat yang boleh diucapkan adalah:

Niat solat sunat fajar

 Usolli Sunnatal Fajri Rak’ataini Lillahi Ta’ala 

Sahaja aku solat sunat fajar dua rakaat kerana Allah Taala

* Niat solat juga boleh dilafazkan sebelum mengangkat takbir.

takbiratul ihram

2. Bacalah Surah al-Fatihah.

Pada kebiasaannya, solat sunat terus dibaca al fatihah tanpa doa iftitah terlebih dahulu.

Tetapi jika ingin membaca iftitah juga, ia adalah sunat (dapat pahala membaca)

Surah al-Fatihah adalah sebahagian daripada rukun solat. Oleh itu ia wajib dibacakan dalam semua solat.

surah al fatihah

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn


3. Kemudian, Baca Surah al-Kafirun

Selesai baca al-Fatihah, maka bacalah pula surah pendek daripada surah al-Quran.

Antaranya surah yang boleh dibaca adalah al-Alkafirun:

surah al-kafirun

Qul Yā Ayyuhal-Kāfirūn. Lā A‘Budu Mā Ta‘Budūn. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Wa Lā Ana ‘Ābidum Mā ‘Abattum. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Lakum Dīnukum Wa Liya Dīn

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.


4. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

rukuk solat

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan  diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:

  SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih 


5. Kemudian Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:

bangun dari rukuk
rabbana lakal hamdh

  Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh 


7. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

sujud

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

  Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 


8. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

solat taubat

Baca bacaan antara dua sujud:

  Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni 


9. Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

  Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 


10. Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua.

Sebelum bangun ke rakaat kedua, duduk istirahat sebentar (lebih kurang 3 saat) sebelum bangun berdiri untuk rakaat seterusnya.

solat taubat
Posisi Duduk Istirahat

Rakaat Kedua

11. Rakaat Kedua Dimulai Dengan Lafaz Takbir Intiqalat

(takbir intiqalah bermaksud takbir permulaan rakaat kedua).


12. Baca Surah al-Fatihah.

Seperti rakaat pertama, sekali lagi pada rakaat kedua dibacakan surah al-Fatihah.

surah al fatihah
Surah al fatihah

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn


13. Seterusnya Membaca al-Ikhlas

Selesai membaca al-Fatihah, maka bacalah pula surah al-ikhlas:

surah al-ikhlas

Qul Huwallāhu Aḥad. Allāhuṣ-Ṣamad. Lam Yalid Wa Lam Yūlad. Wa Lam Yakul Lahū Kufuwan Aḥad

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.

Bacaan surah al-Kafirun dan al-Ikhlas pada rakaat pertama dan kedua adalah berdasarkan riwayat Aisyah r.a. “Rasulullah membaca ‘kul ya ayyuhal kafirun’ dan ‘qul huwallahu ahad’ dalam solat sunat subuh” (Hadis ini direkodkan oleh Ahmad dan at-Tahawi


14. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

rukuk solat

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan  diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:

  SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih 


15. Kemudian Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:

bangun dari rukuk
rabbana lakal hamdh

  Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh 


16. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

sujud

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

  Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 


17. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

solat taubat

Baca bacaan antara dua sujud:

  Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni 


18. Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

  Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 


19. Bangun Dari Sujud, Terus Lakukan tahiyyat akhir

tahiyat akhir

20. Selesai Tahiyat, Solat Diakhiri Dengan Memberi Salam.

salam

Palingkan muka ke sebelah kanan, dan ucapkan salam seperti berikut:

ucapan salam

  Assalamualaikum Warahmatullah 

Maksudnya:

Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya

… kemudian palingkan pula muka ke sebelah kiri dan ucapkan salam kedua:

ucapan salam

  Assalamualaikum Warahmatullah 

Doa Selepas Solat Sunat Fajar

Selepas memberi salam, disunatkan membaca salah satu daripada doa ini:

Doa Pertama
Doa Solat Sunat Fajar

  Allahumma Robbu Jibrila Wa Israfila Wa Mika-i-la Wa Muhammadin Nabiyyi Sollallahu Alayhi Wassalam, A’uzuuBika Minan-narr.  

Maksudnya:

Ya Allah, Tuhan Jibril, Israfil, Mikail dan Nabi Muhammad SAW, aku memohon perlindunganMu daripada api neraka.

Keterangan Doa

Dalam kitab Ibnu Sunni, daripada Ibnu Abi al-Malih – namanya1 A’mir bin Usamah – daripada ayahnya daripada [datuknya Usamah bin U’mair r.a.2] bahawa dia solat sunat dua rakaat sebelum subuh dan Rasulullah SAW juga solat sunat dua rakaat disisinya, kemudian dia mendengar baginda mengucapkan sambil duduk [doa di atas]

Doa Kedua
Doa Solat Sunat Fajar

  Ya Hayyu Ya Qayyum, Ya DzalJalaaLi Wal-ikraaam, As-Aluka Anta Tuhyiya Qalbi BiNuuri MaghRiFatika Ya Allahu Ya Allahu Ya Allahu Ya Arhamar-Rahimin.  

Maksudnya:

Wahai yang hidup selama-lamanya, wahai yang mempunyai kebesaran dan kemurahan, aku memohon kepadaMu supaya menghidupkan hatiku dengan nur makrifatMu, ya Allah, ya Allah, ya Allah, wahai yang menghidupkan yang mati, wahai kekasih yang pengasih.”

Keterangan Doa

Menurut Syaikh Abu Bakar Syatha dalam kitab I’anatut-Thalibin, doa ini dianjurkan dibaca sebanyak 41 kali selepas solat sunat fajar.

Adakah Solat Ini Sama Dengan Solat Sunat Qabliyyah Subuh?

Secara ringkasnya, YA.

Solat sunat fajar adalah solat yang sama dengan solat sunat qabliyyah subuh.

Ikuti kupasan lanjut dari Ustaz Jafri Abu Bakar dalam video di bawah:

YouTube video

Menurut Mufti Wilayah, solat sunat yang paling dituntut antara solat-solat sunat rawatib yang lain adalah dua rakaat solat sunat fajar.

Ini kerana, padanya terdapat banyak kelebihan-kelebihan bagi sesiapa yang melaziminya.

Hal ini berdasarkan sebuah hadith:

1. Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

لَمْ يَكُنِ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى شَيْءٍ مِنَ النَّوَافِلِ أَشَدَّ مِنْهُ تَعَاهُدًا عَلَى رَكْعَتَيِ الفَجْرِ

Maksudnya:

Tidak pernah dilihat Nabi SAW begitu mengambil berat berkaitan solat-solat sunat sebagaimana Baginda SAW mengambil berat tentang dua rakaat fajar”. [Riwayat al-Bukhari (1116)]


2. Daripada Aisyah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا

Maksudnya:

Dua rakaat fajar adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya”. [Riwayat Muslim (725)]

Imam al-Nawawi berkata yang dimaksudkan dengan “وَمَا فِيهَا” adalah kesenangan dunia.

Penutup: Lakukanlah Solat Sunat Untuk Berjaya

Sesungguhnya telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang yang khusyuk dalam solat mereka”

— Surah al-Mukminun 1-2

Pada zaman Rasulullah SAW, para sahabat sangat cemburu dan berasa iri hati melihat baginda banyak melakukan amalan sunat.

Maka mereka turut sama berlumba-lumba melakukannya.

Sememangnya digalakkan kepada golongan yang beriman agar mengerjakan amalan sunat khususnya solat sunat.

InsyaaAllah mereka akan berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat jika melakukannya dengan rasa khusyuk.

Semoga panduan ini memberi manfaat kepada tuan dan puan

1 Yakni nama Abi al-Malih

2 Nama di dalam […] adalah merupakan tambahan dari periwayatan imam al-Tabarani seperti yang terkandung di dalam kitabnya yang berjudul al-Kabir. Sanad tidak dapat disambung melainkan diperhalusi melalui salasilah perawinya. Sila lihat Tahzib al-Kamal, ibnu Abi Malih ialah Mubassyir bin A’mir bin Usamah bin U’mar

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

161 thoughts on “NIAT & CARA SOLAT SUNAT FAJAR (Panduan Lengkap)”

  1. Solat sunat fajar adalah solat yang sama dengan solat sunat qabliyyah subuh.
    Tetapi kenapa niatnya tak sama

    Lafaz Niat Solat Sunat Fajar

    Sahaja aku solat sunat fajar dua rakaat kerana Allah Taala”

    Niat Solat Sunat Qabliyah SubuhSahaja aku solat sunat sebelum Subuh dua rakaat kerana Allah Taala.

    Reply
  2. Assalamualaikum ustaz.
    Contohnya sekarang fajar pd 5.55… jd pukul brapakah lebih kurangnya waktu menunaikan solat sunat fajar. Adakah lebih kurang 10minit sebelumnya?
    Saya bimbang masih ragu2.. jd saya pwrlukan kepastian. Terjmakasih ustaz

    Reply
    • Waktu melakukan solat sunat fajar adalah setelah masuknya waktu subuh dan sebelum menunaikan solat fardu subuh.

      Reply
  3. Asaalamualaikum, solat sunat qalbiyah subuh tu same ke macam solat sunat subuh yang di terangkan di atas ?

    Reply
  4. Assalammualaikum ustaz,saya mohon pencerahan tentang solat fajar.. Btul x cara saya dirikan solat fajar 10minit seblum masuk waktu dan apabila masuk waktu saya solat sunat qabliyah di ikuti solat fardhu subuh? Apa pun blog ni sangt membantu saya yang kurang arif pasal solat sunat ni..Dan alhamdulillah selepas mengikuti blog ni saya byk belajar mengenai solat2 sunat yang lain..Moga saya terus istiqomah dan moga Ustaz di rahmati oleh Allah swt..Terima Kasih untuk ilmu yg di beri Amin.

    Reply
  5. Salam.berapa lamakah jarak masa yg dibenarkan antara solat sunat subuh dan solat fardhu subuh? Kadang2 lepas solat sunat subuh menunggu orang lain bangun tidur utk solat berjemaah.

    Reply
  6. Asalamualaikum ustaz waktu bila sesuai untuk kita solat sunat fajar.. Maksud sy jam berapa.. Kalau mcm subuh pukul 620 sy laku kn dlm pukul 550 boleh ke ustaz…

    Reply
  7. assalammualaikum moderator. jika saya bangun lambat, adakah saya boleh melakukan solat fajar/solat sunat qobliyyah sebelum qada solat subuh?

    Reply
  8. Assalamualaikum Ust sunat subuh dan sunat fajar ni sama ka? Kalau dh buat sunat fajar kena buat solat subuh lagi ka?

    Reply
  9. salam ustaz nk tnya apakah selepas solat sunat fajar boleh melakukn solat sunat subuh qabliyah trima kasih ustaz

    Reply
  10. Salam Ustaz
    Bole kah kita lakukan solat sunat Fajar sebelom suboh dan setelah Azan Subuh kita lakukan solat sunat suboh

    Reply
  11. Assalamualaikum wht Ustaz.
    Saya ingin bertanya tentang solat fajar. Dikerjakan selepas masuk waktu subuh ke atau bagaimana?
    Kedua, tentang niat tu, adakah hendak diniatkan Solat Fajar atau Solat sebelum subuh.
    Mohon pencerahan Ustaz, terima kasih.

    Reply
  12. kebiasaannya saya solat sunat sebelum subuh tetapi pada hari ini disebabkan terlewat sikit ke surau , imam sedang solat subuh maka saya terus solat subuh bersama imam.

    saya difahamkan dalam keadaan tersebut dibolehkan solat sunat sebelum subuh yg selalu dilakukan pada kebiasaan itu selepas solat subuh, sebagaimana pernah dilakukan Rasulullah.

    Soalan saya:
    1) betul ke pandanagan ini?
    2) bagaimanakah niat ?

    tks

    Reply
    • 1) Ya memang benar.

      Bagi mereka yang terlepas Solat Sunat sebelum Fajar, dibenarkan Qadha solat tersebut sebaik-baiknya selepas Solat Subuh.

      Ini berdasarkan kepada peristiwa berikut:

      Pada suatu ketika, Rasulullah SAW terlihat seorang lelaki bersolat dua rakaat selepas menunaikan solat subuh. Lalu Rasulullah SAW bertanya kepada lelaki itu; “ Adakah anda bersolat Subuh dua kali?” Jawab sahabat tersebut, “Saya belum menunaikan solat dua rakaat sebelumnya (solat sunat Fajar), maka saya bersolat sekarang.” Baginda SAW apabila mendengar jawapan itu mendiamkan diri (tanda setuju).” (Hadith Riwayat Ibn Majah dan Abu Daud)

      2) Usolli Sunnatal Fajri Rak’ataini Qada’an Lillahi ataala

      Reply
  13. Assalamualaikum maaf bertanya saya baca dalam pengenalan mengatakan sebelum mendirikan solat fardhu subuh hendaklah kita mendirikan solat sunat fajar. Tetapi bila saya baca komen dibawah boleh kah solat sunat fajar didirikan sebelum waktu subuh. Jawapan nya tidak mana satu jawapan yang benar. Pertanyaan oleh cik sarina jawapan penulis tidak tetapi diawal pengenalan diatas mengatakan sebelum mendirikan solat subuh. Mohon penjelasan agar tidak berlaku percanggahan. Terimakasih tuan penulis

    Reply
    • Wassalam.

      Solat sunat fajar memang didirikan selepas masuknya waktu subuh

      Cuma ia dilakukan sebelum mendirikan solat fardu subuh.

      Maksudnya, selepas azan kita lakukan sunat fajar dahulu sebelum lakukan solat fardu subuh.

      Tiada percanggahan disitu.

      Reply

Leave a Comment