
Bagaimana bacaan Doa Qunut?
Ini adalah panduan bacaan Doa Qunut (rumi) solat subuh secara bersendirian dan bacaan Qunut imam untuk solat berjemaah.
Malah, panduan bacaan untuk Qunut Witir Serta Nazilah juga turut disediakan.
Apa yang penting:
Bantuan melalui AUDIO dan ejaan RUMI juga turut disertakan bagi membantu anda yang baru belajar dan sukar membaca tulisan arab.
Semoga panduan ini dapat membantu anda melakukan ibadah solat dengan sempurna.
Maksud Doa Qunut

Apakah itu Qunut?
Perkataan Qunut (الْقُنُوْتُ) adalah dari Bahasa Arab yang membawa beberapa makna diantaranya ialah berdiri lama, diam, selalu taat, tunduk, doa dan khusuk.
Manakala maksud doa Qunut secara istilah adalah — doa yang dibaca seorang Muslim dalam solat pada tempat yang dikhususkan semasa berdiri.
Imam Ahmad meriwayatkan daripada Anas r.a, katanya:
Rasulullah SAW sentiasa membaca dia qunut pada solat Subuh sehingga baginda meninggal dunia.
(Riwayat Ahmad dalam kitab Musnad Ahmad, kitab Musnad Anas bin Malik)
Al-Bukhari dan Muslim juga meriwayatkan daripada Anas r.a bahawa:
Dia telah telah ditanya: ‘Adakah Rasulullah membaca qunut ketika Subuh?’
Jawabnya: ‘Ya’.
Mereka bertanya lagi: ‘Adakah Baginda membaca qunut sebelum rukuk?’
Katanya: ‘Sebaik sahaja selepas rukuk’
(Riwayat al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari, kitab Jumaat: Bab qunut sebelum dan selepas rukuk)
Terdapat tiga jenis Qunut dalam solat iaitu Qunut dalam solat subuh, qunut dalam solat witir ramadhan dan Qunut Nazilah.
Bacaan Doa Qunut Bersendirian
Bagaimana cara membaca doa qunut untuk solat bersendirian?
Pada rakaat kedua Solat Fardu Subuh, sebelum sujud, kekal berdiri lurus dengan mengangkat kedua-dua tangan dan berdoa (membaca qunut).
Bacaan doa qunut adalah seperti berikut:

Bacaan Doa Qunut Rumi
Saya ada menyediakan trasliterasi rumi untuk Qunut seperti dibawah:

Allahhummah Dinii Fiiman Hadait

Wa ’Aa Finii Fiiman ‘Aafait

Watawal-Lanii Fiiman Tawal-laiit

Wabaariklii Fiimaa A’thait

Waqinii Syarramaa Qadhait

Fainnaka Taqdhii Walaa Yuqdho ‘Alaik

WainNahu Laa Yadzilu-man Walait

Walaa Ya’izzu-man ‘Aadait

Tabaa-rakta Rabbanaa Wata ’Aalait

Falakal-hamdu ‘Alaa Maa Qadhait

Astaghfiruka Wa ’AtuuBu ilaik

Wasallallahu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Nabiyyil Ummiyyi, Wa ’Alaa Aalihi Washahbihi Wasallam.
Doa Qunut Imam (Berjemaah)
Sekiranya solat fardu subuh tersebut adalah secara berjemaah, bacaan qunutnya adalah sedikit berbeza daripada bacaan solat bersendirian.
Perbezaan ini adalah kerana kata ganti nama diri bahasa arab itu ‘Ku’ (nii) ditukar kepada ‘Kami’ (naa) untuk disesuaikan dengan bilangan jemaah yang ramai (lebih dari satu).
Qunut dimulakan bacaanya oleh imam.
Imam membaca ayat-ayat bertulisan biru sebagaimana di bawah dan selebihnya (tulisan hitam) dibaca sendiri oleh makmum.

Bacaan Qunut Berjemaah Rumi

Allahhummah-dinaa Fiiman Hadait

Wa ’Aafinaa Fiiman ‘Aafait
Watawal-lanaa Fiiman Tawal-laiit

Fainnaka Taqdhii Walaa Yuqdha ‘Alaik

Wainnahu Laa Yadzilu Man Walait

Tabaa-rakta Rabbanaa Wata’Aalait

Falakal-hamdu ‘Alaa Maa Qadhait

Wa Nastaghfiruka Wa Natuubu Ilaik

Wasollallahu ‘Ala Sayyidina Muhammadinin Nabiyyil Ummiyyi, Wa ’Alaa Aalihi Wa Sohbihi Wasallam.
Maksud Doa Qunut

Berikut adalah makna terjemaah doa qunut baris demi baris:
“Ni” = aku
“Na” = kami
Allah humah dini fiman hadait.
Ya Allah berikanlah aku hidayah sebagaimana mereka yang telah Engkau beri hidayah.
Wa’a fini fiman ‘afait.
Berikan kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan.
Watawallani fiman tawalait.
Dan peliharalah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau peliharakan.
Wabarikli fimaa a’tait.
Berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan.
Waqinii (birohmatika) syarramaa qadhait.
Dan selamatkan aku (dengan rahmat Allah) dari bahaya yang telah Engkau tentukan.
Fainnaka taqdhi wala yuqdha ‘alaik.
Maka sesungguhnya, Engkaulah yang menghukum dan bukannya yang kena hukum.
Wainnahu layadziluman walait.
Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin.
Walaa ya’izzuman ‘adait.
Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi.
Tabaa rakta rabbana wata’alait.
Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi
Falakalhamdu ‘ala maaqadzait.
Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan.
Wa Nastaghfiruka Wa Natubu Ilaik.
Dan kami memohon ampun dari-Mu dan kami bertaubat kepada-Mu.
Wasallallahu ‘ala Saidina Muhammadinin nabiyil ummiyi waala aalihi wasahbihi wasalam.
Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarganya.
Hukum Membaca Doa Qunut

Terdapat pelbagai pandangan khilaf dan perbezaan pendapat di kalangan ulama mengenai hukum doa qunut dalam solat Subuh.
Imam Syafi’e berpendapat bahawa bacaan Qunut dalam solat Subuh merupakan sunat muakkad iaitu sunat yang sangat digalakkan.
Jika tertinggal atau terlupa untuk membaca Qunut, seseorang itu disunatkan untuk melakukan sujud sahwi.
Walau bagaimana pun, solat Subuh tetap sah walaupun tanpa sujud sahwi.
Pandangan Mazhab Syafi’e ini juga dipegang teguh oleh masyarakat Islam khususnya di Malaysia dan seluruh Nusantara.

Hukum Membaca Doa Qunut Subuh Di Mekah & Madinah

Doa ini sunat ab’adh bagi Mazhab Shafie iaitu kalau ditinggalkan sunat diganti dengan sujud sahwi.
Di Mekah dan di Madinah, Imam tidak membaca doa ini ketika solat Subuh.
Dari itu kita ada tiga pilihan:
Pilihan 1: Tinggalkan langsung dan diganti dengan sujud sahwi.
Pilihan 2: Boleh baca doa pendek berikut:

Pilihan 3: Baca doa qunut biasa tetapi mestilah dapat bersujud bersama imam jika tidak dapat disunatkan doa qunut tersebut.

Doa Qunut Nazilah
Makna Nazilah dari segi Bahasa ialah suatu keadaan yang gawat, mencemaskan dan terdesak.
Manakala, dari segi istilah, ia bermaksud suatu keadaan bencana yang menimpa ke atas umat Islam seperti adanya musuh, ketakutan, musim kemarau, wabak penyakit atau sesuatu mudharat yang jelas menimpa umat Islam.
Qunut Nazilah ialah doa yang dibacakan setelah ruku’ (sewaktu i’tidal) pada rakaat terakhir solat.
Hukumnya sunnah hai’ah (jika terlupa dan tertinggal, tidak perlu sujud sahwi).
Qunut Nazilah dilaksanakan kerana ada peristiwa (musibah) yang menimpa, seperti bencana alam atau peperangan.
Kaedah Pelaksanaan Qunut Nazilah
Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh.
Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Rukuk untuk iktidal.
Doa dibaca ketika berdiri untuk Iktidal.
Ada tiga cara membaca doa tersebut, iaitu kita boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:
- Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
- Membaca Qunut Nazilah sahaja
- Membaca Qunut subuh dan diikuti dengan Qunut Nazilah
Jika tidak menghafal Qunut Nazilah, bolehlah membaca qunut sepertimana dalam solat subuh. Kemudian doa nazilah ini boleh dibaca selepas solat.
Jika berjemaah, imam hendaklah memberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka meng-aminkan bersama doa tersebut.
Bacaan Qunut Nazilah Rumi
Menurut pendapat majoriti ulama’, tidak ada doa khusus yang perlu dibaca di dalam doa Qunut Nazilah.
Oleh itu, doa yang dibaca ialah apa yang bersesuaian dengan musibah yang berlaku ketika itu.
- Sebagai contoh, ketika berlaku bencana alam, kita boleh mendoakan khusus memohon perlindungan daripada Allah.
- Sekiranya berlaku peperangan seperti di Palestin dan Syria, kita oleh berdoa khusus buat saudara kita di sana.
Namun begitu, terdapat teks Doa Qunut Nazilah yang biasa diajarkan kepada kita, seperti dalam lagu kumpulan nasyid UNIC.
Doa Qunut Nazilah

ALLâhumma ‘Innâ Naj-‘Aluka Fi Nuĥuri ‘A‘-Dâ ‘Innâ‚

Wa Na-‘Użu-Bika Min Syuru-Rihim,

ALLâhumma Baddid Syam-Lahum

Wa Farriq Jam-‘Ahum‚

Wa Syattit Kalimata-Hum,

Wa Zal-Zil ‘Aqdâ-Mahum,

Wa Salliţ ‘Alayhim Kalbân Min Kilâbik‚

Yâ Qahhâr‚ Ya Jabbâr‚ Yâ Muntaqimu

Yâ ALLâhu‚ Yâ ALLâhu‚ Yâ ALLâh‚

ALLâhumma Yâ Mun-Zilal-Kitâb‚

Yâ Mujriyas-Saĥâb‚

Yâ Hazimal Aĥzâb

Ihzim-Hum. Wan-Şurnâ ‘Alayhim

Tidak Perlu Bertengkar Mengenai Hukum Doa Qunut
Walaupun terdapat pertentangan berkenaan hukum membaca qunut dalam Solat Subuh, tetapi kita harus tahu bahawa Qunut adalah sunnah Nabi saw dan meninggalkannya juga adalah sunnah Baginda.
Orang yang bertengkar serta bermasam muka semata-mata kerana bertelagah tentang hukum bacaan qunut dalam solat Subuh sebenarnya tidak mengikut sunnah Nabi saw.
Ulama silam telah membahaskan secara panjang lebar tentang isu-isu ranting seperti doa qunut.
Hasilnya, para ulama dalam mazhab Syafie berpendapat bahawa qunut adalah sunat, tetapi pandangan ulama dalam mazhab lain tidak sebegitu.
Mereka berbeza pendapat dalam suasana harmoni.
Hukum solat Subuh tetap sah sekalipun dibaca doa qunut ataupun tidak.
Sikap mengikut sunnah adalah baik dan mulia, namun ia tidaklah sempit sebegitu.
Sunnah Nabi adalah rujukan dan ia terdedah kepada tafsiran.
Maka sikap berlapang dada dan bertoleransi adalah sifat yang paling baik yang perlu kita amalkan.
Soal Jawab Masalah Berkaitan Doa Qunut

Berikut disenaraikan beberapa permasalah berkaitan Doa Qunut:
Imam Syafi’e berpendapat bahawa bacaan Qunut dalam Solat Subuh merupakan sunat muakkad iaitu sunat yang sangat digalakkan.
Solat subuh sah walaupun tidak dibaca Doa Qunut. Tetapi ini adalah sunnah yang digalakkan dan rugi jika tidak dilakukan.
Disunatkan melakukan Sujud Sahwi di akhir solat sebelum memberi salam.
Jika masih belum menghafal bacaan doa qunut maka harus seseorang itu membaca doa yang lain yang dia ingat.


Hemat ku, doa qunut ini indah dibaca setiap kali selepas solat subuh atau solat jumaat
Assalamulaikum, saya saudara baru
Doa qunut dibaca dengan lisan atau cukup sekadar dalam hati?
Wassalam,
Perlu dibaca dengan lisan :-)
Tulisan hendak jelas
Alhamdulillah..sy tak pernah belajar cara baca doa qunut sewaktu jadi imam..bila tgok artikel ustaz nih…sy boleh timba ilmu sikit2 dan boleh tau perbezaan qunut perseorangan dan beramai2…terima kasih..semoga ustaz dipanjangkan usia..dan menulis pelbagaj lagi artikel mengenai solat2 wajib dan solat2 sunat yg lain…
Thank you ?
Sama-sama :-)
Assalamualaikum
Nk tnya. Masa imam baca doa qunut makmum pun kena baca kan?
Wassalam.
Ya betul.
Assalamualaikum. Sy nak tnya. Apa perbezaan walait dan alait yee. Sbb ada dia yg disebut alait.. Ayat yg ke 7.
Wassalam
Ia membawa maksud yang berbeza. Cik/puan boleh rujuk pada terjemahan di atas.
Thanks for the sharing. This article really help. I always wonder why does imam recite doa qunut loudly at the beginning, then quite ( whispering) at the middle till end. Now I know why. Thanks again.
You’re welcome.
Glad to know this article help you out.
Alhamdulillah, terima kasih ilmunya. Semoga ilmunya bisa saya terapkan dan semoga Allah membalas kebaikan dan melipatkan gandakan ilmu antum
Alhamdulillah, Aamin Ya Allah. Terima kasih kerana sudi mendoakan saya.
Alhamdulillah..terima kasih tuan..perkongsian ilmu tuan sangat membantu saya..dan saya ada satu permohonan tuan boleh ke..?
Sama-sama tuan.
Permohonan mengenai apa ya tu tuan?