NIAT & CARA QADA SOLAT (Ganti Solat Fardu Lengkap)

cara Qada solat

Ini adalah panduan cara qada solat (menggantikan solat fardu) yang lengkap dan tersusun untuk memudahkan anda melakukan qada solat yang betul.

Apa yang menarik:

Ejaan dalam rumi juga turut disertakan dalam niat solat qada fardu lima waktu bagi membantu mereka yang sukar membaca tulisan arab.

Semoga panduan ini dapat membantu anda menggantikan solat dengan sempurna.

Apa Maksud Qada Solat

Qada solat (قضاء) bermaksud menggantikan atau melaksanakan solat fardu yang telah ditinggalkan atau terlepas. Dalam Islam, solat merupakan salah satu rukun Islam yang wajib dan tidak boleh ditinggalkan.

Apabila seseorang Muslim terlepas solat fardu disebabkan sebab tertentu seperti tertidur, lupa, atau keadaan darurat, maka wajib baginya untuk menggantikan solat tersebut pada masa lain.

Ini dilakukan sebagai cara untuk memenuhi kewajipan solat yang telah ditinggalkan. Qada solat menunjukkan pentingnya menjaga kewajipan solat dalam Islam dan tanggungjawab individu untuk memastikan semua solat fardu dilaksanakan.

Menurut mazhab as-Syafi’e, seseorang dikira sempat menunaikan solat secara tunai apabila dia sempat menghabiskan rakaat yang pertama dalam waktu solat tersebut.

Sebaliknya, mengerjakan solat secara qada adalah melakukan solat selepas waktunya.

Apabila seseorang tidak menunaikan solat pada waktunya, dia mesti menggantinya dengan menunaikan solat yang telah ditinggalkan pada waktu lain.

Orang yang tertidur, gila dan hilang akal ketika murtad diwajibkan untuk mengqadakan solat.

YouTube video

Hukum qada solat dalam Islam adalah wajib. Ia adalah kewajipan bagi mengganti solat fardu yang telah ditinggalkan, sama ada disengajakan atau tidak. Menurut pandangan ulama, setiap solat fardu yang ditinggalkan mesti diganti secepat mungkin.

Ini berdasarkan pemahaman umum dalam Islam bahawa solat adalah tiang agama dan tidak boleh ditinggalkan. Oleh itu, apabila seseorang gagal menunaikan solat pada waktunya, dia wajib menggantikannya melalui qada untuk memastikan kewajipannya terhadap solat terpenuhi.

Bagi mereka yang meninggalkan solat fardu diwajibkan menggantikan solat tersebut.

Ibn Mas’ud r.a menceritakan bahawa ketika Perang Khandak, Rasulullah SAW telah disibukkan dengan serangan Musyrikin sehingga terbenam matahari sedangkan Baginda tertinggal solat empat waktu. Lalu Baginda meminta Bilal melaungkan azan, dan Baginda berdiri menunaikan solat Zuhur, kemudian Asar, kemudian Maghrib dan seterusnya Isyak

(Riwayat al-Tirmizi, al-Nasa’i dan Ahmad)

Hukum melewatkan solat tanpa keuzuran (dengan sebab yang benar-benar mendesak), apalagi diluar waktunya, adalah berdosa besar. Ini adalah satu maksiat besar yang tidak boleh dihilangkan kecuali dengan mengqadakan solat yang ditinggalkan.

Seseorang yang melakukannya mesti bertaubat dengan sebenar-benar taubat untuk tidak mengulanginya.

Niat qada solat adalah berniat di dalam hati untuk mengganti solat fardu yang telah ditinggalkan. Niat ini dilakukan sebelum takbiratul ihram pada permulaan solat.

Contohnya, jika seseorang hendak mengqada solat Zohor, niatnya adalah: “Sahaja aku solat fardu Zohor empat rakaat qada kerana Allah Taala”.

Niat ini penting untuk menentukan solat tersebut sebagai ganti bagi solat fardu yang tidak sempat atau tidak dapat dilaksanakan pada waktunya.

Berikut dinyatakan niat qada solat untuk setiap solat fardu:

niat qada solat subuh

 Usolli Fardhos-Subhi Rak’ataini Qadaan Lillahi Ta’ala 

Sahaja aku Solat Fardu Subuh dua rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”

Niat Qada Solat Zuhur

niat qada solat zohor

 Usolli Fardhoz-Zuhri Arba’a Raka’atin  Qadaan Lillahi Ta’ala 

Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”

Niat Qada Solat Asar

niat qada solat asar

 Usolli Fardhol Asri Arba’a Raka’atin Qadaan Lillahi Ta’ala 

Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat qadha’ kerana Allah Ta’ala

Niat Qada Solat Maghrib

niat qada solat maghrib

 Usolli Fardhol Maghribi Salasa Raka’atin Qadaan Lillahi Ta’ala 

Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”

niat qada solat isyak

 Usolli Fardhol isya’i Arba’a Raka’atin Qadaan Lillahi Ta’ala 

Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”

Cara Qada Solat Yang Tertinggal

Qada Solat merupakan cara mengerjakan semula solat yang terlepas. Langkah pertama adalah berniat di dalam hati untuk solat qada bagi waktu solat yang terlepas. Kemudian, ikuti langkah solat seperti biasa, termasuk takbiratul ihram, membaca Al-Fatihah, rukuk, sujud, dan salam. Qada Solat boleh dilakukan pada bila-bila masa sebelum masuk waktu solat yang sama pada hari berikutnya.

  1. Untuk Solat yang Ditinggalkan Ketika Musafir: Apabila ingin diqada selepas musafir, solat mesti diqada secara sempurna (tidak boleh qasar atau jamak). Jika diqada ketika masih musafir, boleh diqada secara sempurna atau qasar.
  2. Untuk Solat yang Ditinggalkan Ketika Menetap (Bermukim): Solat yang ditinggalkan ketika menetap wajib diqada secara sempurna (tamam) dan tidak boleh diqasar, walaupun diqada ketika musafir.
  3. Bacaan dalam Solat Qada: Bacaan boleh dibaca dengan nyaring pada waktu malam (selepas terbenam matahari hingga terbit matahari), sekalipun bukan jenis solat yang biasa dibaca nyaring. Bacaan solat dibaca perlahan pada waktu siang.
  4. Mengerjakan Qada Solat secara Berjemaah: Dibenarkan apabila ada dua orang atau lebih yang mahu mengganti solat mereka.
  5. Mengerjakan Qada Solat Secara Tertib (Mengikut Urutan): Disunatkan mengerjakan qada solat mengikut urutan, seperti solat Zuhur dahulu, kemudian Asar. Namun, jika waktu solat yang sedang berlangsung (seperti Asar) hampir habis, wajib mengerjakan solat tersebut dahulu sebelum qada solat yang ditinggalkan (seperti Zuhur).

Bacaan Dalam Solat Qada

Bacaan dalam qada solat sama seperti bacaan dalam solat fardu biasa. Ini termasuk:

  1. Takbiratul Ihram: Membuka solat dengan takbir.
  2. Bacaan Al-Fatihah: Membaca surah Al-Fatihah pada setiap rakaat.
  3. Surah Lazim: Membaca surah atau ayat-ayat Quran selepas Al-Fatihah.
  4. Rukuk dan Sujud: Melakukan rukuk dan sujud dengan bacaan-bacaan tertentu.
  5. Tahiyyat Akhir: Membaca tahiyyat pada rakaat terakhir.
  6. Salam: Mengakhiri solat dengan ucapan salam.

Tiada bacaan khusus atau berbeza untuk solat qada berbanding solat fardu biasa; perbezaannya hanya pada niat untuk menggantikan solat yang tertinggal.

Penjelasan Mengenai Cara Qada Solat

YouTube video

Wajib bagi seseorang yang telah meninggalkan solat untuk mengqada (menggantikan) solatnya itu dengan segera. Bahkan dibenarkan mengantikan solat sekali pun pada waktu yang diharamkan solat (waktu tahrim) seperti selepas asar, selepas subuh dan sebagainya.

1. Apabila meninggalkan solat sewaktu musafir dan hendak diqadakan selepas habis tempoh musafir, maka perlu diqadakan solat secara sempurna (tidak boleh diqasar dan jamak).


2. Solat yang ditinggalkan ketika musafir dan hendaklah diqada ketika masih dalam tempoh musafir. Solat juga boleh di qada ketika bermusafir pada waktu lain, secara sempurna atau diqasar.

(terdapat khilaf mengenai perkara ini dalam kalangan beberapa ulama)


3. Solat yang ditinggalkan ketika menetap (bermukim) wajib diqada secara sempurna (tamam) dan tidak boleh diqasar meskipun diqada ketika musafir.


4. Bacaan solat boleh dibaca dengan nyaring (untuk imam atau solat seorang diri) sekiranya waktu mengerjakan qada solat pada waktu malam iaitu selepas terbenam matahari hingga terbit matahari.

Sekalipun solat tersebut adalah bukan dari jenis solat yang dibaca nyaring (seperti Zuhur dan Asar).

Sebaliknya, bacaan solat dibaca perlahan apabila solat yang diqada tersebut dikerjakan pada waktu siang, bermula dari terbit matahari hingga terbenam matahari.


5. Tidak salah mengerjakan qada solat secara berjemaah apabila waktu itu terdapat dua orang atau lebih yang sama-sama mahu mengganti solat mereka.


6. Sunat mengerjakan qada solat secara tertib (mengikut urutan). Misalnya, solat qada Zuhur dahulu, kemudian baru solat qada Asar.

Orang yang meninggalkan solat fardu Zuhur dan mahu mengqadanya dalam waktu Asar, sebaik-baiknya mengerjakan qada solat Zuhur dahulu sebelum mengerjakan solat Asar secara tunai.

Kecuali apabila waktu asar itu tinggal sedikit dan dikhuatiri habis waktu sebelum sempat menunaikan solat Asar, wajib untuknya menunaikan solat Asar dahulu diikuti dengan qada solat Zuhur.

Lupa Bilangan Solat Yang Tertinggal Lama

Jika seseorang lupa bilangan solat fardu yang telah tertinggal, mereka disarankan untuk membuat anggaran terbaik berdasarkan ingatan. Setelah itu, lakukan qada’ mengikut jumlah tersebut. Jika tidak ingat, lakukan qada’ sebanyak mana yang dirasa cukup untuk meyakinkan diri sendiri bahawa kewajipan telah dipenuhi. Penting untuk menetapkan niat qada’ dalam hati sebelum memulai setiap solat.

Ulama mazhab Syafi’e menetapkan orang yang mempunyai terlalu banyak solat yang ditinggalkan sehingga tidak tahu jumlahnya, hendaklah mengqadakan solat-solat tersebut sehingga diyakini semuanya telah diganti.

Oleh itu, sesiapa yang meninggalkan solat selama 20 atau 30 tahun wajib menggantinya sedikit demi sedikit berdasarkan kemampuannya. Ini dilakukan sehingga kita yakin semuanya telah diganti.

Contohnya:

Seseorang yang meninggalkan solat selama 2 tahun boleh menggantikan setiap solat fardu yang ditinggalkan selepas solat tunai. Misalnya selepas solat subuh ataupun sebelum, dan boleh menggantikan satu ataupun dua solat subuh yang ditinggalkan.

Perkara ini dilakukan selama setahun ataupun dua tahun hingga yakin semua solat yang ditinggalkan sudah diganti.

Sekiranya dia mampu melakukan lima solat waktu pada setiap waktu tunai, maka dia boleh melakukannya.

Adakah Wanita Yang Haid dan Nifas Perlu Qada Solat?

warna darah haid

Wanita yang berada dalam keadaan haid atau nifas tidak perlu melakukan qada’ untuk solat yang terlepas. Ini kerana dalam Islam, wanita yang mengalami haid atau nifas dikecualikan daripada kewajiban solat. Setelah selesai tempoh haid atau nifas, mereka boleh meneruskan solat seperti biasa tanpa perlu menggantikan solat yang terlepas selama tempoh tersebut.

Penerangan

Wanita yang haid dan nifas tidak wajib mengganti solat (qada) untuk waktu-waktu yang tertinggal semasa haid dan nifas itu.

Tetapi ada beberapa situasi yang perlu diberi perhatian:

  • Wanita yang telah kering darahnya (haid dan nifas) dalam waktu Asar perlu qada solat Zohor.
  • Dan wanita yang kering darahnya dalam waktu Isyak perlu qada solat Maghrib.

Wanita berkenaan perlu mandi wajib dan mengerjakan solat waktu tersebut secara tunai (sekiranya sempat). Dia juga mesti mengerjakan secara qada untuk solat yang sebelumnya.

Jika dia tidak sempat mengerjakan solat dalam waktu darahnya telah kering, maka dia wajib mengganti solat waktu yang tertinggal dan solat yang sebelumnya itu.

Penjelasan lanjut mengenai masalah ini boleh dilihat pada pautan ini: Adakah Kena Qada Solat Zohor Jika Suci Dari Haid Pada Waktu Asar?

Orang murtad iaitu keluar daripada agama Islam, maka dianggap berdosa besar. Sekiranya dia kembali semula kepada Islam, wajib dia qada solatnya selama dia murtad. Bahkan wajib dia mengqada solatnya selama dia masih Islam sebelum dia murtad dahulu.

Hal ini disebabkan, apabila seseorang telah keluar daripada agama Islam, maka seluruh amalannya sebelum itu terbatal kecuali ibadah haji yang hanya terbatal kerana syirik yang berserta kematian.

Seorang yang minum minuman keras hingga mabuk dan tidak sedarkan diri, memandu dengan cara berbahaya dan berlaku kemalangan hingga tidak sedarkan diri, atau apabila dia melakukan apa-apa sahaja perkara yang membahayakan dengan sengaja hingga menyebabkan hilang akalnya..

… maka wajib dia mengqada solatnya selama dia hilang akal setelah dia pulih.

Akalnya hilang disebabkan perkara yang diharamkan, maka kewajipan tidak akan gugur daripadanya.

Di sini saya kumpulkan beberapa soalan lazim mengenai qada solat yang mungkin membantu anda menjawab persoalan yang sedang anda hadapi:

Perlu Buat Solat Qada Dahulu Atau Solat Tunai Dahulu?

Solat qada tidak wajib dilakukan mengikut tertib, tetapi disunatkan supaya mengikut tertib. Jika waktu solat masa itu hampir tamat, maka utamakan solat tunai waktu itu terlebih dahulu.

Hukum Tertinggal Solat Kerana Terlupa atau Sakit

Solat yang tertinggal sama ada secara sengaja ataupun terlupa, wajib diqada sebaik sahaja mengingatinya. Ataupun sekiranya tidur, sebaik sahaja terjaga daripada tidur terus diqada solat yang terlepas.

Solat wajib ditunaikan walaupun ketika sakit dengan menggunakan rukhsah-rukhsah yang Allah berikan seperti tayamum sekiranya tidak dapat menggunakan air, solat duduk ataupun baring sekiranya tidak dapat berdiri dan sebagainya.

Adakah Bacaan Perlu Kuat Bila Qada Solat Isyak Pada Waktu Siang?

Tidak harus membaca dengan nada kuat untuk solat fardu yang dilakukan pada waktu siang. Sama ada solat itu dilakukan pada waktunya ataupun qada. Begitu juga, disunatkan membaca dengan kuat untuk solat fardu yang dikerjakan pada waktu malam, walaupun solat pada zuhur ataupun asar.

Bolehkah Qada Solat Yang Ditinggalkan Secara Berturutan?

Boleh. Sunat mengerjakan solat qada secara tertib.

Bagaimana Cara Qada Solat 6 Waktu Solat

Harus mengqada solat-solat yang tertinggal sama ada mengikut tertib atau tanpa tertib.

Bolehkah Solat Sunat Jika Masih Belum Selesai Qada Solat?

Tiada larangan untuk anda melakukan solat sunat.

Tetapi mengapa perlu melakukan yang sunat sedangkan anda boleh melakukan yang wajib, sekaligus mendapat pahala wajib dan diampunkan dosa akibat meninggalkan yang wajib.

Untuk solat tahiyatul masjid, anda boleh melakukan melakukan solat qada subuh ataupun solat lain ketika masuk ke masjid, sebelum anda duduk. Dengan melakukan solat qada ini, anda sudah mendapat pahala solat wajib dan mendapat pahala solat sunat tahiyatul masjid.

Bolehkah Qada Solat Secara Jamak & Qasar?

Sekiranya anda tidak merancang bagi bermukim di destinasi ini lebih daripada tiga hari, anda masih dianggap sebagai musafir yang mendapat rukhsah jamak dan qasar solat.

Dalam keadaan ini, anda masih boleh mengqada solat zohor dan asar dengan memendekkan menjadi dua rakaat.

Tetapi anda tidak boleh menjamakkannya kerana kedua-duanya sudah keluar daripada waktunya.

Bolehkah Solat Qasar Yang Ditinggalkan Semasa Musafir Secara Jamak Qasar Ketika Bermukim?

Solat yang ditinggalkan ketika musafir tidak lagi boleh diqasar apabila perjalanan itu tamat. Solat itu perlu diqada secara rakaat penuh (tamam)

Bolehkah Qada Solat Secara Jamak Qasar Ketika Saya Dalam Pemusafiran Yang Lain?

Terdapat khilaf (pertembungan) jawapan ulama mengenai hal ini. Anda boleh qasar solat zohor yang ditinggalkan dalam pemusafiran yang lalu walaupun telah berada dalam pemusafiran yang lain. Tetapi adalah lebih baik disegerakan qada solat tersebut.

Hukum Qada Solat Yang Tertinggal Semasa Bermukim Ketika Musafir

Anda tidak boleh mengqasarkan solat-solat yang sudah anda tinggalkan ketika bermukim ketika anda sedang musafir.

Adakah Perlu Baca Kuat Jika Qada Solat Asar Pada Waktu Malam?

Disunatkan anda membaca surah dengan kuat kerana solat itu dilakukan pada waktu malam.

Adakah Orang Yang Pernah Gila Perlu Qada Solat?

Orang yang mengalami masalah mental atau gila tidak diwajibkan qada solat-solat yang ditinggalkan ketika dalam keadaan itu. Ini kerana penyakit ini selalunya menimpa seseorang dalam tempoh yang lama hingga memakan masa bertahun-tahun.

Sekiranya diwajibkan mengqada semua solat-solat ini, sudah tentu sangat membebankan.

Adakah Orang Pengsan Perlu Qada Solat?

Orang yang pitam atau pengsan wajib mengganti solat yang tertinggal ketika dalam keadaan tidak sedarkan diri itu.

Ini kerana  pengsan atau pitam selalunya hanya akan berlaku dalam masa yang singkat, berbeza dengan orang gila.

Begitu juga halnya orang yang tertidur sehingga terlepas waktu solat.

Kewajipan Mengganti Solat Yang Tertinggal

Bagi mereka yang meninggalkan kewajipan solat fardu atau ibadah lain, diwajibkan menggantikannya.

1. Ibnu Mas’ud r.a menceritakan bahawa ketika Perang Khandak, Rasulullah SAW telah disibukkan dengan serangan musyrikin sehingga terbenam matahari sedangkan Baginda tertinggal solat empat waktu.

Lalu Baginda meminda Bilal melaungkan azan, dan Baginda berdiri menunaikan solat Zuhur, kemudian Asar, Kemudian Maghrib dan seterusnya Isyak.

(Riwayat Tirmizi, Nasai’e dan Ahmad)


2. Orang yang meninggalkan ibadah wajib hendaklah menggantikannya berdasarkan umum sabda Rasulullah SAW, begitu juga solat fardu yang ditinggalkan hendaklah digantikan.

Sabda Nabi:

Hutang Allah itu lebih perlu ditunaikan (diganti)


3. Orang yang sengaja meninggalkan solat fardu tanpa keuzuran telah melakukan dosa dan wajib menggantikannya.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

Maka kecelakaan besar bagi orang yang solat. (iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan solatnya

— Al-Ma’un 107:4-5

Saya berharap agar panduan ini dapat membantu memudahkan anda dalam melaksanan solat ganti.

Jika terdapat sebarang persoalan atau kemusykilan, anda boleh tinggalkan perkara tersebut pada ruangan di bawah.

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

1,302 thoughts on “NIAT & CARA QADA SOLAT (Ganti Solat Fardu Lengkap)”

  1. Assalamualaikum ustaz… Saya nak tanya, kalau wanita itu mandi wajib dlm waktu asar… dan wanita itu sepatutnya, solat asar dan qada’ zohor… Tapi wanita itu tidak berbuat demikian kerana tidak pernah mengetahui hal itu dan baru sahaja mengetahui… Soalan saya adakah patut qada’ solat zohor sehingga berapa kerap kali yg di tinggal??..
    Terima kasih ustaz.

    Reply
  2. assalamualaikum, untuk qada solat niat sahaja kan yang lain bilangan rakaat dan cara solat macam fardhu kan

    Reply
  3. Ustad,macam mane ye,Kalo kite mndi wajib ketika tgh Hari Dan terlps solat subuh,apakah kite perlu qada’ solat subuh Dan mcm mne nk gabungkn solat subuh Dan zuhur?Mohon penjelasan Dr ustad..

    Reply
    • Wassalam.

      Ya kena qada balik solat subuh.

      Tidak boleh gabung solat semasa qada. Kena solat satu persatu.

      Reply
  4. Assalam ustaz, sy ingin bertanya.. jika kita pernah meninggalkan solat semasa kita sudah akhir baligh dan kita tidak pasti berapa waktu yang kita telah tinggalkan atau skip. Adakah kita boleh konsisten solat taubat, solat tahajjud & solat dhuha, dan dalam msa yg sama qada solat sedikit demi sedikit mengikut waktu semasa solat wajib? Terima kasih ustaz. Semoga ustaz&admin sentiasa didalam rahmat Allah swt. Aamiiin

    Reply
  5. assalam ustaz.kalau buat qada solat subuh waktu siang @ malam,adakah perlu untuk membaca doa qunut?
    soalan kedua bila buat qada solat,boleh ke kita x baca doa iftitah,terus baca surah Al Fatihah?mohon pencerahan terima kasih

    Reply
    • Wassalam,

      1. Sunat yang digalakkan untuk buat qunut.
      2. Boleh, tiada masalah baca al-Fatihah terus. Jika kita ada banyak solat yang perlu qada, maka bacalah bacaan-bacaan yang wajib sahaja.
      Reply
  6. Assalamualaikum Ustaz.

    Lepas selesai solat fardhu (tanpa berzikir & berdoa), boleh ke terus bangun & buat qada solat.
    Berzikir & berdoa setelah selesai qada solat terus.

    Mohon pencerahan.

    Terima kasih.

    Reply
  7. Assalamualaikum ustaz sy nak tanya darah haid sy baru je kering tetapi sy dah lps pd 2 waktu solat zuhur dan asar. Tpi waktu solat mghrib sy dah boleh solat smpai solat subuh..kul 4.30 sy solat tahajud swmntra mnunggu solat subuh..boleh ke qada solat zuhur dan asar dlm waktu sblm subuh..

    Reply
  8. Assalamualaikum ustaz,

    Sekiranya kita melakukan solat qada, perlukah atau bolehkah kita melakukan wirid dan doa seperti solat fardhu tunai

    Reply
  9. Assalamualaikum ustz…
    Nk taye jika sekiranya solat isyak tertinggal kerana keletihan sampai waktu subuh.mana patut dahulukan.qada isyak ke @ solat subuh dahulu.
    Dan satu lagi jika waktu subuh jg terlepas terlena tidur mana patut dahulukan qada isyak @ qada subuh

    Reply
    • Wassalam,

      1) Dahulukan solat Subuh tunai dahulu, kemudian baru yang qada.
      2) Sunat lakukan mengikut tertib, iaitu Isyak dahulu kemudian solat subuh

      Reply
  10. asslamualaikum ustaz , saya tak berapa faham jawapan ustaz untuk soalan qada solat bagi seorang musafir? boleh saya tahu apa maksud musafir dan mukim? apa pula beza qasar dan jamak , terima kasih ustaz ?

    Reply
    • Wassalam,

      Soalan itu menjawab masalah bagi orang yang sedang musafir (mengembara) dan ingin melakukan qada solat dalam tempoh perjalanannya.

      Secara mudah:

      musafir bermaksud pengembara (orang yang keluar dari kawasan tempat tinggalnya melebihi 90km) manakala mukim pula adalah orang yang tinggal dalam kawasan dia bermastautin (tempat yang dia belajar, bekerja dan ada rumah di sana)

      Qasar bermaksud memendekkan solat. Contohnya solat empat rakaat dipenddekkan menjadi dua rakaat.

      Jamak pula mengumpulkan dua solat dalam satu masa. Contohnya solat zohor dan asar dalam waktu zohor.

      Awak boleh baca maklumat lanjut mengenai solat Jamak dan Qasar pada pautan ini: https://akuislam.com/blog/ibadah/solat-jamak-qasar/

      Reply
  11. asslamualaikum”
    ustaz saya nak tanya”
    kalau selesai sudah solat contoh seperti
    “subuh”zohor”asar”maghrib”isyak”
    kalau nak solat qada terus boleh ke
    Sesudah selesai ja solat fardhu”
    terus sambung solat qada?

    Reply
  12. Assalamualaikom jika saya keluar berjalan atau menziarah orang sakit dan saya terlepas solat boleh ke saya qada solat tersebut ?

    Reply
  13. aslm,ustaz.saya nak Tanya kalau Kita tinggal solat zohor dan nak ganti lepas solat asar boleh ka?dan kalau Kita pernah tinggal solat sebelum baligh adakah perlu ganti?mohon Jawab ye

    Reply
    • Wassalam,

      1. Ya boleh. Ganti solat boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja.
      2. Tidak perlu ganti solat sebelum baligh.
      Reply
  14. Salam ustaz, saya ada baca klu tinggal solat dgn sengaja tidak boleh qadha sbb qadha blh diterima disebabkan tertinggal solat subuh kerana terlajak tidur dan jika tinggal solat dengan sengaja, kita kena solat jamak (takhir/takdim) tpi tak blh qasar. Jadi ada 2 persoalan saya:

    1. Jika saya tinggal solat Asar , apakah niat solat jamak di waktu maghrib? Sbb jamak takdim utk Zohor dan Asar manakala jamak takhir utk maghrib dan isyak. Saya tak faham.
    2. Saya blh niat solat qadha kerana meninggalkan solat Asar dgn sengaja atau blh juga niat jamak? Dihargai sangat jika ustaz baca:)

    Reply
    • Wassalam,

      Tidak betul tu. Solat wajib di qada sama ada tinggal solat dengan sangaja atau tidak sengaja.

      Solat jamak hanyalah untuk musafir dan beberapa keadaan tertentu sahaja. (Orang tinggal solat tidak termasuk dalam kelonggaran untuk jamak)

      Untuk pemahaman mengenai solat jamak, boleh rujuk panduan ini: https://akuislam.com/blog/ibadah/solat-jamak-qasar/

      Reply
  15. Ustaz nk tanya…kalau kita pendekkan niat tu boleh tak? Contoh : “aku qada fardhu zuhur” adakah boleh?

    Reply
  16. Assalamualaikum Ustaz”
    Ustaz saya ada nak tanya”
    Solat Ganti Bagai mana nak Di lakukan?”
    Contoh nya”
    Saya terlepas solat Subuh tanpah tak sengaja

    Dan saya Dah nak solat Zohor
    Bagai mana saya nak ganti kan solat Subuh saya yang terlepas tu?
    ada ka saya ganti kan 
    sesudah solat zohor tau sebelum solat zohor?

    Mohon penceran Ustaz

    “TERIMA KASIH”

    Reply
    • Wassalam

      Sebenarnya, solat qada dilakukan sesegera yang mungkin. Contohnya semasa waktu dhuha.

      Jika waktu zohor baru berkesempatan untuk qada, maka lakukan solat yang fardhu dahulu.

      Reply
      • assalamualaikum’ustaz saya tanya”
        kalau selama 30 tahun tak perna solat
        bila dah start solat 5 waktu dah solat taubat”
        jadi soalan saya di sini”apa ka yang selama 30 tahun tu kena solat ganti sebab kira kita hutang dengan Allah
        kena ganti 30 tahun juga betul ke ustaz!?

        Reply
        • Wassalam.

          Iya betul, kena ganti sebanyak mana yang pernah kita tinggalkan, bermula dari usia akil baligh.

          Reply
          • oh ok faham☺️
            ustaz
            kalau saya baru start solat 5 waktu”
            saya mula dari subuh”
            dan saya nak ganti solat yang selama ni saya tinggal kan”
            saya solat subuh tunai”
            selepas tu
            perlu ke saya solat subuh qada lagi?
            untuk di ganti kan?
            dan 5 waktu seterus nya?

            dan jika saya
            tak dapat qada subuh dan zohor”
            boleh ke saya lakukan
            waktu maghrib dan isyak?
            tau di sebalik nya?

            Reply
            • maaf Kalau terlalu banyak tanya
              saya tak tahu nak tanya siapa lagi
              dengan ustaz je?
              saya blm start solat
              ada yang tak berapa faham lagi
              insyaallah tak lama lagi
              kalau saya dah tahu syarat syarat nya”

              Reply
              • Takpa, tanya sahaja apa yang awak nak tahu. InsyaaAllah saya jawab. ?

                Begini, waktu untuk qada solat ini adalah pada bila-bila masa sahaja.

                Tidak semestinya lepas solat subuh tunai, awak mesti qada solat subuh sahaja.

                Awak juga boleh qada solat lain selepas subuh, atau qada solat subuh pada waktu-waktu lain. Contohnya pada waktu jam 11.

                Selain ini, qada solat tidak terhad bilangannya. Awak boleh qada solat subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak dalam satu-satu masa.

                Reply
                • Tidak semestinya lepas solat subuh tunai, awak mesti qada solat subuh sahaja.

                  ohh jadi kalau saya nak solat 5 waktu
                  nak qada kan solat sekali
                  start dari subuh saya
                  Berniat solat subuh”
                  tunai tau qada!?

                  Reply
                    • oh ok faham”
                      kalau nak start solat 5 waktu kena wajib
                      qada kan ustaz”
                      boleh ke tu ustaz kalau saya qada
                      solat tak dapat 5 waktu
                      contoh nya
                      bila saya dah selesai solat subuh tunai”
                      saya buat qada solat subuh

                      keesok kan nya saya buat pulak
                      selepas selesai zohor”(qada zohor)

                      esok nya lagi saya buat
                      selepas selesai asar(qada asar)

                      saya buat pelan2 qada tu”
                      sebab kalau 1 kali gus”
                      rakaat pun panjang”
                      lagi masa kerja”

                      boleh ke macam tu?

                    • Ok dah faham”
                      terima kasih ustaz untuk penceraan nya”
                      hanya Allah yang dapat membalas jasah baik ustaz☺️

      • oh jadi kalau saya tertinggal solat subuh” dan saya tersedar yang saya belum solat subuh”contoh saya tersedar jam 9/10 harus ke saya solat qada subuh segera!?

        dan 1 lagi ustaz”
        bagai mana jika saya tertinggal solat
        asar boleh ke saya qada sebelum solat maghrib”kalau tak sempat sebab maghrib dah nak mula”
        tau selepas solat maghri!?

        Reply
          1. Ya, sebaiknya bila tersedar terus solat subuh segera.
          2. Jika masih belum maghrib, maka solatlah asar. Jika sudah azan maghrib, maka awak kena solat maghrib tunai dahulu, kemudian baru solat qada asar.
          Reply

Leave a Comment