
Bagaimanakah niat dan bacaan dalam solat?
Artikel ini menghimpunkan niat dan bacaan dalam solat yang dipermudahkan dengan ejaan rumi bagi membantu anda yang tidak mahir membaca tulisan arab.
Panduan ini ditulis untuk mereka yang baru belajar solat, kanak-kanak dan muallaf.
Apa yang menarik:
Bantuan audio juga disediakan supaya dapat membantu anda menyebut dengan betul.
Setiap bacaan disusun mengikut urutan dalam rukun solat.
Jika anda rasa panduan ini untuk anda, jom kita mulakan..
- Nota Transliterasi
- Niat Solat Fardu Lima Waktu
- Bacaan Doa Iftitah
- Bacaan Dalam Solat Ketika Rukuk
- Bacaan Dalam Solat Ketika Iktidal (Bangun Dari Rukuk)
- Bacaan Dalam Solat Ketika Sujud
- Bacaan Dalam Solat Ketika Duduk Diantara Dua Sujud
- Bacaan Doa Qunut
- Bacaan Dalam Solat Ketika Tahiyat Awal
- Bacaan Tahiyat Akhir
- Panduan Khusus Solat Fardu
Nota Transliterasi
Dalam panduan ini, setiap bacaan akan dipermudahkan dengan ejaan rumi.
Tujuan penggunaan ejaan rumi adalah untuk membantu dan memudahkan para pembaca tidak mahir membaca tulisan Arab.
Walau bagaimanapun, tulisan rumi tidak dapat mengeja sebutan tajwid dan makhraj Arab dengan tepat.
Oleh itu, gunakan audio bacaan untuk mengatasi kelemahan ini.
Maklumat Tambahan
Untuk maklumat lanjut mengenai perkara ini, sila rujuk pada pautan berikut: Nota Tulisan Arab Kepada Ejaan Rumi

Niat Solat Fardu Lima Waktu
Bahagian ini akan menyenaraikan niat solat-solat fardu dalam arab dan rumi.
Niat Solat Subuh
Lafaz niat solat fardu subuh adalah seperti berikut:

Usolli fardos-Subhi Rak’ataini Ada’an Lillahi Ta’ala
Niat Dalam Bahasa Melayu:
Sahaja aku solat fardu subuh dua rakaat tunai kerana Allah Taala.
Niat Solat Zohor

Usolli Fardoz-Zuhri Arba’a Raka’atin Ada’an Lillahi Ta’ala.
Niat dalam Bahasa Melayu:
Sahaja aku solat fardu zohor empat rakaat tunai kerana Allah Taala
Niat Solat Asar

Usolli Fardol Asri Arba’a Raka’atin Ada’an Lillahi Taala.
Niat Dalam Bahasa Melayu:
Sahaja aku solat fardu asar empat rakaat tunai kerana Allah Taala
Niat Solat Maghrib

Usolli Fardhal Maghribi Salasa Raka’atin Adaan Lillahi Ta’ala
Niat Dalam Bahasa Melayu:
Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat tunai kerana Allah Taala.
Niat Solat Isyak

Usolli Fardol Isya’i Arba’a Raka’atin Ada’an Lillahi Ta’ala.
Niat dalam bahasa melayu:
Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat tunai kerana Allah Taala
Bacaan Doa Iftitah
Bacaan doa iftitah adalah seperti berikut:
Bacaan Doa Iftitah Rumi
Allaahu Akbaru kabiiraa-walhamdu lillaahi katsiiran, wa subhaanallaahi bukrataw-wa’ashiila.
Wajjahtu wajhiya lilladzii fatharas-samaawaati wal ardha haniifam-muslimaw-wamaa anaa minal musyrikiina.
Inna shalaatii wa nusukii wa mahyaaya wa mamaatii lillaahi Rabbil ‘aalamiina.
Laa syariikalahu wa bidzaalika umirtu wa anaa minal muslimiin
Maksud Doa Iftitah
Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang. Aku hadapkan mukaku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, hal keadaannya bersih dalam Islam. Tidaklah aku dari golongan orang-orang yang mensyirikkan Tuhan. Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidup dan matiku bagi Allah, Tuhan yang memiliki alam keseluruhannya. Tidak ada bersekutu denganNya sesuatu dan dengan demikian aku disuruh dan aku dari golongan muslimin.
Bacaan Dalam Solat Ketika Rukuk
Bacaan tasbih semasa rukuk adalah:

Subhaa na rabbiyal a’zim wabihamdih
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dengan segala sifatNya yang terpuji
Bacaan Dalam Solat Ketika Iktidal (Bangun Dari Rukuk)


Sami Allahu liman hamidah. Rabbana lakal hamdh
Maksudnya:
Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya. Ya Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian.
Bacaan Dalam Solat Ketika Sujud

Subhana rabbiyal a’la wabihamdih
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.
Bacaan Dalam Solat Ketika Duduk Diantara Dua Sujud
Bacaan dalam solat duduk diantara dua sujud adalah seperti berikut:

Rabbigfirli warhamni wajburni warfagni warzuqni wahdini wa a’fini wa’fu anni
Maksudnya:
Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku.
Bacaan Doa Qunut
Bacaan doa qunut untuk solat bersendirian adalah seperti berikut:
Doa Qunut dalam Rumi:
Allahhumma dinii fiiman hadait,
Wa’aa finii fiiman ‘aafait,
Watawallanii fiiman tawal-laiit,
Wabaariklii fiimaa a’thait,
Waqinii BirahMatika Syarramaa Qadhait,
Fainnaka taqdhii walaa yuqdha ‘alaik,
Wainnahu laayadzilu man walait,
Walaa ya’izzu man ‘aadait,
Tabaa rakta rabbanaa wata’aalait,
Falakalhamdu ‘alaa maaqadhait,
Astaghfiruka wa’atuubu ilaik,
Wasallallahu ‘ala Sayyidina Muhammadin nabiyyil ummiyyi,
Wa’alaa aalihi washahbihi Wasallam.
Berikut adalah makna terjemaah doa qunut baris demi baris:
Allah humah dini fiman hadait.
Ya Allah berikanlah aku hidayah sebagaimana mereka yang telah Engkau beri hidayah.
Wa’a fini fiman ‘afait.
Berikan kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan.
Watawallani fiman tawalait.
Dan peliharalah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau peliharakan.
Wabarikli fimaa a’tait.
Berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan.
Waqinii BirahMatika Syarramaa Qadhait.
Dan selamatkan aku dari bahaya yang telah Engkau tentukan.
Fainnaka taqdhi wala yuqdha ‘alait.
Maka sesungguhnya, Engkaulah yang menghukum dan bukannya yang kena hukum.
Wainnahu layadziluman walait.
Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin.
Walaa ya’izzuman ‘adait.
Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi.
Tabaa rakta rabbana wata’alait.
Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi
Falakalhamdu ‘ala maaqadzait.
Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan.
Astaghfiruka wa’atubu ilaik.
Aku memohon ampun dari-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu.
Wasallallahu ‘ala Saidina Muhammadinin nabiyil ummiyi waala aalihi wasahbihi wasalam.
Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarganya.
Nota
Panduan khas mengenai doa qunut subuh dan doa qunut nazilah boleh dibaca pada pautan ini
Bacaan Dalam Solat Ketika Tahiyat Awal
Bacaan dalam solat tahiyat awal adalah seperti berikut:
Bacaan Ketika Tahiyat Awal dalam Rumi:
Attahiyyatul Mubarakaatush sholawaatuth thayyibatu lillaah,
Assalaamu’alaika ayyuhan nabiyyu warahmatullaahi wabarakaatuh,
Assalaamu’alaina wa’alaa ‘ibaadillaahish shoolihiin.
Asyhadu allaa ilaaha illallaah,
Waasyhadu anna Muhammadan rasuulullaah.
Allahhumma sholli ‘alaa Saidina Muhammad
wa ‘ala aalihi Saidina Muhammad
Makna Tahiyat Awal:
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Bacaan Tahiyat Akhir
Bacaan tahiyat akhir adalah seperti berikut:
Bacaan Tahiyat Akhir dalam Rumi
Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu lillah.
Assalamu’alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh.
Assalamu’alaina wa’la ‘ibadillahis salihin.
Asyahadu alla illaha illallah.
Wa’asyhadu anna Muhammadar Rasulullah.
Allahumma solli’ala Muhammad wa’ala ali Muhammad.
Kama sollaita’ala Ibrahim wa’ala ali Ibrahim.
Wabarik ‘ala Muhammad wa’ala ali Muhammad.
Kama barakta ‘ala Ibrahim wa’ala aliIbrahim. Fil ‘alamina innaka hamidummajid.
Maksudnya:
Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi. Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah.
Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad.
Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.
Perhatian
Panduan Khusus Solat Fardu
Jika anda memerlukan panduan khusus untuk setiap solat fardu, di bawah ini saya sediakan pautan kepada panduan-panduan tersebut:
Penutup
Semoga panduan bacaan dalam solat ini dapat membantu memudahkan anda mengerjakan ibadah solat.
Solat itu tiang agama.
Dan ibadah solatlah amalan pertama sekali yang akan dihisab oleh Allah SWT di akhirat kelak.
Oleh itu, bersolatlah semoga mudah-mudahan kita semua beroleh Syurga.
Jika anda mempunyai sebarang persoalan berkaitan solat dan agama, anda boleh tinggalkan soalan tersebut pada ruangan di bawah.
Saya akan cuba membantu anda menjawab persoalan tersebut dengan sebaik yang mungkin.




Salam ustaz. Umur saya 24 tahun. Saya takpernah solat. Macam mana saya nk ganti solat solat yg saya tinggal ustaz?
Wassalam.
Kena qada solat bermula dari usia baligh.
Contohnya awak baligh usia 12 tahun, jadi awak kena qada solat untuk 12 tahun yang lepas (sebab sekarang umur 24)
Paling mudah dan tidak rasa berat, awak buat satu solat qada selepas awak selesai buat solat fardu tunai.
Rujukan mengenai qada solat awak boleh lihat disini: https://akuislam.com/blog/ibadah/cara-qada-solat/
Assalamualaikum Ustaz,
Saya nak tanya mengenai doa-doa di akhir sujud dlm solat.. selalunya kalau dlm solat mesti dibaca dlm bahasa arab utk sah solat, doa2 yg kita nak baca dlm sujud terakhir tu mestikah semuanya dlm bahasa Arab jgk kalau dibaca dlm hati..tanpa lafaz
Wassalam,
Kalau dibaca dalam hati tiada masalah dibaca dengan bahasa melayu.
Jika dilafazkan dengan mulut sahaja yang perlu dalam Arab
Terima kasih Ustaz atas pencerahan
Sama-sama
Assalamualaikum Ustaz,
Saya nak tanya mengenai doa-doa di akhir sujud dlm solat.. selalunya kalau dlm solat mesti dibaca dlm bahasa arab utk sah solat, doa2 yg kita nak baca dlm sujud terakhir tu mestikah semuanya dlm bahasa Arab jgk kalau dibaca dlm hati..tanpa lafaz
Assalamualaikum mcm mana cara untuk solat taubat ye?
Wassalam, awak boleh rujuk pada panduan ini ya: https://akuislam.com/blog/ibadah/solat-sunat-taubat/
Assalamualaikum ustaz.Saya nk tanya sah tk solat kalo dalam rukuk dan sujud.Kita tak sebut 3 kali dan hanya sekali sahaja disebut
Wassalam.
Sah. Cuma majoriti ulama’ berpendapat sunat untuk membaca sebanyak 3 kali supaya dapat pahala sunat itu.
Assalamualaikum ustaz.
Boleh ka saya solat sambil memegang handphone untuk merujuk surah2? Saya xpandai solat.
Dan adakah sah solat saya jika saya pakai earphone untuk menghafal surah2?
Wassalam,
Tidak boleh sebab nanti akan menambah pergerakan dalam solat.
Apa yang boleh awak buat, letakkan kertas yang bertulis dihadapan awak dan baca pada kertas tersebut,
Assalamualaikum,ustaz masa solat,klau kita niat guna bahasa melayu sah ke solat kita?
Wassalam.
Sah, tiada masalah niat dalam bahasa melayu
Terima kasih utk jawapan ustaz,satu lgi soalan saya,adakah di bolehkan membaca tahiyat awal,di tahiyat akhir.
Sama-sama.
Boleh, tiada masalah.
salam ustz…maaf sy lupa nk tnya..ustz ada tk bacaan utk solat agar tk d ganggu dri bisikan syaitan?dan bacaan itu brmula dri mna dahulu?trima ksh ustz
Wassalam.
diantara amalan untuk menjauhkan khanzab ini dari mewas-waskan kita ialah membaca:
اللَّهُمَّ إنِّي أَعُوذُ بِك مِنْ شَيْطَانِ الْوَسْوَسَةِ خَنْزَبٍ
Ya Allah sungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari syaitan yang mewaswaskan iaitu si khanzab.”
Ustaz boleh bagi rumi tak tentang doa untuk menjauhkan khanzab. Sebab saya tak faham sangat Bahasa Arab.
salam ustz..sy nk tnya 2 soalan prtma nk tnya.apa hukumnya klu solat subuh sengaja tk buat tetapi solat subuh itu d qada pada solat zohor dn kedua..start bila jari telujuk kanan d angkt dn d rebahkn jari atu drebahkn sedikit jari telujuk?trima ksh ustz..
Wassalam,
Assalamualaikum,nk tanye kalau kita letak kertas bacaan solat di sejadah kerana tidak hafal
Apakah solat kita diterima?
Wassalam,
Boleh, tiada masalah