Hukum Wirid Selepas Solat

Hukum Wirid Selepas Solat

Apakah hukum wirid selepas solat?

Adakah wirid beramai-ramai dan panjang adalah amalan bidaah?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN:

Seorang ustaz yang menyampaikan ceramah disebuah surau berkata selepas solat berjemaah lima waktu tidak dibolehkan zikir beramai-ramai dan wirid panjang-panjang kerana perbuatan itu adalah bidaah yang haram.

Mohon penjelasan.


JAWAPAN:

Selepas solat jemaah lima waktu harus seseorang atau jemaah untuk berzikir atau berwirid samada dengan panjang atau pendek.

Di dalam hadith tidak membuat syarat berzikir itu dengan pendekkah atau panjangkah maka ia adalah bebas tanpa ada seorang pun ulamak yang melarang pendek atau panjang.

Jika ada yang melarang maka jelas ia bukan dari perkataan ulamak tapi itu perkataan orang awam yang jahil.

Ulamak sepakat bahawa lebih banyak zikir yang kita sebut maka pahalanya adalah lebih banyak.

Begitu juga berzikir sendirian atau beramai-ramai semuanya adalah elok dan dapat pahala.

Tiada yang melarangnya melainkan golongan orang-orang bodoh lagi teramat jahil.

Tersebut pada himpunan fatwa negeri Mesir:

Firman Alla Taala : Wahai orang-orang yang beriman zikirlah akan Allah itu dengan zikir yang banyak dan bertasbihlah akan Allah pada pagi dan petang.” (Al-Ahzab : 41 & 42)

Maka ayat ini ditujukan kepada orang beriman yang menyuruh mereka dengan berzikir akan Allah Taala.

Dan mengamalkan perintah ayat ini bolih dengan berjemaah dan bolih dengan sendirian.

Maka berzikir dengan berjemaah ialah perbuatan yang disuruh olih agama didalam masjid dan lainnya.

Siapa yang mengatakan ia adalah bida’ah maka sebenarnya dialah pembuat bida’ah kerana dia memandai-mandai menyempitkan perkara yang diberi keluasan olih agama yang mulia.”

(Darul Ifta Mesir)

Kesimpulan

Harus bagi mana-mana jemaah masjid atau surau atau lainnya untuk melakukan zikir dan wirid dan doa mengikut kesukaan masing-masing samada dengan cara berkumpulan atau sendirian atau dengan zikir dan wirid yang panjang atau pendek.

Tidak ada seorang ulamak yang melarang atau membuat syarat pada kadar zikir dan wirid selepas solat lima waktu kerana itu hikmah dikatakan Islam sebagai agama yang mudah.

Siapa yang melarang zikir yang panjang maka dia adalah ahli bida’ah dan siapa yang melarang zikir yang pendek maka dia juga adalah ahli bida’ah.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments