NIAT & CARA SOLAT DHUHA (Doa Lengkap Rumi)

solat dhuha

Bagaimana cara Solat Dhuha dan bacaan Doa Dhuha?

Panduan ini akan membimbing anda melakukan Solat Sunat Dhuha secara lengkap, langkah demi langkah.

Apa yang penting:

Setiap bacaan dipermudahkan dengan transliterasi Rumi (untuk anda yang sukar membaca tulisan arab)

Mari kita mulakan..

Apakah Maksud Dhuha?

“Dhuha” (الضحى‎) bermaksud “Waktu Pagi” atau “Cahaya Pagi”. Justeru, Solat Sunat Dhuha adalah solat sunat yang dilakukan pada waktu pagi, di antara waktu Solat Subuh dan Solat Zohor. Ia adalah solat sunat muakkad iaitu yang amat dituntut dalam Islam.

YouTube video

Solat Sunat Dhuha dilakukan untuk menghapuskan dosa dan agar murah rezeki. Terdapat banyak nas yang menyebutkan akan kelebihan dan kepentingan solat ini.

Antaranya seperti yang disebutkan oleh Abu Hurairah R.A beliau berkata:

Kekasihku telah berpesan kepadaku terhadap tiga perkara. (Iaitu) berpuasa sebanyak tiga hari dalam sebulan, dua rakaat solat dhuha, dan supaya aku melakukan solat witir sebelum aku tidur.

— Riwayat Muslim
info solat dhuha

Bilakah Waktu Solat Dhuha?

Solat Sunat Dhuha dilakukan setelah matahari naik setinggi satu galah, sekitar 40-48 minit selepas syuruq. Ini berdasarkan hadis Nabi ﷺ yang menyebut solat Awwabin dilakukan ketika anak unta merasakan panas matahari. Waktu ini berlarutan sehingga sebelum zuhur. Setelah masuk waktu zuhur, waktu Dhuha berakhir.

Nabi ﷺ keluar menuju ke Quba’ dan melihat penduduk Quba’ sedang mendirikan solat Dhuha, lalu Baginda bersabda, “Solat Awwabin adalah ketika anak unta mula berasa bahang panas matahari.”

— Riwayat Imam Muslim

Tempoh waktu ini berlarutan sehingga hampir gelincirnya matahari, iaitu sebelum masuk waktu zuhur.

Setelah masuk waktu zuhur, maka tamatlah waktu dhuha (10 minit sebelum zuhur).

Catatan

Boleh juga untuk mendirikan terus Solat Sunat Dhuha sebaik sahaja masuk waktu Solat Sunat Isyraq, tanpa melakukan solat sunat Isyraq.

Walau bagaimanapun, lebih afdhal melakukan solat sunat Isyraq terlebih dahulu, kemudian barulah solat sunat Dhuha.

solat dhuha

Berapa Bilangan Rakaat Solat Dhuha?

Solat Sunat Dhuha boleh dilakukan dua, empat, enam atau lapan rakaat – dengan setiap dua rakaat disusuli satu salam. Cara melaksanakannya sama seperti solat sunat lain. Menurut riwayat Aisyah RA dan Ummu Hani’, Nabi ﷺ solat Dhuha empat atau lapan rakaat, dengan tambahan jika mahu. Ini berdasarkan riwayat Imam al-Baihaqi dalam Sahih Muslim.

Ummu Hani’ yang menyatakan bahawa Baginda solat sebanyak lapan rakaat pada hari pembukaan Kota Makkah.

Rasulullah ﷺ mengerjakan solat dhuha 8 rakaat dengan memberi salam setiap 2 rakaat.

— Riwayat Imam al-Baihaqi
Info tambahan

Solat Dhuha 4 Rakaat Dengan Satu Salam

Terdapat satu persoalan daripada orang awam bagaimana untuk mengerjakan solat sunat Dhuha 4 rakaat sekaligus dengan satu salam.

Berikut adalah jawapan yang dikongsikan oleh Sahibus Samahah Tuan Guru Dato’ Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Kuala Lumpur:

Sunat hukumnya dilakukan solat sunat Dhuha secara dua rakaat satu salam, tetapi jika dilakukan dengan empat rakaat satu salam itu harus hukumnya. Rujuk I`anah al-Talibin (1/294).

Walaupun begitu,  kami berpendapat agar dilaksanakan solat dhuha itu secara dua rakaat satu salam sebanyak empat rakaat atau lebih kerana demikian lebih dekat dengan nas. 

Daripada Ummu Hani R.anha:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ صَلَّى سُبْحَةَ الضُّحَى ثَمَانِ رَكَعَاتٍ كَانَ يُسَلِّمُ مِنْ كُلِّ رَكْعَتَيْنِ

Maksudnya:

Bahawa Rasulullah SAW bersolat duha lapan rakaat, dilakukan dengan salam bagi setiap dua rakaat.

— Hadis riwayat Abu Daud, al-Tabarani, Ibn Khuzaimah, dan al-Baihaqi.

Wallahua`lam.

Niat Solat Dhuha

Bagaimanakah niat Solat Sunat Dhuha?

Lafaz niat Solat Sunat Dhuha adalah seperti berikut:

niat solat dhuha

 Usholli Sunnatad-Dhuha Rak’ataini Lillahi Ta’alaa 

Maksudnya: 

Sahaja aku solat sunat dhuha 2 rakaat kerana Allah ta’ala.

Catatan

 Solat sunat Dhuha lebih afdhal dikerjakan seorang diri dan tidak sunat dikerjakan secara berjemaah.

Cara Mengerjakan Solat Dhuha

Ringkasan Cara Melakukan Solat Dhuha

  • Solat Dhuha dimulakan dengan takbiratul ihram sambil niat dalam hati: “Sahaja aku solat sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Taala”.
  • Bacalah surah al-Fatihah dan surah lazim dalam setiap rakaat. Untuk surah lazim, anda boleh membaca surah Asy-Syams atau surah lain.
  • Lakukan rukuk, kemudian sujud dua kali. Pastikan anda menjaga tuma’ninah (ketenangan) dalam setiap gerakan.
  • Bangun untuk rakaat kedua dengan membaca takbir. Bacalah al-Fatihah dan surah ad-Dhuha atau surah lazim yang lain. Kemudian lakukan lagi rukuk dan sujud.
  • Setelah selesai rakaat kedua, duduk untuk tahiyyat akhir. Akhiri solat dengan memberi salam.
  • Apabila telah selesai melakukan solat Dhuha, hendaklah berdoa dengan penuh penghayatan, memohon kepada Allah SWT supaya diampuni segala kesalahan dan diberikan keberkatan serta dibukakan pintu rezeki.

Di bawah ini tatacara lengkap melaksanakan solat Sunat Dhuha secara langkah demi langkah:

Rakaat Pertama

1. Solat Dimulakan Dengan Takbiratul ihram.

Niat Solat Sunat Dhuha

Semasa mengangkat takbir, bacakan niat Solat Sunat Dhuha dalam hati:

niat solat dhuha

 Usholli Sunnatad-Dhuha Rak’ataini Lillahi Ta’ala 

Atau niat dalam Bahasa Melayu:

Sahaja aku solat Sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala

* Niat solat juga boleh dilafazkan sebelum mengangkat takbir.

takbiratul ihram

2. Bacalah Surah al-Fatihah.

Pada kebiasaannya, solat sunat terus dibaca al fatihah tanpa doa iftitah terlebih dahulu.

Tetapi jika ingin membaca iftitah juga, maka ia adalah perbuatan sunat (dapat pahala membaca)

Surah al-Fatihah adalah sebahagian daripada rukun solat. Oleh itu ia wajib dibacakan dalam semua solat.

surah al fatihah

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn


3. Kemudian, Bacalah Surah Asy-Syams

Selesai baca al-Fatihah, maka bacalah pula surah daripada surah al-Quran.

Secara umumnya, tiada penetapan khas untuk pembacaan surah bagi solat ini. Anda bebas membaca mana-mana sahaja surah selepas al-Fatihah.

Tetapi antara surah yang dianjurkan oleh para ulama untuk dibacakan adalah surah asy-Syams:

surah asy-syams

Washshamsi waduhaha. Walqamari itha talaha. Wannahari itha jallaha. Wallayli itha yaghshaha. Wassamai wama banaha. Walardi wama tahaha. Wanafsin wama sawwaha. Faalhamaha fujooraha wataqwaha. Qad aflaha man zakkaha. Waqad khaba man dassaha. Kaththabat thamoodu bitaghwaha. Ithi inbaAAatha ashqaha. Faqala lahum rasoolu Allahi naqata Allahi wasuqyaha. Fakaththaboohu faAAaqarooha fadamdama AAalayhim rabbuhum bithanbihim fasawwaha. Wala yakhafu AAuqbaha

Maksud surah:

Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang; Dan bulan apabila ia mengiringinya; Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata; Dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap- gelita), Demi langit dan Yang membinanya (dalam bentuk yang kuat kukuh – yang melambangkan kekuasaanNya); Serta bumi dan Yang menghamparkannya (untuk kemudahan makhluk-makhlukNya); Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; -Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). (Ingatlah), kaum Thamud telah mendustakan (Rasulnya) dengan sebab perbuatan derhaka mereka yang melampaui batas; Ketika orang yang paling jahat di antara mereka menerima perintah dari mereka (supaya membunuh unta yang menjadi mukjizat), Maka berkatalah Rasul Allah (Nabi Soleh) kepada mereka: ” (Janganlah kamu ganggu) unta betina dari Allah itu, dan (janganlah kamu menyekatnya daripada mendapat) air minumnya (supaya kamu tidak ditimpa azab)!” (Setelah Nabi Soleh memberi amaran) lalu mereka mendustakannya serta menyembelih unta itu. Dengan sebab dosa mereka, maka Tuhan menimpakan mereka dengan azab yang membinasakan serta Ia meratakan azab itu meliputi mereka (sehingga punah-ranah semuanya). Dan Allah tidak hiraukan kesudahan (mereka) yang demikian, (kerana itu adalah balasan yang adil).

Anda juga boleh baca surah-surah yang lain selain asy-Syams


4. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

rukuk solat

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan  diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:

  SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih 


5. Kemudian Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:

bangun dari rukuk
rabbana lakal hamdh

 Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh 


6. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

sujud

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

  Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 


7. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

solat taubat

Baca bacaan antara dua sujud:

  Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni  


8. Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

 Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 


9. Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua.

Sebelum bangun ke rakaat kedua, duduk istirahat sebentar (lebih kurang 3 saat) sebelum bangun berdiri untuk rakaat seterusnya.

solat taubat
Posisi Duduk Istirahat

Rakaat Kedua

10. Rakaat Kedua Dimulai Dengan Lafaz Takbir intiqalat

Selepas bangun dari duduk istirahah, maka bertakbirlah untuk rakaat kedua.

(Takbir intiqalat bermaksud takbir permulaan rakaat kedua).


11. Baca Surah al-Fatihah

Seperti rakaat pertama, sekali lagi pada rakaat kedua dibacakan surah al-Fatihah.

surah al fatihah
Surah al-Fatihah

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn


12. Seterusnya Membaca Surah Adh-Dhuha

Selesai membaca al-Fatihah, maka disunatkan pula membaca Surah Adh-Dhuha:

Anda juga boleh baca surah-surah yang lain selain asy-Syams & ad-Dhuha. Contohnya anda boleh gantikan dengan surah al-Kafirun dan al-ikhlas.

Selesai membaca al-Fatihah, maka bacalah pula surah ad-Dhuha.

basmala

Wadduha. Wallayli itha saja Ma waddaAAaka rabbuka wama qala Walalakhiratu khayrun laka mina aloola. Walasawfa yuAAteeka rabbuka fatarda. Alam yajidka yateeman faawa. Wawajadaka dallan fahada. Wawajadaka AAailan faaghna. Faamma alyateema fala taqhar. Waamma assaila fala tanhar. Waamma biniAAmati rabbika fahaddith.

Maksud Surah:

Demi waktu dhuha, Dan malam apabila ia sunyi-sepi -(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik). Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya. Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda – berpuas hati. Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan? Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu – Al-Quran)? Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan? Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya, Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik; Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

  • Seperti rakaat pertama, kita bebas untuk membaca mana-mana surah yang kita mahu dan ingat.

13. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

rukuk solat

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan  diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:

 SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih 


14. Kemudian Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:

bangun dari rukuk
rabbana lakal hamdh

 Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh 


15. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

sujud

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

 Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 


16. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

solat taubat

Baca bacaan antara dua sujud:

 Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni  


17. Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

 Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 

Bacaan Dalam Sujud Akhir

Semasa sujud akhir (sebelum bangun untuk tahiyat), seeloknya bacalah sebagaimana di bawah sebanyak 40 kali:

 WaHab li Yaa-waH-Haabu ‘il-man Wa Hikmatan, Waar-zuq-niy, Yaa-raz-zza-qu Kun Liy Mu-saH-Ha-laa 

Maksudnya:

Berikan kepadaku, wahai Tuhan Yang Maha Memberi akan ilmu dan hikmah dan murahkanlah rezeki kepadaku, wahai Tuhan Yang Maha Pemberi Rezeki jadikan ia mudah bagiku.

Bacaan tasbih ini adalah sunat sahaja. Jadi solat tetap sah walaupun tidak membaca tasbih ini.


18. Bangun Dari Sujud, Terus Lakukan tahiyyat akhir 

tahiyat akhir

19. Selesai Tahiyat, Solat Diakhiri Dengan Memberi Salam.

Akhir solat dengan memberi salam dua kali, bermula dari kanan kemudian memalingkan muka ke kiri.

salam

Palingkan muka ke sebelah kanan, dan ucapkan salam seperti berikut:

ucapan salam

 Assalamualaikum Warahmatullah 

Maksudnya:

Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya

… kemudian palingkan pula muka ke sebelah kiri dan ucapkan salam kedua:

ucapan salam

 Assalamualaikum Warahmatullah 

Bagi orang yang ingin melaksanakan Solat Sunat Dhuha lebih daripada dua rakaat, hendaklah dia terus bangun untuk menambah dua rakaat lagi setelah selesai solat dua rakaat yang pertama.

Doa Dhuha

Apakah bacaan selepas Solat Dhuha?

Selepas memberi salam ketika habis solat, bacalah tasbih ini sebanyak 10 kali:

Tasbih Selepas Solat Dhuha

SubHaaNallahi Walhamdulillah Wa Laa IlaHa Illallahu Wallahu Akbar, WaLaa HawLa WaLaa Quwwata Illa Billahil-‘Aliyyil ‘Aziim, ‘AaDaDa KholQil-Lah WaBiDaWaaMi Mulkillah

Maksudnya:

Maha Suci Allah, segala puji hanya bagi Allah, tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, Allah Yang Maha Besar. Dan tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Agung, sebanyak bilangan ciptaan Allah dan selama mana kekalnya kekuasaan Allah.

Doa Selepas Solat Dhuha

Tidak ada satu doa khusus yang diajarkan oleh Nabi SAW untuk Solat Sunat Dhuha.

Namun begitu, terdapat beberapa doa yang mahsyur, yang diajarkan oleh para ulama’ untuk diamalkan selepas solat sunat Dhuha.

Antara doa dhuha yang masyhur adalah seperti berikut:

Doa Dhuha

Allahumma innad-dhuhaa-a Dhuhaa Uka

Doa Dhuha

WalBaHaa-A BaHaa Uka

Doa Dhuha

WaljaMaaLa JaMaaLuka

Doa Dhuha

Wal-Quwwata Quwwatuka

Doa Dhuha

Wal-Qudrota QudroTuka

Doa Dhuha

Wal-’ismata ‘ismaTuka

Allahumma inKaaNa Rizqi fisSaMaa’i Fa-anZilHu

Doa Dhuha

Wa’in KaaNa Fil Ardhi Fa-AkhRijhu

Doa Dhuha

Wa’in KaaNa Mu-’assaron Fayassirhu

Doa Dhuha

Wa’in Kaana HarooMan Fathoh-Hirhu

Doa Dhuha

Wa-inKaana Ba-’iDan Faqor-RibHu

doa dhuha

Bihaqqi DhuHaa-ika WaBaHaa-ika WaJaMaaLika WaQuwwaTika Wa QudRoTika AaTini Maa AtaiTu Min ‘ibaaDikasSoLiHiin

YouTube video

Maksud Doa Dhuha

Ya Allah
Sesungguhnya Waktu Dhuha itu Dhuha-Mu
Kecantikannya Kecantikan-Mu
Keindahannya Keindahan-Mu
Kekuatannya Kekuatan-Mu
Kekuasaannya Kekuasaan-Mu
Perlindungannya Perlindungan-Mu

Ya Allah
Jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi, keluarkanlah
Jika sukar, per-Mudahkanlah
Jika haram, sucikanlah
Jika jauh, dekatkanlah

Berkat waktu Dhuha
Kecantikan-Mu, keindahan-Mu
Kekuatan-Mu, kekuasaan-Mu

Limpahkan kepadaku segala
Yang Engkau telah limpahkan
Kepada hamba-hamba-Mu yang soleh

Nota
  • Doa ini disebutkan oleh Syaikh Abu Bakar bin Muhammad Shaththa ad-Dimyathi (yang terkenal dengan gelaran As-Sayyid al-Bakri) dalam kitabnya I’anah ath-Thalibin
  • Perlu diketahui bahawa doa ini bukan berasal dari al-Qur’an atau as-Sunnah. Namun doa ini disebutkan dalam beberapa kitab mazhab Syafi’e, iaitu dalam kitab Hasyiyah al-Jumal 1/485, kitab I’anah ath-Thalibin 1/295, dan kitab Tuhfah al-Muhtaj 2/231.
  • Selain itu anda juga boleh membaca doa selepas solat ini

Selain itu, antara doa yang lain yang boleh dibacakan ialah:

Robbi Ighfir Li Wa Tub ‘Alayya Innaka Antat-Tawwabur-Rahim, Allahumma Laka Al-Hamdu Asbah-Tu ‘Abduka Wa ‘Ahdaka Wa Wa’daka Anta Khalaqtani Wa Lam Aku Shay’an Astaghfiruka Li Dzanbi Fa Innahu Qad Arhaqatni Dzunubi Wa Ahata Biya Illa An Taghfiraha Li Faghfirha Ya Arhamar-Rahimin.

“Ya Tuhanku ampunkan dosaku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang. Ya Allah bagi-Mu segala pujian, aku di waktu pagi sebagai hamba-Mu dan atas perjanjian dengan-Mu dan apa yang Kamu janjikan, Kamu menciptakanku dan tiadalah aku sesuatu, aku beristighfar kepada-Mu dari segala dosaku kerana sesungguhnya ia telah membelenggu dosa-dosaku dan meliputiku kecuali Engkau mengampuninya, maka ampunkanlahnya hai Tuhan yang bersifat Maha Rahmat dan Kasih Sayang.”

Kelebihan Solat Dhuha

Apakah kelebihannya mendirikan Solat Sunat Dhuha?

Allah memberi kelebihan kepada umatnya untuk meraikan waktu yang penting itu dengan mendirikan Solat Sunat Dhuha.

Sekurang-kurangnya terdapat 5 kebaikan yang kita dapat apabila melakukan Dhuha:

1. Sebagai Wasiat dan Sunnah Rasulullah.

Rasulullah SAW berwasiat kepada umatnya untuk merutinkan solat sunat Dhuha.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa dia berkata,

Kekasihku (Rasulullah) memberikan pesan (wasiat) kepadaku dengan tiga hal yang tidak pernah aku tinggalkan hingga aku meninggal nanti; iaitu puasa tiga hari setiap bulan, solat Dhuha, dan tidur dalam keadaan sudah mengerjakan solat witir.”

— Hadis Riwayat Bukhari

2. Dibangunkan Sebuah Rumah di Syurga.

Bagi golongan yang rajin mengerjakan Dhuha juga akan dibangunkan sebuah rumah untuknya di dalam syurga.

Hal ini dijelaskan dalam sebuah hadis Rasulullah SAW,

Barangsiapa yang solat Dhuha empat rakaat dan qabliyah Zuhur empat rakaat, akan dibangunkan untuknya sebuah rumah di syurga.”

— Hadis Riwayat al-Thabrani

3. Mendapat Rezeki Dengan Segera.

Diriwayatkan daripada Nu‘aim bin Hammar bahawa ia berkata, “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda;

Allah berfirman, ‘Wahai anak Adam, janganlah kamu berasa lemah untuk beribadah kepadaKu dengan cara mengerjakan solat empat rakaat di awal waktu siangmu, nescaya akan Aku cukupkan untukmu di akhir harimu.”

— Hadis Riwayat Abu Dawud

4. Mendapat Pahala Umrah

Daripada Abu Umamah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda,

Barangsiapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan bersuci untuk melaksanakan solat wajib, maka pahalanya seperti seorang yang melaksanakan haji. Barangsiapa yang keluar untuk melaksanakan Dhuha, maka pahalanya seperti orang yang melaksanakan umrah.”

— Sahih Al-Targhib: 673

5. Mendapat Keampunan Dosa Terdahulu.

Rasulullah bersabda:

Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.”

— Hadis Riwayat Ibnu Majah dan at-Tirmidzi

6. Masuk Ke Dalam Syurga Melalui Pintu “Adh-Dhuha”

Rasulullah bersabda:

Sesungguhnya dalam syurga ada satu pintu yang dipanggil Adh-Dhuha. Apabila tiba hari kiamat, seseorang akan menyeru: “Di manakah orang yang selalu mendirikan solat Dhuha? Inilah pintu kamu.Masuklah ke dalamnya dengan rahmat Allah.”

— Riwayat Imam Ath-Thabrani

Soal Jawab Masalah Berkaitan Solat Dhuha

Berikut disenaraikan soal jawab masalah berkaitan Solat Sunat Dhuha:

Apakah Maksud Solat Dhuha?

Solat Sunat Dhuha adalah solat yang dilakukan pada waktu pagi, di antara waktu Solat Subuh dan Solat Zohor. Dari sudut bahasa, al-Dhuha (الضحى‎) boleh diterjemahkan kepada “Waktu Pagi” atau “Sinar Pagi”.

Apa Hukum Solat Dhuha?

Hukum Solat Dhuha adalah sunat yang digalakkan untuk dikerjakan.

Bilakah Masa Mengerjakan Solat Dhuha?

Solat Sunat Dhuha dilakukan apabila matahari telah naik pada waktu pagi sekadar satu galah tingginya — Iaitu sekitar 40-48 minit selepas masuk waktu syuruq

Bilakah Waktu Solat Dhuha Tamat?

Waktu Dhuha tamat apabila hampir gelincir matahari iaitu kira-kira 10 minit sebelum masuk waktu Zohor.

Apakah Perbezaan Solat Dhuha Dan Solat Isyraq?

Terdapat khilaf di kalangan ulama mengenai kedua-dua jenis solat ini. Menurut Imam Ghazali solat Isyraq berbeza dengan solat Dhuha. Solat sunat Isyraq bukanlah solat sunat Dhuha. la adalah solat tersendiri yang habis waktunya setelah ia mencorong dan naik matahari.

Perbezaannya adalah dari segi waktu. Waktu solat isyraq bermula daripada terbitnya matahari sehingga naik setinggi satu tombak. Waktu ini disebut Dhahwah (ضحوة)

Waktu Dhuha pula bermula daripada matahari setinggi satu tombak sehingga waktu istiwa’ (matahari tepat di atas langit).

Adakah Solat Dhuha Boleh Dilakukan Secara Berjamaah?

la dibolehkan. Namun melakukan Solat Dhuha secara berseorang diri (munfarid) adalah lebih afdhal.

Berapa Rakaat Solat Dhuha?

Solat sunat dhuha boleh dikerjakan sebanyak dua, empat, enam atau lapan rakaat – dengan setiap 2 rakaat 1 salam.

Berapakah Rakaat Maksimum Solat Dhuha?

Sebanyak-banyak rakaat solat dhuha adalah 12 rakaat.

Bagaimana Cara Solat Dhuha 4 Rakaat?

Sunat hukumnya dilakukan solat sunat Dhuha secara dua rakaat satu salam, tetapi jika dilakukan dengan empat rakaat satu salam itu harus hukumnya. Namun lebih digalakkan agar dilaksanakan Solat Dhuha itu secara dua rakaat satu salam sebanyak empat rakaat kerana demikian lebih dekat dengan nas. [Rujuk I`anah al-Talibin (1/294)]

Bagaimana Cara Solat Dhuha 12 Rakaat?

Solat Dhuha lebih daripada 2 rakaat contohnya 4, 8 atau 12 rakaat dengan sekali salam dibolehkan sepertimana keterangan dalam kitab /’anah ath-Thalibin (1/254). Tahiyyatnya boleh dilakukan pada setiap 2 rakaat, atau 3 atau 4 rakaat. Apa yang tidak boleh adalah melakukan tahiyyat pada setiap 1 rakaat dan boleh juga meringkaskan tahiyyat tersebut dengan 1 tahiyyat pada rakaat terakhir.

Apakah Kelebihan Solat Dhuha?

Kelebihan Solat Sunat Dhuha adalah ia merupakan salah satu kunci pembuka rezeki dan juga menjadi amalan penghapus dosa. Rasulullah SAW bersabda barangsiapa yang selalu melazimi Solat Dhuha akan memasuki syurga melalui pintu khas bernama “Adh-Dhuha”

Penutup: Ganjaran Besar Menanti 

Pada awal surah Ad-Dhuha, Allah berfirman, “Demi waktu Dhuha”.

Imam Arrazi menerangkan bahawa jika Allah SWT bersumpah dengan setiap sesuatu, itu menunjukkan hal yang agung dan besar kelebihannya.

— Ini bermaksud Dhuha adalah waktu yang sangat penting.

Oleh itu, sudah jelas akan kelebihan-kelebihan Solat Sunat Dhuha ini dan betapa besarnya ganjaran kepada sesiapa yang menunaikan solat sunat ini.

Bahkan lebih besar keistimewaannya kepada mereka yang beristiqamah mengerjakannya.

Semoga solat sunat Dhuha ini menjadi sebahagian daripada amalan hidup dalam mencari keredhaan Allah SWT.

Nota Rujukan:

  1. Kitab I’anah ath-Thalibin — Syaikh Abu Bakar Bin Muhammad Shaththa ad-Dimyathi
  2. Kitab Nihayah az-Zain fi Irsyad al-Mubtadi’in — Syaikh Abu Abdul Mu’thi, Muhammad Bin Umar Bin Ali Nawawi al-Jawi
  3. Indahnya Hidup Bersyariat — Allahyarham Dato’ Ismail Kamus [Pautan]
  4. Ensiklopedia Solat — Rohidzir Rais, Fuad Ismail, Mohd Wahid Abd Hanif
  5. Ensiklopedia A-Z Tentang Solat — Dr Nik Yusri Musa
  6. Solat Sunat Pilihan 1 — Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
  7. Ensiklopedia Solat: Solat Dhuha — TV3 Official [Pautan]
  8. Bimbingan Lengkap Solat Sunat — Dato’ Dr. Mahmood Haji Abdul Majib, Rohidzir Rais [Pautan]
  9. Solat Sunat Harian — Ustaz Mohd Faez B. Mohd Shah al-Hashimi
  10. 1157 Persoalan Solat — Ustaz Muhadir Haji Joll [Pautan]
  11. Solat-Solat Sunat — Ust Ahmad Adnan Fadzil
Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

1K Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Norshila
Norshila
5 hari yang lalu

Assalamualaikum.. Kalau saya nak bertanya disini boleh. Kalau kita telupa nak baca bacaan dlm sujud terakhir perlukan kita solat balik semula. Terima kasih

Mohamad Yusdi Sofiedon Bin Mohamad Yusof
Mohamad Yusdi Sofiedon Bin Mohamad Yusof
11 hari yang lalu

Assalamualaikum kita..

Alhamdulillah Uztaz amba pun merujuk akuislam.com ani sebagai sumbar menambah dan mempelajari ilmu, penerangan jua tentang hal hal sembahyang. Membubut akhirat mudahan diri menjadi imam terbaik utk diri sendiri mau pun bini2 dan anak2.

Napisah binti Abd Rauf
Napisah binti Abd Rauf
27 hari yang lalu

Assalamualaikum
Terima Kasih akuislam.com
Saya selalu merujuk di sini,untuk dapat kn penerangan tentang Solat2 Sunat
Semoga anda di berkati Allah.

Maestro Wan
Maestro Wan
2 bulan yang lalu

Terima kasih atas penerangan nota solat2 sunat, minta izin Ustaz untuk saya copy dan baca serta amalkan

Sabe
Sabe
2 bulan yang lalu

Terima kasih atas penerangan solat Dhuha. Tolong perbaiki doa solat Dhuha baris akhir bertulis rumi “Maa Ataita min….” sekiranya betul ada kesilapan.
Semoga anda sentiasa dirahmati Allah swt.

mattasrul
mattasrul
2 bulan yang lalu

terima banyak2 kepada aku islam bnyak membantu saya… terima kasih semoga allah permudahkan segala urusan anda dunia dan akhirat aminn…

Wan
Wan
5 bulan yang lalu

Alhamdulillah..semoga ustaz lebih banyak menulis ilmu sunah Rasulullah SAW yang dpt sama2 kita amalkan dlm kehidupan harian…semoga diberkati… Salam

Alisha Azizah
Alisha Azizah
5 bulan yang lalu

Alhamdulillah Sangat membantu, #DapatIlmu lagi.. 🤍 Terima kasih.

Zra
Zra
5 bulan yang lalu

Salam, saya nk bagitahu tentang ada susunan yang salah nombor di ayat surah asy-syams. Di antara 10-15 ditulis sebagai 1, 21, 31, 41, 51.. harap dibetulkan ye 🙂

Pelayar Senja
Pelayar Senja
5 bulan yang lalu

Alhamdulillah..minta izin ustaz dan dengan izin allah nk cuba praktikkan dgn istiqamah.insyaallah.amat berat bagi pemula tapi ikhlas nak cuba