Ini adalah panduan lengkap niat dan cara melakukan Solat Dhuha. Panduan ini akan membimbing anda menunaikan Solat Sunat Dhuha (serta bacaan doa selepas Solat Dhuha) dengan betul dan teratur.
Apa yang penting:
Anda akan dibimbing secara langkah demi langkah sehingga selesai. Setiap bacaan juga dipermudahkan dalam Transliterasi Rumi dan Audio bagi membantu anda yang tidak mahir membaca tulisan jawi atau arab.
Jika anda memerlukan panduan asas Solat Dhuha, mari kita mulakan…
Maksud Solat Dhuha
Dhuha (الضحى) bermaksud “Waktu Pagi” atau “Cahaya Pagi”. Justeru, Solat Sunat Dhuha adalah solat sunat yang dilakukan pada waktu pagi iaitu diantara waktu Solat Subuh dan Solat Zohor.
Ia adalah solat sunat muakkad iaitu yang amat dituntut dalam Islam. Solat Sunat Dhuha dilakukan untuk menghapuskan dosa dan agar murah rezeki. Terdapat banyak nas yang menyebutkan akan kelebihan dan kepentingan solat ini.
Abu Hurairah R.A telah meriwayatkan bahawa:
Kekasihku telah berpesan kepadaku terhadap tiga perkara. (Iaitu) berpuasa sebanyak tiga hari dalam sebulan, dua rakaat solat dhuha, dan supaya aku melakukan solat witir sebelum aku tidur.
— Riwayat Muslim
Waktu Solat Dhuha
Solat Sunat Dhuha dilakukan setelah matahari naik setinggi satu galah, iaitu sekitar 40-48 minit selepas waktu Syuruq.
- Waktu mula Solat Dhuha – 40 minit selepas Syuruk (matahari naik setinggi satu galah)
- Waktu akhir Solat Dhuha – 10 minit sebelum masuk Zuhur
Ini berdasarkan hadis Nabi ﷺ yang menyebut solat Awwabin dilakukan ketika anak unta merasakan panas matahari. Waktu ini berlarutan sehingga sebelum zuhur. Setelah masuk waktu zuhur, maka berakhirlah waktu Dhuha.
Nabi ﷺ keluar menuju ke Quba’ dan melihat penduduk Quba’ sedang mendirikan solat Dhuha, lalu Baginda bersabda, “Solat Awwabin adalah ketika anak unta mula berasa bahang panas matahari.”
— Riwayat Imam Muslim
Tempoh waktu ini berlarutan sehingga hampir gelincirnya matahari, iaitu sebelum masuk waktu zuhur. Setelah masuk waktu zuhur, maka tamatlah waktu Dhuha (10 minit sebelum zuhur).
Boleh juga untuk mendirikan terus Solat Sunat Dhuha sebaik sahaja masuk waktu Solat Sunat Isyraq, tanpa melakukan solat sunat Isyraq.
Walau bagaimanapun, lebih afdhal melakukan solat sunat Isyraq terlebih dahulu, kemudian barulah solat sunat Dhuha.
Niat Solat Dhuha
أُصَلِّي سُنَّةَ الضُّحَى رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
Usolli Sunnatad-Dhuha Rak’ataini Lillahi Ta’ala
Lafaz niat Solat Sunat Dhuha dalam rumi Bahasa Melayu pula adalah seperti berikut:
Sahaja aku solat sunat dhuha dua rakaat kerana Allah ta’ala.
Solat sunat Dhuha lebih afdhal dikerjakan seorang diri dan tidak sunat dikerjakan secara berjemaah.
Bilangan Rakaat Solat Dhuha
Solat Sunat Dhuha boleh dilakukan dua, empat, enam atau lapan rakaat dengan setiap dua rakaat disusuli satu salam.
Cara melaksanakannya sama seperti solat sunat lain. Menurut riwayat Aisyah RA dan Ummu Hani’, Nabi ﷺ solat Dhuha empat atau lapan rakaat, dengan tambahan jika mahu. Ini berdasarkan riwayat Imam al-Baihaqi dalam Sahih Muslim.
Ummu Hani’ yang menyatakan bahawa Baginda solat sebanyak lapan rakaat pada hari pembukaan Kota Makkah.
Rasulullah ﷺ mengerjakan solat dhuha 8 rakaat dengan memberi salam setiap 2 rakaat. (Riwayat Imam al-Baihaqi)
Cara Mengerjakan Solat Dhuha
Ringkasan Cara Melakukan Solat Dhuha
- Solat Dhuha dimulakan dengan takbiratul ihram dan niat dalam hati ‘Sahaja aku solat sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Taala‘.
- Bacalah surah al-Fatihah dan surah lazim dalam setiap rakaat. Untuk surah lazim, anda boleh membaca mana-mana surah.
- Lakukan rukuk kemudian sujud dua kali.
- Bangun untuk rakaat kedua. Bacalah al-Fatihah dan mana-mana surah lazim yang lain. Kemudian lakukan lagi rukuk, sujud dan tahiyat akhir.
- Apabila telah selesai solat, berdoalah kepada Allah SWT supaya diampuni segala kesalahan dan diberikan keberkatan serta dibukakan pintu rezeki.
Di bawah ini tatacara lengkap melaksanakan solat Sunat Dhuha secara langkah demi langkah:
Rakaat Pertama
Solat Dhuha Dimulakan Dengan Takbiratul ihram dan Niat
Semasa mengangkat takbir, bacakan niat Solat Sunat Dhuha dalam hati seperti berikut:
أُصَلِّي سُنَّةَ الضُّحَى رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
Usolli Sunnatad-Dhuha Rak’ataini Lilaahi Ta’ala
Atau anda boleh berniat dalam Bahasa Melayu sahaja, “Sahaja aku Solat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala“
Nota
Jika anda tidak dapat berniat dalam hati serentak dengan takbiratul ihram, maka boleh lakukan takbiratul ihram dahulu kemudian diikuti oleh niat dalam hati beberapa detik kemudian.
Ucapkan takbir “Allahuakbar” dengan jelas (dapat didengari oleh telinga sendiri) sambil mengangkat tangan dan berniat di dalam hati.
اَللَّهُ أَكْبَرُ
Allahuakbar!
Maksud Bacaan
Allah Maha Besar!
Bacalah Surah al-Fatihah.
Pada kebiasaannya, solat sunat terus dibaca al Fatihah tanpa Doa Iftitah terlebih dahulu.
Tetapi jika ingin membaca Doa Iftitah juga, maka ia adalah perbuatan sunat (dapat pahala membaca)
Surah al-Fatihah adalah sebahagian daripada rukun solat. Oleh itu ia wajib dibacakan dalam semua solat.
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٢ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ٤ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ٥ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ٦ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧
Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
Maksud Bacaan
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Kemudian, Bacalah Surah Lazim
Selesai baca al-Fatihah, maka bacalah pula surah pendek daripada mana-mana surah al-Quran.
Antara surah yang dianjurkan untuk dibacakan dalam Solat Sunat Dhuha adalah Surah asy-Shams. Namun, untuk memudahkan anda yang baru belajar solat, anda juga boleh membaca surah ringkas seperti al Kafirun.
Surah Al Kafirun
قُلۡ يَٰٓأَيُّهَا ٱلۡكَٰفِرُونَ ١ لَآ أَعۡبُدُ مَا تَعۡبُدُونَ ٢ وَلَآ أَنتُمۡ عَٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ ٣ وَلَآ أَنَا۠ عَابِدٞ مَّا عَبَدتُّمۡ ٤ وَلَآ أَنتُمۡ عَٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ ٥ لَكُمۡ دِينُكُمۡ وَلِيَ دِينِ ٦
Qul Yā Ayyuhal-Kāfirūn. Lā A‘Budu Mā Ta‘Budūn. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Wa Lā Ana ‘Ābidum Mā ‘Abattum. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Lakum Dīnukum Wa Liya Dīn
Maksud Bacaan
Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.
وَٱلشَّمۡسِ وَضُحَىٰهَا ١ وَٱلۡقَمَرِ إِذَا تَلَىٰهَا ٢ وَٱلنَّهَارِ إِذَا جَلَّىٰهَا ٣ وَٱلَّيۡلِ إِذَا يَغۡشَىٰهَا ٤ وَٱلسَّمَآءِ وَمَا بَنَىٰهَا ٥ وَٱلۡأَرۡضِ وَمَا طَحَىٰهَا ٦ وَنَفۡسٖ وَمَا سَوَّىٰهَا ٧ فَأَلۡهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقۡوَىٰهَا ٨ قَدۡ أَفۡلَحَ مَن زَكَّىٰهَا ٩ وَقَدۡ خَابَ مَن دَسَّىٰهَا ١٠ كَذَّبَتۡ ثَمُودُ بِطَغۡوَىٰهَآ ١١ إِذِ ٱنۢبَعَثَ أَشۡقَىٰهَا ١٢ فَقَالَ لَهُمۡ رَسُولُ ٱللَّهِ نَاقَةَ ٱللَّهِ وَسُقۡيَٰهَا ١٣ فَكَذَّبُوهُ فَعَقَرُوهَا فَدَمۡدَمَ عَلَيۡهِمۡ رَبُّهُم بِذَنۢبِهِمۡ فَسَوَّىٰهَا ١٤ وَلَا يَخَافُ عُقۡبَٰهَا ١٥
Wasy-Syamsi Wa Ḍuḥāhā. Wal-Qamari Iżā Talāhā. Wan-Nahāri Iżā Jal-Lāhā. Wal-Laili Iżā Yagsyāhā. Was-Samā’i Wa Mā Banāhā. Wal-Arḍi Wa Mā Ṭaḥāhā. Wa Nafsiw Wa Mā Sawwāhā. Fa Alhamahā Fujūrahā Wa Taqwāhā. Qad Aflaḥa Man Zakkāhā. Wa Qad Khāba Man Dassāhā. Każżabat Ṡamūdu Biṭagwāhā. Iżimba‘Aṡa Asyqāhā. Fa Qāla Lahum Rasūlullāhi Nāqatallāhi Wa Suqyāhā. Fa Każżabūhu Fa ‘Aqarūhā Fa Damdama ‘Alaihim Rabbuhum Biżambihim Fa Sawwāhā. Wa Lā Yakhāfu ‘Uqbāhā
Maksud Bacaan
Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang. Dan bulan apabila ia mengiringinya, Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata. Dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap- gelita). Demi langit dan Yang membinanya (dalam bentuk yang kuat kukuh – yang melambangkan kekuasaanNya). Serta bumi dan Yang menghamparkannya (untuk kemudahan makhluk-makhlukNya). Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya). Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). (Ingatlah), kaum Thamud telah mendustakan (Rasulnya) dengan sebab perbuatan derhaka mereka yang melampaui batas. Ketika orang yang paling jahat di antara mereka menerima perintah dari mereka (supaya membunuh unta yang menjadi mukjizat). Maka berkatalah Rasul Allah (Nabi Soleh) kepada mereka: ” (Janganlah kamu ganggu) unta betina dari Allah itu, dan (janganlah kamu menyekatnya daripada mendapat) air minumnya (supaya kamu tidak ditimpa azab)!”. (Setelah Nabi Soleh memberi amaran) lalu mereka mendustakannya serta menyembelih unta itu. Dengan sebab dosa mereka, maka Tuhan menimpakan mereka dengan azab yang membinasakan serta Ia meratakan azab itu meliputi mereka (sehingga punah-ranah semuanya). Dan Allah tidak hiraukan kesudahan (mereka) yang demikian, (kerana itu adalah balasan yang adil).
Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk
Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Bacaan dalam rukuk adalah sama seperti bacaan rukuk solat fardu iaitu:
سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ
SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih (3x)
Maksud Bacaan
“Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung, serta segala puji bagi-Nya.”
Kemudian Bangun Iktidal
Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal). Kemudian bacalah bacaan iktidal seperti ini:
سَمِعَ اللّٰهُ لِمَنْ حَمِدَهُ
Sami Allahu Liman Hamidah
Maksud Bacaan
“Allah mendengar orang yang memuji-Nya.”
Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Turun Melakukan Sujud
Semasa dahi menyentuh lantai dalam sujud, maka bacakan bacaan sujud seperti ini:
سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ
Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih (3x)
Maksud Bacaan
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya
Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud
Setelah selesai bacaan sujud sebanyak 3 kali, maka bangkit dari sujud dan duduklah dalam posisi di atas (antara dua sujud atau istirahah).
Kemudian bacalah bacaan tasbih antara dua sujud seperti ini:
رَبِّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي وَاجْبُرْنِي وَارْفَعْنِي وَارْزُقْنِي وَاهْدِنِي وَعَافِنِي وَاعْفُ عَنِّي
Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni
Maksud Bacaan
“Ya Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah kekuranganku, angkatlah darjatku, berilah rezeki kepadaku, berilah petunjuk kepadaku, sihatkanlah aku, dan maafkanlah kesalahanku.”
Kemudian Lakukan Sujud Kedua
Selesai bacaan tasbih antara dua sujud, turunlah bersujud sekali lagi. Seperti sujud sebelumnya, bacalah bacaan dalam sujud.
سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ
Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih (3x)
Maksud Bacaan
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya
Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua.
Sebelum bangun ke rakaat kedua, duduk istirahat sebentar (lebih kurang 3 saat) sebelum bangun berdiri untuk rakaat seterusnya.
Dalam kedudukan ini tidak perlu dibaca apa-apa. Hanya perlu diam menghayati solat.
—— ❈ ——
Rakaat Kedua
Rakaat Kedua Dimulai Dengan Lafaz Takbir intiqalat
Selepas bangun dari duduk istirahah, maka bertakbirlah sekali lagi untuk rakaat kedua. Takbir ini dikenali sebagai takbir intiqalat.
(Takbir intiqalat bermaksud takbir permulaan rakaat kedua).
اَللَّهُ أَكْبَرُ
Allahuakbar!
Baca Surah al-Fatihah
Seperti rakaat pertama, sekali lagi pada rakaat kedua dibacakan surah al-Fatihah.
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٢ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ٤ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ٥ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ٦ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧
Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
Maksud Bacaan
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Seterusnya Sekali Lagi Membaca Surah Lazim
Setelah selesai membaca al-Fatihah, maka bacalah pula surah lazim yang seterusnya.
Antara surah yang dianjurkan pada rakaat kedua Solat Dhuha adalah Surah ad Dhuha. Namun demi kemudahan pembaca yang baru belajar, saya lampirkan Surah al-Ikhlas pada bahagian ini.
Surah Al Ikhlas
قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ١ ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ ٢ لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ ٣ وَلَمۡ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدُۢ ٤
Qul Huwallāhu Aḥad. Allāhuṣ-Ṣamad. Lam Yalid Wa Lam Yūlad. Wa Lam Yakul Lahū Kufuwan Aḥad
Maksud Bacaan
Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.
وَٱلضُّحَىٰ ١ وَٱلَّيۡلِ إِذَا سَجَىٰ ٢ مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَىٰ ٣ وَلَلۡأٓخِرَةُ خَيۡرٞ لَّكَ مِنَ ٱلۡأُولَىٰ ٤ وَلَسَوۡفَ يُعۡطِيكَ رَبُّكَ فَتَرۡضَىٰٓ ٥ أَلَمۡ يَجِدۡكَ يَتِيمٗا فَـَٔاوَىٰ ٦ وَوَجَدَكَ ضَآلّٗا فَهَدَىٰ ٧ وَوَجَدَكَ عَآئِلٗا فَأَغۡنَىٰ ٨ فَأَمَّا ٱلۡيَتِيمَ فَلَا تَقۡهَرۡ ٩ وَأَمَّا ٱلسَّآئِلَ فَلَا تَنۡهَرۡ ١٠ وَأَمَّا بِنِعۡمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثۡ ١١
Waḍ-Ḍuḥā. Wal-Laili Iżā Sajā. Mā Wadda‘Aka Rabbuka Wa Mā Qalā. Wa Lal-Ākhiratu Khairul Laka Minal-Ūlā. Wa Lasaufa Yu‘Ṭīka Rabbuka Fa Tarḍā. Alam Yajidka Yatīman Fa Āwā. Wa Wajadaka Ḍāllan Fa Hadā. Wa Wajadaka ‘Ā’ilan Fa Agnā. Fa Ammal-Yatīma Fa Lā Taq-Har. Wa Ammas-Sā’ila Fa Lā Tanhar. Wa Ammā Bini‘Mati Rabbika Fa Ḥaddiṡ
Maksud Bacaan
Demi waktu dhuha, Dan malam apabila ia sunyi-sepi – (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik). Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya. Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda – berpuas hati. Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan? Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu – Al-Quran)? Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan? Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya, Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik, Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.
Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk
Asas dalam melakukan rukuk adalah keadaan belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Seperti sebelumnya, bacaan rukuk adalah:
سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ
SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih (3x)
Maksud Bacaan
“Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung, serta segala puji bagi-Nya.”
Kemudian Bangun Iktidal
Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:
سَمِعَ اللّٰهُ لِمَنْ حَمِدَهُ
Sami Allahu Liman Hamidah
Maksud Bacaan
“Allah mendengar orang yang memuji-Nya.”
Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud
Semasa sujud bacakan bacaan sujud:
سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ
Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih (3x)
Maksud Bacaan
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya
Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud
Baca bacaan antara dua sujud:
رَبِّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي وَاجْبُرْنِي وَارْفَعْنِي وَارْزُقْنِي وَاهْدِنِي وَعَافِنِي وَاعْفُ عَنِّي
Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni
Maksud Bacaan
“Ya Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah kekuranganku, angkatlah darjatku, berilah rezeki kepadaku, berilah petunjuk kepadaku, sihatkanlah aku, dan maafkanlah kesalahanku.”
Kemudian Lakukan Sujud Kedua
Semasa sujud bacakan bacaan sujud:
سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ
Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
Maksud Bacaan
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya
Bacaan Dalam Sujud Akhir
emasa sujud akhir (sebelum bangun untuk tahiyat), seeloknya bacalah sebagaimana di bawah sebanyak 40 kali:
وَهَبْ لِي يَا وَهَّابُ عِلْمًا وَحِكْمَةً وَارْزُقْنِي يَا رَزَّاقُ كُنْ لِي مُسَهَّلًا
Wahab li ya wahhab ‘ilman wa hikmah, warzuqni ya razzaq kun li musahhala
Maksudnya:
Berikan kepadaku, wahai Tuhan Yang Maha Memberi akan ilmu dan hikmah dan murahkanlah rezeki kepadaku, wahai Tuhan Yang Maha Pemberi Rezeki jadikan ia mudah bagiku.
Bacaan tasbih ini adalah sunat sahaja. Jadi solat tetap sah walaupun tidak membaca tasbih ini.
Bangun Dari Sujud, Terus Lakukan tahiyyat akhir
Seperti bacaan tahiyat akhir solat-solat fardu, bacaan tahiyat adalah seperti berikut:
التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللّٰهِ. السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ. السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللّٰهِ الصَّالِحِينَ. أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللّٰهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللّٰهِ. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ. كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ. كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.
At-taḥiyyātu al-mubārakātu aṣ-ṣalawātu aṭ-ṭayyibātu lillāh. As-salāmu ‘alaika ayyuhan-nabiyyu wa raḥmatullāhi wa barakātuh. As-salāmu ‘alainā wa ‘alā ‘ibādillāhi aṣ-ṣāliḥīn. Ash-hadu alla ilāha illallāh, wa ash-hadu anna Muḥammadar-rasūlullāh. Allāhumma ṣolli ‘alā Muḥammad, wa ‘alā āli Muḥammad, kamā ṣollaita ‘alā Ibrāhīm wa ‘alā āli Ibrāhīm. Wa bārik ‘alā Muḥammad wa ‘alā āli Muḥammad, kamā bārakta ‘alā Ibrāhīm wa ‘alā āli Ibrāhīma fil-‘ālamīn, innaka ḥamīdun majīd.
Maksud Bacaan
Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi. Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah. Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad.Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia
Setelah Selesai Membaca Tahiyat, Akhiri Solat Dengan Memberi Salam.
Akhiri solat dengan memberi salam sebanyak dua kali, iaitu bermula dengan memberi salam ke sebelah kanan dan kemudian memberi salam kedua sambil memalingkan muka ke sebelah kiri.
Pada salam pertama, palingkan muka ke sebelah kanan dan ucapkan salam seperti berikut:
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ
Assalamualaikum Warahmatullah
Maksud Bacaan
Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya
… kemudian palingkan pula muka ke sebelah kiri dan ucapkan salam kedua:
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ
Assalamualaikum Warahmatullah
Bagi orang yang ingin melaksanakan Solat Sunat Dhuha lebih daripada dua rakaat, hendaklah dia terus bangun untuk menambah dua rakaat lagi setelah selesai solat dua rakaat yang pertama.
Doa Dhuha
Apakah bacaan doa selepas Solat Dhuha?
Antara bacaan selepas memberi salam Solat Dhuha, anda boleh membaca tasbih ini sebanyak 10 kali.
Tasbih Selepas Solat Dhuha
SubHaaNallahi Walhamdulillah Wa Laa IlaHa Illallahu Wallahu Akbar, WaLaa HawLa WaLaa Quwwata Illa Billahil-‘Aliyyil ‘Aziim, ‘AaDaDa KholQil-Lah WaBiDaWaaMi Mulkillah
Maksudnya:
Maha Suci Allah, segala puji hanya bagi Allah, tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, Allah Yang Maha Besar. Dan tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Agung, sebanyak bilangan ciptaan Allah dan selama mana kekalnya kekuasaan Allah.
Doa Selepas Solat Dhuha
Tidak ada satu doa khusus yang diajarkan oleh Nabi SAW untuk Solat Sunat Dhuha. Namun begitu, terdapat beberapa doa yang mahsyur, yang diajarkan oleh para ulama’ untuk diamalkan selepas solat sunat Dhuha.
Antara Doa Dhuha yang masyhur adalah seperti berikut:
Allahumma innad-dhuhaa-a Dhuhaa Uka
WalBaHaa-A BaHaa Uka
WaljaMaaLa JaMaaLuka
Wal-Quwwata Quwwatuka
Wal-Qudrota QudroTuka
Wal-’ismata ‘ismaTuka
Allahumma inKaaNa Rizqi fisSaMaa’i Fa-anZilHu
Wa’in KaaNa Fil Ardhi Fa-AkhRijhu
Wa’in KaaNa Mu-’assaron Fayassirhu
Wa’in Kaana HarooMan Fathoh-Hirhu
Wa-inKaana Ba-’iDan Faqor-RibHu
Bihaqqi DhuHaa-ika WaBaHaa-ika WaJaMaaLika WaQuwwaTika Wa QudRoTika AaTini Maa AtaiTa Min ‘ibaaDikasSoLiHiin
Maksud Doa Dhuha
Ya Allah
Sesungguhnya Waktu Dhuha itu Dhuha-Mu
Kecantikannya Kecantikan-Mu
Keindahannya Keindahan-Mu
Kekuatannya Kekuatan-Mu
Kekuasaannya Kekuasaan-Mu
Perlindungannya Perlindungan-Mu
Ya Allah
Jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi, keluarkanlah
Jika sukar, per-Mudahkanlah
Jika haram, sucikanlah
Jika jauh, dekatkanlah
Berkat waktu Dhuha
Kecantikan-Mu, keindahan-Mu
Kekuatan-Mu, kekuasaan-Mu
Limpahkan kepadaku segala
Yang Engkau telah limpahkan
Kepada hamba-hamba-Mu yang soleh
- Doa ini disebutkan oleh Syaikh Abu Bakar bin Muhammad Shaththa ad-Dimyathi (yang terkenal dengan gelaran As-Sayyid al-Bakri) dalam kitabnya I’anah ath-Thalibin
- Perlu diketahui bahawa doa ini bukan berasal dari al-Qur’an atau as-Sunnah. Namun doa ini disebutkan dalam beberapa kitab mazhab Syafi’e, iaitu dalam kitab Hasyiyah al-Jumal 1/485, kitab I’anah ath-Thalibin 1/295, dan kitab Tuhfah al-Muhtaj 2/231.
- Selain itu anda juga boleh membaca doa selepas solat ini
DOA DHUHA YANG LAIN
Selain itu, antara doa yang lain yang boleh dibacakan ialah:
RobbighfirLi Wa Tub ‘Alayya Innaka Antat-Tawwabur-Rahim, Allahumma Laka Al-Hamdu Asbah-Tu ‘Abduka Wa ‘Ahdaka Wa Wa’daka Anta Khalaqtani Wa Lam Aku Shay’an Astaghfiruka Li Dzanbi Fa Innahu Qad Arhaqatni Dzunubi Wa Ahata Biya Illa An Taghfiraha Li Faghfirha Ya Arhamar-Rahimin.
“Ya Tuhanku ampunkan dosaku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang. Ya Allah bagi-Mu segala pujian, aku di waktu pagi sebagai hamba-Mu dan atas perjanjian dengan-Mu dan apa yang Kamu janjikan, Kamu menciptakanku dan tiadalah aku sesuatu, aku beristighfar kepada-Mu dari segala dosaku kerana sesungguhnya ia telah membelenggu dosa-dosaku dan meliputiku kecuali Engkau mengampuninya, maka ampunkanlahnya hai Tuhan yang bersifat Maha Rahmat dan Kasih Sayang.”
Solat Dhuha 4 Rakaat Dengan Satu Salam
Terdapat satu persoalan daripada orang awam bagaimana untuk mengerjakan solat sunat Dhuha 4 rakaat sekaligus dengan satu salam.
Berikut adalah jawapan yang dikongsikan oleh Sahibus Samahah Tuan Guru Dato’ Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Kuala Lumpur:
Sunat hukumnya dilakukan solat sunat Dhuha secara dua rakaat satu salam, tetapi jika dilakukan dengan empat rakaat satu salam itu harus hukumnya. Rujuk I`anah al-Talibin (1/294).
Walaupun begitu, kami berpendapat agar dilaksanakan solat dhuha itu secara dua rakaat satu salam sebanyak empat rakaat atau lebih kerana demikian lebih dekat dengan nas.
Daripada Ummu Hani R.anha:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ صَلَّى سُبْحَةَ الضُّحَى ثَمَانِ رَكَعَاتٍ كَانَ يُسَلِّمُ مِنْ كُلِّ رَكْعَتَيْنِ
Maksudnya:
Bahawa Rasulullah SAW bersolat duha lapan rakaat, dilakukan dengan salam bagi setiap dua rakaat.
— Hadis riwayat Abu Daud, al-Tabarani, Ibn Khuzaimah, dan al-Baihaqi.
Wallahua`lam.
Fadhilat Dan Kelebihan Solat Dhuha
Apakah kelebihannya mendirikan Solat Sunat Dhuha?
Allah memberi kelebihan kepada umatnya untuk meraikan waktu yang penting itu dengan mendirikan Solat Sunat Dhuha.
Sekurang-kurangnya terdapat 5 kebaikan yang kita dapat apabila melakukan Dhuha:
Sebagai Wasiat dan Sunnah Rasulullah.
Rasulullah SAW berwasiat kepada umatnya untuk merutinkan solat sunat Dhuha. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa dia berkata
Kekasihku (Rasulullah) memberikan pesan (wasiat) kepadaku dengan tiga hal yang tidak pernah aku tinggalkan hingga aku meninggal nanti; iaitu puasa tiga hari setiap bulan, solat Dhuha, dan tidur dalam keadaan sudah mengerjakan solat witir.”
— Hadis Riwayat Bukhari
Dibangunkan Sebuah Rumah di Syurga.
Bagi golongan yang rajin mengerjakan Dhuha juga akan dibangunkan sebuah rumah untuknya di dalam syurga. Hal ini dijelaskan dalam sebuah hadis Rasulullah SAW
Barangsiapa yang solat Dhuha empat rakaat dan qabliyah Zuhur empat rakaat, akan dibangunkan untuknya sebuah rumah di syurga.”
— Hadis Riwayat al-Thabrani
Mendapat Rezeki Dengan Segera.
Diriwayatkan daripada Nu‘aim bin Hammar bahawa ia berkata, “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda;
Allah berfirman, ‘Wahai anak Adam, janganlah kamu berasa lemah untuk beribadah kepadaKu dengan cara mengerjakan solat empat rakaat di awal waktu siangmu, nescaya akan Aku cukupkan untukmu di akhir harimu.”
— Hadis Riwayat Abu Dawud
Mendapat Pahala Umrah
Daripada Abu Umamah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda
Barangsiapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan bersuci untuk melaksanakan solat wajib, maka pahalanya seperti seorang yang melaksanakan haji. Barangsiapa yang keluar untuk melaksanakan Dhuha, maka pahalanya seperti orang yang melaksanakan umrah.”
— Sahih Al-Targhib: 673
Mendapat Keampunan Dosa Terdahulu.
Rasulullah ﷺ bersabda:
Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.”
— Hadis Riwayat Ibnu Majah dan at-Tirmidzi
Masuk Ke Dalam Syurga Melalui Pintu “Adh-Dhuha”
Rasulullah ﷺ bersabda:
Sesungguhnya dalam syurga ada satu pintu yang dipanggil Adh-Dhuha. Apabila tiba hari kiamat, seseorang akan menyeru: “Di manakah orang yang selalu mendirikan solat Dhuha? Inilah pintu kamu.Masuklah ke dalamnya dengan rahmat Allah.”
— Riwayat Imam Ath-Thabrani
Soal Jawab Masalah Lazim (FAQ)
Berikut disenaraikan soal jawab masalah berkaitan Solat Sunat Dhuha:
Solat Dhuha adalah solat sunat yang dilakukan pada waktu pagi selepas matahari terbit sehingga sebelum waktu Zuhur. Ia merupakan salah satu amalan sunat yang dianjurkan dalam Islam untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Waktu Solat Dhuha bermula kira-kira 20 minit selepas matahari terbit dan berakhir kira-kira 10 minit sebelum waktu Zuhur. Waktu yang paling afdal adalah ketika matahari sudah mulai panas terik.
Solat Dhuha boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat dan maksimum dua belas rakaat. Kebanyakan ulama menggalakkan antara dua hingga lapan rakaat.
Niat Solat Dhuha boleh dilafazkan dalam hati dengan menyatakan keinginan untuk mengerjakan solat sunat Dhuha kerana Allah SWT. Contohnya: “Sahaja aku solat sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”
Antara kelebihan Solat Dhuha termasuk mendapat ganjaran pahala seperti bersedekah, diampunkan dosa, dan mendapat rezeki yang berkat. Ia juga merupakan tanda kesyukuran seorang hamba kepada Tuhannya.
Tidak, Solat Dhuha adalah solat sunat muakkad, iaitu solat sunat yang sangat dianjurkan tetapi tidak wajib.
Secara umumnya, Solat Dhuha dilakukan secara individu. Namun, tidak ada larangan untuk melakukannya secara berjemaah, walaupun ia bukan amalan yang biasa.
Ya, Solat Dhuha boleh dan digalakkan untuk dilakukan setiap hari sebagai amalan rutin untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Tidak ada surah khusus yang wajib dibaca. Namun, beberapa surah yang dianjurkan termasuk Surah Ash-Shams dan Ad-Dhuha. Anda boleh membaca mana-mana surah yang dihafal.
Solat Dhuha dilakukan seperti solat sunat biasa dengan dua rakaat satu salam. Bacaan dan gerakannya sama seperti solat-solat lain.
Solat Dhuha adalah solat sunat yang berdiri sendiri dan tidak digabungkan dengan solat sunat lain. Setiap solat sunat mempunyai waktu dan niat yang khusus.
Solat Isyraq adalah solat sunat yang dilakukan sejurus selepas matahari terbit, kira-kira 15-20 minit selepas terbit matahari. Ada pendapat yang menyatakan Solat Isyraq dan Solat Dhuha adalah solat yang sama, namun waktu pelaksanaannya yang berbeza.
Meninggalkan Solat Dhuha tidak berdosa kerana ia bukan solat wajib. Namun, melaksanakannya akan mendapat pahala dan kelebihan yang besar.
Tiada doa khusus selepas Solat Dhuha, tetapi anda boleh berdoa memohon rezeki dan keampunan daripada Allah SWT. Doa yang masyhur adalah: “Allahumma innad dhuha dhuha-uka, wal bahaa bahaa-uka…”
Mereka yang konsisten mengerjakan Solat Dhuha dijanjikan pelbagai ganjaran, termasuk dipermudahkan rezeki, diampunkan dosa, dan mendapat ketenangan jiwa. Ia juga menjadi tanda keimanan dan ketakwaan seseorang hamba.
Penutup: Ganjaran Besar Menanti
Pada awal surah Ad-Dhuha, Allah berfirman, “Demi waktu Dhuha”.
Imam Arrazi menerangkan bahawa jika Allah SWT bersumpah dengan setiap sesuatu, itu menunjukkan hal yang agung dan besar kelebihannya.
— Ini bermaksud Dhuha adalah waktu yang sangat penting.
Oleh itu, sudah jelas akan kelebihan-kelebihan Solat Sunat Dhuha ini dan betapa besarnya ganjaran kepada sesiapa yang menunaikan solat sunat ini.
Bahkan lebih besar keistimewaannya kepada mereka yang beristiqamah mengerjakannya.
Semoga solat sunat Dhuha ini menjadi sebahagian daripada amalan hidup dalam mencari keredhaan Allah SWT.
Nota Rujukan:
- Kitab I’anah ath-Thalibin — Syaikh Abu Bakar Bin Muhammad Shaththa ad-Dimyathi
- Kitab Nihayah az-Zain fi Irsyad al-Mubtadi’in — Syaikh Abu Abdul Mu’thi, Muhammad Bin Umar Bin Ali Nawawi al-Jawi
- Indahnya Hidup Bersyariat — Allahyarham Dato’ Ismail Kamus [Pautan]
- Ensiklopedia Solat — Rohidzir Rais, Fuad Ismail, Mohd Wahid Abd Hanif
- Ensiklopedia A-Z Tentang Solat — Dr Nik Yusri Musa
- Solat Sunat Pilihan 1 — Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
- Ensiklopedia Solat: Solat Dhuha — TV3 Official [Pautan]
- Bimbingan Lengkap Solat Sunat — Dato’ Dr. Mahmood Haji Abdul Majib, Rohidzir Rais [Pautan]
- Solat Sunat Harian — Ustaz Mohd Faez B. Mohd Shah al-Hashimi
- 1157 Persoalan Solat — Ustaz Muhadir Haji Joll [Pautan]
- Solat-Solat Sunat — Ust Ahmad Adnan Fadzil
Tinggalkan Komen Anda..
Asslamualaikum.. ada kekeliruan bacaan tanda dan saya ingin kepastian bacaan doa duha yang dikongsikan di sini. Sebab ada di laman web lain ada yg baris atas ada baris bawah.
وَاِنْ كَانَ مُعَسِّرًا فَيَسِّرْهُ atau وَاِنْ كَانَ مُعَسَّرًا فَيَسِّرْهُ
bacaan baris bawah atau atas ?
Mu-’assaron atau Mu-’assiron
Terima kasih
Walaikumsalam,
Mengenai pertanyaan puan, kedua-dua bacaan “مُعَسَّرًا” (mu’assaran) dan “مُعَسِّرًا” (mu’assiran) adalah tepat dan boleh digunakan dalam doa Dhuha tersebut. Kedua-duanya membawa maksud yang hampir sama dan tidak menjejaskan makna keseluruhan doa.
مُعَسَّرًا (Mu’assaran)
مُعَسِّرًا (Mu’assiran)
Kedua-dua bacaan adalah betul dan boleh digunakan. Perbezaan antara keduanya adalah kecil dan tidak menjejaskan makna asas doa, iaitu memohon kepada Allah untuk mempermudahkan rezeki yang sukar atau disukarkan.
Dalam amalan, variasi bacaan seperti ini biasa berlaku disebabkan perbezaan dialek, riwayat, atau penyalinan dari sumber yang berbeza.
Puan boleh memilih mana-mana bacaan yang dirasakan lebih sesuai atau yang telah diajarkan.
Semoga penjelasan ini membantu puan dalam membaca dan memahami doa Dhuha dengan lebih yakin.
Wallahu a‘lam.
Terima kasih atas pencerahan.
Salam Tuan,
Kalau nk buat solat dhuha 8 rakaat. Habis dua rakaat tu..bangun terus kan? Dan baca niat semula kan? Dan teruskan macam tu sehingga 8 rakaat kan tuan? Mohon pencerahan.
Wa’alaikumussalam,
Untuk solat Dhuha yang dilakukan sebanyak 8 rakaat, caranya adalah dengan menunaikan solat secara berpasangan, iaitu setiap dua rakaat diakhiri dengan salam. Selepas memberi salam, bangun untuk solat dua rakaat seterusnya. Tidak perlu membaca niat semula dengan lisan setiap kali bangun, cukup sekadar meniatkan dalam hati bahawa puan meneruskan solat Dhuha.
Jadi, puan akan menunaikan 8 rakaat dengan cara:
Semoga pencerahan ini membantu, dan semoga Allah SWT menerima amalan puan serta memberi keberkatan dalam setiap ibadah.
Wallahu a’lam.
Salam. Sy nak tanya, yg paling afdal 2, 4 atau 8 rakaat? Tapi boleh ke sy just buat 4 rakaat je? Sbb sy rasa 8 rakaat tu bnyak sngt..😅
Wa’alaikumussalam,
Terima kasih atas soalan yang diajukan. Mengenai solat Dhuha, bilangan rakaat yang paling afdal bergantung kepada kemampuan dan keikhlasan seseorang. Solat Dhuha boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat, dan jumlah maksimum yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW ialah lapan rakaat. Namun, terdapat riwayat yang menunjukkan bahawa jumlah rakaat lebih daripada lapan juga dibolehkan jika seseorang mampu.
Jika tuan ingin menunaikan solat Dhuha empat rakaat sahaja, itu sudah sangat baik dan diterima. Rasulullah SAW sendiri pernah mengerjakan solat Dhuha sebanyak empat rakaat, sebagaimana yang diriwayatkan dalam beberapa hadis. Yang paling penting ialah keikhlasan dan istiqamah dalam beribadah. Tidak ada paksaan untuk menunaikan lapan rakaat jika tuan merasa itu terlalu banyak.
Jadi, menunaikan solat Dhuha dengan empat rakaat adalah memadai dan tetap mendapat ganjaran yang besar, insyaAllah.
Semoga penjelasan ini membantu dan mendorong tuan untuk terus melakukan ibadah dengan ikhlas.
Wallahu a’lam.
Teruskan berkongsi ilmu…
Harapan sy agar tuan tidak hanyut dibuai pujian dan kata2 manis
Terima kasih atas dorongan dan nasihat yang baik. InsyaAllah, saya akan terus berusaha untuk berkongsi ilmu dengan ikhlas dan menjaga niat hanya kerana Allah SWT.
Pujian dan kata-kata manis ini adalah peringatan untuk diri saya agar sentiasa rendah hati dan berhati-hati. Moga Allah SWT memelihara kita semua daripada sifat riak dan mengurniakan keberkatan dalam setiap usaha. Aamiin.
Alhamdulillah syukur. Terima Kasih kepada yang empunya laman atas kongsian ilmu. Semoga Allah merahmati dan memberkati anda. Aamiin.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah. Terima kasih atas doa dan kata-kata yang baik. Saya amat berbesar hati dapat berkongsi ilmu dan semoga ia bermanfaat untuk semua.
Moga Allah merahmati dan memberkati kita semua serta memberikan kita kekuatan untuk terus istiqamah dalam mencari ilmu. Aamiin.
alhamdulilah terima kasih tuan perkongsian ilmu yang amat mudah di ikut…semoga tuan sentiasa dirahmati allah dan dipermudahkan semua nya🤲🏻🤲🏻
Alhamdulillah, terima kasih kembali atas doa dan kata-kata yang baik. Semoga tuan juga sentiasa dirahmati Allah dan dipermudahkan segala urusan. Moga kita semua terus diberi hidayah dan kekuatan untuk beramal dengan ilmu yang bermanfaat. Amin.
Alhamdulillah, trma ksh di atas perkongsian ilmu yg sgt bermanfaat ini. Smga sentiasa dlm rahmat Allah. Aamiiiin.
Alhamdulillah, sama-sama. Terima kasih atas doa yang baik. Semoga puan juga sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah SWT. Moga ilmu yang dikongsikan ini terus memberi manfaat kepada kita semua. Aamiin.
Alhamdulillah, Terima Kasih di atas perkongsian ilmu yg sangat berguna ini.
Alhamdulillah, sama-sama. Terima kasih juga atas kata-kata yang baik. Semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat dan menjadi amalan yang berterusan. Semoga Allah memberkati kita semua, insyaAllah.
Salam… Kenapa tukar surah selepas alfatihah tu 😭 sebelum ni kan surah lain…. Dua2 plak tu tukar…. Letak la balik surah yg sebelum ni… Surah lazim tu da slalu baca…
Walaikumsalam.
Saya tidak tukar surah, cuma tambah surah pilihan lain. Surah sebelum ini (Surah Asy Shams & Adh Dhuha) saya letak dalam accordion, awak boleh klik pada accordion tersebut untuk expand bagi melihat isi kandungan surah itu.
Boleh refer screenshot:
Ingat da takde dah surah tu.. hehe.. maaf sya x prasan… Btw terima kasih buat web ni, senang sya nk buat rujukan untuk solat-solat sunat,ada pnerangan dan maksud…
Sama-sama ツ
Terima kasih atas perkongsian. Semoga diriku dapat istiqamah menunaikan wasiat Rasulullah ini.
Sama-sama. Alhamdulillah, semoga tuan terus diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk istiqamah dalam menunaikan ibadah solat Dhuha ini, yang merupakan amalan yang sangat disukai oleh Rasulullah SAW. Moga-moga dengan usaha ini, tuan memperoleh keberkatan dan rezeki yang berlipat ganda, serta ketenangan dalam kehidupan.
Jika ada soalan atau kemusykilan, jangan segan untuk bertanya. Semoga Allah sentiasa memudahkan urusan tuan dalam beribadah.