17 Pelajaran Penting Yang Harus Kita Ingat Ketika Hati Kita Dikecewakan & Ditolak

Pelajaran dalam kehidupan
Kita sering kali sukar untuk melihat pelajaran dalam kehidupan yang Allah ingin berikan..

Some plants are only meant to last for a certain season, or certain period of time.

If you try to make them live longer, you’ll be a bad gardener.

Pasti, bila kita mengimbau kembali kehidupan kita, kita akan sedar bahawa dalam penolakan yang kita terima dari seseorang, atau tidak mendapat sesuatu yang kita inginkan;

— kita akan digantikan sesuatu atau seseorang yang kita perlukan.

Ya, apa yang kita perlukan.

Bukan apa yang kita idamkan.

Untuk menyedari perkara ini ketika anda sedang dilanda kesedihan, memanglah sukar.

Kita tidak akan nampak.

Saya faham kerana saya juga pernah melaluinya.

Baca Sepenuhnya

Mampukah Kamu Doakan Dia Bahagia Setelah Dia Menyakiti & Mengkhianati?

doakan dia bahagia setelah menyakiti kita
Ingin bahagia? Doakan dia bahagia, juga. Walaupun dia pernah menyakiti hati kita.. * happiness by jyoujo

Bagaimana bahagia itu?

Bahagia.  Ya semua orang nak bahagia, dan ingat semua orang ditakdirkan Allah dengan bahagia.

Ini bermakna, semua orang ada takdir kebahagiannya tersendiri.

Namun tak semua orang dapat merasai bahagia, apabila dirinya sendiri hanya memandang bahagia tu dari satu prespektif sahaja.

Baca Sepenuhnya

7 Kaedah Meningkatkan Bacaan & Memperbaiki Hubungan Dengan Al-Quran

bacaan al-quran
Bertuah sesiapa dapat membaca al-quran dengan lancar dan mengingatinya didalam dada. Bahkan mengamalkannya dalam kehidupan seharian..

Adakah anda salah seorang yang jarang menyentuh Al-Quran?

Atau anda membacanya setiap hari namun bacaan masih belum lancar dan tidak betul?

Sebenarnya kelebihan dapat:

  • Dapat membaca Al-Quran setiap hari adalah satu nikmat
  • Dapat mengalunkan bacaan Al-Quran dengan baik dan betul adalah satu kehebatan
  • Dapat menhafal 30 Juz Al-Quran pula merupakan impian setiap orang yang bergelar muslim.

Tetapi jika kita dapat mencapai kesemua perkara diatas, InsyaaAllah ia adalah salah satu kebahagiaan yang sangat besar dan paling bermakna dalam hidup ini.

Namun dengan cabaran kehidupan dan budaya hidup masyarakat kini yang sentiasa sibuk, sedikit sebanyak membataskan hubungan kita dengan Al-Quran.

Malah ia semakin kritikal dari generasi ke generasi..

Baca Sepenuhnya

Hadiah Buat Ibu Yang Terbaik Adalah Sebuah Perhatian

hadiah buat ibu
Hadiah buat ibu yang diinginkan olehnya hanyalah sebuah perhatian dan kasih sayang | kebun teh dan ibu by daunbusuk

Bukanlah wang ringgit yang sangat diharap oleh seorang ibu dari anaknya.

Tiada hadiah buat ibu yang lebih bernilai melainkan kasih sayang dan perhatian dari anak-anaknya.

Hadiah kasih sayang ini terdapat dalam berbagai bentuk yang boleh kita hadiahkan dengan penuh keikhlasan.

Baca Sepenuhnya

9 Tips Berkesan Mengawal Masa Anda Daripada Dicuri

mengawal masa
kesilapan dalam mengawal masa pasti membuatkan kita menyesal seumur hidup
Masa adalah harta kita yang paling bernilai, kerana masa yang kita ada adalah sangat terhad.
Kita boleh buat banyak duit, namun kita tidak akan boleh menghasilkan masa. Apabila kita memberikan orang lain masa kita, bermakna kita telah berikan sebahagian daripada hidup kita, yang mana tidak mungkin kita akan dapatnya kembali.
Masa kita adalah hidup kita.
Oleh sebab itu, hadiah yang terhebat yang kita boleh berikan kepada seseorang adalah masa kita.

 

Allah berfirman, “Demi masa manusia itu dalam kerugian.” (QS Al-Asr: 1).

Setiap hari manusia kehilangan masa yang sangat berharga dengan sengaja atau terpaksa.

Ramai yang merungut tidak mempunyai cukup masa untuk menguruskan hal-hal urusan kehidupan mereka akibat mempunyai pelbagai komitmen yang perlu diselesaikan.

Namun kadang-kadang sebenarnya masa itu telah dicuri oleh si pencuri masa samada diri sendiri, orang lain dan keadaan.

Berbual kosong terlalu lama, kedatangan tetamu yang tidak diundang dan terperangkap dalam kesesakan lalulintas adalah contoh-contoh bagaimana masa anda  telah dicuri.

Untuk mengatasi keadaan ini berikut adalah beberapa tip untuk mengawal masa anda:

Baca Sepenuhnya

Bagaimana Untuk Belajar Percaya Kembali Setelah Dikhianati?

belajar percaya kembali
Mampukah kita meruntuhkan tembok keegoan dan harga diri untuk percaya kembali?

Apakah yang lebih menyakitkan selain daripada dikhianati?

Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu. It’s feel torn apart inside.

Kadang kala kita tidak tahu mengapa kita tiba-tiba dikhianati, tanpa sebarang ribut dan badai, sekelip mata sahaja hati kita bagai ditikam sedalam-dalamnya dengan kejam.

Setelah itu, dia datang meminta maaf dan ingin memulihkan keadaan seperti sediakala…

…namun adakah semudah itu?

Semudah dengan mengucap maaf?

Baca Sepenuhnya

Rahsia Kebaikan Daging Kambing & Bagaimana Mendapatkan Servis Kambing Golek Selangor?

kambing golek selangor

Qadhi Iyadh berkata:

“Kegemaran Rasulullah SAW atas daging kambing bahagian lengan kerana aromanya yang khas, rasanya yang manis, dan jauh dari tempat bahaya.”

Selama ini banyak perkara yang tidak diketahui oleh pengguna di Malaysia mengenai kepentingan daging dalam diet permakanan mereka.

Tahukah anda bahawa daging yang paling baik ialah daging kambing, terutama kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun?

Baca Sepenuhnya