Ini adalah panduan Surah al Masad rumi (teks arab dan transliterasi)
Anda akan dibimbing secara lengkap bacaan surah ini secara ayat demi ayat. Bantuan audio juga disediakan untuk memudahkan anda memperbetulkan bacaan.
Terjemahan setiap ayat turut disertakan. Malah saya juga menyediakan maklumat asas surah ini dalam bentuk jadual yang mudah difahami.
Semoga membantu..
Pengenalan Surah Al Masad
Surah ini diturunkan berkenaan dengan Abu Lahab yang memaki-maki Nabi ketika baginda mengajak kaum Quraisy berkumpul untuk mendengar dakwahnya.
Ibnu Abbas radiyallahu ‘anhuma mengisahkan, “Ketika ayat wa anżir ‘asyī-ratakal-aqrabīn diturunkan, Nabi segera mendaki Bukit Safa. ‘Wahai Bani Fihr, wahai Bani ‘Adiy!’ begitulah baginda menyeru pelbagai kabilah dalam Suku Quraisy sehingga mereka semua berkumpul.
Mereka begitu bersemangat menyahut panggilan Nabi sehingga mereka yang tidak dapat hadir pun menghantar seseorang untuk mengetahui apa yang terjadi.
Datanglah Abu Lahab dan orang-orang Quraisy. Setelah mereka berkumpul, baginda bersabda, ‘Menurut kalian, jika aku memberitahu ada pasukan berkuda di lembah sana yang hendak menyerbu kalian, adakah kalian akan mempercayai aku?’
Mereka menjawab dengan tegas, ‘Tentu kami percaya. Selama ini kami tahu engkau selalu berkata jujur; tidak pernah kami mendengar engkau berbohong.’
Baginda kemudian bersabda, ‘Jika kalian mempercayai aku, sesungguhnya aku adalah orang yang Allah tugaskan untuk memperingatkan kalian agar mengikuti dakwahku sebelum datangnya azab yang pedih.’
Tiba-tiba Abu Lahab menyela, ‘Celakalah engkau! Hanya untuk inikah engkau kumpulkan kami?’
Pada peristiwa ini turunlah firman Allah, tabbat yadā abī lahabin watabb; mā agnā ‘anhu māluhū wamā kasab.“[1]
Bacaan Surah Al Masad Rumi (Transliterasi)
تَبَّتۡ يَدَآ أَبِي لَهَبٖ وَتَبَّ ١
tabbat yadā abī lahabiw wa tabb
Maksud ayat
Binasalah kedua-dua tangan Abu lahab, dan binasalah ia bersama!
مَآ أَغۡنَىٰ عَنۡهُ مَالُهُۥ وَمَا كَسَبَ ٢
mā agnā ‘anhu māluhū wa mā kasab
Maksud ayat
Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya.
سَيَصۡلَىٰ نَارٗا ذَاتَ لَهَبٖ ٣
sayaṣlā nāran żāta lahab
Maksud ayat
Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang.
وَٱمۡرَأَتُهُۥ حَمَّالَةَ ٱلۡحَطَبِ ٤
wamra’atuh, ḥammālatal-ḥaṭab
Maksud ayat
Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. –
فِي جِيدِهَا حَبۡلٞ مِّن مَّسَدِۭ ٥
fī jīdihā ḥablum mim masad
Maksud ayat
Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal.
Maklumat Asas Mengenai Surah Al Masad
Bilangan Ayat | Lima (5) |
Makna Nama Surah Ini | Al-Masad bermaksud “Tali Sabut.” |
Sebab Dinamakan Sedemikian | Ia dinamakan demikian kerana isteri Abu Lahab akan diberikan hukuman yang berkaitan dengan tali sabut di dalam Neraka [1] |
Nama Lain | Nama-nama lainnya adalah: Surah Tabbat (Binasa), dan Surah Naran dhata lahab (Api yang Menyala-nyala). |
Objektif Surah | Untuk menetapkan kesudahan bagi pemimpin-pemimpin kejahatan dan penyangkal seruan Nabi ﷺ |
Sebab Surah Ini Diturunkan | Ia adalah surah Makiyyah. Ketika Nabi berdiri di atas Bukit Safa memanggil kaum kerabatnya dan memberi amaran tentang hukuman Allah, bapa saudara baginda, Abu Lahab berkata kepadanya: “Binasalah engkau sepanjang hari, adakah engkau mengumpulkan kami hanya untuk ini?” Maka, Allah menurunkan ayat: “Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab, dan binasalah dia!” (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim). |
Kelebihan Surah | Tiada hadis sahih atau riwayat khusus mengenai kelebihan surah ini selain daripada ia termasuk dalam surah-surah mufassal [2] yang pendek. |
Hubungan Dengan Surah Lain | Hubungan antara Surah Al-Masad dan surah sebelumnya (An-Nasr): Surah Al-Masad mengecualikan dua individu jahat daripada berita gembira yang terkandung dalam Surah An-Nasr. |
Surah Lain
Anda juga boleh melihat surah lain yang disediakan:
Nota Kaki
- Beliau mendapat gelaran Ummu Jamil. Beliau mempunyai kalung yang mahal dan beliau selalu berkata: “Demi Al-Lat dan Al-Uzza, saya akan menghabiskan ini untuk memusuhi Muhammad.” Maka, Allah akan menghukumnya dengan tali sabut di neraka. ↩︎
- Secara bahasa, Al Mufassal ertinya lengkap, terperinci, jelas, terbagi-bagi. Jumlah surah
Al-Mufassal dalam Al-Quran mencapai 65 , mulai dari Surah Qaf hingga An-Nas. Maklumat lanjut mengenai Surah Mufassal boleh dilihat pada pautan ini ↩︎
Tinggalkan Komen Anda..