TAWAF WADA: Hukum, Niat & Cara Mengerjakannya

Tawaf wada

Apakah hukum dan cara melaksanakan Tawaf Wada?

Panduan ini akan menerangkan secara lengkap mengenai tatacara perlaksanaan Tawaf Wada Umrah & Haji.

Dalam panduan ini, saya akan cuba memudahkan dan meringkaskan seboleh mungkin agar dapat membantu anda memahami dengan mudah.

Maksud Tawaf Wada

Tawaf Wada adalah ‘Tawaf Selamat Tinggal’ wajib dilakukan bagi mereka yang hendak meninggalkan Makkah jarak 2 marhalah (91 kilometer) atau lebih.

Sesiapa yang sengaja meninggalkannya tanpa sebarang keuzuran adalah berdosa dan dikenakan Dam.

Bagi yang jatuh sakit juga diwajibkan walaupun terpaksa berusung atau pun berkenderaan, selagi tidak membahayakan nyawanya dan ia mampu membayar upahnya.

Niat Tawaf Wada

Lafaz niat Tawaf Wada adalah seperti berikut:

Niat tawaf wada

Allahumma, Inni Uriidu Tawafa Baitika Al-Harami Sab’ata Asywat Tawafa Al-Wada’i Fayassirhu Li Watqabbalhu Minni Lillahi Ta’ala.

Sahaja aku tawaf di Baitullah ini, tujuh pusingan kerana tawaf selamat tinggal, maka permudahkanlah pekerjaanku dan terimalah kerana Allah Taala.

Hukum Tawaf Wada

Menurut mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Hukum Tawaf Wada adalah terbahagi seperti berikut:

  • Tawaf Wada adalah diwajibkan bagi mereka yang menunaikan haji kerana hadith yang diucapkan oleh Rasulullah SAW supaya menjadikan Tawaf Wada sebagai ibadah akhir sebelum meninggalkan Makkah adalah ditujukan kepada jemaah haji ketika peristiwa Hajjatul Wada.
  • Tawaf Wada ketika ingin pulang daripada melakukan umrah adalah sunat, afdhal dan sangat dituntut, tetapi ia tidaklah wajib untuk dilakukan berdasarkan pendapat majoriti ulama’.
  • Mereka yang telah selesai melakukan umrah dan ingin meninggalkan Makkah dan tidak mempunyai keuzuran yang menghalangnya, maka lakukanlah tawaf Wada. Ini berdasarkan umum hadith Nabi SAW.

Nota

Beberapa perkiraan perlu diambil perhatian seperti jumlah jemaah yang amat ramai di dataran Kaabah atau berlakunya wabak seperti Covid-19 dan lain-lain wabak di samping kemampuan jemaah tersebut daripada segi kesihatan dan daya tahan.

Semoga hal ini menjadi asas kepada pertimbangan untuk melakukan tawaf wada’ sama ada ia perlu dilakukan atau tidak.

Rujukan: #1332: Hukum Tawaf Wada’ Ketika Umrah

Adakah Perlu Melakukan Tawaf Wada Jika Ingin Ke Taif?

Menurut keputusan Resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan ke–36 Musim Haji 1441H yang bersidang pada 22- 23 November 2019 bersamaan 24-25 Rabi’ul Awwal 1441 Hijrah telah memutuskan berkenaan wajib melaksanakan Tawaf Wada’ bagi individu yang ingin meninggalkan Bait al-Haram ke bandar Taif kerana melepasi jarak qasar (2 marhalah).

Rujukan: AL-KAFI #1789: HUKUM TAWAF WADA’ MUSAFIR KE TAIF

Syarat Sah Tawaf Wada

Berikut adalah syarat sah bagi sesuatu Tawaf Wada yang dilakukan:

  • Tidak boleh dilakukan kecuali setelah sempurna melakukan Tawaf Rukun (Rukun Umrah atau Rukun Haji).
  • Hendaklah bersegera meninggalkan Makkah kecuali kerana perkara berkaitan solat atau perjalanan.

Persiapan Sebelum Tawaf Wada

Antara persiapan yang boleh dilakukan sebelum mengerjakan Tawaf Wada adalah seperti berikut:

  • Dapatkan maklumat penerbangan pulang dari Pejabat Maktab (bagi yang akan pulang ke Malaysia atau ke Madinah)
  • Persiapan dan kemaskini semua barang keperluan (jika berhajat hendak belikan barangan belilah sebelum melakukan Tawaf Wada’)
  • Beg bagasi di bawa ke lobi untuk urusan angkut ke bas oleh muassasah (ikut jadual yang dikeluarkan oleh Pejabat Maktab)
  • Berwuduk dan pergi Tawaf Wada’ dalam tempoh 5 atau 4 jam (sebelum bertolak meninggalkan Makkah (ilkut jadual dan arahan yang dikeluarkan oleh Pejabat Maktab)
  • Tidak perlu memakai pakaian ihram
  • Tidak perlu keluar ke miqat

Cara Melakukan Tawaf Wada

Segala syarat dan cara melakukannya adalah sama seperti Tawaf Rukun tetapi hukum niatnya adalah wajib. Selepas selesai tawaf disunatkan Solat Sunat Tawaf dua rakaat kemudian berdoa di belakang Multazam.

Lepas itu barulah keluar dan masjid dengan cara biasa dan tiada sayugia dengan berundur ke belakang.

Bacaan Semasa Tawaf

Rasulullah ﷺ dan para sahabat tidak pernah mengkhususkan bacaan-bacaan tertentu ketika melakukan tawaf pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Apa yang disebut oleh Baginda Rasulullah ﷺ adakah doa antara Rukun Yamani dan Hajarul Aswad di setiap pusingan.

Sebahagian doa-doa yang dipaparkan digunakan adalah dipilih daripada doa yang ma’thur dan ringkas bagi memudahkan para jemaah haji dan umrah yang melakukan tawaf buat pertama kali.

Tawaf Pusingan 1

1. Ketika hendak memulakan tawaf berdirilah menghadap  Kaabah, iaitu diantara Rukun Yamani dengan Rukun Hajarul Aswad.

2. Kemudian, berjalanlah dengan cara mengirikan Kaabah (Kaabah di sebelah bahu kiri kita).

3. Apabila sampai di Rukun Hajarul Aswad (penjuru kaabah yang terletaknya Hajarul Aswad), maka sunat untuk berniat tawaf:

Niat Tawaf Wada

niat tawaf wada

 Allahumma, Inni Uriidu Tawafa Baitika Al-Harami Sab’ata Asywat Tawafa Al-Wada’i Fayassirhu Li Watqabbalhu Minni Lillahi Ta’ala. 

Sahaja aku tawaf di Baitullah ini, tujuh pusingan kerana tawaf selamat tinggal, maka permudahkanlah pekerjaanku dan terimalah kerana Allah Taala.

Nota:

Niat hendaklah dilafazkan dan ditanamkan dalam hati sebelum tapak kaki memijak garisan hitam (yang menandakan arah Hajar Aswad) dan ketika tangan melambaikan ke arah Kaabah.

4. Setelah berniat, mulakan tawaf wada. Jika ada berkesempatan, ambillah kesempatan mengucup Hajarul Aswad. Jika orang terlalu ramai dan sesak, maka cukuplah dengan melakukan istilam.

Istilam bermaksud melambaikan atau memberi isyarat tangan ke arah Hajarul Aswad dan mencium tangan itu dengan mengucapkan:

 Bismillahi Allahu Akbar Wa Lillahi-Hamd 

Dengan nama Allah, Allah Maha Besar, dan segala pujian adalah milik Allah SWT

Nota:

Istilam adalah perbuatan melambaikan tangan ke arah Kaabah dan diulangi pada setiap pusingan tawaf apabila kita sampai di penjuru Hajarul Aswad.

5. Selesai istilam, teruskan melakukan tawaf mengelilingi Kaabah.

6. Semasa sedang melakukan tawaf, disunatkan membaca doa.

Antara doa-doa yang ma’thur yang boleh dibacakan semasa tawaf pusingan pertama adalah seperti berikut:

Doa Taubat

 Allahumma Inni ZhoLamTu Nafsi ZulMan KaTsiRan, Wa Laa YaghFiruz-DzuNuuBa ilLaa AnTa, FaghFirLi MaghFiroTan Min InDiKa, WarHamNi inNaka AnTal GhoFuuRur-RoHim 

Ya Allah, aku telah banyak berbuat dosa terhadap diri sendiri, sedangkan yang mengampuni segala dosa itu tidak lain hanyalah Engkau, maka berilah aku keampunan dan kasihanilah aku. Sesungguhnya Engkau Yang Maha Pengampun lagi Maha Pemurah. (Riwayat al Bukhari dan Muslim)

Doa Taubat Nabi Yunus

 Laa iLaaHa ilLaa Anta SubHaaNaKa inNii KunTu Minal ZhoLimin 

Tidak ada tuhan melainkan hanyalah Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku ini termasuk orang yang zalim

Penghulu Istighfar

 AllaahumMa Anta Rabbii Laa ilaaha illaa AnnTa Kholaq-tanii Wa Anaa ‘Abduka Wa Anaa ‘Ala ‘Ahdika Wawa’ Dika Mas-tatha’-tu Auudzu-bika Min Syarrimaa Sona’-tu Abuu-U Laka Bini’matika ‘Alayya Wa Abuu-U Bidzanmmbi, Faghfirlii Fainnahu Laa Yagh-Firudz-zunuuba Illaa Annta. 

 Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan hanya Engkau, Engkaulah yang mencipta diriku, aku sebagai hambaMu, aku tetap setia kepadaMu sebagaimana sumpah yang telah aku ikrarkan sesuai dengan kemampuanku, aku mohon perlindungan kepadaMu daripada keburukan yang aku buat, aku mengakui atas kurnian nikmatMu terhadapku dan aku mengakui dosa-dosaku, maka ampunilah aku kerana sesungguhnya tiadalah yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.

Doa Istighfar

 AllahumMag-FirLi Maa QadDamTu, Wa Maa Akh-KhorTu, Wa Maa AsRarTu Wa Maa A’LanTu, Wa Maa AnTa A’LaMu BiHi MinNi. AnTal-MuQaddim Wa Antal-MuAkh-Khir, Laa IlaaHa ilLaa Anta 

Ya Allah, ampunilah dosaku yang telah lalu dan kemudian, yang aku lakukan secara sembunyi mahupun secara terang-terangan. Engkau sahajalah yang lebih mengetahui daripadaku, Engkaulah yang terdahulu dan Engkaulah yang terkemudian, tiada tuhan melainkan Engkau.

Doa Memohon Dilindungi Daripada Segala Yang Buruk

 AllahumMa Inni Aa-‘UuDzuBika Mina MunKaRaaTil-Akhlaq Wal A’MaaLi Wal AhWaa-ie Wal AdWaa-ie 

Ya Allah, aku mohon perlindunganMu daripada akhlak yang tidak baik, daripada segala perbuatan yang tidak baik, daripada segala nafsu yang tidak baik dan daripada segala penyakit yang berbahaya (Riwayat al-Tirmizi)

7. Seterusnya, setiap kali apabila sampai pada Rukun Yamani, hendaklah kita mengangkat tangan sambil mengucapkan:

 Bismillahi Allahu Akbar Wa Lillahi-Hamd 

Dengan nama Allah, Allah Maha Besar, dan segala pujian adalah milik Allah SWT

8.Selepas itu, apabila setiap kali melintasi kawasan antara Rukun Yamani dan Hajarul Aswad, disunatkan untuk membaca doa khas di bawah ini:

doa rukun yamani

 Allahumma RabbaNa AaTina Fid-DunYa HasanaTan Wa Fil-AaKhiraTi HasanaTan WaQina ‘AaZaaBan-Naar, Wa AdKhilNal-JanNata Ma’al AbRaar, Ya ‘AziiZu Ya GhafFaaRu Ya Rabbal-‘AaLamiin 

Wahai Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta peliharalah kami dari api neraka dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama orang yang berjaya. Wahai Tuhan Yang Maha Mulia lagi Maha Pengampun, wahai Tuhan sekalian Alam.

9. Ini dikira satu pusingan (selesai pusingan pertamaa) dan anda masih berbaki enam (6) pusingan lagi.

Tawaf Pusingan Ke-2

10. Lakukan  istilam pada Hajarul Aswad.

11. Selesai istilam, teruskan melakukan tawaf mengelilingi Kaabah untuk pusingan kedua.

Antara doa-doa yang ma’thur yang boleh dibacakan semasa tawaf pusingan kedua adalah seperti berikut:

Doa Kesejahteraan Rumah Tangga

 RabbaNa HabLana Min AzWaaJiNa Wa DzurRiyyaTina QurraTa A’yun Waj’Alna LilMuttaQiiNa ImaaMaa 

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kami daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami penyejuk hati dan jadikan diri kami sebagai pimpin golongan yang bertakwa.

Doa Supaya Nama Harum

 Robbi Habli HukMan Wa AlHiqNi BisSooLihin Waj’Al-Li LiSaaNa SidQin Fil AaKhiRin Waj-‘Alnii Min WaroTsaTi JannaTin-Na’im 

Ya Tuhanku, berilah aku ilmu dan bawalah aku dapat berkumpul bersama orang-orang yang soleh, jadikan aku mempunyai nama (yang baik) oleh golongan generasi selepas kami, dan jadikanlah aku sebahagian daripada orang yang dapat mewarisi syurga.

Doa Murah Rezeki

 AllahumMag-FirLii DzanBi, Wa Was-SigLi Fii DaaRii Wa BaaRikLii Fii RizKii 

Ya Allah, ampunilah dosa, luaskanlah kelapangan dalam rumah tanggaku dan berkatilah untukku pada rezekiku.

Doa Agar Ibu Bapa Diberi Keampunan

 RabbaNag-FirLii Wa LiWaa LiDayYa Wa Lil MukMiNina YauMa YaQuuMul Hisabb 

Ya Tuhan kami, ampunilah aku, kedua-dua ibu bapaku dan semua kaum Muslimin pada hari kiamat.

Doa Agar Dikurniakan Keindahan Akhlak

 AllahumMa KaMaa HasSanTa KholQii Fa Hassin KhuluQii 

Ya Allah, sebagaimana Engkau telah memperelokkan kejadianku, maka perelokkan pula akhlakku.

12. Apabila anda telah sampai di penjuru Rukun Yamani, maka lakukan istilam dengan mengucapkan:

 Bismillahi Allahu Akbar Wa Lillahi-Hamd 

Dengan nama Allah, Allah Maha Besar, dan segala pujian adalah milik Allah SWT

13.Selepas itu, apabila setiap kali melintasi kawasan antara Rukun Yamani dan Hajarul Aswad, disunatkan untuk membaca doa khas di bawah ini:

doa rukun yamani

 Allahumma RabbaNa AaTina Fid-DunYa HasanaTan Wa Fil-AaKhiraTi HasanaTan WaQina ‘AaZaaBan-Naar, Wa AdKhilNal-JanNata Ma’al AbRaar, Ya ‘AziiZu Ya GhafFaaRu Ya Rabbal-‘AaLamiin 

Wahai Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta peliharalah kami dari api neraka dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama orang yang berjaya. Wahai Tuhan Yang Maha Mulia lagi Maha Pengampun, wahai Tuhan sekalian Alam.

14. Maka selesailah pusingan kedua dan anda masih berbaki lima (5) pusingan lagi.

Tawaf Pusingan Ke-3

15. Lakukan  istilam pada Hajarul Aswad.

16. Selesai istilam, teruskan melakukan tawaf mengelilingi Kaabah untuk pusingan kedua.

Antara doa-doa yang ma’thur yang boleh dibacakan semasa tawaf pusingan ketiga adalah seperti berikut:

Doa Bersyukur

 Ya Rabbi Lakal Hamdu Kama YanBaGhii LiJaLaaLi WajHika Wa ‘AziiMi SulThooNik 

Ya Tuhanku! Bagi-Mu segala puji sebagaimana semestinya, demi keagungan wajah-Mu (keredhaan-Mu) dan kebesaran kekuasaan-Mu.

Doa Menolak Bala

 AllahumMa Inni A-‘UuDzuBika Min JahDil Bala’ Wa DaroKis-SyaQa’, WaSuu-il Dho’, Wa SyaMaaTaTil A’-Daa’ 

Ya Allah, sesungguhnya aku belindung denganMu daripada bala yang berat, daripada kesusahan yang bersangatan pada urusan dunia dan kesempitan ke atasnya, daripada takdir yang membimbangkan dan daripada kegembiraan musuh terhadap musibah yang menimpa.

Doa Agar Dilunasi Hutang

 AllahumMa Inni A-‘UuDzuBika Minal Hazan. Wa A-‘UuDzuBika Minal Ajzi Wal Kasal. Wa A-‘UuDzuBika Minal JunNi Wal Bukh, Wa A-‘UuDzuBika Min GhoLaBatid DayNi Wa QahRir-Rijal 

Ya Allah aku memohon perlindungan kepadaMu daripada ditimpa dukacita dan kesusahan. Aku memohon perlindunganMu daripada sikap lemah dan malas. Aku memohon perlindunganMu daripada sikap pengecut dan bakhil. Aku memohon perlindunganMu daripada lilitan hutang dan penindasan orang.

Doa Memohon Perlindungan Daripada Segala Ujian Hidup

 AllahumMa Inni A-‘UuDzuBika Min FitNatin-Narr Wa ‘AdzaaBin-Narr Wa FitNatil-Qobri Wa ‘AdzaaBil-Qobri Wa Min SyaRi FitNatil GhiNaa Wa Min SyarRi FitNatil Faqri, Wa A-‘UuDzuBika Min SyarRi FitNatil MasiiHid-Dajjal 

Ya Allah aku memohon perlindunganMu daripada ujian dan seksaan api neraka, daripada ujian dan seksaan kubur, daripada ujian kemewahan dan kekayaan, daripada ujian kemelaratan hidup dan aku mohon perlindungan daripada kejahatan fitnah al-Masih dajjal.

Doa Agar Dihapuskan Dukacita & Diberi Kegembiraan

 AllahumMa InNi AbDuka, WabNu AmaTik, NaaSiYati BiyaDika MaaDhin FiyYa HukMuka, ‘AdLun FiyYa QoDhoo-Uka, As-Aluka BiKulLis-Min HuWaLaka, SamMaiTa Bihi NafSaka, Au AnZal-Tahu Fii KitaaBika, Au ‘AllamTu A-HaDan Min KholFika, Awis-Ta’-TsarTa Bihi Fii ‘ilmil-Ghoibi ‘inDaka, An Taj-‘Alal Qur-AaNa Robii’A QolBi Wa NuuRo SodRi, WaJaLaa’ HuzNii WaDzaHaaBa HamMi. 

Ya Allah, inilah aku hambaMu yang lelaki, anak hambaMu yang perempuan, ubun-ubunku ada di tanganMu, undang-undang peraturanMu berlaku ke atasKu, undang-undang keputusanMu wajar ke atas diriku. Aku mohon kepadaMu dengan segala nama sebutanMu, yang Engkau sendiri menamakan diriMu demikian atau yang Engkau wahyukan dalam kitab suciMu atau yang Engkau khabarkan kepada salah seorang makhlukMu atau Engkau khususkan untuk dirimu sendiri di luar pengetahuan manusia, agar Engkau menjadikan al-Quran yang agung itu penenang hatiku, cahaya mataku, penghibur kesedihanku dan pelenyap dukaku.

17. Apabila anda telah sampai di penjuru Rukun Yamani, maka lakukan istilam dengan mengucapkan:

 Bismillahi Allahu Akbar Wa Lillahi-Hamd 

Dengan nama Allah, Allah Maha Besar, dan segala pujian adalah milik Allah SWT

18.Selepas itu, apabila setiap kali melintasi kawasan antara Rukun Yamani dan Hajarul Aswad, disunatkan untuk membaca doa khas di bawah ini:

doa rukun yamani

 Allahumma RabbaNa AaTina Fid-DunYa HasanaTan Wa Fil-AaKhiraTi HasanaTan WaQina ‘AaZaaBan-Naar, Wa AdKhilNal-JanNata Ma’al AbRaar, Ya ‘AziiZu Ya GhafFaaRu Ya Rabbal-‘AaLamiin 

Wahai Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta peliharalah kami dari api neraka dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama orang yang berjaya. Wahai Tuhan Yang Maha Mulia lagi Maha Pengampun, wahai Tuhan sekalian Alam.

19. Maka selesailah pusingan ketiga dan anda masih berbaki empat (4) pusingan lagi.

Tawaf Pusingan Ke-4

20. Lakukan  istilam pada Hajarul Aswad.

21. Selesai istilam, teruskan melakukan tawaf mengelilingi Kaabah untuk pusingan kedua.

Antara doa-doa yang ma’thur yang boleh dibacakan semasa tawaf pusingan ke-4 adalah seperti berikut:

Doa Atas Nikmat Islam

 alḥamdu lillāhillażī hadānā lihāżā, wa mā kunnā linahtadiya lau lā an hadānallāh 

Segala puji bagi Allah yang telah memimpin kami di jalan ini (Islam), jika tidak ada pimpinan daripada Allah, nescaya kami akan kehilangan pimpinan

Doa Agar Ditetapkan Dalam Iman & Islam

 rabbanā lā tuzig qulūbanā ba‘da iż hadaitanā wa hab lanā mil ladunka raḥmah, innaka antal-wahhāb 

Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau memberi hidayah kepada kami, kurniakan kepada kami rahmat daripada sisiMu, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha mengurniakan

Doa Agar Diberi Keselamatan Dan Kesejahteraan

 Allahumma Inni As-Alukal AfWa Wal-‘AaFiyah Fid-DunYaa Wal AaKhirah 

Ya Allah, aku memohon kepadaMu keampunan serta kesejahteraan di dunia dan akhirat (Riwayat Ibn Majah)

Doa Agar Dipelihara Kesihatan

 AllahumMa Inni A-‘UuDzuuBika Min ZaWaaLi Ni’MatiKa WataHawWali ‘AaFiyaTika 

Ya Allah, aku mohon perlindunganMu daripada hilangnya nikmat kurniaanMu, daripada dihilangkan atau berubah keadaan kesihatan pemberiaanMu, daripada datangnya balasan seksa yang mendadak dan daripada segala kemurkaan.

Doa Agar Mencakupi Segala Macam Doa

 AllahumMa InNa Nas-Aluka Min Khori Maa Saa-Alaka ManHu Nabiyyuka Muhammad SAW Wa Na-‘UuDzuBika Min SyarRiMas Ta-‘AaDza MinHu Nabiyyuka Muhammad SAW Wa inTal MusTa’AaNu Alaykal BaLaaGhu Wa Laa HawLa WaLaa QuwwaTa ilLaa Billahi 

Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikan apa yang dipohon oleh NabiMu Muhammad ﷺ, aku memohon perlindungan daripadaMu daripada keburukan apa yang pinta perlindungan oleh NabiMu Muhammad ﷺ, Engkaulah tempat meminta pertolongan dan Engkaulah yang menyampaikan segala sesuatu, tiada daya mahupun upaya melainkan dengan pertolongan Allah (Riwayat al-Tirmizi)

22. Apabila anda telah sampai di penjuru Rukun Yamani, maka lakukan istilam dengan mengucapkan:

 Bismillahi Allahu Akbar Wa Lillahi-Hamd 

Dengan nama Allah, Allah Maha Besar, dan segala pujian adalah milik Allah SWT

23.Selepas itu, apabila setiap kali melintasi kawasan antara Rukun Yamani dan Hajarul Aswad, disunatkan untuk membaca doa khas di bawah ini:

doa rukun yamani

 Allahumma RabbaNa AaTina Fid-DunYa HasanaTan Wa Fil-AaKhiraTi HasanaTan WaQina ‘AaZaaBan-Naar, Wa AdKhilNal-JanNata Ma’al AbRaar, Ya ‘AziiZu Ya GhafFaaRu Ya Rabbal-‘AaLamiin 

Wahai Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta peliharalah kami dari api neraka dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama orang yang berjaya. Wahai Tuhan Yang Maha Mulia lagi Maha Pengampun, wahai Tuhan sekalian Alam.

24. Maka selesailah pusingan keempat dan anda masih berbaki tiga (3) pusingan lagi.

Tawaf Pusingan Ke-5

25. Lakukan istilam pada Hajarul Aswad.

26. Selesai istilam, teruskan melakukan tawaf mengelilingi Kaabah untuk pusingan kedua.

Antara doa-doa yang ma’thur yang boleh dibacakan semasa tawaf pusingan ke-5 adalah seperti berikut:

Doa Agar Tidak Tidak Menjadi Orang Yang Zalim Dan Jahat

 rabbanā lā taj‘alnā ma‘al-qaumiẓ-ẓālimīn 

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami bersama orang-orang yang zalim

Doa Memohon Keputusan Terbaik Dalam Sesuatu Urusan

 rabbanaftaḥ bainanā wa baina qauminā bil-ḥaqqi wa anta khairul-fātiḥīn 

Wahai Tuhan kami, hukumkanlah antara kami dan kaum kami dengan kebenaran (keadilan), kerana Engkau jualah sebaik-baik Hakim.

Doa Memohon Agar Dipermudahkan Segala Urusan

 rabbanā ātinā mil ladunka raḥmataw wa hayyi’ lanā min amrinā rasyadā 

“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami”.

Doa Agar Dikurniakan Kekuatan

 rabbanā afrig ‘alainā ṣabraw wa ṡabbit aqdāmanā wanṣurnā ‘alal-qaumil-kāfirīn 

Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir

Doa Agar Dijauhi Zina

 Allahummag-Fir DzanBi Wa Thoh-Hir Qolbi, Wa Hassin FarJii 

Ya Allah, ampunilah dosaku, sucikanlah hatiku dan peliharalah kemaluanku. (Riwayat Ahmad)

12. Apabila anda telah sampai di penjuru Rukun Yamani, maka lakukan istilam dengan mengucapkan:

 Bismillahi Allahu Akbar Wa Lillahi-Hamd 

Dengan nama Allah, Allah Maha Besar, dan segala pujian adalah milik Allah SWT

13.Selepas itu, apabila setiap kali melintasi kawasan antara Rukun Yamani dan Hajarul Aswad, disunatkan untuk membaca doa khas di bawah ini:

doa rukun yamani

 Allahumma RabbaNa AaTina Fid-DunYa HasanaTan Wa Fil-AaKhiraTi HasanaTan WaQina ‘AaZaaBan-Naar, Wa AdKhilNal-JanNata Ma’al AbRaar, Ya ‘AziiZu Ya GhafFaaRu Ya Rabbal-‘AaLamiin 

Wahai Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta peliharalah kami dari api neraka dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama orang yang berjaya. Wahai Tuhan Yang Maha Mulia lagi Maha Pengampun, wahai Tuhan sekalian Alam.

27. Maka selesailah pusingan kedua dan anda masih berbaki lima (5) pusingan lagi.

Tawaf Pusingan Ke-6

28. Lakukan  istilam pada Hajarul Aswad.

29. Selesai istilam, teruskan melakukan tawaf mengelilingi Kaabah untuk pusingan kedua.

Antara doa-doa yang ma’thur yang boleh dibacakan semasa tawaf pusingan ke-6 adalah seperti berikut:

Doa Ketika Dalam Kesusahan

Laa iLaaHa ilLallahul ‘AziiMul Halim, Laa iLaaHa ilLallahu Robbul ‘ArSyil ‘Azimm, Laa IlaHa ilLallahu Robbus-SamaWaaTi Wa Robbul Ardh, Wa Robbul Arsyil Karim

Tiada than selain Allah Yang Maha Agung lagi Maha Penyantun, tiada than selain Allah, Tuhan pemilik Arasy Yang Maha Agung, tiada than selain Allah, Tuhan pemelihara langit dan Tuhan pemelihara bumi dan Tuhan pemilik Arasy Yang Maha Mulia.”

(Riwayat Ahmad)

Doa Memohon Kemudahan

AllahumMa Laa SahLa ilLaa Maa Ja’AlTahu SahLaa, Wa Anta Taj-‘Alul HazNa Izaa Syi’Ta SahLaa

Ya Allah, tiadalah kemudahan melainkan jika Engkau jadikannya mudah dan Engkau menjadikan kesusahan itu mudah jika Engkau kehendaki. (Riwayat Ibnu Hibban)

Doa Memohon Berada Dalam Kebenaran

AllahumMa Inni As-Aluka Fi’Lal KhoiRooTi Wa TarKal-MunKaRat, Wa HubBal MasaaKin, Wa in TaghFiRaLii Wa TarHaMaNii, Wa iDzaa ArodTa FitNatan Fii QauMin FataWaf-Fani GhoiRo MafTun

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu agar sentiasa dapat mengerjakan kebalkan, meninggalkan kemungkaran dan mencintai orang-orang miskin. Ampunilah aku dan kasihanilah aku. Sekiranya Engkau hendak menurunkan bencana, maka matikanlah aku dalam keredaan-Mu lebih dahulu hingga aku tidak tertimpa musibah tersebut.” (Riwayat Ahmad)

Doa Memohon Perlindungan Daripada Perbuatan Buruk Orang Yang Hampir Dengan Kita

AllahumMa Inni Aa-‘UuDzuBika Min JaaRil Suk’ Wa Min ZawJin TuSyay-YiBuNii Qoblal MaSyibb, Wa Mun Waladin YaKuuNu ‘AlayYa Riba, Wa Min MaaLin YakuuNu AlayYa ‘AdzaaBan Wa Min KhoLiiLin Maa Kirin ‘iiNuHuu TaRaaNi WaQolBuhu Tar’AaNi in RoAy HasanaTan DaFaaNaha, Wa iiZaa RoAy Sayyi-Atan Adzaa-‘AHaa

Ya Allah, aku memohon perlindungan-Mu daripada jiran yang jahat, pasangan yang menjadikan aku tua sebelum aku tua, anak yang menjadikan aku susah, harta yang menjadikan aku terseksa dan kawan yang khianat yang matanya memerhatikanku, apabila dia melihat kelebihanku disembunyikannya, apabila dia melihat kekuranganku disebarkan.” (Riwayat al-Tabarani dalam kitab al-Dua)

Doa Mendapat Rezeki Yang Berganda

Allahummaj-‘Alni Min A’Dzomi ‘AbaDika NaSiiBan Fii Kulli KhoiRin TaqSiMuHul GhoDaaTa Wa NuuRaa TahDi Wa RahMatan TanSyuRuHaa Wa RizQan TabSuThuHu Wa DhurRan TakSyiFuHu WaBaLaa’ TarFa’U-Hu Wa FitNatan TasRiFuHa

“Ya Allah, jadikan aku dalam kalangan hamba-Mu yang mendapat bahagian yang hebat pada cahaya yang Engkau kurniakan sebagai hidayat, rahmat yang Engkau sebarkan, rezeki yang Engkau lapangkan, bahaya yang Engkau selamatkan, bala yang Engkau angkatkan, (elakkan) fitnah yang Engkau jauhkan dan keburukan yang Engkau hindarkan.” (Riwayat al-Tabarani)

30. Apabila anda telah sampai di penjuru Rukun Yamani, maka lakukan istilam dengan mengucapkan:

 Bismillahi Allahu Akbar Wa Lillahi-Hamd 

Dengan nama Allah, Allah Maha Besar, dan segala pujian adalah milik Allah SWT

31.Selepas itu, apabila setiap kali melintasi kawasan antara Rukun Yamani dan Hajarul Aswad, disunatkan untuk membaca doa khas di bawah ini:

doa rukun yamani

 Allahumma RabbaNa AaTina Fid-DunYa HasanaTan Wa Fil-AaKhiraTi HasanaTan WaQina ‘AaZaaBan-Naar, Wa AdKhilNal-JanNata Ma’al AbRaar, Ya ‘AziiZu Ya GhafFaaRu Ya Rabbal-‘AaLamiin 

Wahai Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta peliharalah kami dari api neraka dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama orang yang berjaya. Wahai Tuhan Yang Maha Mulia lagi Maha Pengampun, wahai Tuhan sekalian Alam.

32. Maka selesailah pusingan keenam dan anda masih berbaki satu (1) pusingan lagi.

Tawaf Pusingan Ke-7

33. Lakukan  istilam pada Hajarul Aswad.

34. Selesai istilam, teruskan melakukan tawaf mengelilingi Kaabah untuk pusingan kedua.

Antara doa-doa yang ma’thur yang boleh dibacakan semasa tawaf pusingan ke-7 adalah seperti berikut:

Doa Kesejahteraan Ibu Bapa

 rabbirḥamhumā kamā rabbayānī ṣagīrā 

“Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayang, memelihara dan mendidikku semasa kecil.”

Doa Memohon Kecukupan Keperluan

 ḥasbiyallāhu lā ilāha illā huw, ‘alaihi tawakkaltu wa huwa rabbul-‘arsyil-‘aẓīm 

“Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku) tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepada-Nya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar.”

Doa Menghindari Fitnah

 AllahumMa Inni A’UuZu Bika Min ‘AzaaBi JahanNam, Wa Man ‘AzaaBil Qobri, Wa Min FitNatil MahYa Wal Mamat, Wa Min SyarRi FitnaTil-MasiiHid-Dajjal 

“Ya Allah, aku memohon perlindungan daripada azab api neraka, azab kubur, fitnah kehidupan, kematian dan fitnah al-Masih al-Dajal.” (Riwayat Muslim)

Doa Memohon Dikurniakan Anak Yang Soleh Atau Solehah

 rabbi hab lī mil ladunka żurriyyatan ṭayyibah, innaka samī‘ud-du‘ā’ 

“Wahai Tuhanku, kurniakan aku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya, Engkau sentiasa mendengar lagi memperkenankan.”

(Surah Ali ‘Imran 3: 38)

Doa Memohon Kecintaan Allah

 AllahumMa Inni As-Aluka HubBaka, Wa HubBa Man YuHibBuka, Wal ‘Amalal-lazi YuBalLi-RghuNi HubBaka, AllahumMaj-‘Al HubBaka AhabBa ilayya Min Nafsi Wa Ahli, Wa Minal Maa il-BaaRidi. 

Ya Allah aku memohon curahan cinta-Mu dan kecintaan orang-orang yang mencintai-Mu serta memohon curahan amal yang dapat menghantar diriku mencintai-Mu. Ya Allah jadikanlah kecintaan kepada-Mu lebih tertanam dalam jiwaku melebihi kecintaanku kepada diri sendiri, keluargaku dan air yang sejuk.

(Riwayat al-Tirmidzi)
35. Apabila anda telah sampai di penjuru Rukun Yamani, maka lakukan istilam dengan mengucapkan:

 Bismillahi Allahu Akbar Wa Lillahi-Hamd 

Dengan nama Allah, Allah Maha Besar, dan segala pujian adalah milik Allah SWT

36.Selepas itu, apabila setiap kali melintasi kawasan antara Rukun Yamani dan Hajarul Aswad, disunatkan untuk membaca doa khas di bawah ini:

doa rukun yamani

 Allahumma RabbaNa AaTina Fid-DunYa HasanaTan Wa Fil-AaKhiraTi HasanaTan WaQina ‘AaZaaBan-Naar, Wa AdKhilNal-JanNata Ma’al AbRaar, Ya ‘AziiZu Ya GhafFaaRu Ya Rabbal-‘AaLamiin 

Wahai Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta peliharalah kami dari api neraka dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama orang yang berjaya. Wahai Tuhan Yang Maha Mulia lagi Maha Pengampun, wahai Tuhan sekalian Alam.

37. Maka selesailah pusingan ketujuh dan ibadah tawaf wada tersebut.

Seterusnya, anda boleh mengerjakan Solat Sunat Tawaf dan membaca doa perpisahan selepas Tawaf awada di belakang Multazam. Doanya seperti di bawah.

Doa Selepas Tawaf Wada

Selepas selesai tawaf wada, maka bergeraklah ke belakang Multazam dan bacalah doa khas ini:

Allāhumma Lā Taj‘Al Hadhā Ākhira ‘Uhdi Bi-Baytika Al-Harām, Wa In Ja-‘AlTahu Ākhira ‘Uhdi, Fa‘Awwidhnī Bil-Jannah, Yā Arham Ar-Rāhimīn.

Maksudnya:

Ya Allah Ya Tuhanku! Janganlah dijadikan tawaf dan ziarah hamba ini sebagai kali yang penghabisan di Baitullah. Jika sekiranya ditakdirkan menjadi kali terakhir maka aku memohon Syurga sebagai gantinya dengan kemurahan Engkau, Ya Tuhan Yang Amat Pemurah lagi Maha Penyayang.

Hukum Tawaf Wada Bagi Orang Sakit

Hukum Tawaf Wada Bagi Orang Sakit

Bagi mereka yang sakit atau uzur, tawaf ini boleh dikecualikan dan tidak dikenakan Dam.

Di antara syarat-syarat sakit atau keuzuran itu adalah seperti berikut:

  • Perempuan yang datang haid atau nifas.
  • Orang yang sentiasa berhadas seperti kencing tidak lawas ataupun mempunyai luka yang sentiasa berdarah.
  • Dipaksa meninggalkan tawaf.
  • Takut kepada orang zalim.
  • Orang yang takut daripada penagih hutang dan tidak mampu untuk membayarnya.
  • Mereka yang takut akan terancam nyawa ataupun harta benda.
  • Mereka yang tidak dapat air untuk berwuduk ataupun tanah untuk bertayyamum.

Larangan Selepas Tawaf Wada

Perkara yang menjadi larangan, tidak boleh dilakukan dan membatalkan Tawaf Wada ialah:

  • Membayar hutang yang boleh ditangguhkan
  • Bersedekah semasa dalam Masjidil Haram atau dalam perjalanan balik ke Bangunan Penginapan (jika bersedekah sambil berjalan tidak tercari-cari mukthun maka tidak batal)
  • Membeli barangan yang tiada kaitan dengan keperluan perjalanan seperti tasbih, minyak wangi, cincin, kain tudung, makanan burung dan sebagainya walaupun dengan nilai SR 1.
  • Berlengah-lengah di dalam Masjidil Haram sehingga menyebabkan perjalanan (jemaah haji lain terganggu kerana menunggu kepulangan jemaah tersebut.
  • Mengambil gambar atau meminta pertolongan orang lain untuk mengambil gambar atau membantu mengambil gambar di dalam Masjidil Haram atau semasa dalam perjalanan pulang ke Bangunan Penginapan (hendaklah mengambil gambar dalam Masjidil Haram lebih awal iaitu sebelum Tawaf Wada atau hari sebelumnya jika mahu).

Mereka yang batal Tawaf Wada hendaklah mengulanginya. Kalau tidak, berdosa dan wajib dam.

Bagi mengelakkan daripada terbatal, jemaah dinasihatkkan supaya menurunkan semua barang-barang mereka terlebih dahulu dan pergi mengerjakan Tawaf Wada selepas kenderaan tiba iaitu semasa memunggah barang-barang ke atas kenderaan.

Dengan cara ini, jemaah akan dapat meninggalkan Kota Mekah sebaik-baik sahaja selepas tawaf tanpa menunggu masa yang lama.

Perkara Yang Boleh Dilakukan Selepas Tawaf Wada’

Perkara Yang Boleh Dilakukan Selepas Tawaf Wada'

Berikut adalah perkara yang DIBOLEHKAN untuk dilakukan selepas selesai mengerjakan Tawaf Wada:

  • Menunaikan Solat Sunat Tawaf
  • Mengucup Hajarul Aswad (jika berkemampuan)
  • Memegang Kaabah / Hijr Ismail / Maqam Ibrahim
  • Minum Air Zam-zam
  • Berdoa
  • Menunaikan solat sekiranya muazzin telah melaungkan iqamat (bagi kes orang bersesak sehingga tidak dapat keluar dari Masjidil Haram atau sebaik selesai Tawaf Wada
  • Makan dan minum dalam bilik
  • Buang air kecil / besar dalam tandas bilik bangunan penginapan
  • Melakukan perkara yang tiada hubungan langsung dengan musafir tetapi wajib dilakukan kerana hajat dan keperluan maslahah khusus / umum seperti mencari suami / isteri / keluarga / teman yang hilang atau barang yang hilang dan ziarah pesakit (kes kecemasan sahaja)
  • Mandi, menukar pakaian dan rehat di bilik
  • Mengambil gambar atau bersedekah dalam tempoh menunggu bas di bangunan penginapan

Soalan Lazim Berkaitan Tawaf Wada

Berikut adalah soalan-soalan lazim yang kerap ditanyakan berkaitan dengan perlaksanaan Tawaf Wada:

Apakah Maksud Tawaf Wada?

Tawaf Selamat Tinggal wajib dilakukan bagi mereka yang hendak meninggalkan Makkah jarak 2 marhalah (91 kilometer) atau lebih.

Adakah Perlu Keluar Ke Miqat Sebelum Mengerjakan Tawaf Wada?

Tidak. Tidak perlu bermiqat sebelum Tawaf Wada.

Setelah Selesai Tawaf Wada, Adakah Perlu Bersegera Keluar Dari Kota Mekah?

Hendaklah bersegera meninggalkan Makkah kecuali kerana perkara berkaitan solat atau perjalanan

Bagaimanakah Kedudukan Tawaf Wada Sekiranya Jemaah Haji Mewakilkan Kepada Orang Lain Untuk Membeli Barang Yang Bukan Keperluan Perjalanannya

Kedudukan adalah seperti berikut:
 
1) Pembelian yang dilakukan oleh orang yang diwakilkan sedangkan jemaah belum lagi melaksanakan Tawaf Wada-nya, maka tidak batal Tawaf Wada-nya
 
2) Pembelian yang dilakukan selepas Tawaf Wada tetapi Jemaah telah bergerak ke destinasi maka tidak batal Tawaf Wada
 
3) Pembelian dilakukan selepas Tawaf Wada dan dibeli ketika mana jemaah masih berada di bangunan penginapan maka batal Tawaf Wadanya

Apakah Jenis Dam Yang Dikenakan Bagi Orang Yang Meninggalkan Tawaf Wada?

Dam yang dikenakan adalah Tertib dan Taqdir.

Apakah perkara-perkara yang perlu disempurnakan oleh Jemaah sebelum mereka melakukan Tawaf Wada dan sesudah melakukannya? Adakah boleh dengan sengaja melengahkan perjalanan kerana makan / minum, membeli-belah atau menziarahi kawan-kawan?

Apa-apa sahaja perbuatan yang dilakukan selepas Tawaf Wada yang tidak termasuk dalam kategori tanda-tanda yang menunjukkan hendak bermukim di Makkah dan tidak bercanggah dengan konsep berakhir meninggal Makkah dengan Tawaf Wada adalah dibenarkan.
 
Contoh perkara-perkara yang harus dilakukan selepas Tawaf Wada (semasa berada di dalam Masjidil Haram):

– Menunaikan solat sunat tawai dan berdoa selepasnya di Masjidil Haram.
– Berdoa di Multazam.
– Mengucup AI-Hajar al-Aswad.
– Menunaikan solat sunat safar.
– Menunaikan solat fardhu sekiranya bilal telah melaungkan azan atau bilal sedang melaungkan azan.
– Bergambar atau mengambil gambar, walaubagaimana pun jika tidak bergambar atau tidak mengambil gambar adalah lebih baik.
 
Contoh perkara-perkara yang harus dilakukan selepas Tawaf (Di Penginapan atau Hotel):

– Makan dan minum di hotel.
– Qadha hajat.
– Menyalin dan menukar pakaian.
– Zikir dan membaca al-Quran sementara menunggu.
– Mengambil beg atau barang yang diletakkan/ditinggalkan di bilik penginapan.
– Mencari isteri, saudara, waris dan rakan yang hilang.
– Mengangkat barang-barang yang hendak dibawa bersama.
– Tidur dalam bilik hotel sementara menunggu bas atau ketibaan kenderaan.
– Melawat iasteri, saudara, waris, rakan yang sakit di hospital/klinik (bagi kes kecemasan dan hajat).
– Sebarang urusan yang berkaitan dengan perjalanan sama ada ke Jeddah atau Madinah seperti membeli makanan dan minuman untuk kegunaan dalam perialanan dan sebagainya.
– Menunggu kenderaan (lewat tiba kerana kesesakan dan sebagainya).
Bersedekah ketika menunggu kedatangan kenderaan di penginapan.
-Membayar dam. Walaupun begitu, digalakkan untuk membayar sebelum Tawaf Wada.
– Bergambar atau mengambil gambar
– Menunaikan solat fardhu (di hotel yang berdekatan Masjidil Haram) dengan berimamkan imam di Masjidil Haram.
 
*Resolusi Muzakarah Hail Peringkat Kebangsaan Ke-35 Musim Haji 1439H – 9-11 November 2018

Apa hukum seorang Jemaah Haji yang telah menyempurnakan Rukun dan Wajib Haji balik dari Tanah Suci Mekah dengan tidak mengerjakan Tawaf Wada?

Tawaf Wada ialah Tawaf selamat tinggal yang wajib dilakukan sekiranya seseorang itu hendak meninggalkan Makkah lebih dari 2 marhalah (91 kilometer atau 56 batu dan lebih) kerana memuliakan dan menghormati Baitullah al-Haram.
 
Jika ditinggalkan sama ada sengaja atau lupa, wajib menyempurnakan Dam dengan menyembelih seekor kambing. Jika tidak berkuasa menyempurnakan Dam itu maka dia dikenakan berpuasa 10 hari.
 
Caranya:-
Hendaklah ia berpuasa selama 3 hari selepas perjalanan 2 marhalah, atau berpuasa selama 3 hari setelah sampai di tempt kediamannya. Kemudian diselangi (tidak berpuasa) selama empat hari dan ditambah dengan tempo masa perjalanan yang menyampaikannya ke kampungnya kemudian barulah berpuasa lagi tujuh hari dan disunatkan berpuasa itu berturut-turut.
 
Ingatan:
Begitulah juga cara puasa bagi mereka yang:
◦            Meninggalkan Mabit di Muzdalifah.
◦            Meninggalkan Mabit di Mina
◦            Meninggalkan Melontar.
◦            Tidak berihram di Miqat.
 
Sebaliknya bagi mereka yang ada keuzuran adalah dimaafkan seperti perempuan yang datang haid atau nifas atau bagi lelaki yang mempunyai luka parut dikhuatiri jatuh najisnya di dalam masjid atau takut terancam keselamatan dirinya atau hartanya atau lain-lain keuzuran yang menghalang mereka dari melakukan Tawaf.

Adakah diharuskan oleh syara’ sekiranya kita melaksanakan ibadat sunat yang lain seperti solat Tahajjud sesudah melakukan Tawaf Wada?

Tidak diharuskan oleh syara’ sekiranya kita melaksanakan ibadat sunat yang lain seperti Solat Tahajjud sesudah melakukan Tawaf Wada.

Seorang Jemaah Haji perempuan telah meninggalkan Tanah Suci Makkah pergi ke Madinah tanpa Tawaf Wada pada tahun lepas kerana kejahilannya. Apakah perlu dibuat olehnya sekarang?

Dia wajib membayar Dam walaupun jarak masa sudah begitu lama dan dia tidak berdosa. Dam adalah Tertib dan Taqdir.

Apakah yang dimaksudkan Uruf selepas Tawaf Wada?

Hukum tawaf wada bagi jemaah haji ada 2 kategori seperti di bawah.
 
1. Golongan yang tiada masalah dalam bab safar (musafir)
 
Tempoh menunggu 8 jam. Tempoh ini adalah dalam keadaan biasa tapa ada halangan atas sebab urusan berkaitan pemusafiran. Perkiraan masa 8 jam tersebut hendaklah dikira bermula dari masa jemaah haji sampai dibangunan penginapan setelah pulang dari tawaf wada’.
Sekiranya Jemaah tidak keluar dari Makkah dalam masa 8 jam selepas tawa wada’ bukan disebabkan masalah urusan berkaitan permusafiran, tawaf wada’nya dianggap telah batal dan perlu diulang semula.
 
2. Golongan yang ada masalah dalam bab safar (musafir)
 
Tempoh menunggu 24 jam. Tempoh ini adalah dalam keadaan dimana tawaf wada telah selesai, kemudian dalam tempoh 24 lam baru dimaklumkan kelewatan pergerakan kenderaan keluar dari Makkah maka Jemaah tidak perlu mengulang semula tawaf wada’ Perkiraan masa 24 jam tersebut hendaklah dikira bermula dari masa Jemaah haji sampai di bangunan penginapan setelah pulang dari tawaf wada.

Apakah perbezaan di antara Ziarah Wada dengan Tawaf Wada?

Perbezaannya adalah ziarah Wada hukumnya sunat dikerjakan apabila hendak meninggalkan Madinah.
 
Adapun Tawaf Wada hukumnya wajib dikerjakan ke atas sesiapa yang hendak meninggalkan Makkah sejauh 2 marhalah dan lebih atau akan bermukim di sesuatu tempat sekalipun kurang daripada 2 marhalah.

Seorang Jemaah Haji meninggalkan Makkah menuju Ke Madinah tidak bertawaf Wada kerana sakit. Selepas lapan hari di Madinah, dia turun ke Jeddah dan telah sembuh dari sakit. Adakah dikehendaki dia datang semula untuk Tawaf Wada’?

la tidak dikehendaki Tawaf Wada’ lagi.

Adakah dikenakan Tawaf Wada’ bagi Jemaah yang keluar melawat Taif. Dari Makkah ke Taif.

Diwajibkan Tawaf Wada; kerana Jemaah Haji keluar melebihi dua marhalah dan dibolehkan untuk Solat Jamak dan Qasar

Penutup

Tawaf Wada memegang peranan penting sebagai penutup ibadah Haji dan Umrah, simbolik kepada perpisahan kita dengan Baitullah. Ia bukan sekadar tawaf biasa, tetapi satu penghargaan dan pengakuan terhadap kebesaran Allah SWT.

Mari kita lakukan Tawaf Wada dengan niat yang ikhlas dan hati yang penuh dengan kesedaran akan kewujudan Allah. Semoga setiap langkah kita dalam melakukan Tawaf Wada ini diberkati dan diterima oleh-Nya.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh meninggalkan soalan tersebut pada ruangan komen di bawah.

InsyaAllah saya akan menjawab dengan segera yang mungkin.

Nota & Rujukan

  1. Nota Kursus Asas Haji 1440H, edisi cetakan kemaskini November 2018, Bahagian Bimbingan Jabatan Haji, Lembaga Tabung Haji
  2. Nota Kursus Ibadah Haji & Umrah serta Ziarah Madinah, Hj. Abdul Rahman Saleh & Hj Kamaluddin Ibrahim, al-Hidayah Publication
  3. Panduan Ziarah Madinah Umrah & Haji, Ustaz Dato’ Haji Md Daud Bin Che Ngah, Pustaka Haji Abdul Majid
  4. Panduan Haji, Umrah dan Ziarah, Ustaz Ibrahim Zakaria.
  5. Panduan Ibadah Umrah & Ziarah, Ustaz Muhamad Dhiauddin, Pustaka Azhar
  6. Panduan Lengkap Haji, Umrah & Ziarah Edisi Kemaskini, Haji Abu Mazaya Al-Hafiz, Al-Hidayah House of Publisher
  7. Panduan Meraih Umrah Yang Mabrurah, Dato’ Dr Hj Zahazan B. Mohamed, Telaga Biru
  8. Soal Jawab Haji, Umrah & Ziarah, Edisi kemaskini 2020, Disemak dan diluluskan oleh Jawatankuasa Penasihat Ibadah Haji (TH-JAKIM) Bil 2/1440H
  9. Bimbingan Umrah & Ziarah, Ust Mohd Faez Bin Mohd Shah Al-Hashim, Pustaka al-Ehsan
  10. Soal Jawab Fiqh Ibadah Jilid 3, Bab Puasa, Haji, Korban & Akikah, Ustaz Abu Usamah Mohd Hanapiah Haji Husin, Ikon Syabab Resources.
Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

22 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Muhammad Rusydi Ab Aziz
Muhammad Rusydi Ab Aziz
11 hari yang lalu

Assalamualaikum ustaz..sy nk tnya..sy sedang tawaf wida..pada tawaf ke 6..sy berhenti sebentar menunggu masuk waktu subuh..sy berniat nk sambung tawaf selepas solat subuh..persoalannya..boleh ka sy solat sunat di antara waktu menunggu azan subuh?selesai solat subuh sy menyambung semula tawaf..bolehkah lakukan amalan sunat di antara tawaf ke 6 hingga solat subuh?

Ogy Ilmar
Ogy Ilmar
24 hari yang lalu

Assalam ustaz. Saya baru selesai tawaf wada. Tetapi saya telah mengambil gmbr die depan kaabah dan vc dengan keluarga dalm masa kurang 1 mnit. Sah atau batal tawaf saya?

Ramli
Ramli
2 bulan yang lalu

Assalamualaikum Ustaz..saya nak bertanya..saya melakukan tawaf wadak dan dalam pada yang sama saya telah menyentuh kaabah dan saya menyapu di muka saya. Dan saya sebenarnya tidak pasti sama ada sudah cukup tawaf ataupun tidak. Minta pencerahan. Jika ianya tidak sah, bagaimana saya mahu bayar dam sebab sudah lama

Rosliza
Rosliza
4 bulan yang lalu

Masa buat umrah yg pertama , saya tidak melakukan tawaf wada semasa hendak ke thoif dari mekah disebabkan saya tidak tahu . Saya sedar bahawa tawaf wada itu wajib bila lebih 2 marhalah semasa mendengar kursus umrah kali ni. Apa Dam yang saya perlu lakukan sedangkan dalam masa 5 hari lagi saya akan pergi buat umrah kali ke dua .

Iii
Iii
10 bulan yang lalu

Assalamualaikum ustaz, semasa tawaf wada’ untuk umrah saya telah memegang kaabah pada pusingan ke-6 dan kemudian terus menyambung pusingan saya.Adakah saya dikenakan dam?Dan apakah dam yang perlu saya bayar kerana telah tiba di tanah air.

Al
Al
1 tahun yang lalu

Assalamualaikum tuan
Bagaimana lafaz niat puasa dam bagi org yg tidak menyempurnakan tawaf wada’ nya?

Nur
Nur
1 tahun yang lalu

Alhamdulillah.
Terima kasih ustaz atas penerangan yang terperinci. Moga banyak ilmu yang saya boleh dapat daripada blog ini.

Nur
Nur
1 tahun yang lalu

Sambungan daripada masalah sebelum ini, jika kita berasa was was dengan tawaf wada tersebut perlukah bayar dam?
Sebab selepas berhenti di rnr utk ke lapangan terbang saya ada perasan seperti ada setitik warna coklat di pelapik walaupun saya sudah menapause. Sebelum buat tawaf wada saya didatangi setitik coklat walaupun sudah menapause lebih 2 tahun..Saya sudah membersihkan dan berwuduk dengan niat biasa iaitu hadas kecil. Adakah itu dianggap najis yang keluar tadi?
Jika keadaan itu memerlukan saya bayar dam di Malaysia bagaimanakah mana caranya ustaz?
Mohon penerangan.
Terima kasih ustaz

Nur
Nur
1 tahun yang lalu

Salam ustaz
Saya berhenti sebentar melakukan tawaf wada pada pusingan ke6 sebab sudah masuk waktu asar.
Sewaktu solat saya seperti merasakan ada sesuatu yang keluar daripada kemaluan. Tapi saya tak check. Sebab saya tak pasti ia keluar atau berada bahagian dalam.Saya terus menyambung pusingan yang ke 7 kerana terkejar2 mengejar bas yang hendak bergerak. Takut ditinggalkan.
Adakah tawaf saya batal? Dan adakah saya dikenakan dam?

Azril
Azril
1 tahun yang lalu

Saya ingin bertanya, ketika saya sedang melakukan tawaf wada, sambil berjalan ada seseorang telah datang kepada saya dan meminta wang. Mungkin dia meminta sedekah, saya tidak pasti kerana tidak faham bahasanya. Lalu saya pun memberikan sedikit wang dan meneruskan tawaf wada tersebut sehingga selesai. Adakah ianya salah dan membatalkan tawaf wada saya? Perlukah saya membayar dam?