TAWAF SUNAT: Hukum, Niat & Cara Mengerjakannya

tawaf sunat

Bagaimana niat dan cara melakukan Tawaf Sunat?

Panduan ini akan membantu ada melakukan Tawaf Sunat dengan lengkap dan secara langkah demi langkah.

Apa yang menarik:

Saya juga turut menyertakan bacaan zikir dan doa-doa yang ma’thur untuk dibacakan pada setiap pusingan tawaf sunat.

Malah bacaan-bacaan ini juga dipermudahkan dengan transliterasi rumi bagi membantu anda yang sukar membaca teks arab.

Tanpa buang masa, mari kita mulakan..

Maksud Tawaf Sunat

Tawaf sunat merujuk kepada tawaf yang dilakukan oleh jemaah haji atau umrah di Masjid al-Haram, Mekah, yang tidak termasuk dalam perkara wajib haji atau umrah.

Dalam konteks ini, “sunat” bermaksud sesuatu yang dianjurkan tetapi bukan kewajipan. Tawaf sunat boleh dijalankan pada bila-bila masa apabila seseorang berada di Masjid al-Haram, dan tiada had maksimum berapa kali tawaf sunat boleh dijalankan.

Walaupun tawaf sunat bukan sebahagian daripada rukun haji atau umrah, melaksanakannya tetap mendatangkan pahala.

Sebagai contoh, seseorang yang telah menamatkan ibadah umrah atau haji dan masih mempunyai masa di Mekah boleh memilih untuk menjalankan tawaf sunat sebagai tambahan ibadah dan untuk mendapatkan lebih banyak pahala dari Allah.

Syarat Tawaf Sunat

Syarat Tawaf Sunat

Meskipun ia adalah tawaf yang sunat, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi:

  1. Niat: Sebelum memulakan tawaf, hendaklah berniat di hati untuk melakukan tawaf sunat.
  2. Bersuci: Sebelum memulai tawaf, seseorang harus dalam keadaan suci dari hadas besar (seperti junub) dan hadas kecil (seperti setelah buang air kecil atau besar). Oleh itu, ambil wuduk sebelum memulakan tawaf.
  3. Menutup Aurat: Bagi lelaki, aurat adalah antara pusat hingga ke lutut, manakala bagi perempuan, seluruh tubuhnya adalah aurat kecuali muka dan tapak tangan. Pastikan pakaian yang dikenakan menutup aurat dengan sempurna.
  4. Melakukan Tawaf di Masjidil Haram: Tawaf hanya boleh dilakukan di Masjidil Haram di Mekah, mengelilingi Kaabah.
  5. Memulakan dan Mengakhiri di Hajar Aswad: Mulakan tawaf dari Hajar Aswad dan akhiri di tempat yang sama setelah melakukan tujuh pusingan.
  6. Melakukan tujuh pusingan: Seperti tawaf-tawaf lain, tawaf sunat juga terdiri daripada tujuh pusingan mengelilingi Kaabah.

Walaupun tawaf sunat bukanlah satu kewajipan, namun jika seseorang memilih untuk melakukannya, adalah baik untuk memenuhi syarat-syarat di atas agar mendapat ganjaran yang sempurna.

Namun, jika ada kesalahan atau kecuaian semasa melakukannya, tidak perlu membayar dam (penebusan) seperti dalam Tawaf Rukun

Adakah Perlu Miqat?

Tidak, tawaf sunat tidak memerlukan miqat. Tawaf sunat boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang berada di Masjidil Haram tanpa perlu memasuki keadaan ihram atau datang dari miqat. Ia adalah tawaf yang bersifat sunnah dan boleh dilakukan pada bila-bila masa tanpa syarat-syarat khusus yang diperlukan untuk umrah atau haji.

Niat Tawaf Sunat

Lafaz niat tawaf sunat ialah:

Nawaitu Tawafan Sunnatan Lillahi Ta’ala Sab’ah Asywaatan Hawla Al-Baitil Haram.

Aku berniat melakukan tawaf sunat kerana Allah Ta’ala, tujuh pusingan mengelilingi Baitullah.

Sebaik sahaja niat tersebut dibuat, seseorang boleh memulakan tawafnya.

Cara Melakukan Tawaf Sunat

cara tawaf sunat

Ringkasan Cara Melakukan Tawaf Sunat

  • Sebelum memasuki Masjidil Haram, hendaklah berwuduk terlebih dahulu lalu pergi menuju ke sudut Hajar Aswad.
  • Seperti Tawaf Rukun, Tawaf Sunat juga dimulakan dari Hajar Aswad dengan mencium atau mengusapnya. Jika tidak mampu, maka cukup memberi isyarat dengan tangan, lalu berjalan mengelilingi kaabah tujuh kali. Pusingan ke 1, 2 dan 3 berjalan cepat, sedangkan pusingan ke 4, 5, 6 dan ke 7 berjalan biasa.
  • Hukum niat bagi tawaf sunat adalah wajib. Syarat-syarat dan caranya adalah sama seperti Tawaf Rukun.
  • Setiap kali selesai, disunatkan pula mengerjakan Solat Sunat Tawaf dua rakaat.

Bacaan Semasa Tawaf Sunat

Rasulullah ﷺ dan para sahabat tidak pernah mengkhususkan bacaan-bacaan tertentu ketika melakukan tawaf sunat. Apa yang disebut oleh Baginda Rasulullah ﷺ adakah doa antara Rukun Yamani dan Hajarul Aswad di setiap pusingan.

Sebahagian doa-doa yang dipaparkan digunakan adalah dipilih daripada doa yang ma’thur dan ringkas bagi memudahkan para jemaah haji dan umrah yang melakukan tawaf buat pertama kali.

Tawaf Sunat Pusingan Pertama

1. Ketika hendak memulakan tawaf berdirilah menghadap  Kaabah, iaitu diantara Rukun Yamani dengan Rukun Hajarul Aswad.

2. Kemudian, berjalanlah dengan cara mengirikan Kaabah (Kaabah di sebelah bahu kiri kita).

3. Apabila sampai di Rukun Hajarul Aswad (penjuru kaabah yang terletaknya Hajarul Aswad), maka sunat untuk berniat tawaf:

Niat Tawaf Sunat

 Nawaitu Tawafan Sunnatan Lillahi Ta’ala Sab’ah Asywaatan Hawla Al-Baitil Haram. 

Aku berniat melakukan tawaf sunat kerana Allah Ta’ala, tujuh pusingan mengelilingi Baitullah.

Nota:

Niat hendaklah dilafazkan dan ditanamkan dalam hati sebelum tapak kaki memijak garisan hitam (yang menandakan arah Hajar Aswad) dan ketika tangan melambaikan ke arah Kaabah.

4. Setelah berniat, mulakan tawaf sunat. Jika ada berkesempatan, ambillah kesempatan mengucup Hajarul Aswad. Jika orang terlalu ramai dan sesak, maka cukuplah dengan melakukan istilam.

Istilam bermaksud melambaikan atau memberi isyarat tangan ke arah Hajarul Aswad dan mencium tangan itu dengan mengucapkan:

 Bismillahi Allahu Akbar Wa Lillahi-Hamd 

Dengan nama Allah, Allah Maha Besar, dan segala pujian adalah milik Allah SWT

Nota:

Istilam adalah perbuatan melambaikan tangan ke arah Kaabah dan diulangi pada setiap pusingan tawaf apabila kita sampai di penjuru Hajarul Aswad.

5. Selesai istilam, teruskan melakukan tawaf mengelilingi Kaabah.

6. Semasa sedang melakukan tawaf, disunatkan membaca doa.

Antara doa-doa yang ma’thur yang boleh dibacakan semasa tawaf sunat pusingan pertama adalah seperti berikut:

Doa Taubat

 Allahumma Inni ZhoLamTu Nafsi ZulMan KaTsiRan, Wa Laa YaghFiruz-DzuNuuBa ilLaa AnTa, FaghFirLi MaghFiroTan Min InDiKa, WarHamNi inNaka AnTal GhoFuuRur-RoHim 

Ya Allah, aku telah banyak berbuat dosa terhadap diri sendiri, sedangkan yang mengampuni segala dosa itu tidak lain hanyalah Engkau, maka berilah aku keampunan dan kasihanilah aku. Sesungguhnya Engkau Yang Maha Pengampun lagi Maha Pemurah. (Riwayat al Bukhari dan Muslim)

Doa Taubat Nabi Yunus

 Laa iLaaHa ilLaa Anta SubHaaNaKa inNii KunTu Minal ZhoLimin 

Tidak ada tuhan melainkan hanyalah Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku ini termasuk orang yang zalim

Penghulu Istighfar

 AllaahumMa Anta Rabbii Laa ilaaha illaa AnnTa Kholaq-tanii Wa Anaa ‘Abduka Wa Anaa ‘Ala ‘Ahdika Wawa’ Dika Mas-tatha’-tu Auudzu-bika Min Syarrimaa Sona’-tu Abuu-U Laka Bini’matika ‘Alayya Wa Abuu-U Bidzanmmbi, Faghfirlii Fainnahu Laa Yagh-Firudz-zunuuba Illaa Annta. 

 Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan hanya Engkau, Engkaulah yang mencipta diriku, aku sebagai hambaMu, aku tetap setia kepadaMu sebagaimana sumpah yang telah aku ikrarkan sesuai dengan kemampuanku, aku mohon perlindungan kepadaMu daripada keburukan yang aku buat, aku mengakui atas kurnian nikmatMu terhadapku dan aku mengakui dosa-dosaku, maka ampunilah aku kerana sesungguhnya tiadalah yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.

Doa Istighfar

 AllahumMag-FirLi Maa QadDamTu, Wa Maa Akh-KhorTu, Wa Maa AsRarTu Wa Maa A’LanTu, Wa Maa AnTa A’LaMu BiHi MinNi. AnTal-MuQaddim Wa Antal-MuAkh-Khir, Laa IlaaHa ilLaa Anta 

Ya Allah, ampunilah dosaku yang telah lalu dan kemudian, yang aku lakukan secara sembunyi mahupun secara terang-terangan. Engkau sahajalah yang lebih mengetahui daripadaku, Engkaulah yang terdahulu dan Engkaulah yang terkemudian, tiada tuhan melainkan Engkau.

Doa Memohon Dilindungi Daripada Segala Yang Buruk

 AllahumMa Inni Aa-‘UuDzuBika Mina MunKaRaaTil-Akhlaq Wal A’MaaLi Wal AhWaa-ie Wal AdWaa-ie 

Ya Allah, aku mohon perlindunganMu daripada akhlak yang tidak baik, daripada segala perbuatan yang tidak baik, daripada segala nafsu yang tidak baik dan daripada segala penyakit yang berbahaya (Riwayat al-Tirmizi)

7. Seterusnya, setiap kali apabila sampai pada Rukun Yamani, hendaklah kita mengangkat tangan sambil mengucapkan:

 Bismillahi Allahu Akbar Wa Lillahi-Hamd 

Dengan nama Allah, Allah Maha Besar, dan segala pujian adalah milik Allah SWT

8.Selepas itu, apabila setiap kali melintasi kawasan antara Rukun Yamani dan Hajarul Aswad, disunatkan untuk membaca doa khas di bawah ini:

doa rukun yamani

 Allahumma RabbaNa AaTina Fid-DunYa HasanaTan Wa Fil-AaKhiraTi HasanaTan WaQina ‘AaZaaBan-Naar, Wa AdKhilNal-JanNata Ma’al AbRaar, Ya ‘AziiZu Ya GhafFaaRu Ya Rabbal-‘AaLamiin 

Wahai Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta peliharalah kami dari api neraka dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama orang yang berjaya. Wahai Tuhan Yang Maha Mulia lagi Maha Pengampun, wahai Tuhan sekalian Alam.

9. Ini dikira satu pusingan (selesai pusingan pertamaa) dan anda masih berbaki enam (6) pusingan lagi.

Tawaf Sunat Pusingan Ke-2

10. Lakukan  istilam pada Hajarul Aswad.

11. Selesai istilam, teruskan melakukan tawaf mengelilingi Kaabah untuk pusingan kedua.

Antara doa-doa yang ma’thur yang boleh dibacakan semasa tawaf pusingan kedua adalah seperti berikut:

Doa Kesejahteraan Rumah Tangga

 RabbaNa HabLana Min AzWaaJiNa Wa DzurRiyyaTina QurraTa A’yun Waj’Alna LilMuttaQiiNa ImaaMaa 

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kami daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami penyejuk hati dan jadikan diri kami sebagai pimpin golongan yang bertakwa.

Doa Supaya Nama Harum

 Robbi Habli HukMan Wa AlHiqNi BisSooLihin Waj’Al-Li LiSaaNa SidQin Fil AaKhiRin Waj-‘Alnii Min WaroTsaTi JannaTin-Na’im 

Ya Tuhanku, berilah aku ilmu dan bawalah aku dapat berkumpul bersama orang-orang yang soleh, jadikan aku mempunyai nama (yang baik) oleh golongan generasi selepas kami, dan jadikanlah aku sebahagian daripada orang yang dapat mewarisi syurga.

Doa Murah Rezeki

 AllahumMag-FirLii DzanBi, Wa Was-SigLi Fii DaaRii Wa BaaRikLii Fii RizKii 

Ya Allah, ampunilah dosa, luaskanlah kelapangan dalam rumah tanggaku dan berkatilah untukku pada rezekiku.

Doa Agar Ibu Bapa Diberi Keampunan

 RabbaNag-FirLii Wa LiWaa LiDayYa Wa Lil MukMiNina YauMa YaQuuMul Hisabb 

Ya Tuhan kami, ampunilah aku, kedua-dua ibu bapaku dan semua kaum Muslimin pada hari kiamat.

Doa Agar Dikurniakan Keindahan Akhlak

 AllahumMa KaMaa HasSanTa KholQii Fa Hassin KhuluQii 

Ya Allah, sebagaimana Engkau telah memperelokkan kejadianku, maka perelokkan pula akhlakku.

12. Apabila anda telah sampai di penjuru Rukun Yamani, maka lakukan istilam dengan mengucapkan:

 Bismillahi Allahu Akbar Wa Lillahi-Hamd 

Dengan nama Allah, Allah Maha Besar, dan segala pujian adalah milik Allah SWT

13.Selepas itu, apabila setiap kali melintasi kawasan antara Rukun Yamani dan Hajarul Aswad, disunatkan untuk membaca doa khas di bawah ini:

doa rukun yamani

 Allahumma RabbaNa AaTina Fid-DunYa HasanaTan Wa Fil-AaKhiraTi HasanaTan WaQina ‘AaZaaBan-Naar, Wa AdKhilNal-JanNata Ma’al AbRaar, Ya ‘AziiZu Ya GhafFaaRu Ya Rabbal-‘AaLamiin 

Wahai Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta peliharalah kami dari api neraka dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama orang yang berjaya. Wahai Tuhan Yang Maha Mulia lagi Maha Pengampun, wahai Tuhan sekalian Alam.

14. Maka selesailah pusingan kedua dan anda masih berbaki lima (5) pusingan lagi.

Tawaf Sunat Pusingan Ke-3

15. Lakukan  istilam pada Hajarul Aswad.

16. Selesai istilam, teruskan melakukan tawaf mengelilingi Kaabah untuk pusingan kedua.

Antara doa-doa yang ma’thur yang boleh dibacakan semasa tawaf pusingan ketiga adalah seperti berikut:

Doa Bersyukur

 Ya Rabbi Lakal Hamdu Kama YanBaGhii LiJaLaaLi WajHika Wa ‘AziiMi SulThooNik 

Ya Tuhanku! Bagi-Mu segala puji sebagaimana semestinya, demi keagungan wajah-Mu (keredhaan-Mu) dan kebesaran kekuasaan-Mu.

Doa Menolak Bala

 AllahumMa Inni A-‘UuDzuBika Min JahDil Bala’ Wa DaroKis-SyaQa’, WaSuu-il Dho’, Wa SyaMaaTaTil A’-Daa’ 

Ya Allah, sesungguhnya aku belindung denganMu daripada bala yang berat, daripada kesusahan yang bersangatan pada urusan dunia dan kesempitan ke atasnya, daripada takdir yang membimbangkan dan daripada kegembiraan musuh terhadap musibah yang menimpa.

Doa Agar Dilunasi Hutang

 AllahumMa Inni A-‘UuDzuBika Minal Hazan. Wa A-‘UuDzuBika Minal Ajzi Wal Kasal. Wa A-‘UuDzuBika Minal JunNi Wal Bukh, Wa A-‘UuDzuBika Min GhoLaBatid DayNi Wa QahRir-Rijal 

Ya Allah aku memohon perlindungan kepadaMu daripada ditimpa dukacita dan kesusahan. Aku memohon perlindunganMu daripada sikap lemah dan malas. Aku memohon perlindunganMu daripada sikap pengecut dan bakhil. Aku memohon perlindunganMu daripada lilitan hutang dan penindasan orang.

Doa Memohon Perlindungan Daripada Segala Ujian Hidup

 AllahumMa Inni A-‘UuDzuBika Min FitNatin-Narr Wa ‘AdzaaBin-Narr Wa FitNatil-Qobri Wa ‘AdzaaBil-Qobri Wa Min SyaRi FitNatil GhiNaa Wa Min SyarRi FitNatil Faqri, Wa A-‘UuDzuBika Min SyarRi FitNatil MasiiHid-Dajjal 

Ya Allah aku memohon perlindunganMu daripada ujian dan seksaan api neraka, daripada ujian dan seksaan kubur, daripada ujian kemewahan dan kekayaan, daripada ujian kemelaratan hidup dan aku mohon perlindungan daripada kejahatan fitnah al-Masih dajjal.

Doa Agar Dihapuskan Dukacita & Diberi Kegembiraan

 AllahumMa InNi AbDuka, WabNu AmaTik, NaaSiYati BiyaDika MaaDhin FiyYa HukMuka, ‘AdLun FiyYa QoDhoo-Uka, As-Aluka BiKulLis-Min HuWaLaka, SamMaiTa Bihi NafSaka, Au AnZal-Tahu Fii KitaaBika, Au ‘AllamTu A-HaDan Min KholFika, Awis-Ta’-TsarTa Bihi Fii ‘ilmil-Ghoibi ‘inDaka, An Taj-‘Alal Qur-AaNa Robii’A QolBi Wa NuuRo SodRi, WaJaLaa’ HuzNii WaDzaHaaBa HamMi. 

Ya Allah, inilah aku hambaMu yang lelaki, anak hambaMu yang perempuan, ubun-ubunku ada di tanganMu, undang-undang peraturanMu berlaku ke atasKu, undang-undang keputusanMu wajar ke atas diriku. Aku mohon kepadaMu dengan segala nama sebutanMu, yang Engkau sendiri menamakan diriMu demikian atau yang Engkau wahyukan dalam kitab suciMu atau yang Engkau khabarkan kepada salah seorang makhlukMu atau Engkau khususkan untuk dirimu sendiri di luar pengetahuan manusia, agar Engkau menjadikan al-Quran yang agung itu penenang hatiku, cahaya mataku, penghibur kesedihanku dan pelenyap dukaku.

17. Apabila anda telah sampai di penjuru Rukun Yamani, maka lakukan istilam dengan mengucapkan:

 Bismillahi Allahu Akbar Wa Lillahi-Hamd 

Dengan nama Allah, Allah Maha Besar, dan segala pujian adalah milik Allah SWT

18.Selepas itu, apabila setiap kali melintasi kawasan antara Rukun Yamani dan Hajarul Aswad, disunatkan untuk membaca doa khas di bawah ini:

doa rukun yamani

 Allahumma RabbaNa AaTina Fid-DunYa HasanaTan Wa Fil-AaKhiraTi HasanaTan WaQina ‘AaZaaBan-Naar, Wa AdKhilNal-JanNata Ma’al AbRaar, Ya ‘AziiZu Ya GhafFaaRu Ya Rabbal-‘AaLamiin 

Wahai Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta peliharalah kami dari api neraka dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama orang yang berjaya. Wahai Tuhan Yang Maha Mulia lagi Maha Pengampun, wahai Tuhan sekalian Alam.

19. Maka selesailah pusingan ketiga dan anda masih berbaki empat (4) pusingan lagi.

Tawaf Sunat Pusingan Ke-4

20. Lakukan  istilam pada Hajarul Aswad.

21. Selesai istilam, teruskan melakukan tawaf mengelilingi Kaabah untuk pusingan kedua.

Antara doa-doa yang ma’thur yang boleh dibacakan semasa tawaf pusingan ke-4 adalah seperti berikut:

Doa Atas Nikmat Islam

 alḥamdu lillāhillażī hadānā lihāżā, wa mā kunnā linahtadiya lau lā an hadānallāh 

Segala puji bagi Allah yang telah memimpin kami di jalan ini (Islam), jika tidak ada pimpinan daripada Allah, nescaya kami akan kehilangan pimpinan

Doa Agar Ditetapkan Dalam Iman & Islam

 rabbanā lā tuzig qulūbanā ba‘da iż hadaitanā wa hab lanā mil ladunka raḥmah, innaka antal-wahhāb 

Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau memberi hidayah kepada kami, kurniakan kepada kami rahmat daripada sisiMu, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha mengurniakan

Doa Agar Diberi Keselamatan Dan Kesejahteraan

 Allahumma Inni As-Alukal AfWa Wal-‘AaFiyah Fid-DunYaa Wal AaKhirah 

Ya Allah, aku memohon kepadaMu keampunan serta kesejahteraan di dunia dan akhirat (Riwayat Ibn Majah)

Doa Agar Dipelihara Kesihatan

 AllahumMa Inni A-‘UuDzuuBika Min ZaWaaLi Ni’MatiKa WataHawWali ‘AaFiyaTika 

Ya Allah, aku mohon perlindunganMu daripada hilangnya nikmat kurniaanMu, daripada dihilangkan atau berubah keadaan kesihatan pemberiaanMu, daripada datangnya balasan seksa yang mendadak dan daripada segala kemurkaan.

Doa Agar Mencakupi Segala Macam Doa

 AllahumMa InNa Nas-Aluka Min Khori Maa Saa-Alaka ManHu Nabiyyuka Muhammad SAW Wa Na-‘UuDzuBika Min SyarRiMas Ta-‘AaDza MinHu Nabiyyuka Muhammad SAW Wa inTal MusTa’AaNu Alaykal BaLaaGhu Wa Laa HawLa WaLaa QuwwaTa ilLaa Billahi 

Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikan apa yang dipohon oleh NabiMu Muhammad ﷺ, aku memohon perlindungan daripadaMu daripada keburukan apa yang pinta perlindungan oleh NabiMu Muhammad ﷺ, Engkaulah tempat meminta pertolongan dan Engkaulah yang menyampaikan segala sesuatu, tiada daya mahupun upaya melainkan dengan pertolongan Allah (Riwayat al-Tirmizi)

22. Apabila anda telah sampai di penjuru Rukun Yamani, maka lakukan istilam dengan mengucapkan:

 Bismillahi Allahu Akbar Wa Lillahi-Hamd 

Dengan nama Allah, Allah Maha Besar, dan segala pujian adalah milik Allah SWT

23.Selepas itu, apabila setiap kali melintasi kawasan antara Rukun Yamani dan Hajarul Aswad, disunatkan untuk membaca doa khas di bawah ini:

doa rukun yamani

 Allahumma RabbaNa AaTina Fid-DunYa HasanaTan Wa Fil-AaKhiraTi HasanaTan WaQina ‘AaZaaBan-Naar, Wa AdKhilNal-JanNata Ma’al AbRaar, Ya ‘AziiZu Ya GhafFaaRu Ya Rabbal-‘AaLamiin 

Wahai Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta peliharalah kami dari api neraka dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama orang yang berjaya. Wahai Tuhan Yang Maha Mulia lagi Maha Pengampun, wahai Tuhan sekalian Alam.

24. Maka selesailah pusingan keempat dan anda masih berbaki tiga (3) pusingan lagi.

Tawaf Sunat Pusingan Ke-5

25. Lakukan istilam pada Hajarul Aswad.

26. Selesai istilam, teruskan melakukan tawaf mengelilingi Kaabah untuk pusingan kedua.

Antara doa-doa yang ma’thur yang boleh dibacakan semasa tawaf pusingan ke-5 adalah seperti berikut:

Doa Agar Tidak Tidak Menjadi Orang Yang Zalim Dan Jahat

 rabbanā lā taj‘alnā ma‘al-qaumiẓ-ẓālimīn 

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami bersama orang-orang yang zalim

Doa Memohon Keputusan Terbaik Dalam Sesuatu Urusan

 rabbanaftaḥ bainanā wa baina qauminā bil-ḥaqqi wa anta khairul-fātiḥīn 

Wahai Tuhan kami, hukumkanlah antara kami dan kaum kami dengan kebenaran (keadilan), kerana Engkau jualah sebaik-baik Hakim.

Doa Memohon Agar Dipermudahkan Segala Urusan

 rabbanā ātinā mil ladunka raḥmataw wa hayyi’ lanā min amrinā rasyadā 

“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami”.

Doa Agar Dikurniakan Kekuatan

 rabbanā afrig ‘alainā ṣabraw wa ṡabbit aqdāmanā wanṣurnā ‘alal-qaumil-kāfirīn 

Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir

Doa Agar Dijauhi Zina

 Allahummag-Fir DzanBi Wa Thoh-Hir Qolbi, Wa Hassin FarJii 

Ya Allah, ampunilah dosaku, sucikanlah hatiku dan peliharalah kemaluanku. (Riwayat Ahmad)

12. Apabila anda telah sampai di penjuru Rukun Yamani, maka lakukan istilam dengan mengucapkan:

 Bismillahi Allahu Akbar Wa Lillahi-Hamd 

Dengan nama Allah, Allah Maha Besar, dan segala pujian adalah milik Allah SWT

13.Selepas itu, apabila setiap kali melintasi kawasan antara Rukun Yamani dan Hajarul Aswad, disunatkan untuk membaca doa khas di bawah ini:

doa rukun yamani

 Allahumma RabbaNa AaTina Fid-DunYa HasanaTan Wa Fil-AaKhiraTi HasanaTan WaQina ‘AaZaaBan-Naar, Wa AdKhilNal-JanNata Ma’al AbRaar, Ya ‘AziiZu Ya GhafFaaRu Ya Rabbal-‘AaLamiin 

Wahai Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta peliharalah kami dari api neraka dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama orang yang berjaya. Wahai Tuhan Yang Maha Mulia lagi Maha Pengampun, wahai Tuhan sekalian Alam.

27. Maka selesailah pusingan kedua dan anda masih berbaki lima (5) pusingan lagi.

Tawaf Sunat Pusingan Ke-6

28. Lakukan  istilam pada Hajarul Aswad.

29. Selesai istilam, teruskan melakukan tawaf mengelilingi Kaabah untuk pusingan kedua.

Antara doa-doa yang ma’thur yang boleh dibacakan semasa tawaf pusingan ke-6 adalah seperti berikut:

Doa Ketika Dalam Kesusahan

Laa iLaaHa ilLallahul ‘AziiMul Halim, Laa iLaaHa ilLallahu Robbul ‘ArSyil ‘Azimm, Laa IlaHa ilLallahu Robbus-SamaWaaTi Wa Robbul Ardh, Wa Robbul Arsyil Karim

Tiada than selain Allah Yang Maha Agung lagi Maha Penyantun, tiada than selain Allah, Tuhan pemilik Arasy Yang Maha Agung, tiada than selain Allah, Tuhan pemelihara langit dan Tuhan pemelihara bumi dan Tuhan pemilik Arasy Yang Maha Mulia.”

(Riwayat Ahmad)

Doa Memohon Kemudahan

AllahumMa Laa SahLa ilLaa Maa Ja’AlTahu SahLaa, Wa Anta Taj-‘Alul HazNa Izaa Syi’Ta SahLaa

Ya Allah, tiadalah kemudahan melainkan jika Engkau jadikannya mudah dan Engkau menjadikan kesusahan itu mudah jika Engkau kehendaki. (Riwayat Ibnu Hibban)

Doa Memohon Berada Dalam Kebenaran

AllahumMa Inni As-Aluka Fi’Lal KhoiRooTi Wa TarKal-MunKaRat, Wa HubBal MasaaKin, Wa in TaghFiRaLii Wa TarHaMaNii, Wa iDzaa ArodTa FitNatan Fii QauMin FataWaf-Fani GhoiRo MafTun

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu agar sentiasa dapat mengerjakan kebalkan, meninggalkan kemungkaran dan mencintai orang-orang miskin. Ampunilah aku dan kasihanilah aku. Sekiranya Engkau hendak menurunkan bencana, maka matikanlah aku dalam keredaan-Mu lebih dahulu hingga aku tidak tertimpa musibah tersebut.” (Riwayat Ahmad)

Doa Memohon Perlindungan Daripada Perbuatan Buruk Orang Yang Hampir Dengan Kita

AllahumMa Inni Aa-‘UuDzuBika Min JaaRil Suk’ Wa Min ZawJin TuSyay-YiBuNii Qoblal MaSyibb, Wa Mun Waladin YaKuuNu ‘AlayYa Riba, Wa Min MaaLin YakuuNu AlayYa ‘AdzaaBan Wa Min KhoLiiLin Maa Kirin ‘iiNuHuu TaRaaNi WaQolBuhu Tar’AaNi in RoAy HasanaTan DaFaaNaha, Wa iiZaa RoAy Sayyi-Atan Adzaa-‘AHaa

Ya Allah, aku memohon perlindungan-Mu daripada jiran yang jahat, pasangan yang menjadikan aku tua sebelum aku tua, anak yang menjadikan aku susah, harta yang menjadikan aku terseksa dan kawan yang khianat yang matanya memerhatikanku, apabila dia melihat kelebihanku disembunyikannya, apabila dia melihat kekuranganku disebarkan.” (Riwayat al-Tabarani dalam kitab al-Dua)

Doa Mendapat Rezeki Yang Berganda

Allahummaj-‘Alni Min A’Dzomi ‘AbaDika NaSiiBan Fii Kulli KhoiRin TaqSiMuHul GhoDaaTa Wa NuuRaa TahDi Wa RahMatan TanSyuRuHaa Wa RizQan TabSuThuHu Wa DhurRan TakSyiFuHu WaBaLaa’ TarFa’U-Hu Wa FitNatan TasRiFuHa

“Ya Allah, jadikan aku dalam kalangan hamba-Mu yang mendapat bahagian yang hebat pada cahaya yang Engkau kurniakan sebagai hidayat, rahmat yang Engkau sebarkan, rezeki yang Engkau lapangkan, bahaya yang Engkau selamatkan, bala yang Engkau angkatkan, (elakkan) fitnah yang Engkau jauhkan dan keburukan yang Engkau hindarkan.” (Riwayat al-Tabarani)

30. Apabila anda telah sampai di penjuru Rukun Yamani, maka lakukan istilam dengan mengucapkan:

 Bismillahi Allahu Akbar Wa Lillahi-Hamd 

Dengan nama Allah, Allah Maha Besar, dan segala pujian adalah milik Allah SWT

31.Selepas itu, apabila setiap kali melintasi kawasan antara Rukun Yamani dan Hajarul Aswad, disunatkan untuk membaca doa khas di bawah ini:

doa rukun yamani

 Allahumma RabbaNa AaTina Fid-DunYa HasanaTan Wa Fil-AaKhiraTi HasanaTan WaQina ‘AaZaaBan-Naar, Wa AdKhilNal-JanNata Ma’al AbRaar, Ya ‘AziiZu Ya GhafFaaRu Ya Rabbal-‘AaLamiin 

Wahai Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta peliharalah kami dari api neraka dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama orang yang berjaya. Wahai Tuhan Yang Maha Mulia lagi Maha Pengampun, wahai Tuhan sekalian Alam.

32. Maka selesailah pusingan keenam dan anda masih berbaki satu (1) pusingan lagi.

Tawaf Sunat Pusingan Ke-7

33. Lakukan  istilam pada Hajarul Aswad.

34. Selesai istilam, teruskan melakukan tawaf mengelilingi Kaabah untuk pusingan kedua.

Antara doa-doa yang ma’thur yang boleh dibacakan semasa tawaf sunat pusingan ke-7 adalah seperti berikut:

Doa Kesejahteraan Ibu Bapa

 rabbirḥamhumā kamā rabbayānī ṣagīrā 

“Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayang, memelihara dan mendidikku semasa kecil.”

Doa Memohon Kecukupan Keperluan

 ḥasbiyallāhu lā ilāha illā huw, ‘alaihi tawakkaltu wa huwa rabbul-‘arsyil-‘aẓīm 

“Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku) tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepada-Nya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar.”

Doa Menghindari Fitnah

 AllahumMa Inni A’UuZu Bika Min ‘AzaaBi JahanNam, Wa Man ‘AzaaBil Qobri, Wa Min FitNatil MahYa Wal Mamat, Wa Min SyarRi FitnaTil-MasiiHid-Dajjal 

“Ya Allah, aku memohon perlindungan daripada azab api neraka, azab kubur, fitnah kehidupan, kematian dan fitnah al-Masih al-Dajal.” (Riwayat Muslim)

Doa Memohon Dikurniakan Anak Yang Soleh Atau Solehah

 rabbi hab lī mil ladunka żurriyyatan ṭayyibah, innaka samī‘ud-du‘ā’ 

“Wahai Tuhanku, kurniakan aku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya, Engkau sentiasa mendengar lagi memperkenankan.”

(Surah Ali ‘Imran 3: 38)

Doa Memohon Kecintaan Allah

 AllahumMa Inni As-Aluka HubBaka, Wa HubBa Man YuHibBuka, Wal ‘Amalal-lazi YuBalLi-RghuNi HubBaka, AllahumMaj-‘Al HubBaka AhabBa ilayya Min Nafsi Wa Ahli, Wa Minal Maa il-BaaRidi. 

Ya Allah aku memohon curahan cinta-Mu dan kecintaan orang-orang yang mencintai-Mu serta memohon curahan amal yang dapat menghantar diriku mencintai-Mu. Ya Allah jadikanlah kecintaan kepada-Mu lebih tertanam dalam jiwaku melebihi kecintaanku kepada diri sendiri, keluargaku dan air yang sejuk.

(Riwayat al-Tirmidzi)
35. Apabila anda telah sampai di penjuru Rukun Yamani, maka lakukan istilam dengan mengucapkan:

 Bismillahi Allahu Akbar Wa Lillahi-Hamd 

Dengan nama Allah, Allah Maha Besar, dan segala pujian adalah milik Allah SWT

36.Selepas itu, apabila setiap kali melintasi kawasan antara Rukun Yamani dan Hajarul Aswad, disunatkan untuk membaca doa khas di bawah ini:

doa rukun yamani

 Allahumma RabbaNa AaTina Fid-DunYa HasanaTan Wa Fil-AaKhiraTi HasanaTan WaQina ‘AaZaaBan-Naar, Wa AdKhilNal-JanNata Ma’al AbRaar, Ya ‘AziiZu Ya GhafFaaRu Ya Rabbal-‘AaLamiin 

Wahai Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta peliharalah kami dari api neraka dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama orang yang berjaya. Wahai Tuhan Yang Maha Mulia lagi Maha Pengampun, wahai Tuhan sekalian Alam.

37. Maka selesailah pusingan ketujuh dan ibadah tawaf sunat tersebut.

Doa Selepas Tawaf Sunat

Selepas melakukan tawaf (sama ada sunat atau wajib), disunatkan untuk melakukan Solat Sunat Tawaf, iaitu dua rakaat di belakang Maqam Ibrahim atau di mana-mana tempat yang tersedia di Masjidil Haram jika situasi tidak memungkinkan.

Selepas solat tawaf, banyak ulama menyarankan membaca doa dan zikir, namun tidak ada doa khusus yang disyariatkan selepas tawaf. Seorang jemaah boleh meminta apa saja yang dikehendaki dengan kata-kata sendiri.

Salah satu doa ringkas yang boleh dibaca adalah:

“رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ”

Rabbana atina fid-dunya hasanah wa fil akhirati hasanah waqina ‘adhaban-nar.

Yang bermaksud:

“Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab api neraka.”

Anda boleh membaca doa ini atau doa apa saja yang diingini. Yang penting adalah keikhlasan dan khusyuk ketika berdoa.

Fadhilat & Kelebihan Tawaf Sunat

kelebihan tawaf sunat

Ganjaran tawaf sunat, seperti ibadah sunat lainnya, adalah besar dan mempunyai keutamaan. Walaupun tidak ada hadis khusus yang menyebut ganjaran spesifik untuk tawaf sunat, namun beberapa hadith menekankan keutamaan dan fadhilat tawaf secara umum.

Sebagai contoh, dalam sebuah hadith riwayat Ibn Majah, Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa yang tawaf mengelilingi Kaabah tujuh kali dan dia melakukannya seperti yang diperintahkan, dia akan mendapatkan pahala seperti memerdekakan hamba”

Mengingat tawaf sunat adalah ibadah yang dilakukan dengan sukarela dan bukan kewajiban, seseorang yang melakukannya dengan niat yang tulus akan mendapatkan ganjaran dan pahala dari Allah SWT. Ibadah yang dilakukan dengan ketulusan dan ikhlas pasti membawa keberkatan dan ganjaran yang besar di sisi Allah.

Namun, harus diingat bahwa niat kita dalam melakukan ibadah, termasuk tawaf sunat, haruslah kerana Allah semata-mata, dan bukan kerana ganjaran atau pujian dari manusia. Allah Maha Mengetahui apa yang ada di dalam hati kita.

Soalan Lazim Berkaitan Tawaf Sunat

Berikut adalah beberapa soalan lazim yang berkaitan dengan tawaf sunat:

Tawaf Sunat Berapa Pusingan?

Tawaf sunat dilakukan sebanyak tujuh pusingan mengelilingi Kaabah, sama seperti tawaf wajib dan jenis tawaf lainnya di Masjidil Haram. Setiap pusingan dimulai dan diakhiri di Hajar Aswad.

Adakah Tawaf Sunat Perlu Pakai Ihram?

Tidak, tawaf sunat tidak memerlukan pemakaian ihram. Pakaian ihram khususnya diperlukan untuk ibadah umrah dan haji. Jika seseorang berada di Masjidil Haram dan ingin melakukan tawaf sunat, dia boleh melakukannya dengan pakaian biasa asalkan pakaian tersebut menutup aurat dan sesuai dengan syariat Islam.

Apakah Waktu Tawaf Sunat?

Tawaf sunat boleh dilakukan pada bila-bila masa, asalkan di Masjidil Haram, Mekah. Tidak ada waktu tertentu yang ditetapkan untuk tawaf sunat seperti solat fardhu.

Adakah Tawaf Sunat Perlu Wudhu?

Ya, bagi menjalankan tawaf, sama ada tawaf wajib atau tawaf sunat, seseorang itu perlu dalam keadaan bersuci, iaitu berwudhu.

Hukum Memegang Tangan Suami Ketika Tawaf?

Dalam Islam, tidak ada larangan khusus bagi seorang isteri memegang tangan suaminya semasa melakukan tawaf. Namun, ada beberapa perkara yang perlu diambil kira:

Kemaslahatan: Pada masa tertentu, terutamanya pada musim haji atau waktu umrah puncak, Masjidil Haram boleh menjadi sangat sesak. Memegang tangan suami dalam keadaan seperti ini mungkin bertujuan untuk memastikan keselamatan dan mengelakkan pasangan daripada terpisah dari kumpulan.

Khusyuk: Adalah penting untuk memastikan bahawa memegang tangan tidak mengganggu khusyuk dalam ibadah. Tawaf adalah satu ibadah, dan harus dilakukan dengan penuh khusyuk dan tuma’ninah.

Pertimbangan Lain: Jika memegang tangan boleh menimbulkan persepsi yang salah atau fitnah, terutamanya apabila berdekatan dengan mereka yang mungkin tidak memahami hubungan antara kedua individu tersebut, adalah lebih baik untuk berhati-hati.

Kesimpulannya, memegang tangan suami semasa tawaf adalah dibenarkan asalkan niatnya baik, seperti untuk keselamatan atau memastikan kedua-dua pasangan tidak terpisah. Namun, penting untuk memastikan tindakan tersebut tidak mengganggu khusyuk atau menimbulkan fitnah.

Apakah Hukum Menaiki Skuter Ketika Tawaf?

Menaiki skuter atau alat bantu pergerakan lain ketika tawaf diperbolehkan bagi individu yang mempunyai kesulitan berjalan atau mempunyai masalah kesihatan yang menghalang mereka daripada berjalan secara normal. Di Masjidil Haram sendiri, terdapat perkhidmatan kerusi roda yang disediakan untuk jemaah yang memerlukan bantuan.

Penutup

Saya berharap panduan ini telah membantu dan memberi manfaat anda secara sedikit sebanyak.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh meninggalkan soalan tersebut pada ruangan komen di bawah.

InsyaAllah saya akan menjawab dengan segera yang mungkin.

Nota & Rujukan

  1. Nota Kursus Asas Haji 1440H, edisi cetakan kemaskini November 2018, Bahagian Bimbingan Jabatan Haji, Lembaga Tabung Haji
  2. Nota Kursus Ibadah Haji & Umrah serta Ziarah Madinah, Hj. Abdul Rahman Saleh & Hj Kamaluddin Ibrahim, al-Hidayah Publication
  3. Panduan Ziarah Madinah Umrah & Haji, Ustaz Dato’ Haji Md Daud Bin Che Ngah, Pustaka Haji Abdul Majid
  4. Panduan Haji, Umrah dan Ziarah, Ustaz Ibrahim Zakaria.
  5. Panduan Ibadah Umrah & Ziarah, Ustaz Muhamad Dhiauddin, Pustaka Azhar
  6. Panduan Lengkap Haji, Umrah & Ziarah Edisi Kemaskini, Haji Abu Mazaya Al-Hafiz, Al-Hidayah House of Publisher
  7. Panduan Meraih Umrah Yang Mabrurah, Dato’ Dr Hj Zahazan B. Mohamed, Telaga Biru
  8. Soal Jawab Haji, Umrah & Ziarah, Edisi kemaskini 2020, Disemak dan diluluskan oleh Jawatankuasa Penasihat Ibadah Haji (TH-JAKIM) Bil 2/1440H
  9. Bimbingan Umrah & Ziarah, Ust Mohd Faez Bin Mohd Shah Al-Hashim, Pustaka al-Ehsan
  10. Soal Jawab Fiqh Ibadah Jilid 3, Bab Puasa, Haji, Korban & Akikah, Ustaz Abu Usamah Mohd Hanapiah Haji Husin, Ikon Syabab Resources.
Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

10 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Abdullah hamba Allah
Abdullah hamba Allah
1 bulan yang lalu

Assalamualaikum ustaz, soalan saya,
1) apakah perkara yang membatalkan tawaf sunat?
2) pada zaman kini yang ramai menggunakan gajet, bolehkah bertawaf sambil berbual-bual dengan rakan sebelah? Bolehkah bertawaf sunat sambil ambil gambar dan video kenangan?
3) Bolehkah bertawaf sunat sambil buat live di media sosial? Sebab buat live ibadah macam tu dapat banyak gift dan followers di dunia ni. Bolehkah bertawaf sunat sambil bacakan doa di live tiktok, fb dan yt?

AIN ZARHAINA ABDUL KADIR
AIN ZARHAINA ABDUL KADIR
2 bulan yang lalu

Semoga usaha ustaz menjadi kan blog yg penuh manfaat ni diberikan kebahagiaan dan kemudahan dunia dan akhirat…. Kenangan mengerjakan umrah sy sentiasa merujuk pd blog ustaz… lebih mudah utk difahami dan tidak hilang bilangan semasa melakukan tawaf… bermula dgn doa selepas solat yg menghilangkan anxiety sehingga lah mengerjakan umrah… sy merupakan peminat yg tegar aku islam.. jazakallah ustaz

Sahabudin
Sahabudin
9 bulan yang lalu

Alhamdullillah. Semuga Allah membalas segala usaha Tuan Haji dan diberkati dunia dan akhirat dan dimurahkan rezeki yang tidak putus putus seperti air dari telaga zam zam. Aamiin

Solahudin bin Abdullah
Solahudin bin Abdullah
11 bulan yang lalu

Saya melakukan tawaf sunat tidak cukup cuma 3 pusingan saja memandang saya rasa pening Dan terus balik ke hotel.dan tidak sambung balik .adakan ini menjadi satu kesalahan atau dikenakan dam

Abdullah
Abdullah
1 tahun yang lalu

Terima kasih