Panduan Bacaan Al-Fatihah Dalam Solat (Siri Solat Sempurna)

bacaan al-fatihah

Bagaimana bacaan al-Fatihah yang sempurna dalam solat?

Panduan ini akan menerangkan secara lengkap mengenai bacaan al-Fatihah dalam solat yang betul dan tepat dalam solat.

Soal jawab soalan lazim berkaitan bacaan al-Fatihah dalam solat juga turut disediakan bagi membantu anda.

Pengenalan

Ini adalah bab 4 dari siri panduan solat sempurna.

Untuk bab ini, saya akan menerangkan mengenai rukun solat berkaitan bacaan al-Fatihah dalam solat secara spesifik.

Matlamat panduan ini adalah agar kita semua tahu dan faham mengenai bacaan al-Fatihah dalam solat secara sempurna seterusnya solat kita diterima Allah.

Mari kita mulakan..

Hukum Bacaan al-Fatihah Dalam Solat

surah al fatihah
Surah al-Fatihah

Rukun keempat dalam solat adalah membaca al-Fatihah.

Bacaan al-Fatihah adalah wajib pada tiap-tiap rakaat mengikut tertib.

Dalil kewajipan al-Fatihah:

Hadis daripada Ubadah bin ash-Shamit, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:

Tidak sah orang yang tidak membaca surah al-Fatihah.

— Riwayat Bukhari dan Muslim

Rasulullah bersabda:

Sesiapa yang solat suatu solat, tidak membaca di dalamnya surah al-Fatihah, maka ia dikira cacat, ia cacat, ia cacat, iaitu tidak sempurna (tidak sah).

— Riwayat Muslim

Syarat Sah Bacaan al-Fatihah

  1. Membaca dengan tertib susunan ayat surah Al-Fatihah.
  2. Dibaca dengan muwalat iaitu dibaca terus-menerus. Jika berhenti lebih daripada waktu sekadar untuk menarik nafas lalu mengeluarkannya lagi, maka batal bacaannya dan hendaklah diulang semula daripada awal.
  3. Membaca semua ayat surah al-Fatihah termasuklah basmallah dan memelihara harakat dan tajwidnya.
  4. Membaca semua tasydid (bacaan bersabdu) yang ada dalam surah al-Fatihah[1]
  5. Tidak berhenti lama ketika membaca ayat-ayat surah al-Fatihah lebih daripada waktu sekadar untuk menarik nafas lalu mengeluarkannya lagi. Jika dibuat demikian maka batal bacaannya dan hendaklah diulang semula daripada awal.
  6. Membaca ayat-ayat surah al-Fatihah dalam keadaan berdiri (untuk solat fardu jika mampu berdiri).
  7. Sekurang-kurangnya mendengar sendiri bacaan al-Fatihah yang dibaca sendiri[2]
  8. Membaca ayat-ayat surah al-Fatihah dan tidak diselang-seli dengan kalimah (perkataan) lain yang bukan sesuatu yang menjadi kemaslahatan solat.
  9. Membaca surah al-Fatihah dengan niat melaksanakan rukun solat.
  10. Membaca surah al-Fatihah dengan bahasa arab,

Nota Kaki

1 Jika tidak dibaca tasdidnya, maka bacaan lafaz tersebut batal. Jika tidak diulang kembali, maka batal solatnya rukun surah al-Fatihahnya sudah batal.

Jika membaca tasydid pada huruf yang tidak ada tasydid, tidak membatalkan solat atau bacaan jika tidak mengubah makna.

Jika mengubah makna, batal bacaannya sama ada sengaja atau tidak.

Batal solatnya jika tahu dan sengaja

2 Dikecualikan bagi orang pekak.

Hukum Membaca Basmallah Dalam Surah Al-Fatihah

Basmallah adalah salah satu ayat daripada surah al-fatihah.

Menurut mazhab Syafi’e, basmallah merupakan satu sayat daripada surah al-Fatihah, maka tidak sah solat jika tidak membacanya.

Allah berfirman:

Dan sungguh Kami telah berikan kepadamu (wahai Muhammad) tujuh ayat yang berulang-ulang dan al-Quran yang agung.

— Surah al-Hijr ayat 87

Menurut ulama, “tujuh ayat yang berulang-ulang” dalam ayat ini merujuk kepada surah al-Fatihah kerana surah ini mengandungi 7 ayat yang sentiasa dibaca berulang-ulang pada tiap-tiap rakaat solat sama ada fardu atau sunat.

Dan ayat yang pertama dalam surah al-Fatihah ialah basmallah.

Tasydid Dalam Surah al-Fatihah

Tasydid-tasydid yang terdapat dalam surah al-Fatihah ada 14 tempat semuanya.

Kedudukan sabdu yang perlu dijaga dalam surah al-Fatihah

Mengucapkan “Amin” (Berta’min) Selepas Membaca Surah al-Fatihah

Bacaan ta’min hukumnya adalah sunat haiah.

 ﺁمِينُ

Kabulkan permintaan kami, ya Allah!

Dalil mengenai perkara ini disebutkan dalam satu hadis:

Adalah Nabi SAW, ketika selesai daripada pembacaan al-Fatihah, Baginda membaca: Amin(perkenankanlah ya Allah), Baginda menyaringkannya dan memanjangkan suaranya ketika membacanya.

— Riwayat Bukhari dan Abu Dawud

Hendaklah menyaringkan dan memanjangkan suara ketika menyebut “Amin” dan sunat makmum bersama-sama imam mengucapkan “Amin”.

Rasulullah bersabda:

Apabila imam mengucapkan “Amin”, maka kamu bacalah “Amin” kerana sesiapa yang berbetulan sebutan Aminnya dengan Aminya para malaikat, diampunkan dosanya yang telah lalu

— Muttafaq ‘Alaih

Rasulullah juga bersabda:

Sebutlah kamu semua: “Amin”, nescaya Allah akan menyayangi kamu

— Riwayat Muslim dan Abu Awanah

Membaca Surah Selepas Membaca al-Fatihah

Setelah selesai membaca surah al-Fatihah, maka bacalah surah atau ayat al-Quran pada dua rakaat pertama bagi imam dan bagi orang yang solat bersendirian.

Hukumnya adalah sunat haiah.

Dalilnya daripada al-Barra’ katanya:

Aku mendengar Rasulullah SAW membaca surah at-Tin ketika solat Isyak dan aku tidak pernah mendengar seorang pun yang lebih bagus suaranya atau bacaannya daripada Baginda.

— Muttafaq ‘Alaih

Menyaringkan Bacaan al-Fatihah Pada Solat Tertentu

Disunatkan untuk menyaringkan (memperkuatkan) bacaan surah al-Fatihah dan surah pada kedua-dua rakaat Solat Subuh, Jumaat, Tarawih dan Hari Raya.

Dan pada rakaat pertama dan kedua pada solat Maghrib dan Isyak.

Tetapi diperlahankan bacaan-bacaan tersebut pada solat yang lain.

Hukumnya juga sunat haiah.

Dalilnya adalah daripada Abu Hurairah; beliau berkata:

Adalah Nabi SAW membaca ketika Solat Subuh pada hari Jumaat Alif Lam Mim, Tanzil as-Sajadah dan Hal ata ‘alal Insan

— Muttafaq ‘Alaih

Hadis daripada Abu Hurairah; beliau berkata:

Adalah bacaan Nabi SAW pada waktu malam kadang-kadang Baginda merendah suaranya dan kadang-kadang meninggikannya.

— Riwayat Abu Dawud

Soal Jawab Berkaitan Bacaan al-Fatihah Dalam Solat

Berikut adalah beberapa persoalan yang berkaitan dengan al-Fatihah dalam solat

1. Adakah perlu membaca bismillah ketika membaca surah al-Fatihah dalam solat?

Terdapat perbezaan pendapat dalam menentukan sama ada bismillah sebahagian daripada surah al-Fatihah ataupun sebaliknya.

Mazhab Syafi’e berpendapat ia sebahagian daripada surah al-Fatihah.

Oleh itu, ia wajib dibaca ketika membaca al-Fatihah dalam solat.

Ini berdasarkan kepada hadis yang dilaporkan daripada Abu Hurairah:

Sekiranya kamu membaca Alhamdulillah, hendaklah kamu membaca bismillahir rahmanir rahim. Ia (al-Fatihah) adalah Ummul Quran dan Ummul Kitab, dan ia mempunyai tujuh ayat. Bismillahir rahmanir rahim adalah salah satu ayatnya.

— Dilaporkan oleh al-Darquthni

2. Bolehkah menggantikan surah al-Fatihah dengan mana-mana surah yang lain?

Membaca surah al-Fatihah termasuk rukun solat.

Oleh itu, tidak sah solat sekiranya menggantikan surah al-Fatihah dengan surah yang lain.

Ini berdasarkan hadis yang direkodkan oleh al-Bukhari dan Muslim, Nabi SAW pernah berkata:

Tidak sah solat siapa yang tidak membaca al-Fatihah

— direkodkan oleh Muslim dalam kitab Sahih Muslim pada bab Solat; Wajib Membaca Al-Fatihah pada Setiap Rakaat

3. Saya baru memeluk Islam. Saya tidak pandai membaca al-Quran dan sukar menghafal surah al-Fatihah. Bagaimana saya mahu solat?

Anda boleh membaca sebahagian daripada surah al-Fatihah yang diingati dan menggantikan baki ayat yang tidak diingati dengan surah lain yang sama jumlah ayatnya ataupun lebih.

Anda juga boleh menggantikan baki ayat-ayat yang tidak diingatinya dengan zikir atau selawat sebanyak selawat ayat ayat yang tertinggal.

Ini berdasarkan kaedah fekah yang menyatakan apa yang tidak dapat dilakukan semuanya dengan sempurna, jangan ditinggalkan semuanya.

Tetapi sekiranya anda belum menghafal satu pun aya daripada surah al-Fatihah, dia boleh membaca surah-surah lain yang mempunyai jumlah ayat yang sama ataupun lebih.

Sekiranya surah-surah al-Quran yang lain juga tidak dapat dihafaz, dia boleh berzikir dan berselawat pada anggaran kebiasaan masa yang diambil untuk membaca al-Fatihah.


4. Bacaan al-Quran mempunyai qiraat yang pelbagai. Adakah harus membaca surah al-Fatihah dalam solat dengan mana-mana qiraat yang disukai?

Berdasarkan muzakarah jawatankuasa fatwa ke-16 yang dijalankan pada 18 Febuari 1986, qiraat yang boleh digunakan adalah bacaan yang masyhur di dunia dan di Asia, iaitu bacaan riwayat Hafsun


5. Sekiranya sebutan huruf dhod dalam surah al-Fatihah dibaca zho, adakah sah solat?

Membaca surah al-Fatihah dengan betul adalah rukun solat yang tidak boleh diabaikan.

Menyebut setiap perkataan dan huruf dengan sempurna dan betul adalah antara syarat bacaan al-Fatihah yang sempurna.

Sekiranya seseorang itu menyebut salah satu daripada huruf-huruf dalam surah al-Fatihah dengan sebutan yang tidak tepat, maka solat tidak sah.


6. Apakah hukum baca al-Fatihah tergesa-gesa. Misalnya, ketika masih menyebut waladhdholin, kita sudah mula membongkokkan badan untuk sujud. Apakah hukumnya?

Antara syarat sah bacaan al-Fatihah dalam solat adalah seluruh ayat surah ini hendaklah dibaca ketika sedang berdiri (qiam).

Mereka membaca al-Fatihah ketika rukuk ataupun rukuk ketika belum sempurna membaca al-Fatihah menyebabkan solat tidak sah kerana mengabaikan rukun membaca al-Fatihah.


7. Apakah hukum sering menghentikan bacaan al-Fatihah kerana batuk ataupun semput? Kadangkala lama diam sebelum kembali menyambung bacaan.

Disyaratkan dalam solat al-Fatihah hendaklah dibaca secara terus-menerus tanpa diam yang lama.

Tetapi dalam keadaan tertentu, seperti batuk ataupun menangis atau sesak nafas, harus berhenti.

Solat yang dilakukan tetap sah.


8. Ketika solat tarawih,saya mendapati imam sering membaca surah al-Fatihah dengan pantas. Kadangkala dengan hanya senafas. Bolehkah begitu?

Bacaan surah al-Fatihah yang paling sempurna adalah dengan berhenti pada waqaf-waqaf yang ditetapkan.

Bagaimanapun, harus seseorang itu membacanya dengan menyambung sebahagian atau seluruh ayat-ayatnya.

Tetapi, bacaan bersambung ini hendaklah dibaca dengan menyambungkan setiap hujung ayat dengan ayat berikutnya.

Sebahagian daripada imam membaca keseluruhan ayat dengan satu nafas tetapi mawaqafkan pada setiap akhir ayat.

Ini cara yang salah.

Nota Rujukan

Rujukan panduan ini adalah:

  1. Praktikal Solat Sempurna, Ustaz Muhadir Haji Joll
  2. Anda Bertanya Ustaz Menjawab Mengenai Solat, Ustaz Rohidzir Rais
  3. Ensiklopedia Solat A-Z Tentang Solat, Dr. Nik Yusri Musa
  4. Indahnya Hidup Bersyariat, Modul Fardu Ain Diri, Keluarga dan Masyarakat Sepanjang Hayat, Dato’ Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid.

Penutup

Semoga panduan ini memberi manfaat kepada anda semua dalam meningkatkan kualiti solat.

Jika ada sebarang persoalan berkaitan topik ini, bolehlah nyatakan hal tersebut pada ruangan di bawah.

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

66 thoughts on “Panduan Bacaan Al-Fatihah Dalam Solat (Siri Solat Sempurna)”

  1. Ustaz kalau masa baca Al-Fatihah dan tiba2 saya terganggu dgn bunyi bising dan terberhenti sekejap lepastu sambung balik ayat Alfatihah saya tu kira batal ke?

    Reply
    • Jika awak membaca Surah Al-Fatihah dalam solat dan terganggu oleh bunyi bising sehingga terhenti sekejap, kemudian awak menyambung kembali bacaan Al-Fatihah dari tempat awak terhenti, solat anda tidak batal.

      Dalam hal ini, terganggunya bacaan awak adalah di luar kawalan dan tidak membatalkan solat.

      Reply
  2. Assalamualaikum ustaz, saya ada masalah nafas pendek. Masa baca ayat terakhir surah Al-Fatihah saya berhenti tiga tempat.

    Siratallazi nak an ‘am ta alaihim
    Ghairil maghdubi alaihim
    Waladdhallin…

    Sah ke solat saya ustaz?

    Reply
    • Berkenaan dengan masalah nafas pendek yang anda alami semasa membaca ayat terakhir dari Surah Al-Fatihah dan terpaksa berhenti di beberapa tempat, ia tidak membatalkan solat anda.

      Dalam Islam, penilaian ibadah berdasarkan kemampuan dan keadaan setiap individu. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 286, “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

      Jadi, jika anda mengalami kesulitan seperti masalah nafas dan terpaksa berhenti sebentar ketika membaca, ini tidak menyebabkan solat anda tidak sah. Yang penting adalah anda tetap menjaga rukun-rukun solat yang lain dan berniat untuk melaksanakannya dengan sebaik mungkin.

      Allah SWT Maha Mengetahui niat dan usaha kita. Teruskanlah usaha anda untuk melaksanakan ibadah sebaik mungkin sesuai dengan keadaan anda. Semoga Allah memberikan kekuatan dan kemudahan kepada anda dalam setiap ibadah yang anda lakukan. 

      Jika ada soalan tambahan, sila bertanya. Semoga Allah SWT memberkati kita semua. Amin.

      Reply
  3. Assalamualaikum..
    Boleh saya teruskan jamak Dan Qasar, jika pada mulanya saya niat untuk jamak zohor Dan asar, pada waktu zohor, tapi waktu sya buat solat zohor, saya buat 4 rakaat. Adakah saya Masih boleh teruskan jamak untuk solat asar?

    Reply
    • Waalaikumussalam,

      Dalam mazhab Syafi’i, apabila seseorang berniat untuk melakukan solat Jamak (menggabungkan dua solat fardhu dalam satu waktu) tetapi kemudian melakukan salah satu solat tersebut secara sempurna (dalam kes ini, solat Zohor 4 rakaat), maka niat jamak tersebut batal dan tidak sah.

      Jadi, jika anda sudah menunaikan solat Zohor dengan 4 rakaat pada waktu Zohor, ini bermakna anda telah menunaikan solat Zohor secara lengkap dan sah sebagai solat yang tidak dijamak. Oleh itu, anda tidak boleh meneruskan niat jamak untuk solat Asar. Anda perlu menunaikan solat Asar secara berasingan pada waktunya.

      Namun, jika keadaan memerlukan (seperti dalam perjalanan atau situasi yang membenarkan Qasar dan Jamak), anda boleh berniat Qasar untuk solat Asar pada waktunya nanti dengan melaksanakan dua rakaat, tetapi tidak dalam bentuk jamak dengan solat Zohor.

      Penting untuk diingat bahawa dalam mazhab Syafi’i, niat adalah penting dan perlu jelas ketika memulakan solat, terutama ketika melakukan solat Jamak dan Qasar. Jika terdapat perubahan dalam niat atau pelaksanaan solat, ini mungkin mempengaruhi sahnya solat tersebut. 

      Saya harap penjelasan ini membantu dan memberi manfaat kepada anda.

      Reply
    • Boleh rujuk mengenai sujud tilawah di sini: https://akuislam.com/blog/ibadah/sujud-sajadah/

      Waalaikumussalam,

      Dalam mazhab Syafi’i, konsep muwalat (kesinambungan) dalam solat adalah penting. Muwalat bermaksud kesinambungan tindakan dalam solat tanpa terlalu lama berhenti antara satu rukun dengan rukun yang lain.

      Sekiranya makmum datang lambat dan masuk ke dalam solat jemaah ketika imam sedang melakukan sujud tilawah, makmum tersebut tidak perlu melakukan sujud tilawah itu. Ini kerana sujud tilawah bukanlah sebahagian dari rukun solat, tetapi merupakan sujud yang dilakukan sebagai tanda penghormatan terhadap ayat-ayat tertentu dalam Al-Quran yang dibaca ketika solat.

      Menurut mazhab Syafi’i, sujud tilawah tidak mempengaruhi kesinambungan (muwalat) solat. Makmum yang datang lambat dan terlepas sujud tilawah tidak diwajibkan untuk melakukannya kemudian. Mereka hanya perlu menyambung solat bersama imam dan menyelesaikan apa yang tinggal dari solat tersebut.

      Makmum dalam keadaan ini perlu memfokuskan pada menyempurnakan apa yang tinggal dari solat bersama imam dan tidak perlu risau tentang sujud tilawah yang telah terlepas. Inti dari solat berjemaah adalah mengikuti imam dan menjaga kesinambungan solat bersama-sama imam. 

      Semoga ini menjawab pertanyaan anda.

      Reply
  4. Assalamualaikum, ingin tanya jika saya ingin telan air liur ketika tengah2 membaca ayat al fatihah adakah memutuskan muwalat? Kerana jika tidak telan air liur di tengah2 membaca ayat al fatihah, agak tidak jelas dan semput… mohon penjelasan

    Reply
    • Begitu juga terbatuk dan terbersin di tengah membaca al fatihah, adakah perlu ulang dari ayat pertama al fatihah?

      Reply
    • Wassalam, menelan air liur tidak memutuskan muwalat.

      Jika terbersin semasa membaca al Fatihah, kena ulang dari ayat yang terakhir sebelum bersin sahaja. Tidak perlu ulang dari awal al Fatihah.

      Reply
  5. salam ..nak tanya sikit .. bila kàh kita membaca al fatihah ..untuk makmum ,.. contoh ., bersama imam atau ketika imam membaca surah … tq

    Reply
  6. Ustaz, adakah sah jika di ayat kedua alfatihah saya terbaca

    Arrahmannir rahim. Berbanding
    Arrahmanir rahim

    Reply
    • Dalam mazhab Syafi’i, kesempurnaan bacaan dalam solat adalah penting, khususnya dalam membaca Al-Fatihah. Al-Fatihah adalah rukun dalam solat, dan kesalahan bacaan yang mengubah makna boleh mempengaruhi sah solat.

      Mengenai kesalahan bacaan “Arrahmannir Rahim” menjadi “Arrahmannir Rahim,” ini merupakan kesalahan dalam bacaan yang perlu dielakkan. Namun, dalam konteks sah solat, kita perlu mempertimbangkan apakah perubahan bacaan itu mengubah makna secara signifikan atau tidak.

      Dalam kes ini, tambahan “nun” dalam “Arrahmannir Rahim” mungkin tidak mengubah makna secara drastik, tetapi tetap merupakan kesalahan bacaan. Menurut mazhab Syafi’i, jika kesalahan bacaan tidak mengubah makna secara besar, solat itu masih dianggap sah, tetapi hendaklah diusahakan untuk membetulkan bacaan tersebut di masa akan datang.

      Sebagai praktik terbaik, adalah penting untuk selalu berusaha membaca dengan sebaik-baiknya, dan jika ada kesalahan yang diperhatikan, berusaha untuk memperbaikinya di kemudian hari. Jika kesalahan tersebut dilakukan tanpa sengaja dan tanpa menyedari pada waktu itu, solat masih dianggap sah, tetapi hendaklah diambil langkah untuk belajar dan memperbaiki bacaan untuk masa depan. 

      Sebagai tambahan, jika seseorang menyedari kesalahannya dalam bacaan semasa solat, dan kesalahan itu adalah ringan, dia boleh mengulangi bacaan tersebut dengan betul tanpa perlu melakukan sujud sahwi. Namun, jika kesalahan itu berat dan mengubah makna, maka sujud sahwi mungkin diperlukan.

      Boleh rujuk mengenai sujud sahwi pada pautan ini: https://akuislam.com/blog/ibadah/melakukan-sujud-sahwi/

      Reply
  7. Ustaz adakah sah jika saya tak boleh sebut huruf ta dan tho dengan betul kadang2 saya sebut mahraj nya lain tapi bunyi nya hampir sama.

    Reply
    • Jika memang tidak dapat diperbetulkan sebutan walaupun sudah berusaha, maka dimaafkan dan solat itu sah.

      Cuma awak tidak boleh jadi imam solat jika ada makmum yang lebih baik sebutannya berbanding awak.

      Reply
    • Dalam mazhab Syafi’i, bacaan Surah Al-Fatihah dalam solat adalah rukun, dan perlu dibaca dengan sempurna serta benar. Penggunaan bacaan tartil, yang bermaksud membaca Al-Quran dengan perlahan, tajwid yang tepat, dan dengan merenungkan maknanya, adalah sangat digalakkan dalam Islam secara umum.

      Hukum membaca Surah Al-Fatihah dengan bacaan tartil dalam solat adalah sah dan dianjurkan, asalkan memenuhi syarat-syarat berikut:

      1. Kejelasan Bacaan: Setiap huruf harus dibaca dengan jelas dan tepat, dengan mengikuti tajwid yang benar. Ini termasuk memperhatikan panjang pendeknya harakat (vokal) dan mengeluarkan huruf dari tempat keluarnya yang betul.

      2. Tidak Menyebabkan Gangguan dalam Solat: Bacaan harus dilakukan dengan tidak mengganggu konsentrasi dalam solat. Ini bermakna bacaan tidak terlalu panjang sehingga menyebabkan lelah atau mengganggu konsentrasi dalam solat.

      3. Tidak Mengganggu Orang Lain: Jika seseorang sedang solat berjemaah, bacaannya tidak seharusnya mengganggu imam atau jemaah lain.

      Membaca dengan tartil membantu seseorang untuk merenung dan menghayati makna yang terkandung dalam Al-Quran. Dalam konteks solat, ini dapat meningkatkan kekhusyukan dan pemahaman terhadap doa dan zikir yang dibaca.

      Jadi, membaca Surah Al-Fatihah dengan bacaan tartil dalam solat adalah sah dan dianjurkan dalam mazhab Syafi’i, selagi bacaan tersebut memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan tidak mengganggu kesempurnaan solat.

      Reply
  8. Assalamualaikum ustaz, batalkah solat jika betulkan bacaan baris ayat sebanyak tiga kali? Terima kasih ustaz

    Reply
    • Waalaikumussalam,

      Dalam mazhab Syafi’i, memperbaiki bacaan dalam solat, termasuk Surah Al-Fatihah, adalah penting untuk memastikan kesempurnaan solat. Jika seseorang membuat kesalahan dalam bacaannya, adalah sunnah (dianjurkan) untuk memperbaikinya. 

      Namun, jika perbaikan bacaan dilakukan berulang kali, khususnya lebih dari tiga kali, ini mungkin menimbulkan persoalan apakah tindakan tersebut mengganggu solat.

      Mengenai soalan anda, jika seseorang memperbaiki bacaan dalam baris ayat (misalnya dalam Al-Fatihah) sebanyak tiga kali dan ini dilakukan dengan niat membetulkan kesalahan yang tidak sengaja, solatnya tidak batal. Namun, jika tindakan membetulkan bacaan itu menyebabkan gangguan yang besar dalam solat, atau jika dilakukan dengan sengaja tanpa sebab yang kuat, ini mungkin mempengaruhi sah solat.

      Sebagai panduan umum, jika kesalahan bacaan adalah minor dan tidak mengubah makna secara signifikan, tidak perlu terlalu fokus pada perbaikan berulang kali yang boleh mengganggu konsentrasi dan kesinambungan solat. Jika kesalahan bacaan adalah signifikan dan mengubah makna, maka hendaklah diperbetulkan, tetapi sebaiknya dilakukan dengan cara yang tidak mengganggu solat.

      Adalah penting untuk memastikan bahwa solat dijalankan dengan khusyuk dan tanpa gangguan yang tidak perlu, termasuk dalam bacaan. Usaha untuk mempelajari dan memperbaiki bacaan di luar waktu solat juga sangat dianjurkan agar solat dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna di masa depan.

      Reply
  9. Assalamualaikum Ustaz klu ulang2 bacaan Alfatihah Kerana was was batal Tak solat Dan rasa Tak betul bacaan Alfatihah nya, saya baru Belajar Alfatihah Tak tahu mana salah Dan betul..

    Reply
    • Waalaikumussalam,

      Pertama-tama, tahniah atas usaha anda dalam belajar membaca Surah Al-Fatihah. Ini adalah langkah penting dalam ibadah solat.

      Dalam mazhab Syafi’i, keutamaan diberikan kepada kesempurnaan bacaan dalam solat, terutama Surah Al-Fatihah yang merupakan rukun solat. Jika seseorang sedang belajar dan masih baru dalam membaca Al-Fatihah, usaha untuk membetulkan bacaan adalah penting. Namun, perlu diingat bahawa was-was (keraguan yang berlebihan) dalam solat boleh menjadi pengganggu.

      Jika anda mengulang-ulang bacaan Al-Fatihah kerana ragu-ragu atau was-was, ini tidak secara langsung membatalkan solat anda. Namun, perbuatan berulang ini dapat mengurangi kekhusyukan dan kesinambungan solat. Adalah lebih baik untuk membaca sebaik yang anda mampu, dan jika terdapat kesalahan, usahakan untuk memperbaikinya di luar waktu solat.

      Semoga Allah SWT memudahkan jalan anda dalam belajar dan meningkatkan ibadah solat. Teruskan usaha dan jangan berputus asa. Allah SWT Maha Mengetahui usaha setiap hamba-Nya.

      Reply
  10. Assalamualaikum Ustaz.

    Selama saya solat berminggu-minggu tetapi sekarang baru perasan bahawa bacaan Al-Fatihah dalam solat yang lama tadi tu padahal tidak sempurna. Ya Allah ya tuhanku bersusah payah saya solat. Adakah ini dimaafkan? Saya belum tahu masa tu dan tak perasan?Tapi sekarang saya ada tekanan was-was sikit bila sudah perasan bacaan Al-Fatihah solat yang lama berminggu-minggu padahal tidak sempurna. Adakah saya ni berdosa besar?

    Reply
    • Waalaikumsalam.

      Dalam Mazhab Syafi’i, bacaan Al-Fatihah adalah rukun dalam solat dan perlu dibaca dengan sempurna. Jika ada kesilapan dalam bacaan Al-Fatihah yang mengubah makna, solat itu perlu diulang. Namun, jika kesilapan itu tidak disengajakan dan anda tidak mengetahuinya pada waktu itu, insyaAllah ada kemaafan dari Allah SWT. Kita diajar untuk berusaha melakukan yang terbaik dalam ibadah kita, tetapi Allah juga Maha Pengampun terhadap kesilapan yang tidak disengaja.

      Mengenai rasa was-was yang anda alami, itu adalah ujian dalam ibadah. Usahakan untuk belajar dan memperbaiki bacaan Al-Fatihah anda, dan berdoa agar Allah SWT memberikan ketenangan dalam solat. Tidak perlu merasa berdosa besar kerana Allah Maha Mengetahui niat dan usaha kita.

      Dalam masa yang sama, penting untuk mencari ilmu dan bimbingan daripada guru agama yang boleh membantu anda memperbaiki bacaan Al-Fatihah dan mengatasi was-was dalam solat. Semoga Allah SWT mempermudah urusan anda dan memberi kekuatan dalam menghadapi ujian ini. Amin.

      Reply
  11. Assalamualaikum..saya ad masalah nk sebut huruf dhod..lagi2 apabila lam bertemu dhod sukun..baca da macm ke dal atau ke tho..macam mane solat sy??dah prctice bnyak kali ttap sama.

    Reply
    • Wassalam,

      Begini, sebutkan dengan apa yang apa termampu dan terbaik baik awak boleh buat.

      Jika masih xdapat sebut, maka dimaafkan oleh syarak dan solat awak tetap sah.

      Reply
  12. Adakah sah solat kalau baca fatihah sebaris demi sebaris dan diantara ayat2 berhenti agak lama utk cuba mengingat/memahami maksud nya?

    Reply
    • Batal bacaan al-Fatihah itu.

      Antara syarat bacaan al-Fatihah dalam solat adalah dibaca dengan muwalat iaitu dibaca terus-menerus.

      Jika berhenti lebih daripada waktu sekadar untuk menarik nafas lalu mengeluarkannya lagi, maka batal bacaannya dan hendaklah diulang semula daripada awal

      Reply
  13. Assalamualaikum Ustaz ada pendapat mengatakan bila terbatuk semasa baca Al Fatihah dalam solat hendaklah diulang ayat sebelumnya kalau tidak Fatihah kita terputus dan batal solatnya

    Reply
  14. “Tetapi, bacaan bersambung ini hendaklah dibaca dengan menyambungkan setiap hujung ayat dengan ayat berikutnya.
    Sebahagian daripada imam membaca keseluruhan ayat dengan satu nafas tetapi mawaqafkan pada setiap akhir ayat.”

    Maaf Tuan, boleh terangkan lg? Sy kurang faham.

    Reply
    • Assalamualaikum,

      Mengenai bacaan Surah Al-Fatihah dalam solat, memang terdapat variasi dalam cara membacanya yang dipraktikkan oleh para imam. Ada yang membacanya secara bersambung, di mana setiap hujung ayat disambung langsung dengan ayat yang berikutnya tanpa berhenti, dan ini biasanya dilakukan dalam satu nafas. Cara ini menunjukkan kelancaran dan kefasihan dalam bacaan.

      Di sisi lain, ada juga imam yang memilih untuk mawaqaf, iaitu berhenti sebentar di akhir setiap ayat sebelum melanjutkan ke ayat yang berikutnya. Berhenti sejenak ini bukan hanya untuk bernafas, tetapi juga untuk menekankan makna dan pentingnya setiap ayat.

      Kedua-dua cara ini, baik membaca secara bersambung ataupun dengan mawaqaf, adalah diterima dalam praktik solat.

      Reply
  15. bolehkah selepas membaca ‘bismillah….’ kemudian sebut ‘al fatihah’ lalu membaca surahnya (alfatihah) didalam solat ketika menjadi imam atau pun sendirian.

    Reply
    • Sah solat tersebut.

      Cuma menyalahi sunnah sebab nabi baca 1 kali sahaja, tapi tak berdosa jika kita buat

      Reply

Leave a Comment