Mengawal Selera: Tips Untuk Mengawal Selera Makan Di Bulan Ramadan

Bagaimana untuk mengawal selera makan di bulan Ramadan?

Antara perkara yang menjadi masalah utama dikalangan masyarakat kita adalah tidak mampu mengawal selera semasa berbuka puasa.

Ini adalah perkara yang sangat tidak bagus kerana bulan yang mulia ini, kita seharusnya belajar mendidik diri daripada segala nafsu dalam diri, termasuk nafsu makan.

Nafsu makan yang tidak terkawal bukan sahaja merosakkan tubuh badan, malah ia juga menggalakkan pembaziran.

Secara tidak langsung menjejaskan tumpuan kita terhadap ibadah dalam bulan ini.

Justeru itu bagaimana kita boleh mengawal selera makan ini?

Baca Sepenuhnya

Bersihkan Hati Bermula Ramadhan Ini

Mulianya seseorang tidak dilihat dari penampilan luarannya, melainkan dari hatinya.

‘Sesungguhnya, Allah tidak melihat rupa dan harta-harta kamu, tetapi melihat hati dan perbuatanmu.”

— HR Muslim

Dalam riwayat lain, Ali bin Abi Thalib ra menceritakan bahwa Rasulullah bersabda:

”Tiada satu hati pun kecuali memiliki awan seperti awan menutupi bulan. Walaupun bulan bercahaya, kerana hatinya ditutup oleh awan, ia menjadi gelap. Ketika awan itu berlalu, ia pun kembali bersinar.”

— HR Bukhari dan Muslim).

Mari bersihkan hati bermula pada Ramadhan kali ini

Hadis ini memberikan gambaran yang sangat indah.

Hati manusia sebenarnya bersih atau bersinar, namun kerap ditutupi oleh awan kemaksiatan hingga sinarnya menjadi tidak nampak.

Oleh sebab itu, kita harus berusaha menghilangkan awan yang menutupi cahaya hati kita.

Bersempena dengan Ramadhan kali ini, marilah kita ambil peluang untuk membersihkan hati kita.

Bagaimana caranya?

Baca Sepenuhnya

9 Adab Penting Dalam Bersedekah Untuk Membuka Pintu Rezeki & Pahala Berterusan

bersedekah
“Bersedekah yang paling afdhal (baik) adalah bersedekah yang dikeluarkan dalam bulan Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Ramadhan terkenal dengan gelaran: “Musim Bunga Orang Beriman”.

Kenapa musim bunga?

kerana orang – orang beriman bergembira menyambut Ramadhan dengan melipatgandakan amalan mereka.

Kedatangan bulan Ramadhan setiap tahun tidak henti menjadi penghibur hati orang mukmin. Bagaimana tidak, beribu kebaikan dan pahala ditawarkan didalam bulan ini

Tetapi bagaimana mereka yang tidak dapat berpuasa dan beribadah (Wanita yang datang haid dan uzur yang lain) di bulan yang penuh berkat ini, untuk sama-sama dapat meraih pahala?

Baca Sepenuhnya

7 Sunnah Puasa Gaya Rasulullah S.A.W

Puasa
Mari amalkan puasa gaya Rasulullah

Sahabat yang dihormati Allah, Ramadhan yang kita nanti-nantikan telah tiba untuk sekali lagi kita berada di dalamnya.

Ini tanda Allah masih sayang kepada hamba-hambanya dengan memberi sekali lagi peluang untuk kita bertemu dengan bulan yang penuh keberkatan ini.

Berpuasa adalah aktiviti terpenting dalam bulan ini.

Baca Sepenuhnya