Doa Tidak Terkabul: Apa Penyebab Doa Kita Tidak Diterima?

Melakukan kesalahan  boleh menjadi salah satu penyebab sehingga doa tidak terkabul. Mengenali kesalahan dalam berdoa merupakan salah satu bentuk ikhtiar agar Allah berkenan mengabulkan doa kita.  Tahukah kita apa  kesalahan-kesalahan yang sering terjadi dalam berdoa? . 1. Meremehkan kekhusyukan dan merendahan diri di hadapan Allah ketika berdoa. Allah ta’ala berfirman: Berdoalah kepada Rabbmu dengan berendah diri dan suara yang lembut.” …

Baca Sepenuhnya

Muhasabah Kembali Dosa Semalam. Hikmah Allah Memberi Pahitnya Perpisahan

Leave yesterday behind by `PatrickRuegheimer ~ devianart

Assalamualaikum.

Aku hanya mahu dikenali sebagai Rahadatul ‘Aisy.

Cinta. Aku juga seperti gadis yang lain. Penuh dengan perasaan ingin mencintai dan dicintai. Aku dipertemukan dengan seorang lelaki yang penyayang, baik hati dan sempurna di mataku..

Dan kerana cinta, aku leka. Setelah bercinta, aku lupa akan kewajipan terhadapNya.

Semakin malas aku untuk bersolat, semakin malas aku untuk membaca Al-Quran. Aku makin terhanyut kerana cinta. Masa yang ada dipenuhkan dengan bersama si dia.

Di mulutku, hanya menyebut namanya. Di hatiku, hanya ada dia. Masa bersama keluarga dan kawan-kawan semakin tiada. Begitulah kuasa cinta.

Baca Sepenuhnya

Bila Keikhlasan Kita Dipersiakan

keikhlasan
Membuat sesuatu dengan penuh keikhlasan bukanlah mudah!

Artikel yang pernah seorang rakan sekerja saya kongsikan melalui emel. Semoga manfaat kepada kita yang bergelar pekerja..

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu.

Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.

“Mengapa?” balas saya.

“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”

Baca Sepenuhnya

Kenapa Harus Terburu – Buru Berkahwin?

Terburu - Buru Berkahwin
Terburu – Buru Berkahwin

“Sudah ade kekasih ke belum?”

“Kenapa masih takde pakwe/makwe?”

“Masih takde yang berkenan ke?”

“Memang jenis suka bersendirian ae?”

Kita diserang bertubi-tubi dengan pelbagai aneka soalan yang mencengkam jiwa.

Tidak boleh berhelah, tidak boleh mencari alasan. Tengok kiri dan tengok kanan, semuanya sama sahaja.

Banyak sudah teman-teman bergandingan, berjalan seiringan, makan sekali, study sama-sama, keluar bersama dan berbual mesra.

Baca Sepenuhnya