Aurat: Menjawab Alasan Mereka Yang Tak Nak Menutup Aurat

aurat
persoalan aurat wanita

Sejak akhir-akhir ini, saya seringkali mendapat pertanyaan yang sama mengenai isu-isu aurat:

  • Bagaimana hendak menjawab alasan mereka yang tak nak menutup aurat?
  • Bagaimana hendak menarik mereka memakai tudung?
  • Bagaimana nak memberi kefahaman kepada mereka tentang aurat?

Dan lain-lain lagi.

Di sini saya berusaha mengumpul alasan-alasan dan hujah-hujah balas buat si pelaku dedah aurat.

Terima kasih kepada sumber berkenaan, boleh rujuk untuk jawapan penuh.

Baca Sepenuhnya

Kahwin Semasa Waktu Belajar?

Kahwin Semasa Waktu Belajar
Bolehkah Kahwin Semasa Waktu Belajar?

Kahwin Semasa Waktu Belajar?

Isu kahwin semasa waktu belajar memang selalu menjadi suatu persoalan yang besar bermain difikiran anak-anak muda pada waktu sekarang.

Berikut adalah petikan dari buku Ya Allah, Aku Tak Ingin Sendiri (Ust. Burhan Sodiq) mengenai pandangan ulama-ulama yang memberi nasihat berkenaan isu ini:

Baca Sepenuhnya

Mari Memberi Hadiah. Bukti Cinta Dan Bersihnya Hati!

memberi hadiahCuba ingatkan kembali, sepanjang hidup ini,

  • Berapa kali kita memberi hadiah kepada seseorang?
  • Beberapa kali kita memberi hadiah kepada ibu kita?

Rasulullah SAW menganjurkan supaya kita saling memberi hadiah walaupun sedikit.

Hadiah tidak dilihat dari nilai harganya tetapi lebih kepada nilai maknawinya.

Sabda Rasulullah,

 Daripada Abu Hurairah r.a, katanya Rasulullah S.A.W bersabda: “Saling memberikan hadiah di antara kamu nescaya kamu akan berkasih sayang”

Kehidupan para ulama salaf juga penuh dengan perkara seperti ini.

Mereka saling memberi hadiah, sekecil apapun bentuknya, kadangkala ada yang hanya berupa kurma yang belum masak, ada yang berupa setangkai bunga mawar, ada yang hanya berupa garam yang ditumbuk dan tumbuhan yang wangi harumnya.

Baca Sepenuhnya

Apabila Kritikan Tajam Dan Cemuhan Menggoyahkan Kita

kritikan tajam
kritikan tajam

Sang Pencipta dan Pemberi rezeki  Yang Maha Mulia, Allah SWT acapkali mendapat cacian dan cercaan dari orang-orang pandir yang tidak tahu menggunakan akal.

Maka apatah lagi kita sebagai manusia yang selalu tersilap dan tersalah.

Dalam hidup ini, terutamanya jika kita jenis seorang yang selalu memberi, memperbaiki, mempengaruhi dan berusaha untuk membangunkan, maka kita akan selalu menjumpai kritikan-kritikan tajam yang pedas dan pahit.

Bahkan mungkin juga sesekali mendapat cemuhan dan hinaan daripada orang lain.

Mereka tidak pernah diam mengkritik kita sebelum kita dibawa masuk ke dalam liang lahad, menaiki tangga ke langit dan terpisah dengan mereka.

Bila kita berada ditengah kalangan mereka, ada sahaja perbuatan mereka untuk menjatuhkan kita, membuatkan kita bersedih, menitiskan air mata dan mengusik ketenangan kita.

Baca Sepenuhnya

Doa Kepada Ibu Bapa

Berikan sepenuh kasih sayang kepada ibu bapa, kerana mereka adalah pemegang tali penghubung nyawa ketika kamu meningkat dewasa. Kasih mereka terhadap anak adalah kasih daripada titisan air mata dan titik peluh yang tidak mungkin terbalas. رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada …

Baca Sepenuhnya