
Ini adalah panduan lengkap cara Solat Hajat dan Doa Solat Hajat.
Anda akan dibimbing secara langkah-demi-langkah dengan mudah.
Apa yang menarik:
Panduan solat hajat ini dipermudahkan dengan ejaan rumi & audio untuk membantu sesiapa yang mengalami kesukaran membaca skrip tulisan arab.
Jika anda memerlukan panduan ini, jom kita mulakan.
Maksud Solat Hajat

Hajat dari segi bahasa merujuk kepada keperluan atau memohon sesuatu. Solat Hajat dikerjakan apabila kita memohon sesuatu hajat daripada Allah. Sama ada memohon kebaikan atau pun menolak sesuatu keburukan.
Imam al-Syatibi mentakrifkan hajat sebagai sesuatu yang amat diperlukan oleh seseorang untuk melapangkannya daripada situasi kesempitan yang lazimnya membawa kepada kesukaran.
Allah berfirman:
Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. — Surah Ghafir ayat 60
Tidak kira sama ada doa itu dalam keadaan terdesak atau semata-mata menunaikan kewajipan, setiap doa pasti Allah akan beri perhatian.
Inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah menerusi sabdanya yang bermaksud:
Doa itu ialah senjata orang Mukmin, tiang agama dan cahaya langit dan bumi (Riwayat al-Hakim no. 1218)
Bertepatan dengan maksud solat dari segi bahasa sebagai doa, maka ibadat solat merupakan jalan yang terbaik untuk kita mengajukan doa, hajat dan permohonan kepada Allah.
Diharapkan dengan solat yang kita laksanakan secara bersungguh-sungguh, Allah SWT akan memperkenankan doa yang kita hajati.

Waktu Mengerjakan Solat Hajat
Solat sunat hajat boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja sama ada pada siang dan malam, kecuali pada waktu yang diharamkan solat.
Terutama apabila ada suatu hajat yang baik untuk dipohon kepada Allah SWT.
Namun sebaik-baiknya, solat hajat dilakukan pada waktu tengah malam sama ada pukul satu, dua atau tiga pagi, bagi menghadirkan rasa ketenangan, kesungguhan dan penuh pengharapan kepadaNya.
Setelah bangun daripada tidur, terlebih dahulu hendaklah Solat Tahajjud.
Kemudian dibacakan al-Fatihah sekali untuk dihadiahkan kepada Nabi Muhammad SAW, arwah kaum muslimin muslimat dan arwah ibu bapa.
Selepas itu barulah dimulakan solat sunat hajat ini.
Bilangan Rakaat Solat Hajat
Ada pendapat yang masyhur dalam Mazhab Syafi’e adalah sebanyak dua rakaat, sebagaimana yang disebutkan dalam hadis Abdullah bin Abu Awfa.
Namun, terdapat juga pendapat yang berlainan tentang bilangan rakaat solat sunat hajat. Ada yang berpendapat empat rakaat ada juga yang berpendapat dua belas rakaat.
Secara kesimpulannya, solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat dan sebanyak-sebanyaknya 12 rakaat.
Solat hajat paling afdal ialah 12 rakaat, 6 kali salam (Menurut Imam al-Ghazali dalam Kitab ihya’ Ulumuddin)
Niat Solat Hajat
Lafaz niat Solat Sunat Hajat adalah seperti berikut:
أُصَلِّي سُنَّةَ الحَاجَةِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
Usolli Sunnatal Hajati Rak’ataini Lillahi Taala
Maksudnya:
Sahaja aku solat sunat hajat dua rakaat kerana Allah Taala
Penjelasan Tambahan
Menurut Imam al-Nawawi dalam kitab al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab, niat itu tempatnya di dalam hati. Sekiranya seseorang melafazkan niat dengan lidah secara perlahan bagi membantu menghadirkan hati, maka perbuatan itu dibolehkan dan dianggap sunat.
Namun begitu, sekiranya ia mengganggu kekhusyukan, lebih baik meninggalkannya dan mencukupkan dengan niat di dalam hati sahaja.
- Pastikan niat dilakukan berserta keikhlasan dan kesungguhan untuk bertaubat kepada Allah SWT.
- Niat tidak perlu dilafazkan secara kuat; cukup sekadar didengar oleh diri sendiri untuk membantu menumpukan hati.
Semoga Allah menerima taubat kita dan mengampunkan segala dosa yang telah dilakukan, insyaAllah.
Cara Mengerjakan Solat Hajat
Ringkasan Cara Melakukan Solat Hajat
- Solat Hajat dimulakan dengan takbiratul ihram sambil niat dalam hati: “Sahaja aku solat sunat hajat dua rakaat kerana Allah Taala”.
- Bacaan dalam Solat: Bacalah surah al-Fatihah kemudian Ayatul Kursi sebanyak 7 kali. Anda juga boleh baca surah lazim lain yang lain.
- Lakukan rukuk, kemudian sujud dua kali. Pastikan anda menjaga tuma’ninah (ketenangan) dalam setiap gerakan.
- Rakaat Kedua: Bangun untuk rakaat kedua dengan membaca takbir. Bacalah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas atau surah lazim yang lain. Kemudian lakukan lagi rukuk dan sujud. Dalam sujud terakhir, bacalah doa Nabi Yunus: “lā ilāha illā anta, subḥānaka innī kuntu minaẓ-ẓālimīn” dan pohonlah sebarang hajat dalam hati.
- Tahiyyat Akhir dan Salam: Setelah selesai rakaat kedua, duduk untuk tahiyyat akhir. Akhiri solat dengan memberi salam.
- Bagi orang yang ingin melaksanakan Solat Sunat Hajat lebih daripada dua rakaat, hendaklah dia terus bangun untuk menambah dua rakaat lagi.
- Setelah menunaikan solat Hajat, berdoalah dengan hati yang ikhlas dan rendah diri, meminta kepada Allah SWT agar dimakbulkan hajat-hajat yang dipohon, diampuni dosa-dosa, dan dilapangkan jalan untuk mendapatkan keberkatan serta rezeki yang halal.
Di bawah ini adalah tatacara mengerjakan Solat Hajat secara langkah demi langkah:
Rakaat Pertama
Solat Hajat Dimulakan Dengan Takbiratul ihram dan Niat
Semasa mengangkat takbir, bacakan niat solat sunat hajat dalam hati:
أُصَلِّي سُنَّةَ الحَاجَةِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
Usolli Sunnatal Hajati Rak’ataini Lillahi Taala
Atau anda boleh berniat dalam Bahasa Melayu sahaja, “Sahaja aku Solat Sunat Hajat dua rakaat kerana Allah Taala“
Nota
Jika anda tidak dapat berniat dalam hati serentak dengan takbiratul ihram, maka boleh lakukan takbiratul ihram dahulu kemudian diikuti oleh niat dalam hati beberapa detik kemudian.

Ucapkan takbir “Allahuakbar” dengan jelas (dapat didengari oleh telinga sendiri) sambil mengangkat tangan dan berniat di dalam hati.
اَللَّهُ أَكْبَرُ
Allahuakbar!
Maksud Bacaan
Allah Maha Besar!
Kemudian, Bacalah Doa Iftitah
Hukum membaca Doa Iftitah dalah sunat hai’ah. Tidak mengapa jika bacaan doa ini ditinggalkan.
اَللّٰهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالحَمْدُ لِلّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا وَجَّهْتُ وَجْهِىَ لِلَّذِى فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ حَنِيفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ إِنَّ صَلَاتِى وَنُسُكِى وَمَحْيَاىَ وَمَمَاتِى لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ لَا شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ
Allāhu Akbaru Kabīrāw Wal-Ḥamdu Lillāhi Kathīrāw Wa Subḥānal-Lāhi Bukrataw Wa Aṣīlā. Wajjahtu Wajhiya Lilladhī Faṭaras-Samāwāti Wal-Arḍa Ḥanīfan Muslimāw Wa Mā Anā Minal-Mushrikīn. Inna Ṣalātī Wa Nusukī Wa Maḥyāya Wa Mamātī Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn. Lā Sharīka Lahū Wa Bidzālika Umirtu Wa Anā Minal-Muslimīn.
Maksud Bacaan
Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang. Aku hadapkan mukaku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, hal keadaannya bersih dalam Islam. Tidaklah aku dari golongan orang-orang yang mensyirikkan Tuhan. Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidup dan matiku bagi Allah, Tuhan yang memiliki alam keseluruhannya. Tidak ada bersekutu denganNya sesuatu dan dengan demikian aku disuruh dan aku dari golongan muslimin.
Bacalah Surah al-Fatihah.
Pada kebiasaannya, solat sunat terus dibaca al Fatihah tanpa Doa Iftitah terlebih dahulu. Tetapi jika ingin membaca Doa Iftitah juga, maka ia adalah perbuatan sunat (dapat pahala membaca)
Surah al-Fatihah adalah sebahagian daripada rukun solat. Oleh itu ia wajib dibacakan dalam semua solat.
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٢ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ٤ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ٥ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ٦ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧
Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
Maksud Bacaan
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Kemudian, Bacalah Ayat Kursi Atau Mana-Mana Surah Lazim
Selesai baca al-Fatihah, maka bacalah pula ayat kursi atau mana-mana surah pendek daripada mana-mana surah dalam al-Quran.
Ayat Kursi adalah seperti berikut:
Ayat Kursi (Al Baqarah 255)
ٱللَّهُ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَيُّ ٱلۡقَيُّومُۚ لَا تَأۡخُذُهُۥ سِنَةٞ وَلَا نَوۡمٞۚ لَّهُۥ مَا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِي ٱلۡأَرۡضِۗ مَن ذَا ٱلَّذِي يَشۡفَعُ عِندَهُۥٓ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيۡءٖ مِّنۡ عِلۡمِهِۦٓ إِلَّا بِمَا شَآءَۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضَۖ وَلَا يَـُٔودُهُۥ حِفۡظُهُمَاۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِيُّ ٱلۡعَظِيمُ ٢٥٥
Allāhu Lā Ilāha Illā Huw, Al-Ḥayyul-Qayyūm, Lā Ta’khużuhū Sinatuw Wa Lā Naum, Lahū Mā Fis-Samāwāti Wa Mā Fil-Arḍ, Man Żallażī Yasyfa‘U ‘Indahū Illā Bi’iżnih, Ya‘Lamu Mā Baina Aidīhim Wa Mā Khalfahum, Wa Lā Yuḥīṭūna Bisyai’im Min ‘Ilmihī Illā Bimā Syā’, Wasi‘A Kursiyyuhus-Samāwāti Wal-Arḍ, Wa Lā Ya’ūduhū Ḥifẓuhumā, Wa Huwal-‘Aliyyul-‘Aẓīm
Maksud Bacaan
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi, dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).
Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Bacaan dalam rukuk adalah sama seperti bacaan rukuk solat fardu iaitu:
سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ
SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih (3x)
Maksud Bacaan
“Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung, serta segala puji bagi-Nya.”
Kemudian Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal). Kemudian bacalah bacaan iktidal seperti ini:
سَمِعَ اللّٰهُ لِمَنْ حَمِدَهُ
Sami Allahu Liman Hamidah
Maksud Bacaan
“Allah mendengar orang yang memuji-Nya.”
Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Turun Melakukan Sujud

Semasa dahi menyentuh lantai dalam sujud, maka bacakan bacaan sujud seperti ini:
سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ
Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih (3x)
Maksud Bacaan
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya
Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

Setelah selesai bacaan sujud sebanyak 3 kali, maka bangkit dari sujud dan duduklah dalam posisi di atas (antara dua sujud atau istirahah).
Kemudian bacalah bacaan tasbih antara dua sujud seperti ini:
رَبِّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي وَاجْبُرْنِي وَارْفَعْنِي وَارْزُقْنِي وَاهْدِنِي وَعَافِنِي وَاعْفُ عَنِّي
Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni
Maksud Bacaan
“Ya Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah kekuranganku, angkatlah darjatku, berilah rezeki kepadaku, berilah petunjuk kepadaku, sihatkanlah aku, dan maafkanlah kesalahanku.”
Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Selesai bacaan tasbih antara dua sujud, turunlah bersujud sekali lagi. Seperti sujud sebelumnya, bacalah bacaan dalam sujud.
سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ
Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih (3x)
Maksud Bacaan
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya
Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua.
Sebelum bangun ke rakaat kedua, duduk istirahat sebentar (lebih kurang 3 saat) sebelum bangun berdiri untuk rakaat seterusnya.
Dalam kedudukan ini tidak perlu dibaca apa-apa. Hanya perlu diam menghayati solat.
—— ❈ ——
Rakaat Kedua
Rakaat Kedua Dimulai Dengan Lafaz Takbir intiqalat
Selepas bangun dari duduk istirahah, maka bertakbirlah sekali lagi untuk rakaat kedua. Takbir ini dikenali sebagai takbir intiqalat.
(Takbir intiqalat bermaksud takbir permulaan rakaat kedua).

اَللَّهُ أَكْبَرُ
Allahuakbar!
Baca Surah al-Fatihah
Seperti rakaat pertama, sekali lagi pada rakaat kedua dibacakan surah al-Fatihah.
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٢ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ٤ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ٥ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ٦ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧
Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
Maksud Bacaan
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Seterusnya Sekali Lagi Membaca Surah Lazim
Setelah selesai membaca al-Fatihah, maka bacalah pula surah seterusnya. Antara surah yang boleh dibacakan adalah surah al-ikhlas
Surah Al Ikhlas
قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ١ ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ ٢ لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ ٣ وَلَمۡ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدُۢ ٤
Qul Huwallāhu Aḥad. Allāhuṣ-Ṣamad. Lam Yalid Wa Lam Yūlad. Wa Lam Yakul Lahū Kufuwan Aḥad
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.
Seperti rakaat pertama, kita bebas untuk membaca mana-mana surah yang kita sukai atau ingat.
Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

Asas dalam melakukan rukuk adalah keadaan belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Seperti sebelumnya, bacaan rukuk adalah:
سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ
SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih (3x)
Maksud Bacaan
“Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung, serta segala puji bagi-Nya.”
Kemudian Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:
سَمِعَ اللّٰهُ لِمَنْ حَمِدَهُ
Sami Allahu Liman Hamidah
Maksud Bacaan
“Allah mendengar orang yang memuji-Nya.”
Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:
سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ
Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih (3x)
Maksud Bacaan
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya
Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

Baca bacaan antara dua sujud:
رَبِّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي وَاجْبُرْنِي وَارْفَعْنِي وَارْزُقْنِي وَاهْدِنِي وَعَافِنِي وَاعْفُ عَنِّي
Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni
Maksud Bacaan
“Ya Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah kekuranganku, angkatlah darjatku, berilah rezeki kepadaku, berilah petunjuk kepadaku, sihatkanlah aku, dan maafkanlah kesalahanku.”
Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:
سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ
Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
Maksud Bacaan
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya
Bacaan Tasbih Dalam Sujud Akhir

Semasa sujud akhir (sebelum bangun untuk tahiyat), ucapkanlah sebagaimana berikut sebanyak 40 kali:
لَا إِلٰـهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
Laa ilaaha illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minazzolimin
Maksudnya:
Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim
Memohon Hajat Semasa Dalam Sujud Terakhir
Jika tidak dibaca tasbih tersebut, atau setelah cukup bilangan bacaan tasbih, maka pohonlah sebarang hajat di dalam hati sewaktu masih dalam keadaan sujud itu.
Mudah-mudahan Allah memakbulkan hajat kita kerana antara tempat paling mustajab berdoa adalah semasa didalam sujud.[1]
Bangun Dari Sujud, Terus Lakukan tahiyyat akhir

Seperti bacaan tahiyat akhir solat-solat fardu, bacaan tahiyat adalah seperti berikut:
التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللّٰهِ. السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ. السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللّٰهِ الصَّالِحِينَ. أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللّٰهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللّٰهِ. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ. كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ. كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.
At-taḥiyyātu al-mubārakātu aṣ-ṣalawātu aṭ-ṭayyibātu lillāh. As-salāmu ‘alaika ayyuhan-nabiyyu wa raḥmatullāhi wa barakātuh. As-salāmu ‘alainā wa ‘alā ‘ibādillāhi aṣ-ṣāliḥīn. Ash-hadu alla ilāha illallāh, wa ash-hadu anna Muḥammadar-rasūlullāh. Allāhumma ṣolli ‘alā Muḥammad, wa ‘alā āli Muḥammad, kamā ṣollaita ‘alā Ibrāhīm wa ‘alā āli Ibrāhīm. Wa bārik ‘alā Muḥammad wa ‘alā āli Muḥammad, kamā bārakta ‘alā Ibrāhīm wa ‘alā āli Ibrāhīma fil-‘ālamīn, innaka ḥamīdun majīd.
Maksud Bacaan
Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi. Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah. Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad.Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia
Setelah Selesai Membaca Tahiyat, Akhiri Solat Witir Dua Rakaat Pertama Ini Dengan Memberi Salam.
Akhiri solat witir dua rakaat pertama dengan memberi salam sebanyak dua kali, iaitu bermula dengan memberi salam ke sebelah kanan dan kemudian memberi salam kedua sambil memalingkan muka ke sebelah kiri.

Pada salam pertama, palingkan muka ke sebelah kanan dan ucapkan salam seperti berikut:
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ
Assalamualaikum Warahmatullah
Maksud Bacaan
Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya
… kemudian palingkan pula muka ke sebelah kiri dan ucapkan salam kedua:
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ
Assalamualaikum Warahmatullah
Bagi orang yang ingin melaksanakan Solat Sunat Hajat 4 rakaat rakaat, hendaklah dia terus bangun untuk menambah dua rakaat lagi setelah selesai solat dua rakaat yang pertama.
Doa Solat Hajat
Sesudah salam, bacalah istighfar, zikir dan doa semoga dimakbulkan hajat yang dipohon.
Membaca Istighfar
أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ العَظِيمَ الَّذِي لَا إِلٰـهَ إِلَّا هُوَ الحَيُّ القَيُّومُ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ
AstaghFirullahal ‘Aziim al-LaDzii LaaHa illa Huwal Hayyul Qayyumu Wa AtuuBu ilaih (10 Kali)
Aku memohon ampun kepada Allah Yang Maha Agung, tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Hidup lagi Maha Mengurus segala urusan, dan aku bertaubat kepadaNya.
Membaca Tasbih & Tahmid
سُبْحَانَ اللّٰهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلٰـهَ إِلَّا اللهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ
SubHaNallahi WalHamduLillah Wa Laa IlaaHa illallahu Wallahu Akbar, Walaa HawLa Walaa Quwwata Illa Billahi ‘Aliyyil ‘Aziim (10 Kali)
Maha Suci Allah dan segala pujian hanya bagi Allah dan tiada tuhan (yang layak disembah) selain Allah dan Allah Maha Besar. Dan tiada daya dan upaya kecuali dengan izin Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung.
Membaca Selawat Ke Atas Nabi ﷺ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Allahumma Solli ‘Ala Sayyidina Muhammad Wa ‘Ala Aali Sayyidina Muhammad (10 Kali)
Ya Allah, limpahilah kesejahteraan ke atas junjungan Nabi Muhammad dan ke atas keluarga junjungan Nabi Muhammad.
Membaca Doa Solat Hajat
اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مُوْجِبَاتِ رَحْمَتِكَ، وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ، وَالْغَنِيْمَةَ مِنْ كُلِّ بِرٍّ، وَالسَّلَامَةَ مِنْ كُلِّ إِثْمٍ، وَالْفَوْزَ بِالْجَنَّةِ، وَالنَّجَاةَ مِنَ النَّارِ.
اللَّهُمَّ إِنَّكَ تَسْمَعُ كَلَامِي، وَتَرَى مَكَانِي، وَتَعْلَمُ سِرِّي وَعَلَانِيَتِي، وَلَا يَخْفَى عَلَيْكَ شَيْءٌ مِنْ أَمْرِي، وَأَنَا الْبَائِسُ الْفَقِيْرُ، الْمُسْتَغِيْثُ الْمُسْتَجِيْرُ، الْوَجِلُ الْمُشْفِقُ الْمُقِرُّ بِذَنْبِهِ، أَسْأَلُكَ مَسْأَلَةَ الْمِسْكِيْنِ، وَأَبْتَهِلُ إِلَيْكَ ابْتِهَالَ الْمُذْنِبِ الذَّلِيْلِ، وَأَدْعُوْكَ دُعَاءَ الْخَائِفِ الضَّرِيْرِ، دُعَاءَ مَنْ خَضَعَتْ لَكَ رَقَبَتُهُ، وَذَلَّ لَكَ جَسَدُهُ، وَرَغِمَ لَكَ أَنْفُهُ.
Transliterasi
Allāhumma innā nas’aluka mujibāti raḥmatika, wa ‘azā’ima maghfiratika, wal-ghanīmata min kulli birr, Was-salāmata min kulli ithm, Wal-fawza bil-jannah, Wan-najāta minan-nār.
Allāhumma innaka tasma‘u kalāmī, Wa tarā makānī, Wa ta‘lamu sirrī wa ‘alāniyatī, Wa lā yakhfā ‘alaika syai’un min amrī, Wa anā al-bā’isu al-faqīr, Al-mustaghītsu al-mustajīr, Al-wajilu al-mushfiqu al-muqirru bi zanbihī, As’aluka mas’alatal-miskīn, Wa abtahilu ilaika ibtihālal-muznibi az-zalīl, Wa ad‘ūka du‘ā’a al-khā’ifi ad-ḍarīr, Du‘ā’a man khaḍa‘at laka raqabatuhu, Wa zalla laka jasaduhu, Wa raghima laka anfuhu.
Maksud Doa
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepadaMu hal-hal yang dapat menentukan rahmatMu dan menguatkan pengampunanMu, memperoleh segala kebaikan, menyelamatkan daripada kejahatan, memperolehi syurga dan selamat daripada api neraka.
Ya Allah, sesungguhnya Engkau mendengar ucapanku, melihat tempat tinggalku, mengetahui lahir batinku, dan tidak ada satu urusan pun daripada urusanku yang tersembunyi daripada pengetahuanMu.
Aku adalah hamba yang sengsara dan amat memerlukan, hamba yang memohon bantuan, hamba yang penakut, yang meminta dikasihani, yang mengakui dan menyatakan semua dosa-dosanya kepadaMu.
Ya Allah, aku mohon kepadaMu sebagaimana memintanya si miskin dan aku berdoa kepadaMu seperti doanya doa orang berdosa yang amat hina.
Aku mohon kepadaMu seperti orang penakut lagi buta, juga seperti berdoanya orang yang merendahkan jiwanya, merendahkan raga, wajah, serta hidungnya kepadaMu.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
الْـحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، حَمْدًا يُوَافِي نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ، يَا رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِي لِجَلَالِكَ وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ، سُبْحَانَكَ لَا نُحْصِي ثَنَاءً عَلَيْكَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى .نَفْسِكَ، فَلَكَ الْحَمْدُ حَتَّى تَرْضَى
ثُمَّ نصَلِّي وَنُسَلِّمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَنَقُوْلُ:
نَبِيَّنَا مُحَمَّدٍ صَلَوَاتُ اللهِ وَسَلَامُهُ عَلَيْكَ إِنَّا تَوَجَّهْنَا بِكَ إِلَى رَبِّنَا فِي قَضَاءِ حَاجَتِنَا ………
(dan jika hajat orang lain gantikan perkataan حَاجَتِنَا dengan nama orang yang kita ingin doakan hajatnya).
اللَّهُمَّ فَشَفِّعْ نَبِيَّكَ مُحَمَّدًا صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِيَّ، وَاغْفِرْ لَنَا حَوَائِجَنَا وَخَطَايَانَا، أَنْتَ رَبُّ الطَّيِّبِيْنَ، يَا عَزِيْزُ يَا عَلِيْمُ، يَا عَزِيْزُ يَا حَلِيْمُ، يَا عَزِيْزُ يَا عَظِيْمُ، يَا عَزِيْزُ يَا عَظِيْمُ، يَا وَهَّابُ، يَا لَطِيْفُ، يَا حَلِيْمُ، يَا كَرِيْمُ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
Transliterasi
Bismillāhir-Raḥmānir-Raḥīm.
Al-ḥamdu lillāhi rabbil-ʿālamīn, ḥamdan yuwāfī niʿamahu wa yukāfiʾu mazīdahu, Yā rabbana laka al-ḥamdu kamā yanbaghī li jalālika wajhika wa ʿaẓīmi sulṭānika, Subḥānaka lā nuḥṣī thanāʾan ʿalayka kamā athnayta ʿalā nafsika, Fa laka al-ḥamdu ḥattā tarḍā.
Tsumma nuṣallī wa nusallimu ʿalā sayyidinā Muḥammadin ṣallallāhu ʿalayhi wa sallam, wa naqūlu: Nabiyyana Muḥammadin ṣalawātu llāhi wa salāmuhu ʿalayka, innā tawajjahnā bika ilā rabbinā fī qaḍāʾi ḥājatina.
Allāhumma fa-shaffiʿ nabiyyaka Muḥammadan ṣallallāhu ʿalayhi wa sallam fiyya, waghfir lanā ḥawāʾijanā wa khaṭāyānā; anta rabbu al-ṭayyibīn. Yā ʿAzīzu yā ʿAlīm, yā ʿAzīzu yā Ḥalīm, yā ʿAzīzu yā ʿAẓīm, yā ʿAzīzu yā ʿAẓīm, yā Wahhāb, yā Laṭīf, yā Ḥalīm, yā Karīm. Wa ṣallallāhu ʿalā sayyidinā Muḥammad, wa ʿalā ālihi wa ṣaḥbihi ajmaʿīn, wal-ḥamdu lillāhi rabbil-ʿālamīn.
Maksud Doa
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam; pujian yang menyamai nikmat-nikmat-Nya dan sepadan dengan segala tambahan kurnia-Nya. Wahai Tuhan kami, bagi-Mu segala puji sebagaimana layak bagi keagungan-Mu dan (keagungan) Wajah-Mu serta kebesaran kekuasaan-Mu. Maha Suci Engkau; kami tidak mampu menghitung pujian terhadap-Mu sebagaimana Engkau sendiri memuji diri-Mu. Maka bagi-Mu segala puji hingga Engkau reda.
Seterusnya kami berselawat dan mengucap salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW, dan kami berkata: Nabi kami Muhammad, selawat dan salam Allah ke atasmu. Sesungguhnya kami menghadap (bertawassul) denganmu kepada Tuhan kami untuk menunaikan hajat kami.
Ya Allah, maka perkenankanlah Nabimu Muhammad SAW memberi syafaat untukku; kabulkanlah hajat-hajat kami dan ampunilah dosa-dosa kami. Engkaulah Tuhan bagi orang-orang yang baik (suci).
Wahai Yang Maha Perkasa, wahai Yang Maha Mengetahui; wahai Yang Maha Perkasa, wahai Yang Maha Penyantun; wahai Yang Maha Perkasa, wahai Yang Maha Agung; wahai Yang Maha Perkasa, wahai Yang Maha Agung; wahai Yang Maha Pemberi, wahai Yang Maha Halus, wahai Yang Maha Penyantun, wahai Yang Maha Mulia.
Selawat Allah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad serta ke atas keluarganya dan para sahabatnya seluruhnya; dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Soal Jawab Masalah Berkaitan Solat Sunat Hajat

Berikut disenaraikan beberapa soal jawab lazim mengenai masalah dan isu yang berkaitan Solat Sunat Hajat:
Boleh, tiada masalah. Allah itu Maha Kaya Lagi Maha Memberi, tidak kiralah sebanyak mana hajat atau permintaan kita, mintalah segalanya kepada Tuhan Yang Maha Kaya.
Boleh. Harus hukumnya mengerjakan Solat Sunat Hajat secara berjemaah.
Tidak boleh. Waktu selepas solat Subuh dan Asar adalah tergolong dalam waktu tahrim, iaitu diharamkan melakukan solat sunat tanpa sebab.
Solat Hajat dilakukan apabila kita ingin memohon sesuatu keperluan daripada Allah. Sama ada memohon kebaikan atau pun menolak sesuatu keburukan.
Waktu paling afdal mengerjakan Solat Hajat ialah pada waktu tengah malam sama ada pukul satu, dua atau tiga pagi, bagi menghadirkan rasa ketenangan, kesungguhan dan penuh pengharapan kepadaNya.
Penutup: Mintalah Perkara Baik Yang Berkekalan Hingga Akhirat
Sekadar panduan untuk hajat yang diminta:
Jika hajatnya mahu menjadi kaya, mintalah kaya yang beriman, dermawan lagi berkat. Semoga harta menjadi bekalan di hari akhirat.
Jika mahukan zuriat, pohonlah zuriat yang soleh, sihat dan murah rezeki. Doa anak soleh tidak putus walaupun selepas kematian.
Jika memohon jodoh, biarlah jodoh yang membawa kebahagiaan dunia dan akhirat.
Berapa ramai pasangan turun naik mahkamah walaupun berkahwin atas dasar cinta.
Janganlah terlalu spesifik hajatnya, kerana kita sendiri tidak tahu apa yang terbaik untuk diri sendiri.
Biar Allah yang mengaturnya.
InsyaaAllah, hajat yang baik akan dimakbul, sama ada cepat atau lambat.
1 Daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda; maksudnya: “Keadaan yang paling dekat seseorang hamba dengan Tuhan-nya ialah ketika dia bersujud. Maka perbanyakkanlah berdoa (pada waktu sujud).” — Riwayat Muslim dan al-Nasaie.
Nota Rujukan:
- Indahnya Hidup Bersyariat — Allahyarham Dato’ Ismail Kamus [Pautan]
- Ensiklopedia Solat — Rohidzir Rais, Fuad Ismail, Mohd Wahid Abd Hanif
- Ensiklopedia A-Z Tentang Solat — Dr Nik Yusri Musa
- Bimbingan Lengkap Solat Sunat — Dato’ Dr. Mahmood Haji Abdul Majib, Rohidzir Rais [Pautan]
- Solat Sunat Harian — Ustaz Mohd Faez B. Mohd Shah al-Hashimi
- 1157 Persoalan Solat — Ustaz Muhadir Haji Joll [Pautan]
Tinggalkan Komen Anda..
Salam. Terima kasih atas perkongsian dan kemudahan yang diberikan. Saya setiap hari akan membuka page saudara untuk membaca bacaan doa yang diberikan tiap kali solat hajat. Dan saya perasan baru-II ini ada kesilapan doa yang dikongsi (bacaan doa tak sama seperti audio yang di’attach)-terdapat perkataan yang tak lengkap.
Contohnya;
الْوَجِلُ الْمُشْفِقُ الْمُقِرُّ بِذَنْبِهِ
gugur perkataan “makhtarifu ilaika”
وَذَلَّ لَكَ جَسَدُهُ
jismuh atau jasaduh? Di audio, kedengaran “jismuh”
Mungkin saudara terlepas pandang ketika edit posting tersebut baru-II ini.
Wa‘alaikumussalam Puan Nuur,
Terima kasih banyak kerana sudi singgah dan perasan dengan teliti bacaan doa yang dikongsikan. Saya sangat hargai teguran dan keprihatinan puan
Betul seperti yang puan sebutkan, pada bahagian doa itu memang ada perkataan yang tertinggal, iaitu “makhtarifu ilaika”. Untuk lafaz “وَذَلَّ لَكَ جَسَدُهُ” pula, insya-Allah saya akan selaraskan semula supaya sepadan dengan bacaan dalam audio (lafaz “jismuh”) agar tidak mengelirukan pembaca lain.
Insya-Allah saya akan betulkan di artikel secepat mungkin. Terima kasih sekali lagi kerana sudi menegur dengan baik.
Semoga Allah membalas kebaikan Nuur dan memberkati setiap usaha dan masa yang diluangkan.
assalamualaikum ustaz, rakaat pertama lepas al fatihah kena baca ayat qursi atau mana² surah boleh ke? kalau tak baca ayat qursi boleh ke? kalau wajib baca ayat qursi lepas al fatihah rakaat pertama tu, baca ayat qursi tu sekali ke atau 7x?
Salam Ustaz, doa selepas solat hajat . Maknanya yg istighfar terjemahan sama dengan tasbih n tasmid. Harap maklum
Waalaikumussalam warahmatullah.
Terima kasih atas teguran yang sangat bermanfaat, tuan/puan. Benar, ada kesilapan pada paparan terjemahan.
Untuk bahagian pertama (istighfar): أستغفر الله العظيم الذى لا إله إلا هو الحى القيوم وأتوب إليه
Maksudnya yang tepat ialah: “Aku memohon ampun kepada Allah Yang Maha Agung, tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Hidup lagi Maha Mengurus segala urusan, dan aku bertaubat kepadaNya.”
Tetapi di halaman tersebut, terjemahannya tersilap tertukar dengan maksud tasbih & tahmid.
Saya akan betulkan susunan terjemahan tersebut supaya tidak mengelirukan pembaca lain. Terima kasih sekali lagi kerana memaklumkan.
Semoga Allah SWT membalas kebaikan tuan/puan.
Asalamualaikum Ustad
Bolehkah saya berjaya dalam dunia ini
Bolehkah saya bangga kedua ibu bapa saya dan juga bolehkah saya cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun ini kerana ia akan menentukan aliran F4 nanti
Ustad boleh seorang pendosa ini meminta maaf kepada Allah
Ustaz bolehkah ustaz doa kan saya supaya saya lulus dlm peperiksaan akhir tahun ini dan doa kan saya dapat banggakan kedua ibu bapa saya.
Aminnn
Wa‘alaikumussalam, Nur Khalisha.
Teruskan berusaha dan berdoa, insya-Allah Allah akan bantu dan permudahkan segala urusan awak. Jangan putus asa, kerana Allah sentiasa menerima taubat hambaNya yang ikhlas.
Saya doakan semoga awak berjaya dalam peperiksaan, membanggakan ibu bapa, dan menjadi anak yang solehah.
Amin ya Rabbal ‘alamin 🌿
Terima kasih ustaz
Assalamualikum ustaz
Bolehkah sya berdoa untuk mendapatkan perkerjaan lama sya semula dan melembutkan hati bekas bos untuk mengambil sya kerja semula? Dn di murahkan rezeki dapat menunaikan umrah
Dan boleh ka doa sya ni sama sahaja sya baca kan semasa solat hajat dn solat tahajud
Wa‘alaikumussalam, puan.
Hukumnya harus dan digalakkan untuk berdoa memohon pekerjaan lama dikembalikan, melembutkan hati bekas majikan, serta dimurahkan rezeki dan dipermudah menunaikan umrah.
Dalam mazhab Syafie, memohon hajat dunia yang harus adalah dibenarkan bahkan dianjurkan sebagaimana penjelasan mengenai solat hajat: “kemudian dia meminta kepada Allah berkenaan perkara dunia dan akhirat.”
Boleh gunakan doa yang sama ketika solat hajat dan solat tahajud. Intinya memohon hajat yang harus kepada Allah. Laksanakan doa pada tempat yang disunatkan (semasa sujud atau selepas tasyahhud akhir sebelum salam), dan elok didahului pujian kepada Allah serta selawat sebelum menyebut hajat.
Wallahu a’lam
Assalmualaikum w.b.t
Ustaz,,,
Saya berhajat agar tuan dapat share perkongsian di atas dalam bentuk format pdf kepada saya.
Minggu depan pihak masjid ada program solat hajat hajat & bacaan surah yasin khas untuk anak2 kg yg duduk SPM.
Dengan adanya panduan ini nanti diharap dapat dijadikan rujukan awal kepada para waris / jemaah yang hadir.
Hanya Allah Azzawajalla sahaja dapat membalas jasa baik tuan.
Wa‘alaikumussalam warahmatullāhi wabarakātuh.
Alhamdulillāh, terima kasih atas doa dan perkongsian niat yang sangat baik. Semoga Allah membalas segala usaha tuan/puan dalam menganjurkan majlis penuh keberkatan ini.
Insya-Allah, saya akan cuba luangkan masa untuk sediakan versi PDF yang lengkap bagi panduan ini, supaya mudah dijadikan rujukan oleh pihak masjid dan para jemaah nanti. Apabila siap, saya akan kongsikan pautannya agar boleh dimuat turun dan dicetak untuk kegunaan program tersebut.
Moga majlis Solat Hajat & Yasin itu menjadi asbab turunnya rahmat dan kejayaan buat anak-anak yang akan menduduki SPM nanti.
assalamualaikum ustaz..bolehkah kita berdoa selepas solat hajat sedangkan dlm sujud terakhir kita dah pun kita berdoa.. mohon pencerahan
Wa‘alaikumussalam warahmatullāh.
Ya, boleh berdoa selepas selesai Solat Hajat, walaupun puan sudah berdoa dalam sujud terakhir. Kedua-duanya termasuk amalan yang digalakkan.
Doa dalam sujud dan selepas solat sebenarnya saling melengkapi.
Sujud terakhir ialah waktu paling hampir antara hamba dengan Tuhannya, maka doa di situ amat mustajab.
Selepas salam, juga saat yang baik untuk memohon hajat, sama ada dengan angkat tangan atau terus berzikir dan berdoa dalam hati.
Sebaiknya, mulakan dengan pujian kepada Allah, selawat atas Nabi SAW, kemudian nyatakan hajat dengan rendah hati dan penuh harapan.
Semoga Allah menerima segala amalan dan memakbulkan hajat puan dengan sebaik-baik pengurniaan.
Assalamualaikum Ustaz.
Saya ingin bertanya berkaitan zikir dan doa boleh ke digabungkan sekiranya saya mengerjakan solat malam [taubat, tahajud dan hajat].
Amalan kebiasaannya solat taubat, zikir dan doa. Kemudian sambung tahajud, zikir dan doa dan akhir solat hajat zikir dan doa..
Mohon penjelasan.. terima kasih.
Waalaikumussalam,
Boleh. Zikir dan doa harus dilakukan di antara solat-solat malam (Taubat → Tahajud → Hajat), sama ada dibaca selepas setiap solat, atau dikumpulkan sebagai doa yang lebih panjang di penghujung amalan.
Kedua-duanya dibolehkan dalam mazhab Syafie.
Assalamualikum ustad kalau nak hajat jodoh yang spesifik tu tak dibenarkan ke..? Dan macam mane jika kita orang sudah solat tahajjud, kita orang baca al-fatihah je ke? lepas tu teruskan solat hajat?
Waalaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh.
1) Boleh berdoa menyebut orang tertentu, ia tidak salah. Namun elok dijaga adab: minta dengan lafaz bergantung pada kebaikan (“jika baik untuk agamaku dan kehidupanku…”), perbanyakkan ciri-ciri yang soleh, dan hindari menyebut orang yang sudah berkahwin atau berdoa yang memudaratkan orang lain. Amalkan juga Solat Istikharah.
2) Dalam solat sunat, al-Fatihah adalah rukun. Bacaan surah selepasnya sunat. Jadi jika hanya sempat al-Fatihah, solat tetap sah. Selepas selesai Tahajud, boleh terus lakukan Solat Hajat secara berasingan (jangan gabung niat): tunaikan 2 rakaat, kemudian berdoa hajat selepas salam (dan boleh ditambah doa ketika sujud terakhir).
Moga Allah memakbulkan permohonan awak dengan cara yang terbaik dan paling membawa kebaikan.
Allahu a‘lam.
Assalamualaikum ustaz, doa nabi yunus di sujud terakhir tu memang perlu baca sebanyak 40 kali ke ustaz? Kalau saya kurangkan sedikit boleh ke ustaz?
Waalaikumussalam puan,
Terima kasih atas soalan yang dikongsikan.
Doa Nabi Yunus (لَا إِلٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ) memang sangat digalakkan untuk dibaca dalam sujud terakhir solat hajat.
Cadangan untuk membacanya sebanyak 40 kali adalah amalan yang dianjurkan oleh sebahagian ulama sebagai bentuk istighfar dan tadharruʿ (merendah diri) dalam berdoa.
Namun begitu, ia bukanlah suatu kewajipan atau syarat sah solat hajat. Dalam Mazhab Syafi‘e, memadai dibaca sekali sahaja, dan puan boleh menambah bilangannya mengikut kemampuan dan kekhusyukan.
Jika mampu, mengikuti cadangan 40 kali seperti yang dinyatakan dalam panduan di atas adalah lebih afdhal; namun mengurangkannya tidak menjejaskan sah atau pahala solat hajat.
Yang lebih utama adalah keikhlasan hati, kekhusyukan, dan keyakinan terhadap doa yang dipanjatkan.
Semoga Allah SWT memakbulkan segala hajat puan dan memberkati segala usaha dan ibadah.