DOA BERBUKA PUASA BERSENDIRIAN & RAMAI (Rumi)

Bagaimanakah bacaan doa berbuka puasa?

Ini adalah panduan lengkap bacaan doa berbuka puasa untuk bersendirian dan juga buka puasa beramai-ramai.

Apa yang menarik:

Bacaan doa turut dipermudahkan dengan ejaan rumi.

Selain itu, saya juga turut menyertakan bacaan doa sebelum masuk waktu berbuka puasa yang boleh diamalkan.

Semoga membantu. InsyaaAllah..

Doa Berbuka Puasa Bersendirian

Bagaimana bacaan doa untuk berbuka secara sendirian?

Doa berbuka secara bersendirian adalah seperti berikut:

doa berbuka puasa

 Allahumma Lakasumtu Wabika Aamantu Wa’alaa Rizqika Afthortu Birohmatika Yaa Arhamar Roohimiin 

Maksudnya: 

Ya Allah kerana Mu aku berpuasa, Dengan Mu aku beriman, kepada Mu aku berserah dan dengan rezeki Mu aku berbuka (puasa) dengan Rahmat Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih.

Doa Berbuka Puasa Untuk Ramai

Doa buka puasa beramai-ramai adalah sama sahaja dengan doa bersendirian, cuma diubah “tu” kepada “na” untuk membawa maksud “aku” kepada “kami”

doa berbuka puasa ramai

 Allahumma Lakasumna Wabika Aamanna Wa’alaa Rizqika Afthorna Birohmatika Yaa Arhamar Roohimiin 

Maksudnya:

Ya Allah kerana Mu kami berpuasa, Dengan Mu kami beriman, kepada Mu kami berserah dan dengan rezeki Mu kami berbuka (puasa) dengan Rahmat Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih.

Doa Sebelum Masuk Waktu Berbuka Puasa

Kelebihan Doa Sebelum Berbuka Puasa

Berdoa ketika menunggu waktu berbuka puasa adalah mustajab.

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:

Ada tiga doa yang tidak tertolak. Doanya orang yang berpuasa ketika berbuka, doanya pemimpin yang adil dan doanya orang yang dizalimi.” 

— Hadis Riwayat At Tirmizi

Setelah penat seharian berpuasa, Allah mengurniakan satu waktu mustajab untuk orang berpuasa memanjatkan doa kepadaNya.

Oleh itu jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk berdoa apa-apa sahaja hajat kebaikan dunia dan akhirat.

Sangat rugi jika menghabiskan minit-minit terakhir dengan hanya menghadap telefon masing-masing.

Apakah Doa Yang Boleh Dibaca?

Apa-apa sahaja doa boleh dibacakan pada saat ini.

Berdoalah memohon perkara yang dihajati atau sekurang-kurangnya memohon kebaikan untuk kehidupan kita dunia dan akhirat.

Luangkan masa selama 3 hingga 5 minit sebelum waktu berbuka, angkat tangan dan mula berdoa kepada Allah SWT tentang apa jua kebaikan.

Cadangan Doa Ringkas Yang Boleh Dibaca Sebelum Berbuka Puasa

Jika anda buntu, berikut adalah cadangan doa-doa ringkas yang boleh dibacakan:

Doa Ramadan Hari Pertama

doa ramadan hari pertama

Allâhummaj’al Siyaamii Fiihi Siyaamas-saa imîn, Wa Qiyaamii Fiihi Qiyaamal Qaa-imiin, Wa Nabbihnî Fiihi ‘An Nawmatil Ghaafilîn, Wa Hablii Jurmii Fii Yaa IlaaHal ‘Alamin, Wa’fu ‘Annî Yaa ‘Aafiyan ‘Anil Mujrimiin.

Ya Allah, jadikan puasaku di bulan ini sebagai puasa orang-orang yang berpuasa sebenarnya, solat malamku di dalamnya sebagai orang yang solat malam sebenarnya, bangunkan daku di dalamnya dari tidurnya orang-orang yang lalai. Bebaskan aku dari dosa-dosaku wahai Tuhan semesta alam. Maafkan aku wahai Yang Memberi ampunan kepada orang-orang yang berbuat dosa.”

Doa Ramadan Hari 2

doa ramadan hari dua

Allaahumma Qarribnii Fiihi ilaa MardhaaTika Wa JanNibNi Fiihi Min SakhaTika Wa NaqiMaaTika Wa WaffiqNii Fiihi LiqiRaa-ati AyaaTika Birahmatika Yaa Arhamar Rahimîn

Ya Allah! Mohon dekatkanlah aku kepada keredhaan-MU dan jauhkanlah aku dari kemurkaanMU. Mohon berilah aku kemampuan untuk membaca ayat-ayat-MU dengan rahmat-MU, Wahai Maha Pengasih dari semua yang Pengasih!

Doa Ramadan Hari 3

doa ramadan hari tiga

AllaaHummar-Zuqni FiiHidz-dzihNa WattanBîh Wa Baa’idnii Fiihi Minas SaFaaHati WattamWîh Waj’al Lii NasîBan Min Kulli Khairin TunZilu Fîhi BijuuDika Yaa AjwaDal Ajwadîn

Ya Allah! Mohon berikanlah aku rezeki akal dan kewaspadaan. Dan jauhkanlah aku dari kejahilan dan kesesatan. Anugerahkanlah kepadaku bahahagian dari segala kebaikan yang ENGKAU turunkan, demi kemurahan-MU, Wahai Zat Yang Maha Pemurah

Doa Ramadan Hari 4

Allahumma Qawwinii Fiihi ‘Alaa IqooMati AmRika Wa AdziqNii Fiihi Halaawata Dzikrika Wa Audzi’nii Fiihi Li Adaai Syukrika Bikaramika Wahfazhnii Fiihi Bihifzhika Wa SitRika Yaa Absoran-NaaZhiRiin

Ya Allah! Mohon berikanlah kekuatan kepadaku, untuk menegakkan perintah-perintah-MU, dan berilah aku manisnya berzikir mengingat-MU. Mohon berilah aku kekuatan untuk bersyukur kepada-MU, dengan kemuliaan- MU. Dan jagalah aku dengan penjagaan-MU dan perlindungan-MU, Wahai dzat Yang Maha Melihat

Doa Ramadan Hari 5

Doa ramadan hari 5

AllaaHummaj’alnii Fiihi Minal MusTaghFiRiin Waj’alnii FiiHi Min ‘ibaaDikas solihiin Al QaaNiTiin Waj’alNii Fiihi Min AwLiYaa-ikalMuqarraBiin Bira’-Fatika Yaa Arhamar-Raahimiin

Ya Allah! Mohon jadikanlah di bulan ini aku termasuk diantara orang-orang yang memohon ampunan (beristighfar), dan jadikanlah aku sebagai hamba-MU yang soleh dan setia serta mohon jadikanlah aku diantara Auliya’- MU yang dekat disisi-MU, dengan kelembutan-MU, Wahai zat Yang Maha Pengasih di antara semua pengasih.

Doa Ramadan Hari 6

AllaaHumma Laa TakhDzulNii Fiihi Lita-‘Arrudhi Ma’-Siyatika Wa Laa TadhRibNii BisiYaaThi NaqiMatika Wa ZahZihNii Fiihi Min MuuJibaaTi SaKhaTika BimanNika Wa AyadiiKa Yaa MunTaHaa RaghBatir-RaaGhiBiin

Ya Allah! Janganlah Engkau hinakan aku di bulan ini kerana perbuatan maksiatku terhadap-MU, dan janganlah Engkau menghukumku dengan balasan-MU. Jauhkanlah aku dari hal-hal yang dapat menyebabkan kemurkaan-MU, dengan kelembutan dan ketinggian rahmat-Mu, Wahai pegangan terakhir orang-orang yang berkeinginan!

Doa Ramadan Hari 7

AllaaHumma A’inNii FiiHi ‘Alaa SiYaaMihi Wa QiyaaMihi Wa JannibNi Fiihi Min HafaWaaTihi Wa AaTsaaMihi WarZuqNi Fiihi DzikRika BidaWaMihi BitauFiiQika Yaa HaaDiyal MuDhilLiin

Ya Allah, bantulah aku untuk berpuasa dan solat malam serta jauhkan aku dari kesia-siaan dan perbuatan dosa. Anugerahi aku di dalamnya dengan kebiasaan mengingat pada-Mu dengan taufik-Mu wahai yang menunjuki orang tersesat”

Doa Ramadan Hari 8

AllaaHummar-ZuqNii FiiHi RahMatal AyTaam Wa It-‘AaMat-Tho-‘Aami Wa ifSyaa-As Salaam Wa SuhBatal KiRaam BiThawLika Yaa Malja-Al AaMiliin 

Ya Allah, anugerahilah kepada kami rasa sayang terhadap anak-anak yatim dan suka memberi makan (orang miskin) serta menyebarkan kedamaian dan bergaul dengan orang-orang mulia dengan kemurahanmu wahai tempat berlindung bagi orang-orang yang berharap

Doa Ramadan Hari 9

AllaaHummaj’al-Lii FiiHi NaSiiBan Min Rahmatikal WaaSi’ah WahDinii FiiHi LibaRaaHiiNikas-SaaThi’ah Wa Khudz BiNaa Siyatii ilaa MarDhoTikal JaaMi’ah BimaHabbaTika Yaa Amalal MusyTaaQiin

Ya Allah! Anugerahilah untukku sebahagian dari rahmat-MU yang luas, dan berikanlah aku petunjuk kepada ajaran- ajaran-MU yang terang, dan bimbinglah aku menuju kepada keredhaan-MU yang penuh dengan kecintaan-MU, Wahai harapan orang-orang yang merindu.

Doa Ramadan Hari 10

AllaaHummaj-‘Alnii FiiHi Minal MutaWakkiLiin ‘AlaiKa Waj-‘alnii FiiHi Minal Faa-iziin LadaiKa Waj-‘Alnii FiiHi Minal MuqarraBiin ilaika Bii-ihSaanika Yaa GhaaYatat-ThaaLiBiin

Ya Allah! Mohon jadikanlah aku diantara orang-orang yang bertawakkal kepada-Mu, dan jadikanlah aku diantara orang- orang yang menang disisi-MU, dan jadikanlah aku diantara orang-orang yang dekat kepada-MU, dengan kebaikan-MU, Wahai Tujuan orang-orang yang memohon

Doa untuk hari-hari seterusnya boleh dirujuk pada pautan ini: Doa Ringkas Ramadan

Tips & Sunnah Semasa Berbuka Puasa

1. Ambil Masa Untuk Berdoa Sebelum Berbuka

Ramadhan merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT.

Salah satu kelebihan bulan ini adalah doa orang yang berpuasa mustajab di sisi Allah SWT.

Daripada Abdullah bin ‘Amr RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda:

Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ketika dia berbuka doa yang tidak akan ditolak”. 

— Riwayat Ibn Majah (1753)

Daripada Abdullah bin ‘Amr RA berkata bahawa beliau mendengar Nabi SAW bersabda:

Bagi orang yang berpuasa ketika dia berbuka doa yang mustajab”. 

— Lihat: Musnad Abi Daud al-Thoyalisi (2376)

Antara waktu yang sangat afdhal dan digalakkan berdoa adalah ketika bersahur dan sebelum masuk waktu berbuka puasa.

Contoh doa yang sesuai dibacakan boleh dirujuk pada ruangan doa sebelum berbuka puasa di atas ⬆️


2. Menyegerakan Berbuka Puasa

Rasulullah mengajarkan satu sunnah, iaitu tidak melewat-lewat untuk berbuka puasa.

Berbuka puasa harus disegerakan.

Ini kerana, perbuatan menyegerakan berbuka puasa sangat mendatangkan kebaikan.

Manusia itu akan terus berada dalam kebaikan selagi mana dia menyegerakan berbuka puasa.

— Bukhari & Muslim

Apa yang selalunya terjadi dalam rata-rata masyarakat kita adalah, ketika masuknya waktu solat maghrib, mereka masih lagi berada di bazar-bazar ramadhan untuk membeli juadah mereka.

Penjual masih lagi melayan pelanggan tanpa terus berbuka walaupun azan maghrib telah berkumandang.

Ibu-ibu di rumah pula masih berada di dapur menyiapkan juadah berbuka puasa ketika azan maghrib bergema.

Perbuatan melambat-lambatkan berbuka puasa adalah salah satu perbuatan yang dilarang oleh Rasulullah SAW.

Ini kerana melewat-lewatkan berbuka puasa adalah amalan Yahudi dan Kristian.

Rasulullah telah bersabda di dalam satu hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Daud & Ibnu Majah yang sanadnya berstatus hasan seperti yang dinilai oleh al-Albani r.h yang bermaksud:

Agama ini akan sentiasa zahir (jelas) selagi mana umatnya menyegerakan berbuka puasa, ini kerana orang-orang Yahudi dan Kristian, mereka melewat-lewatkannya.


3. Mulakan Berbuka Dengan Beberapa Biji Kurma Terlebih Dahulu

Antara sunnah yang diajarkan oleh Rasulullah adalah makan beberapa biji kurma basah dahulu ketika mula berbuka puasa.

Ini akan memudahkan kita bersolat dalam keadaan tidak terlalu kenyang.

Selepas makan beberapa biji kurma, baginda terus solat.

Rasulullah SAW akan makan makanan lain selepas baginda selesai solat, dan terasa lapar.

Anas Bin Malik meriwayatkan seperti yang dilaporkan oleh Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi yang bermaksud:

Rasulullah apabila baginda berbuka puasa, baginda berbuka dengan beberapa biji kurma basah sebelum solat. Jika tiada kurma basah, baginda berbuka dengan kurma kering. Jika tiada kurma kering, baginda berbuka dengan beberapa teguk air. 

Ramai diantara kita sering meninggalkan sunnah ini.

Kita selalunya berbuka puasa dengan makan dan minum yang banyak sehingga kekenyangan sehingga melewatkan bersolat maghrib.


4. Minumlah Banyak Air

Jangan lupa untuk minum banyak air apabila berbuka puasa.

Ini akan mengurangkan kita dari makan terlalu banyak selepas itu kerana rasa lapar akan reda dengan penghidratan.

Selain itu, telanlah air secara perlahan-lahan dengan ucapan alhamdulillah semasa ia melegakan diri kita.

Rasulullah bersabda:

Jangan minum terus menelan seperti unta, tetapi dalam dua atau tiga (teguk). Menyebut nama Allah (Bismillah) apabila memulakan minum dan memujiNya (Alhamdulillah) selepas telah selesai (minum)

— Hadis riwayat At-Tirmidzi

Penutup: Semoga Ramadhan Ini Memberi Kebaikan Kepada Kita Semua

Semoga Allah memberi keampunan kepada kita.

Semoga Dia menjadikan Ramadhan kali ini penuh dengan rahmat.

Dan semoga kita berjaya menjadikan Ramadhan kali ini paling berjaya dan produktif untuk diri kita

Semoga panduan ini memberi manfaat kepada semua pembaca.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

10 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Alisha Azizah
Alisha Azizah
1 tahun yang lalu

Alhamdulillah… Terima kasih atas perkongsian ilmu ini.. betul² membantu saya yg jahil Ilmu ni.

Alisha Azizah
Alisha Azizah
Reply to  Alisha Azizah
1 tahun yang lalu

Kalau boleh’ lagi best kalau ada buku Doa² @Aku Islam ni, kan lagi best👍😁

Ghazali Kasim
Ghazali Kasim
1 tahun yang lalu

Alhamdulillah.terima kasih atas perkongsian ilmu

elan
elan
2 tahun yang lalu

assalamualaikum semua?

Daniel
Daniel
Reply to  elan
2 tahun yang lalu

Waalaikumusalam

muhammad
muhammad
3 tahun yang lalu

salam, nak tanya kalau terbaca doa sendirian untuk beramai2 kira sah tak

Miss Altnim
Miss Altnim
3 tahun yang lalu

Alhamdulillah.. sangat membantu.