Apakah hukum baca qunut nazilah pada solat jumaat?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat.
SOALANAdakah dibolehkan membaca qunut nazilah dalam solat jumaat kerana ada imam disebuah masjid yang membacanya pada solat jumaat di sebuah masjid?
JAWAPAN
Semua solat boleh dibacakan padanya akan qunut nazilah dengan syarat berlaku suatu musibah atau mala petaka atas kaum muslimin.
Berkata Imam Syafie:
Tidak ada doa qunut pada sekelian solat melainkan solat subuh kecuali apabila berlaku suatu musibah maka dibaca akan qunut pada sekelian solat jika dikehendaki oleh imam.”
(Kitab Al-Uum)
Dan berkata Imam Nawawi:
Dan ada pun selain solat subuh dari sekelian solat adakah boleh dibaca akan qunut?
Padanya ada tiga pendapat yang telah menghikayat akan dia oleh Imam Haramain dan Imam Ghazali dan yang lainnya.
Bermula pendapat yang sahih yang masyhur yang telah memutuskan dengannya oleh jumhur ulamak iaitu jika berlaku musibah pada kaum Muslimin seperti tersangat takut atau kemarau atau wabak penyakit atau serangan belalang atau seumpama yang demikian itu maka membaca qunut pada sekelian solat.
Dan jika tidak berlaku musibah ke atas kaum Muslimin seperti itu maka tidaklah dibaca akan qunut.”
(Kitab Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab)
Maka terjawab sudah bahawa jika berlaku musibah atau mala petaka ke atas kaum Muslimin maka harus hukumnya membaca doa qunut pada sekelian solat termasuk solat jumaat apabila dikehendaki oleh imam.
KESIMPULAN
Jika tidak berlaku apa-apa musibah ke atas kaum Muslimin maka hanya disunatkan membaca qunut pada solat subuh seperti biasa.
Ada pun apabila berlaku suatu musibah sekali pun pada umat Islam yang berada di negara yang lain maka diharuskan membaca doa qunut nazilah pada sekelian solat termasuk solat jumaat.
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini
Tinggalkan Komen Anda..