
Apakah pergerakan yang membatalkan & tidak membatalkan solat?
Secara umumnya, pergerakan dalam solat terbahagi kepada 2 perkara:
1. Pergerakan yang menyamai salah satu gerakan solat seperti rukuk dan lain-lain
la membatalkan solat tapa melihat a pergerakan besar atau kecil kecuali jika dilakukan dalam keadaan lupa atau tidak tahu (jahil).
2. Pergerakan yang tidak menyamai salah satu gerakan solat seperti rukuk dan lain-lain
la terbahagi lagi kepada 3 keadaan:
- Pergerakan yang banyak dan besar seperti melompat atau memukul dengan keras dan lain-lain.
la membatalkan solat walaupun hanya sekali. - Pergerakan yang sederhana seperti melangkah, menggaru badan dan lain-lain.
la boleh membatalkan solat jika dilakukan 3 kali secara berturut turut atau bersama dengan gerakan anggota lain seperti gerakan tanga disertai dengan menggerakkan kepala. - Pergerakan yang kecil seperti menggerakkan jari-jemari, bibir dan lain-lain.
la tidak membatalkan solat walaupun dilakukan berkali-kali selagi bukan tujuannya bermain-main.
Menggerakkan jari-jari lebih daripada 3 kali tidak mengapa, tetapi menggerakkan telapak tangan lebih daripada 3 kali ada khilaf;
- Batal
- Tidak batal kerana kebanyakan badan diam ketika ia bergerak seperti dalam Al-Kurdi.
Catatan
Kadar gerakan yang berturut-turut adalah seperti berikut:
- Menurut Al-Bujairimi: Jarak antara 2 gerakan kurang daripada 1 rakaat paling cepat yang masih mungkin dilakukan.
- Sebahagian ulama’: Jarak antara 2 gerakan tidak melebihi tempoh bacaan surah Al-Ikhlas.
- Sebahagian yang lain:
- Jarak antara 2 gerakan tidak sampai tempoh berthama’ninah
- Jarak antara 2 gerakan mash dalam tempoh membaca al-baqiyat ash-shalihat
- Secara uruf (adat kebiasaan).
- Anda boleh merujuk panduan ini untuk melihat senarai perkara-perkara yang membatalkan solat: 27 PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT
- Pergerakan yang membatalkan solat (Ustaz Azhar Idrus): JENIS PERGERAKAN YANG MEMBATALKAN SOLAT
- Memahami 13 Rukun Solat : Rukun Qauli, Fi’li & Qalbi
📚 Rujukan
- 1157 Persoalan Solat, Ustaz Muhadir Haji Joll, ms. 361
- Hasyiah al-Jamal, 1/425
- Syarh al-Bahjah al-Wardiyyah, 2/307
- Al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra, 1/162 (Sumber ambilan: Kamus Fiqih, ms. 122)
- l’anah ath-Thalibin, 1/216(Sumber ambilan: Fiqh Ideal, ms. 59)
Tinggalkan Komen Anda..
Assalammualaikum uztaz, semasa saya tahiyat akhir, saya pernah ambil masa yang sedikit lama untuk habiskan tahiyat akhir saya, dan apabila lama dalam kedudukan tahiyat akhir itu, kaki kanan saya yang berlipat itu mula bergetar sampai la habis solat, Adakah batal solat saya walaupun itu pergerakan yang luar kawalan saya. Bagaimana pula jika bergetar itu sedikit tetapi lama.
Waalaikumussalam tuan,
Tidak batal. Dalam mazhab Syafie, duduk tahiyat akhir ialah rukun; getaran kaki yang berlaku tanpa sengaja tidak membatalkan solat selagi masih dianggap duduk, bacaan tahiyat akhir disempurnakan, dan tiada pergerakan banyak berturut-turut tanpa hajat. Getaran sedikit tetapi lama juga dimaafkan.
Wallahu ‘Alam
Assalammualaikum uztaz,
Saya ada lagi satu soalan, kalau semasa rukuk, badan saya begerak sedikit ke depan dan ke belakang tanpa sengaja, adakah tamakninah saya sah.
Waalaikumussalam,
Pergerakan kecil yang berlaku ketika rukuk, seperti badan bergerak sedikit ke depan atau ke belakang tanpa disengajakan, tidak membatalkan solat.
Tamakninah tetap sah selagi:
Jika getaran atau gerakan itu sedikit tetapi lama, ia juga tidak menjejaskan tamakninah kerana tidak sampai tahap harakah kathirah (pergerakan banyak yang berterusan tanpa hajat).
Cuba kawal pergerakan supaya lebih stabil, dan fokus pada keadaan “tenang seketika” ketika rukuk. Inilah maksud tamakninah yang menjadi rukun.
Assalamualaikum ustaz. Ketika duduk tahiyyat akhir, saya membetulkan bawah dagu supaya tak terbuka aurat, kemudian sy ada betulkan kedudukan kaki dengan tangan. Ketika sy betulkan kaki dengan tangan sy ada tergerak badan tanpa sengaja. Adakah solat saya sah atau dah batal? Sbb ms sy tgh solat sy keliru sbb lintasan hati kata dah batal sbb dh lebih 3 kali berturut-turut. Tp sy abaikan lintasan hati tu dan teruskan solat smpi selesai sbb gerakan badan tu sy x sengaja. Adakah gerakan badan tanpa sengaja itu gerakan yg dimaafkan atau tidak ustaz?
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,
Dalam mazhab Syafi‘e, solat tidak terbatal dengan pergerakan kecil atau pergerakan yang dilakukan kerana ada keperluan syarak. Sebagai contoh, membetulkan dagu atau pakaian untuk menutup aurat adalah dibenarkan kerana ia bertujuan menjaga kesempurnaan solat.
Begitu juga dengan tindakan membetulkan kedudukan kaki menggunakan tangan. Jika ia dilakukan secara spontan dan tidak berulang-ulang, maka ia dikira sebagai pergerakan ringan yang dimaafkan. Solat hanya terbatal jika seseorang melakukan tiga pergerakan besar berturut-turut sehingga dilihat seperti tidak lagi berada dalam solat. Dalam kes ini, itu tidak berlaku.
Malah, tindakan puan meneruskan solat dan mengabaikan lintasan hati (waswas) adalah sangat tepat. Lintasan seperti itu tidak membatalkan solat, dan Islam mengajar kita agar tidak melayan waswas yang boleh datang daripada syaitan.
Solat puan adalah sah, dan tidak perlu diulang. Gerakan tersebut dilakukan kerana ada keperluan (menutup aurat dan keselesaan), serta bukanlah gerakan besar yang disengajakan berulang-ulang. Tidak perlu juga sujud sahwi kerana ini bukan termasuk sunat ab‘ad yang tertinggal.
Semoga Allah sentiasa memelihara kita daripada waswas dan menerima amalan kita semua.
Wallahu a‘lam.
assalamualaikum ustaz…waktu saya rukuk badan saya tidak sengaja bergerak ke depan dan ke belakang adakah batal solat saya?
Waalaikumussalam warahmatullah,
Pergerakan kecil yang tidak disengajakan semasa rukuk, seperti badan bergerak sedikit ke depan dan ke belakang, tidak membatalkan solat.
Dalam fiqh, pergerakan dalam solat hanya membatalkan jika:
✔ Dilakukan dengan sengaja tanpa keperluan.
✔ Berulang sebanyak tiga kali berturut-turut dalam satu rukun solat.
Jika pergerakan itu berlaku secara tidak sengaja atau hanya sedikit, solat masih sah. Namun, cuba kawal pergerakan dan fokus untuk lebih khusyuk dalam solat.
Semoga penjelasan ini membantu.
Wallahu a’lam.