Cara Mengelak Was-Was Dalam Solat

Mengelak Was-Was Dalam Solat

Bagaimana cara mengelak was-was dalam solat?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Saya mengalami was-was ketika mengerjakan solat.

Bolehkah ustaz berikan suatu amalan untuk saya amalkan supaya hilang was-was dari saya?


JAWAPAN

Sungguhnya was-was itu ialah hembusan syaitan ke dalam hati manusia supaya jadi seorang itu sedih atau susah hati atau berpusing hatinya hingga tiada yakin ia akan sesuatu.

Syaitan yang mewas-waskan orang yang solat ini namanya khanzab dan diantara amalan untuk menjauhkan khanzab ini dari mewas-waskan kita ialah membaca :

اللَّهُمَّ إنِّي أَعُوذُ بِك مِنْ شَيْطَانِ الْوَسْوَسَةِ خَنْزَبٍ

Maksudnya:

Ya Allah sungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari syaitan yang mewaswaskan iaitu si khanzab.”

Telah diriwayatkan daripada Uthman bin Al-‘Aas r.a. katanya :

يَا رَسُولَ اللَّهِ الشَّيْطَانُ حَالَ بَيْنِي وَبَيْنَ صَلَاتِي وَقِرَاءَتِي فَقَالَ ذَلِكَ شَيْطَانٌ يُقَالُ لَهُ خَنْزَبٌ إذَا حَسَسْته فَتَعَوَّذْ بِاَللَّهِ مِنْهُ وَاتْفُلْ عَلَى يَسَارِك ثَلَاثًا قَالَ: فَفَعَلْت ذَلِكَ فَأَذْهَبَهُ اللَّهُ عَنِّي

Wahai Rasulullah! Adalah syaitan itu menghalang aku dari sembahyangku dan dari bacaanku.

Maka sabdanya : Yang demikian itu ialah syaitan yang disebut dengan khanzab. Apabila kamu merasai kehadirannya maka mintalah berlindung dengan Allah daripadanya dan dan buat isyarat seperti meludah atas pihak kirimu tiga kali.

Kata Uthman: Aku telah perbuat seperti itu dan Allah telah menghilangkan daripada aku.”

(Hadith riwayat Muslim dan Al-Hakim dan At-Tabarani)

Dan antara amalan yang elok dilakukan ialah amalan yang disebut oleh Syeikh Sulaiman Al-Bujairimi :

وَكَانَ الْأُسْتَاذُ أَبُو الْحَسَنِ الشَّاذِلِيُّ يُعَلِّمُ أَصْحَابَهُ لِدَفْعِ الْوَسْوَاسِ وَالْخَوَاطِرِ الرَّدِيئَةِ: مَنْ أَحَسَّ بِذَلِكَ فَلْيَضَعْ يَدَهُ الْيُمْنَى عَلَى صَدْرِهِ وَيَقُلْ: سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ الْخَلَّاقِ الْفَعَّالِ سَبْعَ مَرَّاتٍ ثُمَّ يَقُولُ: {إِنْ يَشَأْ يُذْهِبْكُمْ وَيَأْتِ بِخَلْقٍ جَدِيدٍ} [إبراهيم: 19] {وَمَا ذَلِكَ عَلَى اللَّهِ بِعَزِيزٍ} [إبراهيم: 20] وَيَقُولُ ذَلِكَ الْمُصَلِّي قَبْلَ الْإِحْرَامِ.

Adalah Ustaz Abu Al-Hasan As-Syazili telah mengajar sahabatnya untuk menolak was-was dan lintasan syaitan yang buruk dengan katanya: Siapa yang merasakan yang demikian itu (rasa was-was) hendaklah diletakkan tangannya yang kanan atas dadanya dan berkata:

سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ الْخَلَّاقِ الْفَعَّالِ

… sebanyak tujuh kali kemudian membaca:

إِنْ يَشَأْ يُذْهِبْكُمْ وَيَأْتِ بِخَلْقٍ جَدِيدٍ

… dan:

وَمَا ذَلِكَ عَلَى اللَّهِ بِعَزِيزٍ

Dan dibaca akan yang demikian itu oleh orang yang hendak sembahyang sebelum takbiratulihram.” (Kitab Tuhfatul Habib Syarah ala Al-Khatib)

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments