Kelebihan Membaca Al-Quran

Kelebihan Membaca Al-Quran

Apakah kelebihan membaca al-Quran?

Setiap muslim yang berhasrat untuk meningkatkan tahap kecintaan dan ketakwaan terhadap Allah SWT perlu memperbanyakkan syariat harian yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW demi mencapai martabat al-Muqarrabin iaitu mereka yang berjaya menghampirkan diri kepadaNya.

Antara amalan mulia ialah membaca al-Quran, istighfar, berzikir, berselawat dan berdoa.

Dalam artikel ini, para pembaca berpeluang mengetahui kelebihan membaca al-Quran yang menjadi amalan alim ulama, ahli ibadah dan para solihin sejak zaman-berzaman.

Kelebihan Membaca Al-Quran

Antara kelebihan membaca al-Quran ialah:

  1. Ibadah yang paling utama dari segi bacaan.
  2. Pahala membaca satu huruf daripada al-Quran: Menurut Ibnu Majah digandakan hingga 400 kali dan Ibnu al-Jauzi pula berpendapat digandakan sebanyak 700 kali.
  3. Balasan satu huruf yang dibaca ialah bidadari di Syurga, juga dikatakan balasan sebatang pokok di Syurga.
  4. Mengikut Ibnu Abbas r.a, pembaca al-Quran ialah seorang hartawan dan pahala membaca tidak akan putus.
  5. Selamat daripada api Neraka, mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama malaikat.
  6. Pada hari Kiamat, al-Quran menjadi pembela.
  7. Pembaca akan memperoleh keamanan di dunia dan kemuliaan di Syurga.
  8. Membaca sebelum tidur dan mendapat kawalan malaikat.
  9. Pembaca akan dimasukkan ke dalam golongan Siddiqin, Syuhada dan Solihin.
  10. Membaca al-Quran secara kumpulan akan diampunkan dosa mereka.
  11. Mendapat cahaya di bumi dan menjadi sebutan oleh malaikat di langit.
  12. Jika dibaca di dalam rumah, akan memberi cahaya kepada rumah itu.
  13. Membaca secara tadarus (bergilir-gilir) mendapat ketenangan, rahmat dan dikelilingi oleh malaikat.
  14. Pembaca yang mahir dan baik diutamakan menjadi imam solat.
  15. Seutama-utama manusia ialah yang mempelajari, mengajar dan menghayati ajaran al-Quran.
  16. Mempelajari satu ayat al-Quran lebih baik daripada solat sunat 100 rakaat.
  17. Mempelajari dan membacanya akan mendapat keberkatan dan keharmonian hidup.
  18. Mendapat perlindungan di Padang Mahsyar nanti.
  19. Pembaca akan dilindungi daripada godaan syaitan.

Masa Yang Diutamakan Membaca Al-Quran

Waktu yang digalakkan untuk membaca al-Quran adalah seperti berikut:

  • Pada waktu tengah malam sehingga fajar adalah paling utama.
  • Antara Maghrib dan Isyak
  • Sesudah solat subuh.

Rujukan

Indahnya Hidup Bersyariat, Modul Fardu Ain Diri, Keluarga dan Masyarakat Sepanjang Hayat (Allahyarham Dato’ Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid)

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments