
Fidyah puasa adalah suatu pampasan yang dilakukan oleh seseorang yang tidak mampu berpuasa, kerana mengalami penyakit kronik atau kehamilan, dengan memberi sejumlah makanan kepada golongan fakir miskin. Fidyah dianggap sebagai kewajipan bagi mereka yang terhalang daripada berpuasa.
Panduan ini menerangkan secara lengkap mengenai fidyah puasa yang merangkumi niat fidyah, hukum, cara kiraan fidyah, waktu membayar fidyah serta pelbagai perkara yang berkaitan.
Apa yang menarik:
Saya turut menyediakan contoh-contoh situasi yang mungkin terjadi bagi memudahkan anda memahami cara pengiraan fidyah.
Semoga bermanfaat.
Apa Maksud Fidyah?
Fidyah merupakan denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat mengganti puasanya di bulan Ramadhan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya bulan Ramadhan tahun berikutnya. Ia dikeluarkan mengikut bilangan hari berpuasa yang ditinggalkan dan diberikan kepada fakir miskin.
Kadar fidyah yang dikenakan ialah sebanyak satu mud, iaitu satu cupak (700± gram) bagi setiap hari puasa yang ditinggalkan.
Memberikan lebih daripada secupak kepada seorang fakir miskin adalah digalakkan (hukumnya harus). Akan tetapi, membahagikan satu cupak makanan kepada dua orang fakir miskin adalah tidak sah.
Fidyah juga merupakan satu keringanan bagi mereka yang tidak mampu untuk berpuasa ganti.
Hukum Fidyah Puasa
Hukum fidyah puasa adalah WAJIB. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.
Kewajipan ini jelas dinyatakan dalam firman Allah SWT yang bermaksud :
(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu, maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain, dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa).
— al-Baqarah: 184
Golongan Yang Dikenakan Fidyah
Pertama: Dikenakan Fidyah Dan Qada Puasa
Selain dikenakan qada puasa, golongan ini juga diwajibkan membayar fidyah bagi setiap hari puasa yang ditinggalkan.
Golongan yang dimaksudkan ialah:
- Perempuan yang haid, namun tidak sempat menggantikan puasa sebelum masuk Ramadan tahun berikutnya.
- Individu yang berbuka puasa kerana bimbangkan kemudaratan pada orang yang selain dirinya, seperti untuk menyelamatkan nyawa orang lain.
- Perempuan hamil atau menyusu yang berbuka kerana bimbang anaknya sahaja.
- Individu yang tidak qada puasa yang ditinggalkan dalam keadaan dia mampu untuk melakukannya, sehinggalah tiba Ramadan yang berikutnya.
- Orang yang sakit tidak berpanjangan lalu berbuka dan tidak sempat menggantikan puasa sebelum Ramadan berikutnya.
Perhatian
Jika terlewat qada puasa kerana keuzuran seperti sakit, musafir, hamil atau menyusukan anak, maka tidak diwajibkan fidyah melewatkan qada (fidyah ta’khir)
Kedua: Dikenakan Fidyah Sahaja
Golongan yang termasuk dalam kategori ini ialah mereka yang telah uzur dan tidak mampu lagi untuk berpuasa seperti:
- Orang sakit yang tiada harapan sembuh.
- Orang tua yang tidak mampu berpuasa.
- Orang mati yang tidak sempat qada puasa yang ditinggalkannya (sedangkan dia mampu untuk qada puasa ketika hayatnya). Ahli waris boleh memilih salah satu sama ada:
- Membayar fidyah dengan harta si mati.
- Qada puasa bagi pihak si mati
Perhatian
- Jika seseorang itu meninggalkan puasa dengan sengaja (tanpa uzur) dan dia tidak sempat qada puasa tersebut kerana sakit lalu meninggal dunia, maka wajib dikeluarkan fidyah daripada harta pusaka si mati.
Akan tetapi jika waris ingin mengeluarkan fidyah tersebut daripada harta mereka sendiri atau menggantikan puasa bagi pihak si mati, maka hukumnya sunat sahaja. - Jika seseorang itu meninggalkan puasa kerana keuzuran dan uzur tersebut berterusan sehingga dia meninggal dunia, maka tidak perlu dikeluarkan fidyah untuknya daripada harta pusakanya, atau digantikan puasanya oleh waris.
Hal ini kerana si mati tidak mempunyai masa untuk mengqada puasa tersebut disebabkan uzur. Namun keadaan ini hanya bagi mereka yang ada sangkaan dan harapan untuk sembuh kembali setelah uzur.
Akan tetapi, untuk individu yang tidak mampu berpuasa sejak awal uzurnya seperti orang yang sakit berat atau mengalami gastrik yang teruk, maka dia wajib membayar fidyah bagi hari Ramadan yang dilaluinya.
Hal ini kerana kewajipan fidyah telah dikenakan kepadanya sejak awal.
Ketiga: Wajib Ganti Puasa Sahaja
Antara golongan yang wajib ganti puasa tetapi tidak wajib bayar fidyah adalah:
- Perempuan yang menyusukan anak dan bimbang keselamatan dirinya jika berpuasa Ramadan.
Tetapi sekiranya dia meninggalkan puasa kerana bimbangkan anaknya, maka dia perlu ganti puasa dan membayar fidyah. - Perempuan hamil yang bimbangkan keselamatan dirinya jika berpuasa Ramadan.
- Orang yang musafir dan berbuka kerana musafirnya.
- Orang yang sakit sehingga tidak dapat berpuasa kemudian.
Waktu Bayar Fidyah

Paling awal boleh membayar fidyah adalah seawal 2 Syawal. Ia berlarutan sehingga sebelum tiba Ramadan seterusnya. Manakala, bermula waktu membayar fidyah bagi orang yang tidak mampu berpuasa (sakit / orang tua tidak terdaya) adalah setelah terbit fajar pada hari tersebut.
Namun begitu, dia boleh sahaja mendahulukan membayar fidyah pada malam hari tersebut. Walaupun demikian, membayar fidyah bagi hari-hari yang belum dilaluinya adalah tidak dibenarkan menurut Mazhab Syafi’e.
Begitu juga tidak sah bagi seseorang yang mendahulukan membayar fidyah sebelum masuk bulan Ramadan.
Namun bagi mereka yang lewat membayar fidyah, ia tidaklah menyebabkan fidyah tersebut berganda.
Hal ini kerana kewajipan menjelaskan fidyah bagi orang yang tidak mampu berpuasa adalah bersifat tarakhi iaitu secara meluas dan tidak terikat dengan tempoh yang mendesak.
Lafaz Niat Fidyah
Tiada lafaz khusus untuk niat fidyah. Kita boleh berniat dalam Bahasa Melayu sahaja semasa membayar fidyah. Contoh lafaz fidyah adalah seperti berikut:
Inilah fidyah puasa yang wajib atas ku kerana Allah Taala.”
Hukum lafaz niat adalah sunat. Yang wajib adalah niat di dalam hati.
Adakah Bayaran Fidyah Akan Berganda?
Ya, kadar fidyah akan berganda dengan bertambahnya tahun.
Jesteru itu, sesiapa yang meninggalkan satu hari puasa Ramadan, namun dia tidak menggantikan puasa tersebut tanpa uzur sehinggalah masuk Ramadan tahun seterusnya — maka wajib ke atasnya membayar fidyah sebanyak satu cupak.
Hal ini kerana dia telah melewatkan qada puasa (fidyah ta’khir).
Pendapat tentang gandaan ini sebenarnya adalah khilaf dalam kalangan fuqaha.
Jika merujuk kepada pandangan mazhab Syafie pembayaran kafarah dan fidyah yang tertangguh hendaklah digandakan.
Ini berdasarkan qaul yang sahih :
((Barang siapa yang terlewat mengqada Ramadan pada tahun itu sedangkan ia berkemampuan melakukannya sehingga masuk Ramadan berikutnya maka wajib ke atasnya (membayar fidyah satu hari satu cupak) di samping ia mengqadakan puasa yang ditinggalkannya itu pada pendapat yang sahih fidyah itu berulang dengan berulangnya tahun- tahun yang ia luput itu, dan sekiranya ia melewatkan qada puasanya sedangkan ia mampu berbuat demikian maka jika ia mati di tahun itu. Maka hendaklah dikeluarkan fidyah itu daripada pusakanya setiap hari dua cupak: satu cupak untuk qada dan satu cupak lagi untuk kelewatannya )).
Tetapi keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada tahun 2001, maka diputuskan bahawa tidak wajib menggandakan fidyah, yakni hanya dibayar berdasarkan hari yang ditinggalkan sahaja biar pun sudah berlalu beberapa tahun.
Oleh itu, dalam situasi ini, bayaran fidyah itu bergantung kepada KEMAMPUAN pembayar fidyah itu sendiri.
- Jika pembayar fidyah dan kafarah itu di kalangan orang kaya dan berkemampuan, maka pembayaran fidyah dan kafarah yang tertangguh hendaklah digandakan sesuai dengan qaul yang sahih dalam mazhab Imam Syafie.
- Akan tetapi, jika pembayar fidyah dan kafarah itu di kalangan orang yang tidak berkemampuan, maka tidak perlu digandakan berpandukan kepada satu qaul yang lain di dalam mazhab Syafie.
Bayar Fidyah Dalam Bentuk Makanan Atau Memberi Wang Ringgit?

Terdapat dua pandangan ulama berkaitan hal ini:
- Fidyah ini boleh dibayar dalam bentuk bahan makanan itu sendiri (beras) menurut pendapat Imam Syafi’e.
- Namun begitu, Imam Hanafi mengharuskan secupak makanan itu dinilai dengan harga tertentu lalu dibayar kepada fakir miskin.
Umumnya, fuqaha seperti Ibnu Taimiyah dan Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi sendiri lebih cenderung agar fidyah boleh dikeluarkan dalam bentuk wang.
Di Malaysia, harga secupak beras hendaklah dinilai dengan harga beras yang biasa dimakan oleh rakyat negara ini.
Dalam konteks amalan hari ini, sudah pasti memberikan wang adalah lebih praktikal; apatah lagi melihat kepada zakat fitrah sendiri sudah ditunaikan dalam bentuk wang.
Pun begitu, adalah dinasihatkan, seandainya kita mahu mengeluarkan terus fidyah dalam bentuk wang kepada orang miskin, maka hendaklah diberitahu bahawa itu adalah wang fidyah.
Cara Kiraan Fidyah Puasa
Formula pengiraan fidyah adalah seperti berikut:
(Hari yang ditinggalkan) ⨯ (Tahun semasa – Tahun puasa yang ditinggalkan) ⨯ (1 Cupak) = FIDYAH
Di bawah ini saya sediakan contoh pengiraan fidyah berdasarkan beberapa situasi yang sering berlaku:
Contoh 1
Husin meninggalkan puasa selama 5 hari pada tahun 2016 dan masih belum menggantikan puasa tersebut sehinggalah masuknya Ramadan tahun 2021.
Kaedah pengiraan:
5 hari ⨯ (2021 – 2016) ⨯ 1 cupak = 25 cupak
Jika Husin ingin membayar fidyah dalam bentuk wang ringgit, maka jumlah 25 cupak tadi perlu didarabkan dengan ¼ daripada harga zakat fitrah sesebuah negeri. (Iaitu harga semasa untuk secupak beras)
Contohnya di Selangor, nilai zakat fitrah adalah RM7. Maka kadar fidyah sehari tinggal puasa adalah RM1.75 (iaitu ¼ daripada RM7.00).
25 cupak ⨯ RM1.75 = RM43.75
| JUMLAH HARI | JUMLAH TAHUN | HARGA SECUPAK BERAS | JUMLAH | |||
|---|---|---|---|---|---|---|
| 5 Hari | ⨯ | 2021 — 2016 (5 Tahun) | ⨯ | RM1.75 (1/4 Harga Zakat Fitrah) | RM43.75 |
Selain dari membayar fidyah, Husin juga diwajibkan untuk mengqadakan puasa 5 hari yang ditinggalkan tersebut
Contoh 2
Farah meninggalkan puasa Ramadhan pada tahun 2003 sebanyak 8 hari.
Puasa tersebut tidak diqada’ (ganti) sehinggalah masuk Ramadhan Tahun 2010.
Berapa jumlah fidyah yang perlu dibayar oleh Farah?
Kaedah pengiraan:
| JUMLAH HARI | JUMLAH TAHUN | HARGA SECUPAK BERAS | JUMLAH | |||
|---|---|---|---|---|---|---|
| 8 Hari | ⨯ | 2010 — 2003 (7 Tahun) | ⨯ | RM1.75 (1/4 Harga Zakat Fitrah) | RM98.00 |
Contoh 3: Jumlah Hari Berbeza Setiap Tahun
Ali meninggalkan puasa Ramadhan 3 tahun berturut – turut tanpa diqada’ puasa yang ditinggalkan sehingga Ramadhan Tahun 2021 seperti berikut:
- Tahun 2018 tinggal puasa 6 hari
- Tahun 2019 tinggal puasa 5 hari
- Tahun 2020 tinggal puasa 7 hari
Bagaimana kaedah pengiraan fidyah bagi Ali?
Kaedah pengiraan:
Kira jumlah tahun puasa yang ditinggalkan oleh Ali, iaitu jumlah dia telah melangkaui Ramadhan berikutnya.
Oleh itu, jumlah tahun ditinggalkan puasa dari tahun:
- Dari 2018 hingga masuk Ramadhan 2021 ialah 3 tahun
- Dari 2019 hingga masuk Ramadhan 2021 ialah 2 tahun
- Dari 2020 hingga masuk Ramadhan 2021 ialah 1 tahun
Darabkan setiap jumlah tahun tinggal puasa dengan jumlah hari tinggal puasa kemudian didarabkan dengan ¼ nilai zakat fitrah semasa (nilai satu cupak beras).
| JUMLAH HARI | JUMLAH TAHUN | HARGA SECUPAK BERAS | JUMLAH | |||
|---|---|---|---|---|---|---|
| 6 Hari | ⨯ | 2021 — 2018 (3 Tahun) | ⨯ | RM1.75 (1/4 Harga Zakat Fitrah) | RM31.50 | |
| 5 Hari | ⨯ | 2021 — 2019 (2 Tahun) | ⨯ | RM1.75 (1/4 Harga Zakat Fitrah) | RM17.50 | |
| 7 Hari | ⨯ | 2021 — 2020 (1 Tahun) | ⨯ | RM1.75 (1/4 Harga Zakat Fitrah) | RM12.25 | |
| RM61.25 |
- Kadar zakat fitrah adalah berbeza antara setiap negeri. Oleh itu, sila pastikan harga zakat fitrah di kawasan anda.
- Jika anda berhajat membayar fidyah dalam bentuk beras, gunakan formula ini untuk menentukan jumlah cupak beras:
Selain dari membayar jumlah fidyah di atas, Ali juga diwajibkan untuk mengqadakan puasa 18 hari yang ditinggalkan tersebut.
Contoh 4: Fidyah Untuk Puasa Yang Telah Diganti Sebahagian Daripadanya
Zaid meninggalkan puasa sebanyak lima hari pada tahun 2015, enam hari pada tahun 2016, dan tujuh hari pada tahun 2017.
Zaid telah menggantikan lima hari puasa sebelum tibanya Ramadan tahun 2018.
Untuk tahun 2018 dan 2019 Zaid dapat berpuasa penuh sebulan Ramadan kedua-dua tahun tersebut. Walaupun begitu, Zaid masih tidak menggantikan baki puasa yang tertinggal pada tahun-tahun sebelumnya.
Persoalannya, berapakah baki puasa yang perlu diqada dan berapakah jumlah fidyah yang perlu dibayar jika telah melepasi Ramadan 2020.
Kaedah pengiraan:
- Kadar bayaran fidyah puasa untuk tahun 2015 tidak akan berganda selepas tahun 2018 kerana Zaid sudah pun menggantikan puasa 5 hari tersebut sebelum Ramadan 2018.
- Apabila puasa telah diqada, maka gandaan bilangan cupak / fidyah akan terhenti.
- Oleh itu, kadar fidyah puasa tahun 2015 dikira dari tahun 2015 — tahun 2017 sahaja.
- Kadar fidyah untuk puasa 2016 & 2017 tetap berganda sehingga 2020 kerana Zaid belum menggantikan puasa bagi tahun-tahun tersebut.
| TAHUN | JUMLAH HARI | JUMLAH TAHUN | HARGA SECUPAK BERAS | JUMLAH | ||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2015 | 5 Hari | ⨯ | 2 Tahun (2017 — 2015) ※ Dikira sehingga 2017 sahaja kerana zaid telah ganti puasa untuk tahun tersebut ※ | ⨯ | RM1.75 (1/4 Harga Zakat Fitrah) | RM17.50 | ||
| 2016 | 6 Hari | ⨯ | 4 Tahun (2020 — 2016) | ⨯ | RM1.75 (1/4 Harga Zakat Fitrah) | RM42.00 | ||
| 2017 | 7 Hari | ⨯ | 3 Tahun (2020 — 2017) | ⨯ | RM1.75 (1/4 Harga Zakat Fitrah) | RM36.75 | ||
| RM96.25 |
- Kadar zakat fitrah adalah berbeza antara setiap negeri. Oleh itu, sila pastikan harga zakat fitrah di kawasan anda.
- Jika anda berhajat membayar fidyah dalam bentuk beras, gunakan formula ini untuk menentukan jumlah cupak beras:
Oleh itu, tanggungjawab yang wajib ditunaikan oleh Zaid adalah:
- Membayar fidyah sebanyak RM96.25 kepada fakir miskin
- Qada puasa sebanyak 13 hari sebelum tiba Ramadan tahun 2020.
Contoh 5: Fidyah Untuk Orang Sakit & Tiada Harapan Sembuh
Pak Din meninggalkan puasa selama 6 tahun kerana sakit kronik dan disahkan doktor tidak boleh berpuasa serta tiada harapan untuk sembuh.
| JUMLAH HARI | JUMLAH TAHUN | HARGA SECUPAK BERAS | JUMLAH | |||
|---|---|---|---|---|---|---|
| 30 Hari | ⨯ | 6 Tahun | ⨯ | RM1.75 (1/4 Harga Zakat Fitrah) | RM315.00 |
- Orang yang sakit yang penyakitnya pada adat tidak akan sembuh atau tersangat tua maka keduanya tidak wajib puasa Ramadhan dan hanya wajib membayar fidyah.
- Orang yang hendak membayar fidyah puasa boleh memilih antara membayar pada awal Ramadhan atau pada hujung Ramadhan.
- Harus membayar fidyah awal, tetapi setelah masuknya bulan Ramadhan. Jika membayar awal sebelum masuknya bulan Ramadhan adalah tidak sah.
- Kaedah bayaran fidyah boleh dilakukan secara setiap hari satu fidyah, atau bayar sekaligus semua fidyah.
※ Penjelasan terperinci boleh dibaca pada pautan ini
Contoh 6: Fidyah Untuk Waris Yang Telah Meninggal
Hajah Zainab meninggalkan puasa kerana sakit dari tahun 2001 serta disahkan doktor tidak boleh berpuasa dan tiada harapan untuk sembuh.
Kemudian Hajah Zainab telah meninggal dunia selepas Ramadhan pada tahun 2005.
Waris beliau menyatakan hasrat ingin membayar fidyah bagi si mati selepas ramadhan 2010. Bagaimana kaedah pengiraan fidyah bagi Allahyarhamah Hajah Zainab?
Kaedah pengiraan:
Tahun tinggal puasa bagi si mati hanya diambil kira bermula dari si mati meninggalkan puasa sehingga meninggal dunia sahaja
Oleh itu, ia dikira dari Ramadhan 2001 sehingga Ramadhan 2005 sahaja.
Maka, jumlah tahun puasa yang ditinggalkan puasa adalah:
Tahun 2005 — Tahun 2001 = 4 Tahun
| JUMLAH HARI | JUMLAH TAHUN | HARGA SECUPAK BERAS | JUMLAH | |||
|---|---|---|---|---|---|---|
| 30 Hari | ⨯ | 4 Tahun | ⨯ | RM1.75 (1/4 Harga Zakat Fitrah) | RM210.00 |
Jumlah fidyah yang harus dikeluarkan atas Allahyarhamah Hajah Zainab adalah RM210.00 sahaja.
Isu & Persoalan Lazim Berkaitan Fidyah
Berikut disenaraikan beberapa isu dan masalah yang sering timbul berkaitan dengan fidyah puasa.
Fakir miskin ialah orang yang tidak mempunyai harta/pendapatan untuk menyara diri dan keluarga di bawah tanggungannya (sama ada kerana sakit, kurang upaya, belum mendapat pekerjaan atau sebagainya) atau mereka mempunyai pendapatan, tetapi tidak mencukupi (seperti memiliki gaji bulanan tetapi gaji itu tidak mampu menampung keperluan diri dan keluarganya)
Boleh diberikan semua kepada seorang miskin atau 10 orang di antara mereka.
Menurut Mazhab Syafi’e, afdhal (lebih baik) membayar fidyah dengan beras. Walau bagaimanapun, fidyah beras boleh diganti dengan nilai duit mengikut harga beras semasa.
Tidak sah. Fidyah hendaklah dengan beras atau makanan asasi yang belum dimasak atau dengan duit senilai harga makanan tersebut.
Tidak wajib kerana dia meninggal dunia dalam tempoh yang tidak membolehkannya qadha puasa yang ditinggalkannya.
Ya, dia wajib berpuasa walaupun sudah membayar fidyah. Pembayaran fidyah tidak menghapuskan tanggungjawabnya untuk qadha puasa kecuali kepada orang tua yang tidak berdaya untuk puasa dan orang sakit teruk yang tidak ada harapan sembuh.
Boleh. Penerangannya seperti yang telah dijelaskan sebelum ini.
Kesimpulan
Saya berharap panduan ini dapat membantu anda memahami topik fidyah puasa ini dengan jelas.
Jika anda mempunyai masalah berkaitan pengiraan fidyah dan memerlukan bantuan saya, anda boleh nyatakan perkara tersebut pada ruangan komen di bawah.
InsyaaAllah saya akan membantu.
Semoga bermanfaat, terima kasih.
Waalaikumussalam warahmatullah puan Sue.
Dalam mazhab Syafi’e, jika puasa ganti (qada) dilewatkan hingga masuk Ramadan seterusnya tanpa uzur, maka biasanya ada dua tanggungan:
Qada puasa (wajib), danFidyah ta’khir (wajib mengikut pandangan muktamad Syafi’iyyah).
Soalan puan: bolehkah qada dahulu, fidyah kemudian bila ada simpanan?
Jawapannya: Ya, boleh. Tidak disyaratkan qada dan fidyah mesti dibuat serentak. Puan boleh mula qada dulu (ini paling utama dan segera), dan bayar fidyah kemudian apabila sudah mampu.
Cuma, jika puan mampu, sebaiknya selesaikan kedua-duanya secepat mungkin kerana ia termasuk “hutang ibadah”. Jika belum mampu bayar sekaligus, puan boleh bayar fidyah secara ansuran/berperingkat (contoh ikut kemampuan setiap bulan) atau guna saluran rasmi (MAI/e-fidyah) untuk lebih selamat dari sudut agihan.
Dalam mazhab Syafi’e, gandaan fidyah berhenti apabila puasa itu sudah diqada (untuk hari yang telah selesai diganti). Jadi, qada dulu memang langkah yang baik untuk “hentikan berjalan” tanggungan tahun seterusnya.
Jika puan mahu, nyatakan tahun & jumlah hari yang tertunggak (anggaran pun boleh), saya bantu susun cara qada dan cara kira fidyah yang paling praktikal untuk puan.
Wallahu a’lam.
tuan, saya tak ingat berapa yg saya tinggal dan saya tidak ganti, boleh tak saya ganti, sebab total macam banyak 900 hari. itupon kalau di ganti setiap hari penuh selama 3 tahun. jadi bagaimana tuan?
saya amat menyesali dan jahil seblm.ini
Assalamualaikum tuan.
Terima kasih kerana jujur dan menyesal. Itu langkah yang sangat baik. Untuk kes tuan yang “tak ingat jumlah hari”, ringkasnya begini:
1. Jika tuan masih mampu berpuasa, kewajipan asal ialah qada. Cara paling praktikal: mula qada ikut kemampuan (contoh 2–3 hari seminggu atau ikut jadual yang konsisten). Jangan tunggu “cukup kuat baru mula” — mula dulu.
2. Tentang jumlah hari (tuan anggarkan ~900): buat anggaran yang paling munasabah dan ambil yang lebih selamat. Jika ragu antara angka A dan B, ambil angka yang lebih besar supaya yakin lepas tanggungan.
3. Fidyah ta’khir (bila lambat qada sampai masuk Ramadan seterusnya) memang ada khilaf pada isu gandaan. Dalam Mazhab Syafi‘e ada pandangan muktamad yang menyatakan fidyah boleh berganda mengikut tahun, tetapi dalam amalan setempat ada juga keputusan fatwa yang tidak mewajibkan gandaan. Jadi, jalan selamat: tuan fokus qada dahulu, dan bayar fidyah mengikut kemampuan (boleh ansur) melalui saluran rasmi Majlis Agama Islam jika tuan mahu lebih yakin dari sudut agihan.
4. Jika tuan ada masalah kesihatan yang memang tidak mampu berpuasa (sakit kronik/tiada harapan sembuh), barulah hukum berubah kepada fidyah sahaja bagi hari yang ditinggalkan.
Jika tuan sudi, tulis ringkas: anggaran umur tuan, sejak tahun bila mula tinggal puasa, dan sama ada tuan masih mampu berpuasa sekarang. Saya boleh bantu kaedah kiraan untuk tuan.
Wallahu a‘lam.
saya sekarang umur 43
mula akhil baligh adalah 13 tahun.
😭
usia skrg 43 tahun
akhil baligh 13
saya masih mampu puasa tapi hanya seminggu sekali kerana keadaan kesihatan tak mengizinkan.
saya agak susah hati berkenaan puasa ni tuan
Assalamualaikum.. saya tahu yang saya ada puasa yang belum diganti bertahun2 lepas dan bila dah faham konsep fidyah ni baru tahu yang nilainya akan berganda selagi puasa tidak diganti.. soalan saya, bolehkah kalau saya ganti puasa dahulu, dan membayar fidyah setelah saya mempunyai simpanan yang cukup?? Ke perlu seiring ganti puasa san bayar fidyah tu?
Assalamualaikum.. saya tahu yang saya ada puasa yang belum diganti bertahun2 lepas dan bila dah faham konsep fidyah ni baru tahu yang nilainya akan berganda selagi puasa tidak diganti.. soalan saya, bolehkah kalau saya ganti puasa dahulu, dan membayar fidyah setelah saya mempunyai simpanan yang cukup?? Ke perlu seiring ganti puasa san bayar fidyah tu?
Waalaikumussalam warahmatullah puan Sue.
Dalam mazhab Syafi’e, jika puasa ganti (qada) dilewatkan hingga masuk Ramadan seterusnya tanpa uzur, maka biasanya ada dua tanggungan:
Soalan puan: bolehkah qada dahulu, fidyah kemudian bila ada simpanan?
Jawapannya: Ya, boleh. Tidak disyaratkan qada dan fidyah mesti dibuat serentak. Puan boleh mula qada dulu (ini paling utama dan segera), dan bayar fidyah kemudian apabila sudah mampu.
Cuma, jika puan mampu, sebaiknya selesaikan kedua-duanya secepat mungkin kerana ia termasuk “hutang ibadah”. Jika belum mampu bayar sekaligus, puan boleh bayar fidyah secara ansuran/berperingkat (contoh ikut kemampuan setiap bulan) atau guna saluran rasmi (MAI/e-fidyah) untuk lebih selamat dari sudut agihan.
Dalam mazhab Syafi’e, gandaan fidyah berhenti apabila puasa itu sudah diqada (untuk hari yang telah selesai diganti). Jadi, qada dulu memang langkah yang baik untuk “hentikan berjalan” tanggungan tahun seterusnya.
Jika puan mahu, nyatakan tahun & jumlah hari yang tertunggak (anggaran pun boleh), saya bantu susun cara qada dan cara kira fidyah yang paling praktikal untuk puan.
Wallahu a’lam.
Waalaikumussalam warahmatullah puan.
Pada asasnya, fidyah memang disalurkan kepada golongan fakir/miskin.
Jika individu tersebut benar-benar masih fakir atau miskin, maka puan boleh berikan fidyah kepadanya walaupun dia ada menerima bantuan zakat.
Namun, bantuan zakat yang diterima itu boleh mengubah statusnya. Jika benar bantuan tersebut sudah mencukupkan keperluan asas (nafkah/kifayah) dirinya dan tanggungannya pada ketika itu, maka lebih selamat puan salurkan fidyah kepada fakir/miskin yang lain yang lebih memerlukan.
Jika puan masih ragu tentang statusnya, cara paling selamat ialah puan bayar melalui saluran rasmi (Majlis Agama Islam/amil/e-fidyah) supaya agihan dibuat kepada penerima yang sah.
Wallahu a’lam.
Assalammualaikum ustaz
Sy sangat buntu. Sy nak bayar fidyah terus ke fakir miskin. Tp dia dpt bantuan, zakat. Contoh kalau bantuan zakat dia tu cukup untuk perbelanjaan dia 1 rumah. Jadi sy xboleh ke byr fidyah dekat dia sbb perbelanjaan Dan keperluan dia sudah cukup ditanggung bantuan, zakat itu? Walaupun dia memang golongan, fakir miskin.
Terima kasih. Harap dpt jawab soalan sy ni. :)
Assalammualaikum ustaz
Sy sangat buntu. Sy nak bayar fidyah terus ke fakir miskin. Tp dia dpt bantuan, zakat. Contoh kalau bantuan zakat dia tu cukup untuk perbelanjaan dia 1 rumah. Jadi sy xboleh ke byr fidyah dekat dia sbb perbelanjaan Dan keperluan dia sudah cukup ditanggung bantuan, zakat itu? Walaupun dia memang golongan, fakir miskin.
Terima kasih. Harap dpt jawab soalan sy ni. :)
Waalaikumussalam warahmatullah puan.
Pada asasnya, fidyah memang disalurkan kepada golongan fakir/miskin.
Jika individu tersebut benar-benar masih fakir atau miskin, maka puan boleh berikan fidyah kepadanya walaupun dia ada menerima bantuan zakat.
Namun, bantuan zakat yang diterima itu boleh mengubah statusnya. Jika benar bantuan tersebut sudah mencukupkan keperluan asas (nafkah/kifayah) dirinya dan tanggungannya pada ketika itu, maka lebih selamat puan salurkan fidyah kepada fakir/miskin yang lain yang lebih memerlukan.
Jika puan masih ragu tentang statusnya, cara paling selamat ialah puan bayar melalui saluran rasmi (Majlis Agama Islam/amil/e-fidyah) supaya agihan dibuat kepada penerima yang sah.
Wallahu a’lam.
Assalamualaikum ustaz,sy nk tanya…skrg dlm bln ramadhan…blh ke kita nk byr fidyah yg lama tertunggak? @pn kena tggu habis ramadhan?
Waalaikumussalam warahmatullah,
Ya, puan boleh membayar fidyah yang lama tertunggak pada bila-bila masa termasuk dalam bulan Ramadan ini. Tidak wajib menunggu sehingga Ramadan selesai.
Lebih cepat diselesaikan adalah lebih baik kerana ia adalah hutang dengan Allah SWT.
Semoga Allah menerima segala amalan puan.
Wallahu a’lam.
trima kasih..ok2 sy faham
Sama-sama ツ