7 Tips Berkesan Melupakan Orang Yang Kita Sayang Dalam Tempoh Singkat

melupakan orang
Melupakan orang yang disayangi tidak semudah yang disangka! | Old Memories by lennuk

Melupakan seseorang yang kita sayang bukanlah mudah.

Kadangkala hati kuat untuk melangkah pergi, kadangkala hati kita ingin terus hidup dalam kenangan.

Cinta – bukan mudah melupakan orang yang kita cintai..

..tapi kehidupan perlu diteruskan.

Ya, Bercakap Memang Mudah. Tapi Tak Mustahil Kan?

Saya juga seperti anda.

Saya pernah mengalami cinta terputus di tengah jalan.

Atas sebab tertentu, terpaksa berpisah.

Lebih perit bila cinta tidak direstui.

Bukan mudah untuk membuat keputusan kerana kedua-duanya amat saya sayangi.

Kehidupan amat perit saya rasakan.

Ketika ingin melupakan, ada sahaja kenangan yang menggamit di jiwa.

Terdengar lagu itu, saya teringat dia.

Terlihat tempat makan itu, teringat si dia.

Aduh,perit sangat bila terpaksa melupakan orang yang kita sayang.

Tapi, saya terfikir sampai bila saya harus begini?

Saya berdoa padaNYA agar diberikan petunjuk.

Ketika rindu padanya, saya mengadu pada DIA.

Bukan mudah untuk memulihkan hati.

Suatu hari, saya bermuhasabah diri.

Menempatkan diri saya pada diri orang lain.

Pada mulanya, saya tempatkan diri saya pada diri kedua ibu bapa saya.

Mereka hanya inginkan yang terbaik.

Memang sudah menjadi lumrah, ibu bapa inginkan yang terbaik buat anak-anaknya.

Walaupun saya terluka dengan keputusan ibu bapa saya, saya menerima dengan redha kerana redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa.

Oleh itu, saya tidak mahu perhubungan saya tidak direstui oleh ibu bapa saya.

Kemudian, saya tempatkan diri saya pada dirinya.

Saya faham dia tidak mahu saya tersepit untuk membuat keputusan.

Dia tahu bukan mudah untuk saya membuat pilihan kerana kedua-duanya amat saya sayangi.

Jadi,dia memilih untuk pergi supaya saya tidak derhaka kepada kedua ibu bapa saya.

Kemudian,saya berfikir pula bagi pihak diri saya.

Mungkin saya terleka dengan nikmat cinta yang diberikan Allah, sayang saya padanya melebihi sayang saya kepada Allah.

Sebelum saya terus terleka dengan cinta, Allah menarik balik nikmat itu.

Mungkin juga sekarang belum masa yang sesuai untuk saya bercinta.

Insyaallah ,jika benar dia jodoh saya, satu hari nanti kami akan dipertemukan semula di waktu yang sesuai.

Saya yakin Allah akan memberikan yang terbaik buat saya.

Oleh itu, bangkitlah kawan-kawan.

Hilangnya cinta manusia bukan bermakna kita putus harapan untuk hidup.

Pandanglah ia dari sudut positif.

Kita pasti dapat menempuhi keperitan ini dengan baik.

 

 Beberapa Cara yang Saya Lakukan Semasa untuk Melupakan Orang Tersebut:

Berikut adalah beberapa langkah yang saya lakukan:

1. Mohon kekuatan daripada Allah

Tips melupakan orang yang kita sayang ialah memohon kekuatan daripada Allah swt dalam menjalani kehidupan mendatang.

Mohonlah Allah tunjukkan hikmah di sebalik perpisahan itu.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.”

[2:216]

 


2. Perbanyakkan solat sunat dan bacalah Al-Quran

 …..hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang.” [Surah Ar-Rad:Ayat 28]

Hati yang terluka perlukan ubat.

Mintalah Allah ubatnya kerana Allah pemilik setiap hati manusia.

Ingatilah Allah kerana dengan mengingati Allah, hati kita akan menjadi tenang.

 


3. Terimalah kenyataan

Perkara paling penting ialah diri kita perlu menerima kenyataan.

Terimalah kenyataan bahawa perpisahan sudah terjadi dan masing-masing sudah mempunyai haluan sendiri.

Sentiasa ingatkan diri bahawa dia bukanlah yang terbaik untuk kita dan yakinlah kita akan menemui insan yang lebih baik.

Percayalah pada ketentuan jodoh. Jika dia memang tercipta untuk kita, dia pasti kembali kan?

Redhalah dengan ketentuanNYA.

 


4. Buang segala perkara tentang dia

Perkara ini memang perit untuk dilakukan tetapi inilah cara terbaik untuk melupakan seseorang yang kita sayang.

Buanglah segala perkara tentang dia.

Buang nombor telefonnya, block Facebook dan apa sahaja medium yang membolehkan anda berhubung dengannya.

Jika sayang untuk membuat hadiah pemberiannya, simpanlah di dalam satu kotak dan sorokkannya di tempat yang jauh dari pandangan anda.

Kuatkan diri anda supaya tidak menghubunginya.

 


5. Sibukkan diri

Sibukkan diri anda dengan kerja dan kawan-kawan.

Luangkanlah masa dengan perkara yang anda minati.

Jangan biarkan diri anda bersendirian kerana anda akan merasa sunyi lalu mengingati kenangan-kenangan lalu.

 


6. Hindari semua perkara tentang dia

Cuba hindarkan semua perkara yang mengingatkan kita pada si dia.

Contohnya, jangan pergi ke tempat makan yang selalu kita pergi bersama si dia.

Jangan dengar lagu yang berkaitan dengan si dia.

Kalau terdengar,cepat-cepatlah tutup radio tu.

 


7. Ceritakan masalah kepada orang yang dipercayai

Ceritakanlah masalah anda ini kepada orang yang anda percayai.

Mintalah nasihat daripadanya dan mintalah sokongan daripada rakan-rakan anda supaya membantu anda keluar daripada masalah ini.

Terakhir sekali, bantulah diri kita untuk keluar daripada kemelut ini.

Jangan biarkan diri kita menderita kerana kenangan lalu.

Buktikan padanya kita mampu hidup lebih baik tanpanya.

Terimalah kenyataan dan percayalah luka itu akan pulih seiring waktu.

Allah has already written the names of your spouses for you.

What you need to work on is your relationship with Allah swt.

HE will send her/him to you when you’re ready.

It is only a matter of time”.

 


Kesimpulan

Hidup ini adalah satu perjalanan yang harus kita lalui dengan sungguh-sungguh.

Maka, tiada gunanya kita berlama-lama dalam duka.

Duka yang bertahun hanya akan membuatkan kita buta akan banyak kebahagiaan yang disajikan Allah pada kita.

Mungkin Allah ingin mengajarkan nilai syukur, lalu ditimpakan kesusahan dan kesedihan.

Mungkin Allah ingin mendidik hati kita dengan sabar, lalu Dia berikan ujian.

Mungkin Allah ingin melatih rasa rendah diri lalu diberikan kegagalan.

Mungkin Allah ingin menguji  nilai cinta kita kepadaNya, lantas Dia memutuskan kita dengan cinta yang lain.

Tidak diberikan sesuatu itu dengan sia-sia.

Tidak dijadikan apa-apa pun tanpa sebab dan ibrah, yang pastinya membuatkan kita berasa kagum dan bersyukur pada suatu hari nanti :’)

Bagaimana dengan anda wahai sahabat?

Sudah yakin mampu mengubat hati?

Berkongsilah pengalaman anda pada ruangan komen dibawah

Artikel ini dikongsi oleh Fatin Syuhaida Yusri ke inbox kami. Semoga memberi manfaat kepada semua.

Jika anda rasa artikel ini baik, sila share agar sahabat kita yang lain dapat manfaatnya juga  :)

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

1,136 thoughts on “7 Tips Berkesan Melupakan Orang Yang Kita Sayang Dalam Tempoh Singkat”

  1. saya akan move on dri hidup yg mengecewakan ni……sy thu ni ujian yg paling perit dlm hidup ni..you can do it.

    Reply
  2. Bila membaca nukilan saudari, terasa sedikit lega. Benarlah, berkata memang mudah tetapi untuk mengharunginya seakan kita lupa tujuan hidup kita di bumi ini adalah tidak lain dan tidak bukan untuk akhirat kelak. Mgkin bagi saya juga, terlalu leka dengan nikmat di bumi sehingga saya lupa kehidupan selepas mati yang mana akan ada kehidupan abadi.

    Menyulam cinta selama 9 tahun bukan mudah untuk menghadapi perpisahan. Setiap tahun merancang untuk berkahwin tapi Allah tak izinkan. Setiap tahun mesti terfikir kenapa apa yang dirancang tak tercapai? Dalam masa yang sama tak henti berdoa agar dipertemukan jodoh yang terbaik. Terfikir juga, adakah yang ada sekarang tidak cukup baik? Tapi tu lah, walau sehebat mana pun perancangan kita, tetap Allah jua sebaik2 perancang. Ada sebab kenapa tertangguhnya permintaan tersebut.

    Reply
    • Tabahlah..

      Proses move on memang sangat menyakitkan, tetapi tiada yang lebih menyakitkan dalam kehidupan ini berbanding terperangkap dalam kehidupan yang bukan lagi milik kita.

      Awak akan belajar daripadanya. InsyaaAllah.

      Just believe that Allah always gives something good to us.
      Even if it’s not good now, it will be good soon enough.

      Reply
  3. Saya Evan….
    Jujur saya seorang gay…tidak ada yang perlu untuk ditutup2i dari saya…tetapi harus kuat akui saya pernah menjalani hubungan dg pasangan saya…..aku tau kedekatan kami hanya krna dia memanfaat kan aku,,tapi tidak difikirku…akibat saya terlalu sayang dg dia…semua hal anggapan itu hilang dipikiran saya…sampai suatu saat …perasaan saya lelah dg semua perlakuan dia…disamping itu hati tak dapat dibohongi kalo aku masih sangat sayang dg dia…
    Dan akhirnya begitu berat keputusan saya untuk melawan hati kecil …bertaruh dg perasaaan yang harus aku bhongii…..sampai saat ketika…aku sampai detik ini aku blm bisaa move on dari dia..
    Teman bantu lah saya untuk bagaimana supaya diriku bebas dari perasaan dia

    Reply
  4. Nama aku Husna. Aku pernah bercinta dengan seorang yang berlainan agama (Ray). Kedua ibu bapa tidak merestui. Selama 5tahun bersama memang susah untuk melupakan semua kenangan antara kami. Dia melayan ku seperti princess. Apa yang aku mahu semua akan di beri. Selalu support aku dan nasihat aku itu ini. Dia juga jujur dengan aku. Sampai satu masa dia memberitahu dia akan berkahwin atas pilihan keluarga. Dia pun tidak mahu kawin sebab tidak kenal siapa perempuan itu. dia suruh aku stay dengan dia sampai dia betul2 akan berkahwin.aku terima tapi tipu kalau aku cakap hati aku tidak sakit. Sometimes aku fikir aku jadi bodoh sebab sayangkan dia. Dia juga fikir yang sama. Dia suruh aku doa sama Tuhan untuk kuatkan hati masing2 untuk terima kenyataan. Aku tidak henti mohon untuk pisahkan kami dengan cara baik. Sampai satu hari hati aku terbuka untuk rapat dengan seorang lelaki muslim (iss).Awalnya dia selalu memahami aku. Mendengar masalah aku. Aku beritahu dia yang aku ada bf yang aku akan sayang sampai bila2. Tapi dia suruh aku tinggalkn lelaki itu. Alasannya sebab beza agama memang susah. Aku minta masa untuk aku lupakan Ray. Aku tahu aku sakitkan hati iss sebab masih berhubung dengan ray tapi aku selalu jujur dgn dia. Hati aku masih keliru apa yang aku patut buat. Iss muda dari aku. Setiap kali dia marah dia akan maki hamun aku guna bahasa kasar. Dan dia pernah memukul aku sampai lebam2. Itu pun sebab dia baca chat aku dgn ray. Aku tak kan delete chat sbb aku nak dia tau ape yang aku buat. Biarpun aku tau itu salah dan sakitkn hati dia. Aku baru kenal iss kurang dari 1 tahun. Tp dia sudah naik tangan dan juga berkasar dengan aku. Bila aku betul2 mula sayangkan iss dan lupakan tentang ray. Iss semakin tunjuk diri dia sebenar. Aku tidak tahu apa yang ptut aku lakukan. Aku takut untuk teruskan hubungan ini. Dan hati aku mula sayangkan dia lebih dari hari ke hari walaupun dia panggil aku pelacur murahan,anjing,dan macam2 lagi. Iss buat aku rindu dengan ray. Aku takut hubungi ray sebab dia akan berkahwin tak lama lagi. Apa patut aku buat. Aku menangis xhenti2 bila aku fikir nasib ku.

    Mohon bagi pendapat yah.

    Reply
  5. Nama saya karin pacar saya meninggal 1 bulan sebelum kami menikah dia meninggal karna perkelahian dan terbunuh pada saat itu hidup saya amat hancur dan tidak ada angan2 lagi untuk memulai hidup baru dengan lelaki lain 2 taun berlalu dan saya sudah terbiasa hidup sendiri, saya bertemu dengan seorang laki2 yang mampu mengobati rasa sakit saya, smpe akhirnya kita menikah 1 tahun pernikahan kami saya keguguran sampe 2 kali karna kejadian itu mertua saya jdi berubah dan bersikap acuh kpda saya, saya tau dia sangat mencintai saya dan saya rasa tidak mungkin baginya untuk meninggalkan atau menduakan saya banyak hal lucu yang sering kami lakukan dan bnyak hal lain nya,
    Sampe masanya tiba 2taun pernikahan kami dia mulai berubah saya sedikit curiga karna sering kali dia tidak pulang ke rmh dengan alasan pekerjaan saya ingat waktu itu pagi sekali teman saya tlpn dia bilang ” SUAMI KAMU NIKAH LAGI SAMA S DINI ( TEMAN KU TAPI TIDAK TERLALI DEKAT ) ” sakit hancur kaget dan tidak percaya campur aduk jadi 1 lalu saya sms suami saya untuk pulang k rmh dan dia pun pulang sata tanya dengan baik2 dia pun jujur ” YA SAYA SUDAH MENIKAHINYA 2 BULAN YANG LALU DAN DINI SEKARANG HAMIL ANAK SAYA ” hati saya hancur berkeping keping ini lebih sakit dari apapun sampe akhirnya saya minta pisah dan kami berpisah secara agama saja tapi masih talak 1 saya pun masih ingat dengan semua hal tentang dia bahkan ketika dia menghubungi saya saya tidak bisa untuk menahan tidak menjawab nya dan yang lebih menyakitkan kita diam2 masih suka berhubungan meskipun saya tau ada istri baru di antara kami tapi saya pun juga sakit kalo harus pergi dan meninggalkan nya

    Reply
  6. Hi nama saya shahriza adika umur 23
    sy baru sahaja putus dengan orang yang saya sayang hubungan saya dengan dia sudah 3 tahun banyak perkarang yang kami pernah impikan bersama. sekarang sy mempunyai masaalah untuk melupakan dia walaupun sy sudah tahu dia ada yang lain.saya dah cuba untuk buka hati saya buat perempuan lain tapi saya tak mampu.Saya selalu teringar perkara yang kami selalu buat bila bersama misalnya dia selalu cakap yang dia sayang saya tak tak kira lah saya susah ataupun senang dan walaupun suatu hari saya tak sempurna, saya teringat waktu kami selalu on call sampai malam dan kami tertidur sewaktu on call.
    yang paling saya rindu sikapnya yang happy dan lucu, kami pernah merancang untuk membina rumah tangga bersama dan berjanji sehidup semati.
    bila saya dapat tahu yang dia sudah ada kekasih baru hati saya jadi hancur remuk sy tak tahu nak cakap apa..untuk block semua pasal dia saya tak mampu.kenangan saya dengan dia terlalu banyak

    Reply
    • Bersabarlah saudara….mesti ada hikmahnye…sy pon senasib seperti saudara…orang yang sy igt merupakan psgn hidup sy, tup tup msj bgthu xde hati dgn sy….dier msj rmai prempuan lain….hmmnn…sy pon xthu ape y dier nak kn dlm hidup dier…semua prempuan dier msj, die bg hrpn, even mase dgn sy pon, dier berkelakuan sama….tp sy ttp setia dgn dier waktu tu, dgn hrpn dan doa moga dier berubah…tp itulh…hati manusia xblh dipkse…allah blm mngkhndaki dier utk berubah dan allah tuliskan buat mase ni dier mmg bkn jodoh sy….susah sy nk lupekan….tp realitinya, xkn sy nk tggu dan merayu pada org y dh xde hati kan sy……untill now masih lgi rase sakit dan pedih tu…tp aggplh ini hdiah allah utk kiter…allah sedang mngaturkan y lebih baik utk kiter dan sesungguhnya, mereka bkn lh jodoh y trbaik buat kiter tapo mgkin jodoh y trbaik utk org lain..insyaallah

      Reply
  7. alhamdulillah setelah saya membaca artikel ini, saya jadi merasa tidak sendiri dalam mengalami masalah seperti ini, “sulit melupakan orang yg dicintai”

    Reply
  8. Tapi saya masih SMA dan dia sekelas sama saya, bagaimana cara saya untuk melupakannya ketika dia selalu ada di hadapan saya?

    Reply
  9. terima kasih dgn tips yg d beri
    mngambil masa yg lama utk mngubati hati yg kecewa
    putus cinta x sakit tp yg skit sbab masih mncintai????

    Reply
  10. Saran saya kepada teman2 laki2 semua.. Lepaskanlah perempuan anda jika memang dia Serius dengan anda maka dia akan kembali cepat ataupun lambat.. Jangan merendahkan diri di hadapan wanita yg tak mencintai dan menghargai mu.. Cam kan itu dalam prinsip hidup mu wahai lelaki

    Reply
    • saya setuju, tapi sepertinya berat untuk melakukannya, dia sudah menikah, dan semua usaha untuk melupakannya sudah saya lakukan, shalat berjama’ah, membaca dan menghafal ayat2 suci al-qur’an, bercanda dg teman2 yg lain, berjalan2 bersama keluarga, tapi bayangannya terus ada di kepalaku. Dan yg paling parah, tempat duduknya persis ada di samping saya, apa yg harus saya lakukan? :(

      Reply
  11. Aku rasa aku cukup bodoh jika terus memikirkan hal yg mungkin ia sendiri tak memikirkan. Kerana hati nya perempuan dan lelaki itu berbeda. Sgt mudah baginya(laki2) menemukan dan berpindah ke hati lainya tanpa harus melihat kebelakang. Meskipun hidup ini terasa mimpi disaat tak ada lagi dya yg menyemangati, dya yg menemani dg canda tawa dan sikapnya yg membuatku nyaman. Tpi mungkin ituh hanya perasaanku yg berlebihan tidak dg dya. Buktinya skrg mana ada dya mencoba menghubungi meskipun saya gaada kabar.. so whats wrong(?) Apa saya yg terlalu bodoh dan dia yg terlalu pintar? Sehingga saya seakan hidup dalam kenanganya dan tak bisa ikhlas akan semuanya meskipun saya sendiri tau bahwa dya bukanlah yg terbaik. Sungguh luar biasa hidup ini, d pertemukan dg sseorang yg membuat kita terlanjur sayang namun akhirnya harus menerima kesakitan dan belajar hidup tanpanya..

    Reply
    • ???????????? kok sama apa yg ada di dalam benak q Ya…… Laki2 mncintai memang tak pakai perasaan…dia hanya pakai logika,, smntara wanita pakai perasaan… Naah….perasaan itu yg mmbuat kita kaum wanita mnjdi lemah tak brdaya ????

      Reply
  12. aq harap dy akn kesal bila aq dah prgi jauh dari dy,.harap dy kesalkan stiap lyanan dy pd aq y stia n xbrhnti untuk support dy.

    Reply

Leave a Comment