7 Tips Berkesan Melupakan Orang Yang Kita Sayang Dalam Tempoh Singkat

melupakan orang
Melupakan orang yang disayangi tidak semudah yang disangka! | Old Memories by lennuk

Melupakan seseorang yang kita sayang bukanlah mudah.

Kadangkala hati kuat untuk melangkah pergi, kadangkala hati kita ingin terus hidup dalam kenangan.

Cinta – bukan mudah melupakan orang yang kita cintai..

..tapi kehidupan perlu diteruskan.

Ya, Bercakap Memang Mudah. Tapi Tak Mustahil Kan?

Saya juga seperti anda.

Saya pernah mengalami cinta terputus di tengah jalan.

Atas sebab tertentu, terpaksa berpisah.

Lebih perit bila cinta tidak direstui.

Bukan mudah untuk membuat keputusan kerana kedua-duanya amat saya sayangi.

Kehidupan amat perit saya rasakan.

Ketika ingin melupakan, ada sahaja kenangan yang menggamit di jiwa.

Terdengar lagu itu, saya teringat dia.

Terlihat tempat makan itu, teringat si dia.

Aduh,perit sangat bila terpaksa melupakan orang yang kita sayang.

Tapi, saya terfikir sampai bila saya harus begini?

Saya berdoa padaNYA agar diberikan petunjuk.

Ketika rindu padanya, saya mengadu pada DIA.

Bukan mudah untuk memulihkan hati.

Suatu hari, saya bermuhasabah diri.

Menempatkan diri saya pada diri orang lain.

Pada mulanya, saya tempatkan diri saya pada diri kedua ibu bapa saya.

Mereka hanya inginkan yang terbaik.

Memang sudah menjadi lumrah, ibu bapa inginkan yang terbaik buat anak-anaknya.

Walaupun saya terluka dengan keputusan ibu bapa saya, saya menerima dengan redha kerana redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa.

Oleh itu, saya tidak mahu perhubungan saya tidak direstui oleh ibu bapa saya.

Kemudian, saya tempatkan diri saya pada dirinya.

Saya faham dia tidak mahu saya tersepit untuk membuat keputusan.

Dia tahu bukan mudah untuk saya membuat pilihan kerana kedua-duanya amat saya sayangi.

Jadi,dia memilih untuk pergi supaya saya tidak derhaka kepada kedua ibu bapa saya.

Kemudian,saya berfikir pula bagi pihak diri saya.

Mungkin saya terleka dengan nikmat cinta yang diberikan Allah, sayang saya padanya melebihi sayang saya kepada Allah.

Sebelum saya terus terleka dengan cinta, Allah menarik balik nikmat itu.

Mungkin juga sekarang belum masa yang sesuai untuk saya bercinta.

Insyaallah ,jika benar dia jodoh saya, satu hari nanti kami akan dipertemukan semula di waktu yang sesuai.

Saya yakin Allah akan memberikan yang terbaik buat saya.

Oleh itu, bangkitlah kawan-kawan.

Hilangnya cinta manusia bukan bermakna kita putus harapan untuk hidup.

Pandanglah ia dari sudut positif.

Kita pasti dapat menempuhi keperitan ini dengan baik.

 

 Beberapa Cara yang Saya Lakukan Semasa untuk Melupakan Orang Tersebut:

Berikut adalah beberapa langkah yang saya lakukan:

1. Mohon kekuatan daripada Allah

Tips melupakan orang yang kita sayang ialah memohon kekuatan daripada Allah swt dalam menjalani kehidupan mendatang.

Mohonlah Allah tunjukkan hikmah di sebalik perpisahan itu.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.”

[2:216]

 


2. Perbanyakkan solat sunat dan bacalah Al-Quran

 …..hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang.” [Surah Ar-Rad:Ayat 28]

Hati yang terluka perlukan ubat.

Mintalah Allah ubatnya kerana Allah pemilik setiap hati manusia.

Ingatilah Allah kerana dengan mengingati Allah, hati kita akan menjadi tenang.

 


3. Terimalah kenyataan

Perkara paling penting ialah diri kita perlu menerima kenyataan.

Terimalah kenyataan bahawa perpisahan sudah terjadi dan masing-masing sudah mempunyai haluan sendiri.

Sentiasa ingatkan diri bahawa dia bukanlah yang terbaik untuk kita dan yakinlah kita akan menemui insan yang lebih baik.

Percayalah pada ketentuan jodoh. Jika dia memang tercipta untuk kita, dia pasti kembali kan?

Redhalah dengan ketentuanNYA.

 


4. Buang segala perkara tentang dia

Perkara ini memang perit untuk dilakukan tetapi inilah cara terbaik untuk melupakan seseorang yang kita sayang.

Buanglah segala perkara tentang dia.

Buang nombor telefonnya, block Facebook dan apa sahaja medium yang membolehkan anda berhubung dengannya.

Jika sayang untuk membuat hadiah pemberiannya, simpanlah di dalam satu kotak dan sorokkannya di tempat yang jauh dari pandangan anda.

Kuatkan diri anda supaya tidak menghubunginya.

 


5. Sibukkan diri

Sibukkan diri anda dengan kerja dan kawan-kawan.

Luangkanlah masa dengan perkara yang anda minati.

Jangan biarkan diri anda bersendirian kerana anda akan merasa sunyi lalu mengingati kenangan-kenangan lalu.

 


6. Hindari semua perkara tentang dia

Cuba hindarkan semua perkara yang mengingatkan kita pada si dia.

Contohnya, jangan pergi ke tempat makan yang selalu kita pergi bersama si dia.

Jangan dengar lagu yang berkaitan dengan si dia.

Kalau terdengar,cepat-cepatlah tutup radio tu.

 


7. Ceritakan masalah kepada orang yang dipercayai

Ceritakanlah masalah anda ini kepada orang yang anda percayai.

Mintalah nasihat daripadanya dan mintalah sokongan daripada rakan-rakan anda supaya membantu anda keluar daripada masalah ini.

Terakhir sekali, bantulah diri kita untuk keluar daripada kemelut ini.

Jangan biarkan diri kita menderita kerana kenangan lalu.

Buktikan padanya kita mampu hidup lebih baik tanpanya.

Terimalah kenyataan dan percayalah luka itu akan pulih seiring waktu.

Allah has already written the names of your spouses for you.

What you need to work on is your relationship with Allah swt.

HE will send her/him to you when you’re ready.

It is only a matter of time”.

 


Kesimpulan

Hidup ini adalah satu perjalanan yang harus kita lalui dengan sungguh-sungguh.

Maka, tiada gunanya kita berlama-lama dalam duka.

Duka yang bertahun hanya akan membuatkan kita buta akan banyak kebahagiaan yang disajikan Allah pada kita.

Mungkin Allah ingin mengajarkan nilai syukur, lalu ditimpakan kesusahan dan kesedihan.

Mungkin Allah ingin mendidik hati kita dengan sabar, lalu Dia berikan ujian.

Mungkin Allah ingin melatih rasa rendah diri lalu diberikan kegagalan.

Mungkin Allah ingin menguji  nilai cinta kita kepadaNya, lantas Dia memutuskan kita dengan cinta yang lain.

Tidak diberikan sesuatu itu dengan sia-sia.

Tidak dijadikan apa-apa pun tanpa sebab dan ibrah, yang pastinya membuatkan kita berasa kagum dan bersyukur pada suatu hari nanti :’)

Bagaimana dengan anda wahai sahabat?

Sudah yakin mampu mengubat hati?

Berkongsilah pengalaman anda pada ruangan komen dibawah

Artikel ini dikongsi oleh Fatin Syuhaida Yusri ke inbox kami. Semoga memberi manfaat kepada semua.

Jika anda rasa artikel ini baik, sila share agar sahabat kita yang lain dapat manfaatnya juga  :)

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

1,136 thoughts on “7 Tips Berkesan Melupakan Orang Yang Kita Sayang Dalam Tempoh Singkat”

  1. Terima kasih.. saya dah berkahwin. Tetapi saya sgt syg kepada ex saya sehinggakan tertanya tanya adakah saya membuat keputusan yg betul. Hanya Allah sahaja yg maha mengetahui.. tetapi terima kasih sekali lg untuk nasihat yg diberikan..

    Reply
  2. Terimakasih tipsnya, Insya Allah setelah membaca artikel ini saya dapat melupakan masa lalu sy.

    Reply
  3. Sudah dari bulan mei saya pacaran dengan pasangan saya.. hingga malam ini saya memutuskan untuk berpisah dwngan dia, dari awal saya pacaran hingga sekarang kami selalu bertengkar dan mengatakan kata putus.. sampai saat ini mungkin sudah dipenghujung puncak hubungan kami hingga malam ini kami berpisah,
    Mungkin saya memang trrlalu memaksakan diri untuk bersMa dy , sebalaiknya dy begitu acuh dan trnang dg hubungan ini, saya yg selalu mencoba mempertahan kan dan mengalah disaat kami ingin mengakhiri hubungan kami, ada benarnya kata diatas , allah memang mumutuskn cinta saya kepada di agat saya lebih ingat dan mencintai allah..
    malam ini saya bertekad untuk tidak lagi mengalah dalam perpisahan kami ini,, saya juga yakin kepada alllah ,, jika dy benar jodoh yg allah berikn kepada saya.. dia pasti balik ke saya.. dan jika bukan dy jodoh yg diberikan allah untuk saya,, mungkin allah sudah mempersiapkan jodoh yg lebih baik dari dia .. amin..

    Reply
  4. ini kesalahan aku karna sayang ku melebihi sayang ku ke Allah, aku sangan syang sama dia, tpi salahnya aku sayang sama dia malah menjalani hubungan sama org lain, sekarang dia gak mau lagi sama aku, sedangkan aku sangat sayang sama dia, sama cowok lain aku lepas karna aku sayang sama dia.. dan sekarang dia gak mau lagi samaku..
    susah rasanya meelupakan dia apalagi kami satu kantor, setiap hari melihat dia rasanya sakit banget,,
    capek rasanya hidup seperti ini..

    Reply
  5. Saya sayang banget sama dia,, sayang ku sama dia seperti seorang ayah,,,saya sangat berharap dia bisa menjadi ayah dalam hati saya,, hangat, melindungi, mengayomi, sayang, dan nyaman,, karena seumur hidup saya tak pernah dapat kasih sayang seorang ayah hanya bisa merasakan dari hati,, sangat rindu pada sosok hati yang diatas, buat yg ortunya masih utuh bersyukurlah kalian,, kenginan hatiku terdalam saya ingin punya suami yg ortuny masih utuhh , amin

    Reply
  6. Aku terlalu muda untuk kenal cinta..aku menolak tanpa sedar aku sayangkan dia..aku fikir aku bukanlah yang terbaik untuknya..biar dia temui orang yang lebih baik dari aku..7 tahun berlalu aku fikir sudah lupakan dia sepenuhnya..aku terjumpa gambar dia dan hati berdegup lagi..aku keliru dengan diri sendiri ternyata hatiku belum melupakan dia sepenuhnya..dia sudahpun berkeluarga..aku nekad untuk teruskan melupakan cinta itu..walau aku tahu ia payah..thanks …it’s a matter of time..and i don’t know how long it take..

    Reply
  7. Awalnya kmi sgtsling mnyanyangi. Dn mncintai dia Sllu perhatian dn peduli sllu khawatir dgn keadaanku ,,Nmun spontan semua berubh bgtu cpat ,,Saat ini aku sgt mnyanginya sdgkn dia sdh tak ada rasa sakit nya mncntai bila rasa itu tk lgi sama ,,saat” ini dia sering mmbuatku kesel kecewa marah dn,Berulng kali. Aku mneteskn air mata krna nya. Nmun air mataku tak berrti apa” bginya ,,ku berusaha untuk sllu tersenyum walaupun itu sulit bgiku,,
    tdk mudah bgiku untuk mlupkn org yg kita syg bgtu saja’
    Nmun sempt ku berfikir. Aknkh ku berthn dgn rasa sakit atau pergi dgn rasa kecewa ,,
    Bila slama ini dia tk prnh peduli dgn perasaanku,,
    Bhkn dia tak mau lgi mndgr keluh keshku,,
    Aku hnya bisa berharap dn berdo’a
    Smga apa yg ku rasakn slma ini
    Tak pernh terjadi pdanya
    Dan aku pun mncoba untuk mnghpus kontaknya bhkn d setiap aflikasi dia ada akupun berusaha untuk mnghpusnya untuk mnghilng ingtnku tentang dia,,

    Dan ku sllu berusa untuk lbih mncintai Allh. Sbb cnta Allh tak pernh mati
    Nmun cinta mnusia bsa berubh kpn saja

    Smga Allh mmberi aku kekuatan untuk semua ini,,,,

    Reply
  8. Sampai saat ini aku msh berusaha supaya aku bs kembali dgn istriku,tp tetap sj ku tak bs memperbaiki krn keterbatasan gajiku yg sgt kecil,hingga km ingn kembali dan membangun rmh tangga yg sdh hampir 9 thn,ttp tdk bs sy perbaiki,sy hny dimaapatkn dgn istriku,stlh ku tak bs memberikan napkah yg lbh ttp dia berpaling,dan ingn mencari yg lbh maapan,hingga saatny aku hrs belajr iklas melupaknnya,tp hati ini blm sepenuhny bs terima,ditambah org tua mrk yg sllu mencampuri rmh tangga km,sampai saat ini aku blm bs melepaskannya,tp aku sllu teringat dgn anakku,aku jg tdk bs tanpany,apa yg hrs kulakukan saat ini krn aku sgt syg anakku,tp sementara aku ingin melupakn istri…

    Reply
  9. Terhitung darii tanggal 21 kitaa berantem smpaii tanggal 29 …. Akuu Yg ngejarr ngejarr diaa…. Tpii scpat itu juhaa diaa pacaran smaa orang lainn, 1 th 2 bulan kita jalanii hubungan… Sungguh sakit Yg ku rasaaa… Hancurr berkeping keping hatiikuu, akuu nangisss… Akuu udahh nyerahh akuu curhatt tdakk adaaaaa fikiranku hilang ttg diaaa…. Akuu sungguh gillaaa mencintaii ssorang… Mgkinn cwe pilihan dia lebih baikk drikuu…. Aku hny berharap diaa bahagiaa tanpaa dia merasakan sakitt yg kurasakan inii….. Akuu mencobaa sebisaa mungkin ngelupain diaa mzkipun sulitt…. Akuu punya tuhann dan alquran ituhh obat Yg bzaa menenangkan hatii dan perasaankuu…. ????????

    Reply
  10. 5th lamanya ku jalin kasih dgnnya..beratus kepedihan ku dpt dalam kurasa kesakitan yg ku rasa..smua aku pinggirkan karna cinta yg teramat pada dia..nmn sy ptskan detik ini untuk pergi dr khdpannya..disaat aku tau bahwa aku udh ga d pentingkan lg olehnya.. terima kasih untuk semua terimakasih… YA ALLOH BERIKAN AKU KEKUATAN UNTUK AKU BISA MENGHAPUS SEMUA KENANGAN BERSAMANYA.. BISSMILLAH!!!!

    Reply
  11. Selama 2 tahun aq memendam perasaan ini sama cwo yg aq sayangi sungguh sangat sakiit..namun aq bingung harus bagaimana…soalx dia slalu ada di pikiranq.susah rasax melupakan dia padahal dia cuma temanq..awalx sih sempat PDKT v aq taw dia masih ada komunikasi sama mantanx..aq takut jdi pelampiasanx dia makax aq gag respon v knp sampai sekarang aq gag biza melupakan dia..setiap ingat dia aq cuma biza nangiz..nangiz..dan nangiz krena aq masih synk dia sampe skarang..mungkin dia gag taw kalau aq suka sama synk sama dia..v sampe kapan aq pendam perasaan ini yaa allah..nie az nangis truz..pengenx tuh hidup bersama dia v bgaimana carac..

    Reply
  12. Aku akan terus mencoba,
    Karna betapa susahnya q untuk melupakan nya,butuh waktu lama wlau sebenernya q lelah karna masih slu mengingatnya,
    Ya allah bantu q untuk menjadi manusia yang baru.

    Reply
  13. Aku sangat mencintai dia, akan tetapi ada seseorang yang orang tua saya dan keluarga seseorang itu yang mengharapkan persatuan antara aku dan seseorang tersebut(dijodohkan) aku tidak tau harus bagaimana aku sangat mencintainya begitupun sebaliknya tapi aku juga tidak bisa menentang semua itu dan mengecewakan 2 keluarga, sangat sulit :'( lantas apakah aku menyia nyiakan dia yang sangat mencintai aku begitupun aku sangat mencintai dia, aku telah mencoba meminta petunjuk kepada Allah aku selalu bermimpi dengan orang yang dijodohkan, tapi hati ini sulit untk meninggalkan dan melupakan dia yang aku sayangi dan kujalani setelah sekian lama ini :'(

    Bismillah aku yakin bisa :'(

    Reply
  14. Terima kasih atas perkongsian ini. Hati saya lebih tenang setelah membaca isi artikel ini. 6 tahun saya hidup dengan perasaan sayang dan prihatin setiap apa yang berlaku pada si dia. Rupa rupa nya setiap pengorbanan saya kepada dia hanyalah sia sia. Saya rasa seolah olah dipergunakan.. walaupun dia bukan kekasih pengarang jantung saya..tapi saya kawan dia. Saya setia menemani setiap liku hidupnya. Saya setia tunggu dia. Tapi dia ?! Tak pernah merasakan setiap apa yang saya buat. Saya kesal dengan diri sendiri….. mengenangkan nasib yang saya rasa..ada betulnya.. Allah ingin mengajar saya nilai syukur.. dengan menimpakan kesedihan..
    Mengeluh bukan lah satu jawapan yang baik untuk melupakan dia.

    ~huda 2017~

    Reply
  15. 7 tahun bukan waktu yg singkat,,bila nak lupakan seseorang ,tapi apa daya,air mata ini seakan tak ada harga dimata nya, itu yang menjadi motivasi buat lupakan dia,,
    Saya Xda niat lupa kan dia seutuh nya, hanya saja mengurangi cinta yg saya rasa dah terlalu banyak utk dia dibandingkan cinta kpd allah ,,,,saat berulang dia lukakan hati saya baru lah tersadar cinta allah lebih baik dibandingkan dengan apapun,saat cinta terbalas kan air mata disitu saya belajar akan salah nya saya yg dah mencintai seseorang secara berlebih,,
    Dari rasa sakit saya belajar utk lebih dekat dengan allah,
    So pesan saya X baik cinta pd seseorang lebih dr cinta kpd allah, krn cinta allah itu abadi … cinta manusia itu sementara…
    I love Allah SWT

    Reply
  16. Bercinta 2taun lebih..mmg laa xlamaa mna pon..tpi dngn kenangan aq jatuh..mcm2 cara dh aq cubaa untk melupakan si dia..dh cuba terima oqg laen dlm hidup aq..tpi xleh..sbb perasaan syg maseh ada..aq cuba come on..inshallah bly..ameen

    Reply
  17. sulit untuk melupakan seseorang yg kita sayangi, semakin saya mencoba melupakan tetapi semakin lebih kuat lagi bayan2nya yang selalu melintas setiap saat, hanya waktu yg mentukan apakah saya benar benar melupakan dia, apalagi bisa dibilang saya tiap hari bertemu karena satu tempat kerjaan, ingin rasanya saya mw pindah tempat kerjaan klo bgini…..

    Reply

Leave a Comment