Bertuah sesiapa dapat membaca al-quran dengan lancar dan mengingatinya didalam dada. Bahkan mengamalkannya dalam kehidupan seharian..
Adakah anda salah seorang yang jarang menyentuh Al-Quran?
Atau anda membacanya setiap hari namun bacaan masih belum lancar dan tidak betul?
Sebenarnya kelebihan dapat:
Dapat membaca Al-Quran setiap hari adalah satu nikmat
Dapat mengalunkan bacaan Al-Quran dengan baik dan betul adalah satu kehebatan
Dapat menhafal 30 Juz Al-Quran pula merupakan impian setiap orang yang bergelar muslim.
Tetapi jika kita dapat mencapai kesemua perkara diatas, InsyaaAllah ia adalah salah satu kebahagiaan yang sangat besar dan paling bermakna dalam hidup ini.
Namun dengan cabaran kehidupan dan budaya hidup masyarakat kini yang sentiasa sibuk, sedikit sebanyak membataskan hubungan kita dengan Al-Quran.
Malah ia semakin kritikal dari generasi ke generasi..
Mampukah kita meruntuhkan tembok keegoan dan harga diri untuk percaya kembali?
Apakah yang lebih menyakitkan selain daripada dikhianati?
Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu. It’s feel torn apart inside.
Kadang kala kita tidak tahu mengapa kita tiba-tiba dikhianati, tanpa sebarang ribut dan badai, sekelip mata sahaja hati kita bagai ditikam sedalam-dalamnya dengan kejam.
Setelah itu, dia datang meminta maaf dan ingin memulihkan keadaan seperti sediakala…
mengejar kebahagiaan dalam kehidupan bukan sesuatu yang mudah | credit: unsplash
Apa yang menjadikan hidup kita lebih bermakna?
Ya, pelajaran yang kita dapat kutip disepanjang usia kehidupan kita kita.
Semua orang memilih untuk bahagia. Tiada seorang pun yang tidak mahu bahagia. Ada yang bersungguh-sungguh mengejar kebahagiaan, namun masih belum berjaya mendapatkanya.
Apakah itu bahagia?
Dan mengapa Allah memberikan kebahagiaan kepada orang lain, tetapi tidak untuk kita? Sedangkan menjadikan bahagia itu adalah perkara yang sangat mudah bagi Allah, tiada yang mustahil bagiNya.
Kamu tak pernah tahu, betapa susahnya dia nak move on * image by unsplash
Mengapa betapa sukarnya untuk kita move on dari kisah lampau?
Ya, move on. Teruskan hidup dan tinggalkan kisah lampau yang menghancurkan hati.
Bagi sesetengah orang yang tak pernah merasai betapa sakit dan hancurnya setelah dikecewakan, mereka melihat perkara ini sebagai mudah dan kecil sahaja.
Tapi bagaimana pula mereka yang sedang merasainya?
Malangnya tidak.
Tidak semudah yang disangka. Sebab, kadang-kadang…
…perkara yang nampak kecil inilah yang mengambil ruang paling besar dalam hati kita.
Terkurung dalam kesakitan dan kesilapan masa lalu yang enggan dilupakan.
Watak-watak dan babak-babak yang pernah hadir dalam hidup, meninggalkan parut yang sepertinya tak akan hilang.
Allah sayangkan kita, sentiasa.. * still .by TicK46
Sedarkah anda perpisahan itu adalah tanda Allah sayangkan kita?
Mungkin ada diluar sana sedang hiba menahan sedih di dada.. mengapa?
Si dia pergi meninggalkanmu? Kerana apa? Bagaimana? Siapa?
Wah..persoalan yang sedikit annoying..
Jari ini tergerak menulis entry kali ini mengenai cinta.
Entry ini khas untuk sesiapa yang sedang berduka kerana terluka bila cinta didusta. Hati gelisah(macam lirik lagu pula kan..) yang ingin mencari kekuatan..
Dan mungkin Allah yang mengerakkan hati ini untuk menaip artikel ini.
Insya-Allah sama2 kita perbaiki balik, merawat balik or operate balik hati kita yang sedang tenggelam dengan air mata perpisahan.
kehilangan ini bukanlah melemahkan, malah menguatkan. * the difference between happiness and sadness. by awfultosee
Tahun yang penuh dengan kehilangan.
Tahun ini merupakan tahun yang banyak kehilangan berlaku bukan pada saya tapi pada teman-teman rapat saya.
Bermula dengan kematian seorang pelajar di universiti saya kemudian kematian tunang kepada junior yang rapat dengan saya.
Tak sampai 2 bulan ayah kepada roommate saya pula meninggal dunia dan kemudiannya ibu kepada rakan sekuliah saya dan paling terbaru adalah kematian junior kelab saya.
Kehilangan ini meninggalkan kesan mendalam dihati
Semua kehilangan ini sangat memberi kesan kepada diri diri saya.
Semua kehilangan ini seakan memberi peringatan yang mungkin selepas ini adalah giliran saya.
Semua kehilangan ini memberi satu hakikat hanya Dia yang tidak mati dan tidak pernah akan meninggalkan kita bahkan kita lah yang selalu meninggalkan Dia.
Dan semua kehilangan ini memberi tahu hikmah kehilangan orang yang tersayang adalah supaya kita belajar untuk meletakkan kebergantungan hanya pada Allah.