Kita selalu bersedih.
Bersedih dengan pelbagai perkara. Ada yang bersedih kerana hilang orang tersayang, barangan dicuri, bersedih kerana paras rupa, cacian dan umpatan, serta sebagainya.
Tidak kurang juga yang sedih kerana cinta.
Ada waktu, memang manusia merasa kesedihan.
Sudah menjadi tabiat, kita sering mencari 1000 alasan untuk bersedihan. dari sekecil – kecil hal dan sebesar – sebesar perkara.
Ya, bersedih itu memang baik kerana ia sekali sekala boleh melembutkan hati, tanda jiwa yang sensitif. Tetapi dosnya perlu dikawal. Terlalu lama berendam dalam kesedihan akan mereputkan jiwa.
Maka mengapa kita tidak mencari 1000 alasan untuk bergembira?