Jangan Sedih. Ada Seribu Alasan Untuk Bergembira

Sedih

Kita selalu bersedih.

Bersedih dengan pelbagai perkara. Ada yang bersedih kerana hilang orang tersayang, barangan dicuri, bersedih kerana  paras rupa, cacian dan umpatan, serta sebagainya.

Tidak kurang juga yang sedih kerana cinta.

Ada waktu, memang manusia merasa kesedihan. 

Sudah menjadi tabiat, kita sering mencari 1000 alasan untuk bersedihan.  dari sekecil – kecil hal dan sebesar – sebesar perkara.

Ya, bersedih itu memang baik kerana ia sekali sekala boleh melembutkan hati, tanda jiwa yang sensitif.  Tetapi dosnya perlu dikawal. Terlalu lama berendam dalam kesedihan akan mereputkan jiwa.

Maka mengapa kita tidak mencari 1000 alasan untuk bergembira?

aik? kena musibah pun nak gembira? Maksud saya disini adalah kita harus berfikiran positif setiap apa yang terjadi.  

Contohnya, apabila kita kehilangan handset, alasannya mungkin Allah ingin kita kembali kepadaNya setelah kita semakin hanyut dalam urusan dunia. Itu tandanya Allah sayang kepada kita.

Tidakkah itu suatu alasan untuk bergembira?

Redha.

Orang “beriman” adalah menakjubkan. Mereka mampu melalui segenap liku kehidupan dengan tabah dan ketenangan.

Segala keputusan Allah adalah baik. Anugerah kecemerlangan dan kegemilangan hidup tidak menjadikannya riya’, takabbur, ujub sehingga menyeretnya ke neraka.

Timpaan musibah tidak membawa kepadanya putus asa, kecewa dan merungut-rungut sehingga menyeretnya ke dalam kalangan manusia yang tidak bersyukur.

Hanya yang “beriman” sahaja mampu menghubungkan jiwanya dengan Allah SWT, untuk redha dengan segala keputusan-Nya. Tunduk taat pada ketentuan-Nya.

Kenapa saya nyata hanya orang beriman dan bukannya orang Islam?

Hal ini kerana, hanya orang beriman sahaja yang percaya 100% tanpa ragu kepada Allah SWT. Mereka redha dengan apa yang terjadi.

Rasulullah SAW sendiri, bersedih hanya seketika. Baik ketika kematian anak-anaknya, mahupun kematian sahabat-sahabat baginda yang tercinta.

Cukuplah kita mencari 1000 alasan untuk bersedih dan memanjang-manjangkan kesedihan kita itu. Marilah kita mencari 1000 alasan untuk menggembirakan hati. 

Hakikatnya, tiada yang buruk dalam pemberian Allah SWT. Semuanya terbaik dan mempunyai hikmah tersendiri. Bila Allah berikan kita musibah, itu kebaikan dari segi peringatan kepada kita.

Tinggal kita sahaja untuk menilainya.

 

Jika hati kita terasa kontang maka hiburlah dengan zikrullah,

Jika fikiran kita kusut maka tenangkanlah dengan untaian tasbih,

Bila dada kita terasa sesak maka lapangkan dengan tilawah,

Jika sedih menimpa maka Ingatlah : untuk apa? “Sedih itu tiada guna… dunia ini untuk bergerak bukan tempat bermuram durja”

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

13 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
saya
saya
7 tahun yang lalu

saya sedih setiap hari. murung… :(

trackback
tarbiyah hati…tarbiyah diri …Allah selalu ada | The Whitemay Petalz
8 tahun yang lalu

[…] setiap perkara itu pasti terdapat sesuatu yang buruk dan kita tidak suka. Oleh itu marilah kitamemadamkan keburukan itu dengan kebaikan yang ada pada mereka.  Insyaallah, kita akan selamat dan merasa […]

trackback
Janganlah Kamu Bersedih | Dakwah Online
8 tahun yang lalu

[…] merendam roh kita ke dalam kesedihan terlalu lamaakan […]

izah
izah
9 tahun yang lalu

tq ats teguran ini..semoga redhai..asalammualaikum..
sya share yehh

sejernihsalsabila
sejernihsalsabila
10 tahun yang lalu

Panjangkan selalunya dengan p asas-asas ndangan Ilahi.. nescaya damai di hati

a
a
12 tahun yang lalu

a

ain
ain
13 tahun yang lalu

sgt suke post ini…terima kasih sbb bg kegembiraan pd sy :)

Anonymous
Anonymous
Reply to  ain
13 tahun yang lalu

semoga mendapat redhanya.. 

cikgufhahmie
cikgufhahmie
13 tahun yang lalu

yang pergi tetap pergi..hargailah yang masih ada…

Anonymous
Anonymous
Reply to  cikgufhahmie
13 tahun yang lalu

ya. benar tu cg fhahmie..

anamuslim6330
anamuslim6330
13 tahun yang lalu

aku perlu gmbira……sntiasa gmbira…..trs gmbira….

Anonymous
Anonymous
Reply to  anamuslim6330
13 tahun yang lalu

semoga berbahagia…

ema
ema
Reply to  Anonymous
12 tahun yang lalu

setiap ape yg berlaku 2 ad hikmh disebaliknye..
kite perlu redha dgn ketentuannya..
walaupun pedih dan payh untk menerima sesebuah kehilgn..
kite tetp kena trskn kehidupn..
mgkin ade sesuatu yg lebih baik yg dijanjikn untk kite..

>>belajar menerima dugaan dgn keikhlasan..