Seorang Isteri bertanya kepada suaminya, “Apakah saat paling bahagia didalam hidup abang? “
Suaminya memandang muka isteri dan berkata “Saat itu belum terjadi lagi.. “
Si Isteri terdiam sejenak.
Panduan Solat, Ibadat Dan Motivasi Kehidupan
Untuk dijadikan buah fikiran untuk pembaca semua
Seorang Isteri bertanya kepada suaminya, “Apakah saat paling bahagia didalam hidup abang? “
Suaminya memandang muka isteri dan berkata “Saat itu belum terjadi lagi.. “
Si Isteri terdiam sejenak.
Jika kita belum cukup bersedia untuk Ramadhan, ini adalah 10 Tip untuk mencapai kecemerlangan dalam ramadhan 1. Laparkan Kejayaan apa-apa pun target anda pada diri sendiri, pastikan anda akan mencapai sekurang-kurangnya 80% daripada target anda itu. Jangan jadikan kegagalan sebagai pilihan anda pada Ramadhan kali ini, tanamkan keinginan dan laparkan kejayaan. 2. Tetapkan Matlamat Apabila kita menetapakan matlamat kita …
Sebenarnya, kehidupan tentang membuat pilihan cinta memang banyak ragam.
Ada yang sukar mendapat jodoh kerana terlalu pemilih, ada juga yang sangat mudah mendapat jodoh namun akhirnya ditolak dengan alasan-alasan tertentu.
Mari kita membincangkan tentang bagaimana menolak cinta
Memang susah untuk menolak cinta seseorang apatah lagi jika dia pernah dekat dengan kamu.
Tidak mahu menyakiti, takut kehilangan sahabat dan takut-takut yang lain lagi.
Anda pernah mendengar ungkapan Man Jadda Wa Jada? Namun sudahkah Anda mengaplikasikan prinsip ini? Banyak orang sudah tahu namun masih sedikit yang mengamalkannya.
Banyak contoh yang kita temui dalam kehidupan seharian, banyak orang yang tidak menerapkan prinsip ini. Mereka cepat menyerah, berhenti berusaha, dan menyerah pada nasib.
Hidup adalah bukan suatu perjalanan yang mendatar atau bergerak linear.
Ada lika-likunya. Ada suka dan duka. Ada kejayaan pada satu waktu, kadangkala kegagalan di waktu lainnya.
Bahkan iman kita, “yazidu wa yanqus” pada suatu saat naik, suatu ketika ia menurun.
Maka mempertahankan azam dan cita-cita adalah kekuatan yang membuatkan manusia mampu bertahan dalam hidup.
Memiliki harapan yang akan digapai adalah bahan bakar yang membuatkan kehidupan kita tetap menyala. Walaupun cita-cita itu telah tercapai, buatlah cita yang lebih tinggi lagi.
Walaupun harapanmu telah kau gapai, buatlah harapan yang lebih besar hendak kau gapai.
Salah satu pesan orang tua kepada anak perempuannya adalah “Cinta suami bermula dari perut”.
Ketelitian seorang wanita dalam memberikan hidangan yang memanjakan lidah suaminya, memang tidak hanya berhasil memikat kasih sayang dan perhatiannya, namun juga terbukti berjaya menghidangkan kebahagiaan untuk rumah tangga mereka.
Suami mana yang tidak akan senang melihat isteri yang begitu serius melayaninya, serta mengambil berat soal makan minumnya.
Bagi suami yang bijak menghargai, perkara ini membuatkan kekurangan wanita yang menjadi isterinya seolah–olah tertutup oleh perbuatannya yang menjaga cita rasa lidah suami.
Dan tentunya untuk si isteri, kebahagiaan sudah pasti diperolehinya kerana redha suami memang menjadi tujuan perjuangan dan matlamat seorang wanita muslimah.
“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa” — QS.Al-Baqarah: 183 Tanpa terasa, waktu demi waktu berlalu dengan cepatnya, dan berapa hari lagi bulan suci Ramadhan akan tiba kembali lagi. Kehadirannya memberi harapan dan semangat kepada setiap Muslim, kerana ia akan membawa kenikmatan jiwa dan rohani dalam kehidupan ini. Dalam menyambut …
Hati dan perasaan. Sebagai kaum yang sentiasa dianggap lemah, wanita perlu berjuang dengan kuat untuk dihargai dan dihormati
Wanita, janganlah mudah meminta untuk dikasihani.
Wanita yang kuat akan selalu bangkit ketika ada masalah dan tidak bersedih terlalu lama.
Dan dalam menjalankan apa sahaja aktiviti, wanita hendaklah dengan logik daripada perasaan meskipun pada kenyataan, kita sebagai wanita cenderung menggunakan perasaan dibandingkan logik akal.