
Jika diberikan peluang, ramai yang mencuba untuk merasa betapa manisnya percintaan.
Betapa berbunga-bunga hati saat itu.
Ada seseorang yang sentiasa menemani. Ada yang menyayangi.
Siapa yang tidak mahu?
Tapi kita selalu terlupa apa yang mungkin terjadi di penghujung setiap kebahagiaan.
~ Perpisahan.
Langit Tak Selalunya Cerah. Ada Ketikanya Mendung Datang.
Ada saat hujan petir yang melanda. Setiap percintaan bukan semuanya berakhir dengan kegembiraan dan senyuman.
Tanpa kita pinta, perpisahan akan hadir juga. Hanya cepat atau lambat.
“Bila kita bersedia untuk menerima kehadiran seseorang itu, maka kita juga harus bersedia untuk kehilangannya kerana setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Berpisah kerana ajal maut atau berpisah hidup. “
Ada yang jatuh tersungkur apabila terjadinya perpisahan.
Tak mampu untuk menerima takdir. Menerima kenyataan.
Hingga ada yang memilih jalan yang salah demi melupakan kesakitan itu. Ada yang memilih untuk menyakiti diri sendiri semata-mata untuk tagih simpati dari si dia.
Apa Yang Akan Kita Ddapat? Apa Yang Diharapkan Sebenarnya?
Ingin dia kembali hanya atas dasar simpati? Atas dasar rasa bersalah pada diri kita?
Jangan terlalu rendahkan ego kita demi sesuatu yang memang dah berakhir.
“ Perpisahan itu kadang-kadang memberi sejuta hikmah disebaliknya. “
Bangkitlah.
Mungkin susah. Mungkin memakan masa.
Kita sendiri belum pasti berapa lama masa yang akan kita ambil. Mungkin bukan esok hati itu sembuh. Mungkin berbulan-bulan. Mungkin bertahun.
Tapi selagi kita mencuba, berusaha untuk bangkit, pasti ada jalannya.
Kadangkala Allah hilangkan mentari. Kemudian Dia datangkan guruh. Puas kita menangis mencari mana mentari kita. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah.“
Berhenti Merayu. Berhenti Berharap Keindahan Cinta Dulu Akan Kembali.

Sampai bila kita nak berharap?
Sampai bila kita nak pegang janji dia?
Apa jaminan untuk setiap penantian?
Apa jaminan kita akan kembali bahagia andai dia menoleh kembali pada kita?
Jika kita berani bercinta, berani serahkan hati kita pada insan lain, kenapa kita tak mampu nak beranikan diri untuk bangkit kembali saat kita dikecewakan?
Kenapa keberanian itu hanya hadir di saat senyuman meniti di bibir?
Mana menghilang di saat air mata menemani pipi?
“Putus cinta itu sebenarnya adalah salah satu dari rahmat Allah. Kerana itu merupakan cara untuk Dia membuat kita sedar kita telah mencintai orang yang salah.“
Semangat itu ada.
Cuma kita yang terlalu mengasihani diri kita atas perpisahan itu hingga kita tak nampak kekuatan untuk bangkit kembali berlari itu.
Berhenti mengasihani diri sendiri. Sampai bila nak terus begitu?
Sampai bila nak menangis untuk sesuatu yang sudah berlalu.
“Belajarlah untuk mencintai dirimu sendiri sebelum kamu memilih untuk mencintai orang lain.”
Mari Belajar Mencintai Diri Sendiri Dahulu
Kembali ke saat kita belum mengenali dirinya.
Antara sedar atau tidak, kita telah sekian lama tidak mencintai diri sendiri saat kita telah jatuh cinta.
Buktinya?
Kita biarkan hati kita terluka berkali-kali.
Kita jaga hati dia sebaik mungkin agar dia tak kecewa.
Segala kesedihan kita tanggung sendiri.
Biarkan semua berlalu seolah-olah tiada kesakitan yang terkesan.
Mana cinta kita pada diri kita sendiri?
Semuanya hilang demi menjaga hati insan lain.
Kembalilah ketawa seperti sediakala. Mungkin hati kita kosong saat dia melangkah pergi.
Tapi itu bukan bermakna hidup kita berakhir. Masih ramai insan lain yang mampu mengisi kekosongan itu.
Kalau sebelum kita kenal dia kita mampu hidup sendiri, bila dia berlalu pergi kita juga masih mampu berdiri di atas kaki sendiri. Mungkin lebih gagah.
Andai dia sudah bahagia walaupun tanpa kita disisi, kenapa kita tak boleh buat perkara yang sama?
Jika dia tersenyum gembira, kenapa kita masih biarkan air mata yang menemani? Kenapa biarkan hidup kita makin suram?
“ When he/ she breaks your heart. He/ she feels nothing. He/ she moves on quickly. Like nothing happened. You feel as if a piece of you is missing. You can’t eat, you can’t sleep. All you do is think about him/ her.
Wondering if he’s/ she’s thinking of you. Wondering if he/ she misses you. You’re depressed for weeks, months, sometimes longer. But then you realize what’s important in life.
And you decide that you need to worry about yourself. You soon move on. And he’s/ she’s stuck watching you smile and realize. He/ she messed up. He’ll/ she’ll regret everything. “
Menangis itu tak salah. Menangis lah sekali sepuas hati. Lepaskan segala di dalam tangisan itu.
Segala perasaan duka. Hampa. Kecewa.
Tapi jangan biarkan berterusan. Kuatkan diri, hati untuk terus bangun, bangkit daripada tangisan itu. Lapangkan dada untuk teruskan hari-hari akan datang.
“ Holding on is being brave, but letting go and moving on is often what makes us stronger and happier. “
Jika tangisan itu masih belum mampu untuk buat kita kembali bangkit, carilah seseorang untuk kita luahkan isi hati.
Seseorang yang boleh dipercayai. Yang mampu memberi semangat seikhlas hati. Yang mampu bawa kita ke jalan yang terbaik untuk melupakan dia.
Andai Tak Punya Sesiapa Yang Mampu Memahami?

Ingat. Kita masih ada Allah.
Jika manusia tak mampu, kenapa takut untuk cari Allah?
Kenapa takut untuk luahkan padaNya. Ceritalah segala-galanya pada Allah.
Luahkan semua rasa yang terpendam. Biar hati lapang. Biar jiwa tenang.
Jangan takut. Jodoh kita mungkin ada diluar sana.
Walaupun bukan dia tapi kita akan bahagia.
Allah akan berikan yang terbaik untuk hambaNya yang kuat dan tabah. Bersabarlah dan berdoa.
“ Walau seremuk mana hati dilukai. Bentuklah ia semula. Dan serahkan pada Allah. “
Penutup: Serahkan Hati ini Pada Allah. Biar Dia Jagakan.
Dia akan berikan kebahagiaan saat kita sudah benar-benar sudah bersedia.
Lupakan kesakitan semalam. Bangkitlah untuk hari ini dan hari-hari yang akan datang (:
“ You’ll never get what you truly deserve if you remain attached to what you’re supposed to let go of. “
Adakah hati anda selalu disakiti berkali-kali?
Tetapkah anda bertahan dengan kesakitan itu?
Saya ingin sekali untuk mendengar apa yang bermain dalam fikiran anda pada bahagian komen dibawah.
Hi, *nama dirahsiakan* kini saya sedang melalui dimana saat-saat yg paling sukar utk saya hadapi buat kali pertama seumur hidup saya. ya saya mengaku saya seorang yg sgt sgt overthinking terhadap dia, mungkin juga sebab saya seorang yg sgt sgt kuat cemburu. walaupun benda takde tpi, tapi saya selalu membesarkan cite sampailah kami bergaduh. saya taktahu knp sampai saya jadi macam ni, mungkin sebab saya terlalu sygkan dia, saya letakkan sepenuh hati saya pada dia, dan mungkin sbb saya terlalu takut kehilangan dia. jujur saya katakan, skg saya sgt sgt kecewa dgn apa yg berlaku, saya menyesal sebab tak pernah sedar dgn perangai saya. walaupun dia dah berjuta kali warning kpd saya. tapi saya selalu anggap benda tu remeh temeh. saya selalu fikirkan yg dia takkan tinggalkan saya. tapi saya silap, dan saya paling tak sangka dia dah ada pengganti saya. Ya Allah… luluh hati saya bila dpt tahu dia dah ada org lain. cepat sangat hati dia berubah… saya kecewa sgtt tak tahu nk ckp mcm mana. dan benda yg paling saya tak boleh terima, dia tipu saya hidup-hidup. Dia bagithu saya yg dia pergi *outstation* tapi sedangkan saya dah tahu, yg dia pergi jumpa perempuan tu. saya tahu sebab hati perempuan tak boleh nk tipu; dan saya sendiri ada bukti tersebut. saya sendiri baca semua conversation dia dgn perempuan tu. dan saya juga tahu, perempuan tu sudah pun goda dia. dan mereka telah pun bersama. Ya Allah…. perit hati ni hanya Dia *Allah SWT* saja yg tahu.
Yg lagi saya sakit, kami tinggal serumah. Selama 2 tahun kami bersama. susah senang, makan pakai, segalanya kami buat bersama. tapi skg, bila dia dah ada penggati lain. saya sakit sakit yg teramat sakit. Saya tgok depan mata saya, dia video call dgn perempuan tu. tapi bila saya tegur dia tak mengaku. saya tgok dia rancak whatsapp dgn perempuan tu sampai tergelakgelak, saya tahan lg dlm hati saya. bila saya ckp semula kt dia dia marah balik saya. Saya cuma minta satu je kt dia, bagi saya last peluang. tapi dia ckp dia dah tak boleh nk teruskan. sbb hati dia Ya Allah saya sakit sgt..dia seolah olah bukan dia lagi,. bila saya ckp pasal apa yg saya tahu,. dia marah semula kt saya. dan dia DENYkan benda tu. sedangkan, saya dah tahu semuanya. saya dah baca semuanya. seolah olah “sudah terang lagi bersuluh”.
saya tengok baca semua conversation dia dan dia telah pun melamat perempuan tu utk menjadi kekasihnya officially date harini 18/7/18, jujur menitis air mata saya. saya tak tahu nak meluahkan pada siapa lagi. (kalau ikutkan banyak lagi yg saya nak luahkan tapi saya tak mampu utk terangkan semuanya, biarlah saya pendam dan merawat sendiri luka dihati ni. biarlah saya mencari ketenangan dan semangat dlm diri saya semula) Tapi alhamdulillah selepas saya baca blogg ni. saya mula sedar, silap saya kerana terlalu menyanyangi manusia lebih dari Yang Maha Esa. tapi saya sedar mungkin apa yg berkalu ni ada hikmah disebaliknya. dan saya percaya mungkin Tuhan mahukan saya utk lebih dekat kepada dia. mungkin Tuhan mahukan saya balik semula pada dia kerana saya telah lama tak bersujud pada dia. Terima kasih Ya Allah sesungguhnya hambaMu ini bersyukur dgn apa yg berlaku, semoga aku diberikan kekuatan utk menghadapi semua ni, semoga Tuhan lapangkan dada aku utk aku terima semua yg jadi dgn hati yg ikhlas dan redha dgn apa yg berlaku. Amin amin amin ya rabbal alamin… sekian saja cerita daripada saya. Semoga kita semua sentiasa diberkati dan sentiasa di dalam rahmatNya. InshaAllah amin.
Yang benar,
Perempuan yg dilukai.
18 July 2018
Rabu
11:41am
assalammulaikum . saya muhammad affandey . saya sedang melalui di mana saat yang paling sukar , mula dari mslh prsnl , kekasih dan kemudian kelurga , masalah saya prsnl , saya x dipeduli oleh sesiapa , x pernah dapat sms atau whtsapp dari sesiapa y bertanya dan ambim berat psl saya , melainkan kelasih sya yang kini menjadi bekas kekasih , d saat saya rapuh dan prlukan ksih syg sokongan dan perhatian itu la sya mngtahui prkra y dia lakukan diblkng sya dngn kawan saya sndri .. hncur berkecai jati sya , sya ambik kptusan balik kg untk tenang kn fkran , setiba sya di kg halaman , x sprti t sya jngkakan fmly sya buang saya .. penderitaan saya bermula pada oct 2017 sehingga la ke saat ini , kegmbiraan sya mnyambut hari raya tahun ini (2018) berganti kesedihan ,saya ingat kan aidilftri tahun ini akan menamatkan segala kesakitan malahan bertambah .. sya seolah olah tersungkur dan x mampu lagi untk bangun , sya cuba berkali kli untk melupakan smua ksdihan ini x mampu .. pernah…. kepada tuan penulis artikel ini tolong saya dngn memberi sya sokongan .. sya prlukan orng yang mampu bagi kata2 smngat .. 0178339752 whtsapp jikalau sudi ?
Aku cintakan seseorang ini. Dia hadir dalam hidup aku taktala aku susah untuk menerima perempuan lain. 3 kali dia mencuba dan aku terus terima untuk kali yang ke 3. Kami bercinta sepertia biasa sehinggalah ada yang memfitnah. Sampaikan hubungan aku dgn family dia dh retak. Aku tetap lagi dgn dia kerana ak terlalu sayangkan dia. Susah sng sme2. Hati dia keras dan ego. Aku selalu rendahkan ego aku untuk dia. Semunya kerana sayang. Ak pnh terpikir untuk give up. Tapi aku x kuat. Aku akan tetap cari dia. Jadi, aku diamkan diri selama sebulan kerana aku terasa dgn caranya. X sangka dalam sebulan itu dia rela cari yang lain dan terus terus salahkan aku kerana semua ini terjadi. Perancangan nikah aku dgn dia hampir musnah. Apa harus aku lakukan supaya dapat lupakan dia? Ak x snggup terima pmpuan lain. Tapi kenapa dia sanggup cari laki lain. Tolonglah aku.
Saya digantung x bertali bukan perkahwinan tapi pertunangan…dia tinggalkan tanpa ada kata putus..yang dia ckp ini karma sebab dia pernah sakitkan hati perempuan lain…kami nak kawin lagi 7 blan…bagi saya kalau dah x suka putus secara baik…telefon keluarga saya…saya jadi manusia kerap nangis bila saya teringat dia…ada beberapa sebab saya tak boleh nak teruskan hidup mcam biasa
>family saya x nak putuskan
>ada yg suruh saya bersabar
>saya terkena sihir
>en tunang larikan diri dari masalah yg saya x tau punca
>org yg lebih tua ada ckp jgan buat keputusan bila marah
>ada yg ckp tunang termkaan ubat guna2…
Hidup dah berbelah bagi….de yg pesan doakan tunang …. kalau betul dia x sedar sakit…saya cuma x suka menunggu pekara yg saya x nampak…saya nampak jalan putus…tapi bnyak yg suruh tunggu…
*pada laki yg luar sana kalau dah x suka pasangan jangan disimpan…terus terang
Tak pernah aku sangka rupanya aku hidup serumah dengan kaki pukul..sudah 3 ari aku dan anak anak di halau keluar..patah hati…
Artikel ini sedikit sebanyak membantu hati yg luka terubat tapi belum cukup kuat..hati bila dah syg terlalu sukar untuk buang perasaan tu.mmg makan masa tapi doa kita tak permah putus dan kita terlalu berharap pada doa yg kita panjatkan itu semoga ditunaikan.tapi bila makan bulan tetap jugak tak tertunai kadang2 hati jadi longlai untuk terus berharap dan berdoa..adakah ini satu dosa???bila hati mempersoalkan kenapa allah swt tak makbulkan doa dan hajat kita eve sudah berkali2 kita memohon malahan makan bulan.adakan kita terlalu dibenci??
Kenapa kadang kadang hati kita masih mahu memaafkan dia dan menerima dia walaupun dia dah lukakan hati kita . Dia curang dengan orang lain tapi kita tetap masih mampu memaafkan dia . Ini yang saya lalui . Setiap hari menangis disebabkan perkara ni . Walaupun hati saya dah memaafkan dia tapi hati saya masih sakit dengan apa yang dia dah buat . Sampai saya tak boleh nak percaya kan . Berkali kali dia ulang benda yang sama .
boleh la whtsapp kita berbagi cerita jikalau saudari sudi
0178339752
Sebelum kawen hati ini sentiasa berbunga2 krn terlalu yakin akn si dia akan membahagiakan aku slps akad berlangsung namun sangkaanku meleset sama sekali..janji yg dijanjikan si dia sblm kawen X pna aku rasai..tiada lagi kehangatan cinta spt awl prkenalan dulu..kini baruku tau siapa si dia yg sebenar..aku kecewa..teramat2lah kecewa hngga hatiku kini kosong utknya..Hanya kpd Allah aku mengadu sgalanya..
boleh la whtsapp kita berbagi cerita jikalau saudari sudi
0178339752
menjauh untuk kebahagiaan dia . . Dekat,hati ini selalu di lukakan . . 10 tahun bukan satu masa yang singkat . . banyak kenangan tercipta . . dari sahabat kepada kekasih . . maaf , kita takkan jadi sahabat . . Bukan benci , tapi terlalu terluka dan cukup2lah diri ni asyik di persalahkan . . dah x mampu lagi untuk bertahan :’) Alhamdulillah sekarang ALLAH jodohkan dengan insan yang menyanyangi diri ini . .
Saya telah berkahwin… Tahun ini masuk 9 tahun… Sepanjang 9 tahun byk suka duka yg saya lalui… Pada awal perkahwinan suami kaki perempuan… Ada sahaja perempuan yg di layan…. Selain itu kaki maki… Dia akan keluarkan kata2 kesat kepada saya walaupun depan orang lain… Ibu bapa saya.. Ibu bapa dia.. Ipar saya.. Saya malu…. Dia juga lebih bergantung kewangan dengan saya…. Sehingga saya mnjadi benci dan rimas… Dan semua ini saya biarkan sehingga 9 tahun bersama…Sehingga kini.. Dia masih kaki maki… Tetapi mgkin sudah tgglkan tabiat kaki perempuan itu… Masih menggunakan duit saya… Cuma… Kini saya tiada lagi hati pada dia… Saya seolah meneruslan perkahwinan tanpa rasa cinta… Dan biarkanan saya hidup dalam keadaan tertekan dan sedih… Atas sbb anak… Saya seolah hidup dalam dosa.. Kerana dlm hati menyimpan perasaan benci yg membuak… Hubungan intim pon adakalanya saya tak lakukan dengan ikhlas… Saya pernah mohon berpisah tetapi dia x mahu dan berjanji akan berubah( sikap panas baran) tetapi tiada apa yg berubah…. Saya x tahu bagaimana nak teruskan semua ni… Saya sedia kehilangan dia.. Tapi dia x mahu lepaskan saya…
Saya cuba untuk meraih semula kekuatan yang dulu. Terlalu memberi sepenuh hati kepada insan yang belum tentu milik kita hingga tiada apa yang tertinggal untuk diri sendiri. Menangis usah diceritakan banyak mana air mata yang telah mengalir hanya kerana dia.Memang sayang tapi hati sering disakiti.Tanpa dia tahu.Kembali bertuhan membisikkan kalimat semangat untuk saya.LAntas sehari demi sehari saya tak pernah jauh dari Tuhan.Sayang tak bermakna harus memiliki.Cinta bukan hak dua insan yang dikatakan bercinta.Redha melepaskan itu yang terbaik.Air mata ini jatuh jua….
Knpe perlu bersedih??anda diuji atas kemampuan masing2.anda diuji kerana anda mampu.jika sayang teruskan.sinar baru sentiasa ada.Allah maha adil lgi mngetahui.sesungguhnya Allah menguji hambanya untuk hambanye kembali kepadanya.Allah rindukan cinta kita kepadanya dan Allah mnguji hambanya untuk mngingatkn kita balik kepadanya.
Pedih.. Bila menyedari diri tertipu lebih lebih lagi dengan orang tersayang yang kita anggap sebati dalam hidup. Kita. Bukan sehari dua tetapi lebih 20 tahun.
Curang.. Berderau darah bila mengingati perkataan itu..
Takdir.. Mungkin kafarah dosa disa lama.. Allah maha penyayang.
Sinar.. Masih adakah lagi untukku..
Jika dia itu hanya pasangan yg bercinta mungkin mudah utk kita move on / let him go tetapi bukan mudah jika dia itu pasangan halal kita. Hati ini berkali2 dilukai dgn pengkhianatan & penganiayaan namun tiap kali itu juga la diberi peluang yg da ke berapa kali. Sampai satu tahap tiada lagi kepercayaan pd dia, hanya perlu meneruskan hidup dengan apa ada nya. Hnya mampu bersabar & berserah selagi dikurniakan nafas.
Terkesima dgn kata2 diatas. Ini yg saya perlukan sekarang. Utk cuba meninggalkan dia yg kerap melukakan hati ini. Sekarang kepercayaan ku pada nya semakin ketirisan…
Aku perlukan KEKUATAN itu untuk berpisah denganya.
Saya tidak bisa menerima apa yang ditakdir kan ke atas saya. Berkali2 dia lukai saya tidak perduli saya. Saya hanya mampu bertahan dan menangis disetiap hari. Setiap kali saya menangis saya selalu ingat anak saya. Saya tau saya Sudah banyak dosa. Mungkin TUHAN balas dengan ini semua. Saya mendapat lelaki uang selalu menyakiti saya tidak perduli saya. Saya selalu ingat bagaimana Saya mau berpisah dari dia. Kalau saya tak ada uang. Apa yang harus saya lakukan. Harap bagi pendapat Saya mohon. Saya tidak mau terus terluka seperti ini. Saya mau dia bahagia. Saya cuma tidak boleh terima dia karena dia Sudah hamili saya dan mau saya pergi dari hidup dia. Saya hati ada berkata mau pergi dari dia. Tapi saya tidak tau knp saya tetap bertahan bersama dia
Saya sayang diaa , saya tknak hilang dia:( hari hari menangis , siap merayu , bukan meraih simpati saya jugaa minta hak saya untuk bahgia
Alhamdulillah. Itu kata pertama daripada hati saya setelah cerita yang saya impikan terputus di tengah jalan. Setahun sudah berlalu, dan hari ini, saat ini saya jauh lebih kuat. Benar, Allah tak pernah menguji lebih daripada mampu kita. Tiada kesalan dan dendam dalam hati saya tentang apa yg telah berlaku. Dia sudah pun menemui bahagianya sekarang dan saya doakan sampai syurga manakala utk saya, saya yakin dan pasti Allah tak kan siakan kesabaran ini. Ujian ini menjadi nikmat utk saya bila saya yakin bahawa Allah itu tak pernah silap dalam mengatur hidup hambaNya. Bangkit dan bangunlah setelah sedih. Maafkan diri sendiri, berhenti menyalahkan diri atau pun sesiapa. Belajar sayangkan diri dan mereka² yang masih ramai sayangkan kita. Masih panjang lagi jalan yang kita harus tempuh di depan sana. Perjalanan ini tak terhenti kerana seorang manusia, tak terkubur kerana hilangnya dia tapi perjalanan akan benar terhenti jika kita hilang Allah dalam hidup kita. Mulai saat ini, hiduplah utk Allah, hiduplah untuk diri sendiri.
Saya cuba kuatkan diri dgn move on..sya mtk Allah limpahkan kasih syg dan cinta pd hti sya hingga sya xmampu membenci dia wlupn dia telah curang dn khianati sya. Doa sja utknya..hti kita milik Allah..kerana sya syukur Allah telah memberi peluang utk sya kenal dn cintakan dia. Allah pisahkan kerana wataknya sudah berakhir dlm hidup saya
Saya cuba utk move on. Setelah sepi dn membawa diri hampir satu setengah tahun..saya kembali merayu pada nya. Merendahkan diri…buang ego namun beliau hanya pandang saya sebelah mata saja. Malu nya. Namun saya tak tahu mengapa..saya tetap merayu dan erus merayu. Saya tahu ia memalukan namun saya ttp melakukannya. Tolong saya.
Kita kena igt.. Kita pun ada harga diri.. Jgn kerana terlalu sygkn seseorang tu sampai kita letak maruah kita kt bwh..awk kena fikir,, dia masih pedulikan lg ke dkt awk?knpe nak bazirkan air mata sndri kn.. Percayalah dkt perancangan Allah.. Lepaskan ape yg dah berlaku.. Setiap yg berlaku ada hikmah.. Mungkin Allah nak temukan awk dgn org yang lebih baik..mungkin awk fikir dia yg terbaik tp belum tentu..awk patut brsyukur sbb Allah dh jauhkan awk dari zina kecil.. Jgn pernah berhenti berdoa kpd Allah.. InshaAllah Allah ada plan yg lebih baik utk awk.. Perancangan yg terbaik utk hambaNya yg bersabar..
Sama kes macam saya, dah 5 bln cuba untuk lupakan apa yang jadi..tapi makin saya cuba…makin kuat ingatan bayangan silam tu. saya banyak diamkan diri, doa yang tak pernah putus, saya byk buat keje untuk lupakan tapi sentiasa ada bayangan dia dalam hati..dalam gerak geri saya.. saya masih tak kuat nak hadap bila dia tetiba senyap.. saya sedar mgkn saya tak penting tapi mengapa jadi macam ni..
bila saya sendiri, automatik air mata jatuh..susah saaya nak hilangkan smua2 kenangan..huwaaaaa
#kudihalamanrindu