
Jika diberikan peluang, ramai yang mencuba untuk merasa betapa manisnya percintaan.
Betapa berbunga-bunga hati saat itu.
Ada seseorang yang sentiasa menemani. Ada yang menyayangi.
Siapa yang tidak mahu?
Tapi kita selalu terlupa apa yang mungkin terjadi di penghujung setiap kebahagiaan.
~ Perpisahan.
Langit Tak Selalunya Cerah. Ada Ketikanya Mendung Datang.
Ada saat hujan petir yang melanda. Setiap percintaan bukan semuanya berakhir dengan kegembiraan dan senyuman.
Tanpa kita pinta, perpisahan akan hadir juga. Hanya cepat atau lambat.
“Bila kita bersedia untuk menerima kehadiran seseorang itu, maka kita juga harus bersedia untuk kehilangannya kerana setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Berpisah kerana ajal maut atau berpisah hidup. “
Ada yang jatuh tersungkur apabila terjadinya perpisahan.
Tak mampu untuk menerima takdir. Menerima kenyataan.
Hingga ada yang memilih jalan yang salah demi melupakan kesakitan itu. Ada yang memilih untuk menyakiti diri sendiri semata-mata untuk tagih simpati dari si dia.
Apa Yang Akan Kita Ddapat? Apa Yang Diharapkan Sebenarnya?
Ingin dia kembali hanya atas dasar simpati? Atas dasar rasa bersalah pada diri kita?
Jangan terlalu rendahkan ego kita demi sesuatu yang memang dah berakhir.
“ Perpisahan itu kadang-kadang memberi sejuta hikmah disebaliknya. “
Bangkitlah.
Mungkin susah. Mungkin memakan masa.
Kita sendiri belum pasti berapa lama masa yang akan kita ambil. Mungkin bukan esok hati itu sembuh. Mungkin berbulan-bulan. Mungkin bertahun.
Tapi selagi kita mencuba, berusaha untuk bangkit, pasti ada jalannya.
Kadangkala Allah hilangkan mentari. Kemudian Dia datangkan guruh. Puas kita menangis mencari mana mentari kita. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah.“
Berhenti Merayu. Berhenti Berharap Keindahan Cinta Dulu Akan Kembali.

Sampai bila kita nak berharap?
Sampai bila kita nak pegang janji dia?
Apa jaminan untuk setiap penantian?
Apa jaminan kita akan kembali bahagia andai dia menoleh kembali pada kita?
Jika kita berani bercinta, berani serahkan hati kita pada insan lain, kenapa kita tak mampu nak beranikan diri untuk bangkit kembali saat kita dikecewakan?
Kenapa keberanian itu hanya hadir di saat senyuman meniti di bibir?
Mana menghilang di saat air mata menemani pipi?
“Putus cinta itu sebenarnya adalah salah satu dari rahmat Allah. Kerana itu merupakan cara untuk Dia membuat kita sedar kita telah mencintai orang yang salah.“
Semangat itu ada.
Cuma kita yang terlalu mengasihani diri kita atas perpisahan itu hingga kita tak nampak kekuatan untuk bangkit kembali berlari itu.
Berhenti mengasihani diri sendiri. Sampai bila nak terus begitu?
Sampai bila nak menangis untuk sesuatu yang sudah berlalu.
“Belajarlah untuk mencintai dirimu sendiri sebelum kamu memilih untuk mencintai orang lain.”
Mari Belajar Mencintai Diri Sendiri Dahulu
Kembali ke saat kita belum mengenali dirinya.
Antara sedar atau tidak, kita telah sekian lama tidak mencintai diri sendiri saat kita telah jatuh cinta.
Buktinya?
Kita biarkan hati kita terluka berkali-kali.
Kita jaga hati dia sebaik mungkin agar dia tak kecewa.
Segala kesedihan kita tanggung sendiri.
Biarkan semua berlalu seolah-olah tiada kesakitan yang terkesan.
Mana cinta kita pada diri kita sendiri?
Semuanya hilang demi menjaga hati insan lain.
Kembalilah ketawa seperti sediakala. Mungkin hati kita kosong saat dia melangkah pergi.
Tapi itu bukan bermakna hidup kita berakhir. Masih ramai insan lain yang mampu mengisi kekosongan itu.
Kalau sebelum kita kenal dia kita mampu hidup sendiri, bila dia berlalu pergi kita juga masih mampu berdiri di atas kaki sendiri. Mungkin lebih gagah.
Andai dia sudah bahagia walaupun tanpa kita disisi, kenapa kita tak boleh buat perkara yang sama?
Jika dia tersenyum gembira, kenapa kita masih biarkan air mata yang menemani? Kenapa biarkan hidup kita makin suram?
“ When he/ she breaks your heart. He/ she feels nothing. He/ she moves on quickly. Like nothing happened. You feel as if a piece of you is missing. You can’t eat, you can’t sleep. All you do is think about him/ her.
Wondering if he’s/ she’s thinking of you. Wondering if he/ she misses you. You’re depressed for weeks, months, sometimes longer. But then you realize what’s important in life.
And you decide that you need to worry about yourself. You soon move on. And he’s/ she’s stuck watching you smile and realize. He/ she messed up. He’ll/ she’ll regret everything. “
Menangis itu tak salah. Menangis lah sekali sepuas hati. Lepaskan segala di dalam tangisan itu.
Segala perasaan duka. Hampa. Kecewa.
Tapi jangan biarkan berterusan. Kuatkan diri, hati untuk terus bangun, bangkit daripada tangisan itu. Lapangkan dada untuk teruskan hari-hari akan datang.
“ Holding on is being brave, but letting go and moving on is often what makes us stronger and happier. “
Jika tangisan itu masih belum mampu untuk buat kita kembali bangkit, carilah seseorang untuk kita luahkan isi hati.
Seseorang yang boleh dipercayai. Yang mampu memberi semangat seikhlas hati. Yang mampu bawa kita ke jalan yang terbaik untuk melupakan dia.
Andai Tak Punya Sesiapa Yang Mampu Memahami?

Ingat. Kita masih ada Allah.
Jika manusia tak mampu, kenapa takut untuk cari Allah?
Kenapa takut untuk luahkan padaNya. Ceritalah segala-galanya pada Allah.
Luahkan semua rasa yang terpendam. Biar hati lapang. Biar jiwa tenang.
Jangan takut. Jodoh kita mungkin ada diluar sana.
Walaupun bukan dia tapi kita akan bahagia.
Allah akan berikan yang terbaik untuk hambaNya yang kuat dan tabah. Bersabarlah dan berdoa.
“ Walau seremuk mana hati dilukai. Bentuklah ia semula. Dan serahkan pada Allah. “
Penutup: Serahkan Hati ini Pada Allah. Biar Dia Jagakan.
Dia akan berikan kebahagiaan saat kita sudah benar-benar sudah bersedia.
Lupakan kesakitan semalam. Bangkitlah untuk hari ini dan hari-hari yang akan datang (:
“ You’ll never get what you truly deserve if you remain attached to what you’re supposed to let go of. “
Adakah hati anda selalu disakiti berkali-kali?
Tetapkah anda bertahan dengan kesakitan itu?
Saya ingin sekali untuk mendengar apa yang bermain dalam fikiran anda pada bahagian komen dibawah.
Saya disakiti dilukai oleh org yg saya pernah cintai. Orang yg saya tk pernah curang. Seluruh hidup saya berkorban utk dia.. suami saya yg sekerang dh jadi bekas suami. Namun saat kami dah ber’bekas’ pun.. hati ni masi ttp disakit. Dulu dia kejar isteri org.. kemudian isteri org tu mtk cerai dgn suami dia pastu kawen dgn suami saya masa tu. Kemudia saya pula diceraikan. Balik la saya ke kampung dom umah menumpang umah org tua bersama 2 anak yg masih blajar. Dah 11 tahun semua tu terjadi.. tapi susah rasa macam masih baru sbb isteri dia tu kawan baik saya yang saya pernah mengasuh anak dia. Dia buat kerja MLM. huwaaaa.. hidup ni mmg penuh dugaan..
terima kasih ats article di ats… betul2 wat dri ini sedar, saat sedang jatuh dek krana perpisahan yg x terduga… panas yg disangka smpi ke petang, rupanya guruh ditengah hari.. sy begitu bahagia dgn die, hingga hari2 sy penuh dgn senyuman n gelak ketawa.. diberi layanan seperti tuan putri, hingga apa sahaja yg sy idamkn, x pena satu pkataan x boleh keluar dr mulutnye… terlalu bhagia hingga mak n adik2 nmpk kbhagiaan kami… tiba2 dgn x semena2, bhagia itu drentap bile saat sy menghubunginya.. seorang prmpuan memaki hamun sy mngatakn si die adalah suaminya dan mreka telah punyai anak 3 orang… betapa sy terkejut… menerawang otak, terduduk, tanpe sy sedar sy menanges… ya allah… allah shj yg tau btapa sakitnye sy… doakn sy pulih dri kesedihan yg tramat sgt ini…. skadar meluahkn isi hati yg terpendam, semoga mnjadi pengajaran buat yg lain…
Macam semuanya dh terlambat. Diusia mencecah 60an seharusnya hidup llebih bahagia tapi semakin meruncing. Rasa macam telur dihujung tanduk . nk bertindak apa2 pun dh terkewat
X mampu terima kenyataan insan yg amat dikasihi kerana Allah setelah lebih 30 thn hid up bersama….aku xpernah sayang kamu…Subhanallah..AllahuAkhbar
Sekali melangka kedepa ja
nggan lagi menoleh kebelakang. setuju dengan admin.
Pengalaman dlm bercnta kli prtma sngt perit..brtahan slma
4tahun..meninggalkn sya utk pmpuan yg ke3..tnpa penjelasan…block semua lamn sosial supya sya x lih berhubung dgn dia…smpi kni sya dlm usaha melupakn dia…
kita tak boleh buat perkara yang sama?
Jika dia tersenyum gembira, kenapa kita masih biarkan air mata yang menemani? Kenapa biarkan hidup kita makin suram?
“ When he/ she breaks your heart. He/ she feels nothing. He/ she moves on quickly. Like nothing happened. You feel as if a piece of you is missing. You can’t eat, you can’t sleep. All you do is think about him/ her.
Wondering if he’s/ she’s thinking of you. Wondering if he/ she misses you. You’re depressed for weeks, months, sometimes longer. But then you realize what’s important in life.
And you decide that you need to worry about yourself. You soon move on. And he’s/ she’s stuck watching you smile and realize. He/ she messed up. He’ll/ she’ll regret everything. “
You’ll never get what you truly deserve if you remain attached to what you’re supposed to let go of. “
Sebabtu ramai yg rasa sukar utk mempercayai setelah fail in this ‘test’ and.. what i have learn here. This is only a test. So akak kena moving on to recover hati sendiri. Take time as your words,
“Walau seremuk mana hati dilukai. Bentuklah ia semula. Dan serahkan pada Allah. “
Diam. Senyum biarpun terluka. Berdoa. Ubati hati kita dulu sebelum meneruskan langkah.
dah hampir 3 tahun berpisah..percintaan dgn si dia hanya mampu bertahan selama 5 tahun akhirnya terputus jua… hanya kesedihan yg terasa..tanpa kata..hanya linangan airmata yg mampu tertera..tetap tertawa spt biasa..walau di hati berasa kosong..kadang sendiri..melayani emosi hati..kadang mengadap Allah menyerah diri meratapi diri…tp hanya manusia biasa ..akan tetap tersungkur jauh..melayani amarah sendri..tp kini masih begini n terus menyepi..ntah apa yg di nanti… adakh masi mengharap kasih kembali seperti dulu……
article yang sangat baik. saya masih lagi dalam situasi ini.
saya biarkan diri saya menunggu dan menunggu sesuatu yang mustahil.
7 tahun percintaan dlm masa 8 tahun perkenalan.. Hanya ambil masa 1jam setengah dia luahkan tidak pernah cintakan saya, selalu fikirkan bagaimana cara untuk tinggalkan saya, segala janji hanya palsu, panggil saya perempuan tak ada harga diri, segala bantuan kewangan yang saya beri, tidak pernah dia harapkan. Sebaliknya hanya menerima kerana saya beria ingin berikan.
Masa dan bantuan kerja yang saya bantu, sikit pun tak memberikan apa2 makna untuk dia.
Katanya saya yang nk buat, bkn dia yg paksa @ suruh.
Tuhan.. Ya Allah mudahnya dia bercakap & beri alasan tanpa sikit pun reaksi menunjukkan rasa bersalah @ simpati padaku. Sekian lama aku berikan cinta dan pertaruhkan segalanya.. Sekelip mata segala berubah.
Aku kau persalahkan, katanya aku yang menyebabkan semua ini terjadi..
Mana mungkin aku diamkan bila terbongkar segala.. Kau tutupi kesalahan dengan meletakkan segala kesalahan dibahuku.
Pagi kau bilang sayang.. Tengahari kau ambil tahu bertanya segala hal.. Petang bila terbongkar segala kau katakan aku yg gila.. Aku guna-gunakan kau sehingga terjadi semua ini.
Kalau aku guna-gunakan kau, bkn aku kena tanggung semua ini, bkn aku yang tanggung kau, bkn aku menanggis siang malam fikirkan kesudahan hubungan kita, bkn aku yg korbankan segala.
Selama ini semua membantah hubungan ini, aku pertahankan, aku yakin walau kau tak mampu namun kau ikhlas sayang dan akan menjagaku.
Rupanya aku silap.. Tanpa selindung kau burukkan aku secara berdepan, kau salahkan aku kerana terpaksa teruskan hubungan ini walau tanpa rasa cinta dan sayang.
Kini 3 bulan telah berlalu.. Kau tetap bahagia.. Ternyata memang kau tak pernah bahagia bersamaku selama 7 tahun ini. Cuma aku yang hidup dalam angan dan terlalu mengharapkan kau selama ni.. Biar kau gelakkan aku, kata aku tak boleh hidup tanpa kau. Aku akan merayu untuk kembali.. Mana mungkin.. Walau aku tangisi hampir setiap malam.. Tidak akan aku tunjukkan sedih hadapanmu.. Aku tak perlu lelaki seperti kau lagi.. Akan aku anggap kau tak wujud dlm hidup aku. Sekarang yang aku tangisi bkn perpisahan ini tetapi kenapa wujud lelaki seperti kau.. Hanya untuk pergunakan org lain untuk kesenangan sendiri. Andai benar kau bertindak zalim, khianati segala, fitnah dan menganiayaku.. Biarlah Allah tentukan segala balasan yang setimpal terhadapmu…
.sy brcinte dgn si dia suda setahun lbey. tpi pade setahun hbungn ktorang dia bertunang dgn pmpuan lain. sy sgt sdey. sy maseh brsme nan dia skrg. dan dia pun dah bertunang. sy tak mampu nak tnggl kn dia ataupun melupa kan dia. stiap kali kami gaduh sy akan mengadu dgn Allah untuk memberi petunjuk. sekiranya jodoh sy dgn dia satu kn lh kami. jika jdoh ku bukan dgn nya Engkau pisahkn lh kami dgn cara yg sebaik nya. pada keesokan hari nya. hbungm sy dan si sia sperti biase. sy tidal tau mengapa hal ini berlaku kpade sy. ianya ujian Allah. hbungn kami okey sperti biase. jike kami brtengkar. kami akn okey sperti sedia kala. dia membritahu bhawe dia lbih menyayngi sy berbnding tunang nya. tpi kata-kata lelaki tidak selalu nya benar. harus kah sy brsme dgn si dia lagi.
Salam..
cerita kita ada persamaan.. bezanya sekarang lelaki tersebut telah pun bernikah dan mempunyai anak.
kami berkawan sejak 2010. dia bernikah pada 2013. dan hingga kini kami masih bhubung dan dia masih menabur janji dgn saya. kini saya mula menjauhkan diri dari dia.
nasihat saya kalau x keberatan untuk awak terima,
tinggalkan lah dia. sebelum awak terus terusan menyakiti hati sendiri.
memang mudah utk cakap tinggalkan, dan sy sendiri alami, tp sekarang atau kemudian, awak akn tetap kena buat keputusan juga.
kalau betul jdoh kuat, insyaAllah Allah pmudahkan mengikut cara yang betul.
saya doakan awak mendapat kebahagiaan ddunia dan akhirat. :)
Assalamualiakum…
sya lina…
sya nk share ksedihan sya kat sini..
sya dgn dia dh jalin kan hubungan 1 tahun 5 minggu..
dia janji dgn sya hujung tahun nie dia nk merisik sya jadi tunang dia…
dia ada lh sikit panas baran…
sya sngat syg n cinta kn dia..
dia suruh sya cari lelaki lain..
tapi sya x mampu..
sebab hati sya cuma untuk dia..
sya cuma nak kan dia je..
sya x nak kan org lain..
tapi mama papa sya x suka kan dia..
xtau lah kenapa..
apapun sya akan tetap pertahan kan hubungan nie sampai dia jadi milik sya yg sah…
Aamin Aamin ya robal Aalamin..
Semoga allah kabul kan doa sya..
6 tahun brcinta sgala mnis dan duka kmi tmpuhi brsama ana, namun c dia bukan la jodoh qu, aq redoh Dah 2 tahun brlalu
Msi tringat janjinya pada aq bri pnjelasan & alasan yg membuatkan aq msi lgi setia mnunggu janjinya kmbli kepankuanku,
Perpisahan sngatla menyakitkan hati pabila sdia tnggalkan kita, 6 tahun brsama x smuda itu guehh mlupakan dia mnkin ini ada cinta pandang pertama guehh, hati ini memang benar ssunggunya msi mencintainya & brharap pulang kepangkuan ku sunggupun guehh dah tau
Yg dia dah brbahagia brsama orng lain,
Dlam pda msa yg sama hati ini benar2 ingin mlupakan knangan guehh & dia,
Sebab dlam masa satu 2 blan ni hti ini
Telah trbuka tuk seseorang pmpuan yg pnyangi diri ini mskipun dia tau kisa silam gueh & mnggati kekasi yg dulu yg hilang
Gueh buat yg trbaik untuknya & x ingin kehilangan buat kli yg 2…..Reney
6 tahun brcinta sgala mnis dan duka kmi tmpuhi brsama namun c dia bukan la jodoh qu, aq redoh Dah 2 tahun brlalu
Msi tringat janjinya pada aq bri pnjelasan & alasan yg membuatkan aq msi lgi setia mnunggu janjinya kmbli kepankuanku,
Perpisahan sngatla menyakitkan hati pabila sdia tnggalkan guehh, hati ini memang benar ssunggunya msi mencintainya & brharap pulang kepangkuan ku sunggupun guehh dah tau
Yg dia dah brbahagia brsama orng lain,
Dlam pda msa yg sama hati ini benar2 ingin mlupakan knangan guehh & dia,
Sebab dlam masa satu 2 blan ni hti ini
Tlahah
sye semangat balek
Sy pun pernah kena benda ni..sy tngu dia dkt sthun akhir skli dia ckp slme ni dia bgi hrpn palsu kt sy1.st time dlm hidup sy Allah bukak hati..yewla. pkir umur pun 23…rasa masa dh ssuai nk cri calo suami..apepun sy ambil hikmah dri kejaidain..sy rasa hubugan sy dan Allah makin dekat.dan sy yakin..jnji Allah .lelaki baik untuk perempuan baik..:)
Mengalami saat yang sama mcm dalam artikel,sama sgt2..terima kasih untuk artikel ini,buat saya terfikir luas tentang segala ape yg terjadi dengan penuh positif…
Thanx atas artikel yg tlh dipaparkn..persoalan..macam mana jika kita yang minta stop atas sebab kita tak rasa hubungan itu tak patut diteruskan dan risau dia bukan jodoh kita..jadi risau kecewa kemudian..tetapi selepas itu kita rasa serba bersalah..time tu dia sayang lagi..mohon nasihat ?
Saya pun rasa benda sama dah 5 tahun hubungan kami, saya minta berkawan dulu sebab saya nak tumpukan perhatian dalam pelajaran. Tapi dalam masa yang sama, saya layan je dia.. Rasa sayang takpernah berkurang, walaupun saya kata benci, saya kurang beri layanan curang sekali pun tak pernah sedangkan dia?? Esok ulangtahun perkenalan kami.. Bila saya tanya, dah lupa ke kenangan sepanjang 5 tahun hubungan kita ni? Dia cakap once dia dah move on, dia buang semua.. Masa tu hancur hati tak dapat bayang macam mana.sedihhh.. Dia sudah ada yang lain, cepat nya dia jumpa pengganti. Janji2 dulu hanyalah palsu..saya masih simpan ayat2 dia cakap.. “I hope our relationship will last till we die”. Ya Allah aku simpan dalam favorite wechat kut. Pastu bila aku cakap, balik kat dia.. Dia cakap, tu duluuuu… Senangnya dulu tabur kata2. Sekarang tiap2 hari aku baca blog ni nak pujuk hati :'( takpela slow2 aku redha.. Mungkin kerana aku terlalu mencari cinta manusia melebihi cintaNya. It’s ok yang terbaik tak datang sekarang, mungkin bila aku sudah sedia… Allah, berikan aku kekuatan tunjukkan ku jalann . Aku sedang berusaha menjadi lebih baik agar aku punya jodoh dalam kalangan yang baik juga :’).. -Z…
Kadang2 bila kita dah setia.habis segala kasih syg diberikan.pengorbanan.dan kesabaran.tetap juga org yg kita syg pergi dgn Izin Dia.kecewa?marah?sedih? Semua itu pasti rasa.berserahlah pada yg Esa.Dia melakukan yg terbaik utk hambaNya.yg patah tumbuh,yg hilang berganti.aku mengalaminya sendiri.Yakin pd Pemilik Cinta!
I MISS ALLAH SO MUCH AT THIS MOMENTS…..:'(
I’VE FORGOT HIM FOR SOME MOMENTS…..
BUT ONE THING I REALIZED..
EVERYONE IS IMPERFECT….
TO ADMIN THANKS ALOT…:)