Bagaimana untuk melepaskan masa silam dan move on?

Terima apa yang ada, lepaskan apa yang telah pergi, dan yakinlah dengan perjalanan hidup yang Allah telah aturkan..
Pasti ada perkara dalam hidup kita yang akan menemui titik noktah yang tidak dapat dielakkan lagi.
Perpisahan, kehilangan dan kekecewaan selalunya akan membuatkan kita terduduk. Membuatkan kita terasa sukar kembali memberi kepercayaan.
Cukuplah sekali hati kita pernah hancur.
Oleh itu, tutuplah kisah lama dan buka halaman baru.
Apa yang penting adalah untuk membina kekuatan melepaskan masa silam yang bukan lagi menjadi sebahagian daripada hidup anda.
Ia berkenaan bagaimana kita menerima hakikat; apa yang terjadi memang diluar kawalan kita.
Saya tahu, move on dan melepaskan masa silam bukanlah satu perkara mudah. I’ve been there.
Sekali hati kita sudah terguris, parutnya akan membekas selama-lamanya. Menyembuhkan luka itu, adalah satu perjalanan yang amat panjang dan penuh dengan air mata.
Tapi percayalah, setiap kepayahan dan keperitan yang anda lalui sekarang, Allah telah aturkan hikmah dihujungnya.
Jika anda terus tabah dan cekalkan hati untuk terus bertahan dalam perjalanan ini, maka perjalanan yang sukar tapi indah ini akan mengajarkan anda perkara-perkara ini:
1. Hidup tetap berjalan. Walaupun anda pilih untuk kekal dengan kisah silam.
Jadi mengapa kita pilih untuk perkara yang merugikan?
Perubahan yang paling hebat berlaku dalam hidup anda adalah apabila anda membuat keputusan untuk mengambil alih perkara yang anda boleh kawal, bukannya terhadap perkara yang anda tiada kuasa keatasnya.
Ada perkara yang ada dalam genggaman. Ada perkara yang tak dapat kita capai. reda, Tuhan tahu apa yang lebih baik.
2. Ada sebab untuk kita terus bersyukur
Hidup kita kita tidak selalunya mudah, tapi pasti anda sebab untuk kita selalu bersyukur.
Dan anugerah terbesar dalam hidup adalah; semakin kita bersyukur, semakin kita akan nampak hikmah terhadap setiap perkara yang terjadi.
Dia telah aturkan perjalanan yang jauh lebih indah dari apa yang kita rancang.
Percaya saja. Tuhan menggenggam semua doa. Lalu dilepaskanNya satu persatu di saat yang paling tepat.
Sabar.
Allah takkan biarkan hambaNya berduka selamanya.
3. Ujian dan kesakitan akan membentuk kematangan kita
Optimislah dengan ujian. Itu hadiah Tuhan.
selalunya, halangan terbesar dalam kematangan hidup yang perlu anda atasi adalah fikiran anda sendiri.
Sebaik sahaja anda boleh mengatasi itu, anda boleh mengatasi apa-apa sahaja yang mendatang.
Belajarlah menjadi bijak.
Cukup bijak mengelakkan diri daripada semua bisikan-bisikan di sekeliling anda. Beri tumpuan kepada apa yang penting.
Mulakan untuk membuat perkara yang betul dari awal. Mintalah panduan daripada Allah.
3. Bagaimana untuk melepaskan masa silam dengan senang?
Tidak semudah yang disangka.
Sebab, kadang-kadang…
…perkara yang nampak kecil inilah yang mengambil ruang paling besar dalam hati kita.
Rahsia untuk move on dengan senang dan tenang adalah dengan memfokuskan segala tenaga anda bukan untuk membaiki dan memadam perkara lalu, tetapi membina dan hidup dengan perkara baru.
Jangan lagi merungut, jangan lagi cuba untuk mencantum kembali serpih-serpih harapan yang telah hancur itu.
5. Hanya anda boleh mengawal diri anda
Melepaskan masa lalu tidak bermakna anda telah tidak lagi peduli tentang orang lain, tetapi ia cuma anda telah sedar bahawa satu-satunya perkara yang anda boleh kawal sekarang ini adalah diri anda sendiri.
Being positive doesn’t mean you choose to ignore life’s problems.
It means you trust the Almighty will find a way out if you do your best.
6. Apa perkara yang perlu kita tinggalkan
Dalam kebanyakkan masa, kita tidak boleh menenangkan ribut yang melanda – tidak berbaloi untuk mencubanya.
Apa yang kita boleh buat adalah menenangkan diri kita sendiri, dan ribut itu akan berlalu pergi.
Ia bukan bermakna kita lari dari masalah, tetapi membawa diri melihat setiap masalah itu dari sudut yang berbeza.
Apabila kita semakin meningkat usia dan lebih matang, kita mula sedar apa yang kita perlukan dan apa yang perlu kita tinggalkan.
Kadang-kadangkala melangkah keluar dari sesuatu perkara adalah satu langkah ke hadapan.
7. Bagaimana kita menghadapi sesuatu perkara?
Anda sentiasa boleh mengawal cara anda bertindakbalas terhadap setiap perkara yang berlaku.
Dan bagaimana anda bertindak dengan tenang dan matang, itu adalah kekuatan anda yang sebenarnya.
Sentiasa berfikir dengan teliti sebelum membuat keputusan.
Jangan bertindak terburu-buru. Sering kali kita memutuskan perkara apabila kita sedang marah atau tertekan. tidak.
Bersabar.
8. Macam mana untuk faham ibrah sesuatu perkara?
Akan tiba suatu masa dimana anda mula ‘memahami’ sesuatu perkara, dimana pada saat itu anda telah berhenti untuk mempersoalkan setiap perkara yang terjadi.
Pada saat itu, anda akan menemui kembali ketenangan yang dicari apabila anda benar-benar telah melepaskan semuanya pergi.
Takdir kadangkala tidak memerlukan kita untuk faham. Kita cuma perlu untuk menerima.
Giving up and moving on are two very different things.
9. Kita mesti melepaskan perkara yang tidak pasti.
Bersedialah menempuhi hidup dengan hati yang terbuka, ia lebih mudah berbanding kita selalu menentangnya.
Cabaran terhebat adalah untuk menerima diri dan kehidupan kita sendiri seadaanya, tetapi jangan pernah berhenti belajar untuk mengembangkan kesemua kebolehan kita.
Mohonlah perlindungan daripada Allah agar dipermudahkan hidup.
Growth and change may be painful sometimes, but nothing in life is as painful as staying stuck where you don’t belong.
10. Belajar daripada kesilapan lepas
Sebenarnya, perkara yang sukar adalah bukan untuk melepaskan masa silam, tetapi kita takut untuk memulakan kembali hidup kita.
Past is the past. Learn from it and begin again.
This time always pray Allah shows you better way.
11. Melangkah ke jalan kehidupan baru memang sukar ..
..tetapi tidak lebih sukar daripada terus tinggal dalam satu kisah yang tidak lagi wujud, yang tiada lagi kaitan dengan diri kita.
Sometimes there are things in our lives that aren’t meant to stay.
Sometimes the changes we don’t want are the changes we need to grow.
12. Kenapa kita patah hati dan dikecewakan?
Kadangkala Allah patahkan hati kita untuk menyedarkan kita, untuk membantu kita melepaskan, untuk menunjukkan bahawa kita lebih layak terhadap sesuatu yang lebih baik berbanding apa yang kita kejar.
Allah tidak mahu kita terluka lebih dalam.
Tuhan selalu tahu apa yang terbaik.
Jadi perbanyakkan doa dan perbaiki diri kita sendiri dahulu.
13. Kita merasa tidak bahagia kerana kita tidak mahu menerima takdir yang Allah telah tuliskan.
Percaya lah setiap yang hadir mengajar tentang sesuatu, jatuh bangun dan luka itu beri pengajaran, menjadi manusia yang berpengalaman, yang lebih matang tentang kehidupan.
Bila kita menganggap takdir Allah itu indah-indah belaka, pastinya kita yakin Allah itu sangat kasih.
Saya ni manusia, saya menulis ini tentang jalan yang saya lalui.
Tidak semua cerita akan berakhir indah tapi akan ada salah satu dari jalan-jalan yang kita lalui itu berakhir dengan indah.
14. Jangan sedih yang keterlaluan
Bersedih terlalu lama akan merosakkan jiwa kita.
Bila kita hilang dalam kesedihan yang keterlaluan, maka anda lebih mudah melakukan kesilapan demi kesilapan.
Anda sukar berpegang kepada realiti dan tidak sedar bahawa itu hanyalah emosi yang mengganggu pemikiran anda.
Jangan lupa, Tuhan selalu ada untuk kita percaya dan meminta.
Jangan pernah berhenti berhubung dengan Allah. Bercakap denganNya.
Beritahulah setiap apa yang anda rasa.
Dialah menciptakan kita semua. Hanya Dia yang dapat menggantikan kesedihan dengan kegembiraan.
Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah Mengetahui segala isi hati.”
[Al-Maidah:7]
15. Bila kita dapat melihat hikmah?
Saat itu akan tiba apabila kita akan melihat bahawa Allah sentiasa memberi apa yang kita perlukan, bukan apa yang kita mahu.
Jangan melihat setiap musibah atau kesedihan yang terjadi itu sebagai hukuman, tetapi sebagai pengajaran dan isyarat Allah supaya kita kembali kepadaNya.
Jangan pernah salahkan takdir untuk setiap kesilapan yang anda buat.
Belajar daripadanya.
Ia adalah sebahagian daripada rancanganNya untuk anda melalui jalan yang sarat dengan pengajaran.
This life’s a well designed puzzle. We don’t know how the puzzle pieces fit. Always trust the Designer, the Almighty. He has the best plan.
16. Salah satu tugas paling sukar dalam hidup adalah membuang seseorang yang pernah terpahat di hati
Dalam kehidupan, orang datang dan pergi.
Mungkin yang pernah singgah itu banyak meninggalkan kenangan yang terlalu dalam untuk dilupakan.
Jangan membatasi diri hanya pada satu nama, iaitu orang yang kita rasa suka dan yang kita cintai.
Kita tidak akan tahu sebab-musabab Allah menetapkan begitu.
Tetapi yang pasti, semua ketetapan Allah itu mempunyai hikmah dan kebaikan kepada kita, sama ada kita sedar atau tidak.
Some flowers grow best in the sun while others grow best in the shade. Allah knows us best, so He puts us where we grow best..
17. Hati anda mungkin pernah hancur berkecai, hancur sehancur-hancurnya.
Tetapi Allah itu Maha Adil dan Maha Penyayang, hati anda pasti tetap akan beransur-ansur pulih dan dapat merasakan keindahan hidup sekali lagi.
Hidup ini sentiasa berubah-ubah, kekecewaan itu selalu datang silih berganti. Things change. People change. Circumstances change.
Apabila ada seseorang pergi dari hidup anda, pasti ada seseorang yang lain pula akan tiba. Anda pasti akan merasa hidup semula nanti.
So, accept the change and be happy with it.
Tidak Selamanya Kita Akan Tenggelam Dalam Kesedihan dan kekecewaan..
Jujur, jika anda memilih untuk move on, anda harus bersedia menahan kesakitan yang mendadak untuk membuka jalan kepada lembaran baru dalam hidup anda.
Tetapi jika anda memilih untuk terus tinggal dalam kisah lama, kesakitan itu pasti semakin lama semakin bertambah sehingga merosakkan jiwa anda, seperti kanser..
Sehinggalah pada satu hari nanti anda tersedar bahawa perkara inilah yang membunuh anda selama ini.
Namun semuanya sudah terlambat.
The longer we regret, frustrated, and grieving, the more weight we carry in our hearts.
Life is more than that. live your life.
Saya sentiasa ingin mencari jalan untuk membantu melegakan beban dan masalah yang anda hadapi.
Tinggalkan komen anda pada ruangan dibawah agar kita sama-sama boleh berkongsi penyelesaian.
Saya suka untuk membaca setiap komen yang ditinggalkan. Terima kasih saya ucapkan atas feedback anda.



Ga sadar sambil menangis membaca artikel ini.. iya Allah selalu bersama saya.. bersama kita semua.. saya berusaha dan selalu berusaha mengambil hikmah dari semua sakit yang saya alami.. 4 tahun membina hubungan.. dan setelah merencanakan pernikahan..ternyata dia malah mewujudkannya bersama wanita lain.. yang lebih menyakitkan.. saya mengetahui nya setelah 4 bulan pernikahan mereka.. istrinya memberi tahu kalau saya tidak boleh mengganggu suaminya lagi.. dan saat saya ingin meminta penjelasan padanya..dia malah menghilang seperti tidak perduli dan tidak merasa bersalah.. sering saya berpikir.. adilkah ini untuk saya?? Saya tidak pernah dengan sengaja ingin menyakiti org lain.. kenapa saya harus mengalami kejadian ini.. saat saya sekarat memulihkan diri dan hati.. dia malah berbahagia bersama keluarga nya.. adilkah ini untuk saya?? Tapi saya tetap percaya Allah maha Adil.. jika tidak sekarang saya percaya suatu hari nanti hikmah itu akan saya rasakan..
Dah setahun berlalu..
Tapi kesakitannya masih terasa..
6 tahun bercinta tapi dengan mudah dia jatuh cinta lagi dengan orang lain..
Sy memilih untuk melupakannya
Namun perjalanan sangat sulit untuk d tempuhi.. Semoga Allah segera mempertemukan sy dengan lelaki yang lebih baik dan bertanggungjawab..
Saya selalu terasa tersisih dan selalu terasa keseorangan.. Sy banyak membaca artikel tuan Alhamdulillah sakit itu sedikit terubat.. Ya hanya dengan menerima takdirNya hati kembali tenang… Terima kasih tuan atas penulisan yang banyak melegakan sy disaat sy down.. Tq
assalamualaikum..
saya masih lagi dlm proses untuk move on, saya selalu repeat baca artikel ini bg panduan untuk saya. saya jtuh cinta dengan rakan sekerja saya, dan dia bakal berkahwin dlm ms 2 bulan lagi. sebelum ini dia pernah memberi hint kepada saya bahawa dia menyukai saya, tetapi saya terlalu lurus untuk menyedarinya, ( saya tak pernah bercinta) sehinggalah saya bercerita kepada adik dan kawan saya, saya terlalu bersedih selepas mengetahui bahawa dia akan berkahwin dengan rakan lama dia dari terengganu, saya tahu saya sudah terlambat untuk menyatakan cinta saya kepada dia, memandangkan dia akan berkahwin lg 2 bulan, tetapi saya sendiri masih bergelut dengan perasaan saya , inikan pula saya berjumpa dengannya setiap hari, di pejabat di gym(skrg sy menukar masa ke gym) , memasak untuk dia selama lebih 2 tahun hampir setiap hari tanpa gagal (sometimes dia bg duit kos masak) until now i still cook everyday.. sbb saya sendiri tidak tahu bagaimana untuk menghentikan semua ini… saya buntu dan keliru.. bagaimana saya nak move on kalau setiap hari saya melihat dia, berjumpa dengannya? bantu saya..
Abang Naim,
Alhamdulillah sekarang Saya Dah move on sejengkal. Feels better. Bayangan gurauan si dia Dah berkurang. Saya mula menerima hakikat yang saye mungkin sudah di reject Oleh si dia yg menyepi sekian lama. Saya sudah detoks all things that gave me headache. Bile stress kurang Dan Saya solat air mata menitis kerana Saya dapat petunjuk yang Allah timpakan Saya ujian Dari saat Saya lahir dgn kekurangan kasih Sayang sehingga sekarang supaya Saya rapat Dan cinta kepada nya Dan itu lah cinta sejati. Saya Masih memerlukan kekuatan . Sudah 5 tahun selepas perceraian Dan Saya masih merangkak utk meneruskan kehidupan. Semoga Allah memberi saye lebih kekuatan .
InsyaaAllah.. pasti ada sebab setiap ujian yang Allah timpakan.
Salah satunya adalah membina kekuatan hati kita agar lebih tabah. Tidak semua kita boleh lupakan dengan segera, malah mungkin tidak dapat.
Tapi semua itu adalah pengajaran agar kita refleks kembali, dan lebih berhati-hati di masa hadapan. Juga membuatkan kita lebih rapat dan bergantung kepadaNya.
Semoga suhaila terus kuat mengharungi hidup. Jangan sesekali tinggalkan doa ya? :)
Assalamualaikum abg naim..sy nk brtanya bagaimana jika sy digunakan oleh allah untuk selamatkan org lain..bagaimana sy nk trima prbuatan allah tu..bgimana jiwa sy nk tenang bila trpikir setiap masa allah gunakan sy..mngapa kejam sgt allah ni aniaya sy..sy xtahu pe ksalahan sy..knp bnde ni jd kt sy..bagaimana sy nk trima smua ni ya allah..bantu sy abg naim..
Wassalam.
Allah tak pernah zalim dik. Allah tak pernah mempergunakan adik. Semuanya bersebab. Abang ada tulis artikel khas untuk adik: https://akuislam.com/blog/renungan/allah-zalim-patah-hati-kecewa/
Salam,
Pengalaman saye bercerai dua kali sangat menyakitkan . Saya bercerai kerana Saya hampir jadi gile. Lepas cerai suami kacau Saya Dan keluarga Dan Saya dapat nervous breakdown . Ayah pulak meninggal. Anak pertama Dari suami pertama di ambik Oleh keluarga mereka. Katanye Kalau I stabil kahwin balik Boleh dapat balik anak Tu. Tapi bile Dah kahwin Nak pergi ambik anak esok nye katenye I lost the right . Dah Kene tipu buta2.
Selepas ayah meninggal dapat offer kerje ke kl. Sehari sebelum Ke kl anak Kedua pulak Kene ambik . Dah Tu saye X de choice sbb baru lepas nervous breakdown tapi Ade org Sudi bagi kerje gaji tinggi Kene la ambik Dan to prove to family I still can make it . Bcoz diaorg Nak kurung I dlm Rumah jadi maid sbb giler . Dah tu 2 tahun kerja ngan boss baru die buat mcm Kuli Batak pulak . Jerit 2 cam org giler . Dgn semua staff camtu tapi ngan saye lebih lagi sbb saye sabar . Anak baru hilang ni . Terus I depressed X leh focus . Kerje non stop until night sbb company besar .tapi syukur punye pasal terime aje until org jealous boss Sayang . Pastu org mengata pulak ckp kenapa I biar diri di buli boss . Nak cerite Kat org X leh sbb dlm mase same boss banyak Tolong ngan jerkah same banyak . Pastu Xde tempat Nak ngadu. Yg datang suami org semua . Yg I minat suke Kat I tapi sbb depressed I punya words n behavior jadi X betul org pun turn off . Sekejap gelak, sekejap senyum , sekejap stres .. Panjang lagi ceritenye
Nak Sambung balik … So I X Layan suami org sbb u X Nak Rosakkan Rumah tangga sesape . Tapi bcoz Kat kl ni org open minded so just kawan2 nothing more than that .
Lastly I quit my job . Xde saving sbb stress duit pun X leh simpan . Kerje company baru gaji rendah Kat separuh .
Cerai Dah 5 tahun , anak pertama Dah 12 tahun Dan yg Kedua 8 tahun . Lepas berenti kerje baru la tenang sikit . Terus I unfriend ngan semua lelaki coz suami org ni pandai berkawan. Die X buat kite rase yg dia Nak Kat kire tapi konon nye Nak kawan . Baru semua terang . Baru Boleh proses Nak ambik anak balik .
Tapi hati ni ditikam 2 dgn mase silam yg perit. Tiap2 mlm baca Quran Dan zikr tapi my past keep coming to me.
Nasib baik walau stress Dan kerje cam Nak mati I still look ok bukan mcm Makcik tue. Ramai lelaki mude Nak tapi takut sbb die tak tau yg kite ni jande anak 2. Pastu takut Nanti tua diaorg Cari pompuan lain. Kalau tak Nak jadi gitu Kene jage diri betul 2.but I don’t want to live with my insecurity . Pastu suami mmg I X Nak . The guy yg I fall in love at the first sight Tu yg suke I balik Dah senyap tak Layan my wassap n buat I sedih . Die Duda n bukan org sebarangan . Tapi sbb I buat gile die terus buat senyap . I wish he can see how much better I am now n how is my real self . But he never knew much about me… So now Dah dapat ketenangan sikit,I plan Nak buat biz n I won’t terhegeh2 Kat sesape lagi .. Dekat lebih 10 lelaki satu haram tak jadi ape.. I wish I could be like this years ago tapi takdir yg push me to go through all these . I jumpe psychiatrist Kat 5 org .. Now I hv to start evtg from scratch n at the same time Kene juggle visit anak n back to work until Boleh transfer sekolah next year .. Sunyi di hati Allah saje yg Tahu … I X tau bile full ketenangan Boleh dapat .. It just comes very slowly
Assalamualaikum.
Saya sekarang sedang diuji dalam hubungan. 6 tahun, tak mudah nak buang terus dari hati ni. Kadang2 cuba positif, tapi syaitan lagi kuat hasut untuk jadi lebih negatif. Istikharah, solat hajat setiap malam. Kerap kali mimpi si dia. Malam sy buat istikharah, mimpi si dia. Esok paginya,kami ada di tempat yang sama secara kebetulan. Pakai baju warna yang sama secara kebetulan. Sy jadi keliru dengan jawapan istikharah. Adakah dia memang jodoh sy atau cuma satu kebetulan. Setiap kali solat, doa, sy selalu mohon supaya Allah jauhkan dia dari sy, jauhkan sy dari dia jika dia bukan jodoh saya. Tapi, si dia masih datang balik dan mintak maaf. Sekarang saya masih lagi teruskan solat hajat dan istikharah supaya Allah beri petunjuk apa yang terbaik.
Wassalam Cahaya,
Istikarah juga datang dalam bentuk ketenangan hati.
Mungkin perkara-perkara yang terjadi itu adalah kebetulan sahaja.
Apa-apa pun mohonlah agar Allah memberi ketenangan hati dan rasa yakin terhadap keputusan itu.
cahaya…kisah awak sama macam saya. saya nak tanya, keadaan awak masih sama ke sekarang? boleh tak email kepada saya di [email protected] …saya nak tanya sesuatu kat email nanti
Rumahtangga ku bina hancur.perpisahan atas sikap baranku..mudah bertengkar.krn aku rasa dia sllu tidak peduli perasaan aku.pedih aku rsa perpisahan itu bila dia punyai org lain.ya..hatiku hancur berkeping²..tatkala aku berduka..aku gagahkan diri utk mnjaga 2 ankku. Ya tak mudah ..tp lama² segala perasaan aku terhadapnya..aku buang sedikit demi sedikit.rindu? Maaf…bkn stelah aku dibohongi..Syg? Maaf bkn setelah berpuluh² pembohongan aku tatap.Aku mngenali apa itu Cinta melalui semua sikap dia.aku masih dlm proses utk Move On..dan setiap hari aku bermohon pada Allah..agar aku bahagia bersama ank² ku.Ya sakit…tp aku mahu bahagia. Aku mahu ank² ku gembira.Moga Allah beri dia petunjuk dan jodohkan dia dgn org² yg baik .
Semoga tuan dikuatkan hati dan dipermudahkan jalan hidup.
Alhamdulillah. Saya sentiasa membaca artikel di blog ini. Ianya sentiasa menyedarkan saya. Memang benar kita kena teruskan hidup.Saya mengalihkan pemikiran saya kepada perkara baru seperti menjaga kucing sebagai ahli keluarga baru, bertukar lokasi kerja dan berjumpa rakan kerja baru sedikit sebanyak membantu untuk saya move on.
Alhamdulillah.
Semoga Sha terus membuat kemajuan yang positif dalam hidup.
Saya doakan luka dihati semakin pudar dan sha menemui kehidupan yang lebih baik :)
Assallamualaikum,
Terimksh sntisa ada di kala hati gundah dan duka mghimpit jiwa.Sllu mjd pguat ht utk terus mlgkah mghrung duka.Semua nota seakan memahami setiap duka yg sy hdpi.
Teruslh berkarya.Semoga Allah mrahmati anda.
Wassalam,
Semoga dapat membantu mengurangkan rasa luka, dan mengingatkan sophy kepada yang Maha Menyembuhkan Hati.