17 Nota Penting Untuk Melepaskan Masa Silam Dan Move On

Bagaimana untuk melepaskan masa silam dan move on?

melepaskan masa lalu yang menyakitkan
Lepaskan masa silam yang menyakitkan…

Terima apa yang ada, lepaskan apa yang telah pergi, dan yakinlah dengan perjalanan hidup yang Allah telah aturkan..

Pasti ada perkara dalam hidup kita yang akan menemui titik noktah yang tidak dapat dielakkan lagi.

Perpisahan, kehilangan dan kekecewaan selalunya akan membuatkan kita terduduk. Membuatkan kita terasa sukar kembali memberi kepercayaan.

Cukuplah sekali hati kita pernah hancur.

Oleh itu, tutuplah kisah lama dan buka halaman baru.

Apa yang penting adalah untuk membina kekuatan melepaskan masa silam yang bukan lagi menjadi sebahagian daripada hidup anda.

Ia berkenaan bagaimana kita menerima hakikat; apa yang terjadi memang diluar kawalan kita.

Saya tahu, move on dan melepaskan masa silam bukanlah satu perkara mudah. I’ve been there.

Sekali hati kita sudah terguris, parutnya akan membekas selama-lamanya. Menyembuhkan luka itu, adalah satu perjalanan yang amat panjang dan penuh dengan air mata.

Tapi percayalah, setiap kepayahan dan keperitan yang anda lalui sekarang, Allah telah aturkan hikmah dihujungnya.

Jika anda terus tabah dan cekalkan hati untuk terus bertahan dalam perjalanan ini, maka perjalanan yang sukar tapi indah ini akan mengajarkan anda perkara-perkara ini:


1. Hidup tetap berjalan. Walaupun anda pilih untuk kekal dengan kisah silam.

Jadi mengapa kita pilih untuk perkara yang merugikan?

Perubahan yang paling hebat berlaku dalam hidup anda adalah apabila anda membuat keputusan untuk mengambil alih perkara yang anda boleh kawal, bukannya terhadap perkara yang anda tiada kuasa keatasnya.

Ada perkara yang ada dalam genggaman. Ada perkara yang tak dapat kita capai. reda, Tuhan tahu apa yang lebih baik.


2. Ada sebab untuk kita terus bersyukur

Hidup kita kita tidak selalunya mudah, tapi pasti anda sebab untuk kita selalu bersyukur.

Dan anugerah terbesar dalam hidup adalah; semakin kita bersyukur, semakin kita akan nampak hikmah terhadap setiap perkara yang terjadi.

Dia telah aturkan perjalanan yang jauh lebih indah dari apa yang kita rancang.

Percaya saja. Tuhan menggenggam semua doa. Lalu dilepaskanNya satu persatu di saat yang paling tepat.

Sabar.

Allah takkan biarkan hambaNya berduka selamanya.


3. Ujian dan kesakitan akan membentuk kematangan kita

Optimislah dengan ujian. Itu hadiah Tuhan.

selalunya, halangan terbesar dalam kematangan hidup yang perlu anda atasi adalah fikiran anda sendiri.

Sebaik sahaja anda boleh mengatasi itu, anda boleh mengatasi apa-apa sahaja yang mendatang.

Belajarlah menjadi bijak.

Cukup bijak mengelakkan diri daripada semua bisikan-bisikan di sekeliling anda. Beri tumpuan kepada apa yang penting.

Mulakan untuk membuat perkara yang betul dari awal. Mintalah panduan daripada Allah.


3. Bagaimana untuk melepaskan masa silam dengan senang?

Tidak semudah yang disangka.

Sebab, kadang-kadang…

…perkara yang nampak kecil inilah yang mengambil ruang paling besar dalam hati kita.

Rahsia untuk move on dengan senang dan tenang adalah dengan memfokuskan segala tenaga anda bukan untuk membaiki dan memadam perkara lalu, tetapi membina dan hidup dengan perkara baru.

Jangan lagi merungut, jangan lagi cuba untuk mencantum kembali serpih-serpih harapan yang telah hancur itu.

kita harus melepaskan masa silam


5. Hanya anda boleh mengawal diri anda

Melepaskan masa lalu tidak bermakna anda telah tidak lagi peduli tentang orang lain, tetapi ia cuma anda telah sedar bahawa satu-satunya perkara yang anda boleh kawal sekarang ini adalah diri anda sendiri.

Being positive doesn’t mean you choose to ignore life’s problems.

It means you trust the Almighty will find a way out if you do your best.


6. Apa perkara yang perlu kita tinggalkan

Dalam kebanyakkan masa, kita tidak boleh menenangkan ribut yang melanda – tidak berbaloi untuk mencubanya.

Apa yang kita boleh buat adalah menenangkan diri kita sendiri, dan ribut itu akan berlalu pergi.

Ia bukan bermakna kita lari dari masalah, tetapi membawa diri melihat setiap masalah itu dari sudut yang berbeza.

Apabila kita semakin meningkat usia dan lebih matang, kita mula sedar apa yang kita perlukan dan apa yang perlu kita tinggalkan.

Kadang-kadangkala melangkah keluar dari sesuatu perkara adalah satu langkah ke hadapan.


7. Bagaimana kita menghadapi sesuatu perkara?

Anda sentiasa boleh mengawal cara anda bertindakbalas terhadap setiap perkara yang berlaku.

Dan bagaimana anda bertindak dengan tenang dan matang, itu adalah kekuatan anda yang sebenarnya.

Sentiasa berfikir dengan teliti sebelum membuat keputusan.

Jangan bertindak terburu-buru. Sering kali kita memutuskan perkara apabila kita sedang marah atau tertekan. tidak.

Bersabar.


8. Macam mana untuk faham ibrah sesuatu perkara?

Akan tiba suatu masa dimana anda mula ‘memahami’ sesuatu perkara, dimana pada saat itu anda telah berhenti untuk mempersoalkan setiap perkara yang terjadi.

Pada saat itu, anda akan menemui kembali ketenangan yang dicari apabila anda benar-benar telah melepaskan semuanya pergi.

Takdir kadangkala tidak memerlukan kita untuk faham. Kita cuma perlu untuk menerima.

Giving up and moving on are two very different things.


9. Kita mesti melepaskan perkara yang tidak pasti.

move onBersedialah menempuhi hidup dengan hati yang terbuka, ia lebih mudah berbanding kita selalu menentangnya.

Cabaran terhebat adalah untuk menerima diri dan kehidupan kita sendiri seadaanya, tetapi jangan pernah berhenti belajar untuk mengembangkan kesemua kebolehan kita.

Mohonlah perlindungan daripada Allah agar dipermudahkan hidup.

Growth and change may be painful sometimes, but nothing in life is as painful as staying stuck where you don’t belong.

 


10. Belajar daripada kesilapan lepas

Sebenarnya, perkara yang sukar adalah bukan untuk melepaskan masa silam, tetapi kita takut untuk memulakan kembali hidup kita.

Past is the past. Learn from it and begin again.

This time always pray Allah shows you better way.


11. Melangkah ke jalan kehidupan baru memang sukar ..

..tetapi tidak lebih sukar daripada terus tinggal dalam satu kisah yang tidak lagi wujud, yang tiada lagi kaitan dengan diri kita.

Sometimes there are things in our lives that aren’t meant to stay.

Sometimes the changes we don’t want are the changes we need to grow.


12. Kenapa kita patah hati dan dikecewakan?

Kadangkala Allah patahkan hati kita untuk menyedarkan kita, untuk membantu kita melepaskan, untuk menunjukkan bahawa kita lebih layak terhadap sesuatu yang lebih baik berbanding apa yang kita kejar.

Allah tidak mahu kita terluka lebih dalam.

Tuhan selalu tahu apa yang terbaik.

Jadi perbanyakkan doa dan perbaiki diri kita sendiri dahulu.


13. Kita merasa tidak bahagia kerana kita tidak mahu menerima takdir yang Allah telah tuliskan.

Percaya lah setiap yang hadir mengajar tentang sesuatu, jatuh bangun dan luka itu beri pengajaran, menjadi manusia yang berpengalaman, yang lebih matang tentang kehidupan.

Bila kita menganggap takdir Allah itu indah-indah belaka, pastinya kita yakin Allah itu sangat kasih.

Saya ni manusia, saya menulis ini tentang jalan yang saya lalui.

Tidak semua cerita akan berakhir indah tapi akan ada salah satu dari jalan-jalan yang kita lalui itu berakhir dengan indah.

move on


14. Jangan sedih yang keterlaluan

Bersedih terlalu lama akan merosakkan jiwa kita.

Bila kita hilang dalam kesedihan yang keterlaluan, maka anda lebih mudah melakukan kesilapan demi kesilapan.

Anda sukar berpegang kepada realiti dan tidak sedar bahawa itu hanyalah emosi yang mengganggu pemikiran anda.

Jangan lupa, Tuhan selalu ada untuk kita percaya dan meminta.

Jangan pernah berhenti berhubung dengan Allah. Bercakap denganNya.

Beritahulah setiap apa yang anda rasa.

Dialah menciptakan kita semua. Hanya Dia yang dapat menggantikan kesedihan dengan kegembiraan.

Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah Mengetahui segala isi hati.”

[Al-Maidah:7]

15. Bila kita dapat melihat hikmah?

Saat itu akan tiba apabila kita akan melihat bahawa Allah sentiasa memberi apa yang kita perlukan, bukan apa yang kita mahu.

Jangan melihat setiap musibah atau kesedihan yang terjadi itu sebagai hukuman, tetapi sebagai pengajaran dan isyarat Allah supaya kita kembali kepadaNya.

Jangan pernah salahkan takdir untuk setiap kesilapan yang anda buat.

Belajar daripadanya.

Ia adalah sebahagian daripada rancanganNya untuk anda melalui jalan yang sarat dengan pengajaran.

This life’s a well designed puzzle. We don’t know how the puzzle pieces fit. Always trust the Designer, the Almighty. He has the best plan.


16. Salah satu tugas paling sukar dalam hidup adalah membuang seseorang yang pernah terpahat di hati

Dalam kehidupan, orang datang dan pergi.

Mungkin yang pernah singgah itu banyak meninggalkan kenangan yang terlalu dalam untuk dilupakan.

Jangan membatasi diri hanya pada satu nama, iaitu orang yang kita rasa suka dan yang kita cintai.

Kita tidak akan tahu sebab-musabab Allah menetapkan begitu.

Tetapi yang pasti,  semua ketetapan Allah itu mempunyai hikmah dan kebaikan kepada kita, sama ada kita sedar atau tidak.

Some flowers grow best in the sun while others grow best in the shade. Allah knows us best, so He puts us where we grow best..


17. Hati anda mungkin pernah hancur berkecai, hancur sehancur-hancurnya.

Tetapi Allah itu Maha Adil dan Maha Penyayang, hati anda pasti tetap akan beransur-ansur pulih dan dapat merasakan keindahan hidup sekali lagi.

Hidup ini sentiasa berubah-ubah, kekecewaan itu selalu datang silih berganti. Things change. People change. Circumstances change.

Apabila ada seseorang pergi dari hidup anda, pasti ada seseorang yang lain pula akan tiba. Anda pasti akan merasa hidup semula nanti.

So, accept the change and be happy with it.

 

Tidak Selamanya Kita Akan Tenggelam Dalam Kesedihan dan kekecewaan..

Jujur, jika anda memilih untuk move on, anda harus bersedia menahan kesakitan yang mendadak untuk membuka jalan kepada lembaran baru dalam hidup anda.

melepaskan masa silam

Tetapi jika anda memilih untuk terus tinggal dalam kisah lama, kesakitan itu pasti semakin lama semakin bertambah sehingga merosakkan jiwa anda, seperti kanser..

Sehinggalah pada satu hari nanti anda tersedar bahawa perkara inilah yang membunuh anda selama ini.

Namun semuanya sudah terlambat.

The longer we regret, frustrated, and grieving, the more weight we carry in our hearts.

Life is more than that. live your life.

Saya sentiasa ingin mencari jalan untuk membantu melegakan beban dan masalah yang anda hadapi.

Tinggalkan komen anda pada ruangan dibawah agar kita sama-sama boleh berkongsi penyelesaian.

Saya suka untuk membaca setiap komen yang ditinggalkan. Terima kasih saya ucapkan atas feedback anda.

Photo of author

Muhamad Naim

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

377 thoughts on “17 Nota Penting Untuk Melepaskan Masa Silam Dan Move On”

  1. TERIMA KASIH ,

    selepas baca ini .. saya ada semangat untuk mulakan hidup baru .. dan tahu apa perlu buat ..

    doakan saya kuat !!!

    saya ada ALLAH yang sentiasa ada dengan saya .. cuma saya yang jauh dari DIA .. astaga

    DOAKAN saya .

    Reply
    • Amin..
      Semoga apa yang didoakan dimakbulkan Allah.

      Kadangkala ujian yang datang adalah petanda dari-Nya agar kita kembali merapatkan diri. :)

      Reply
  2. Assalamualaikum.
    Slps mmbaca artikel di atas tdi…mmg btl…saya mengalami keadaan yg tertulis..kekecewaan/kesedihan yg tdk dpt dibendung..org yg hadir dlm kehidupan ini pergi dan datang umpamanya saya sprt bustop.yg menyakitkan hati ada yg malu berkawan dgn saya..sya sll sbr kn hati ini untuk mnghadapi semuanya.kdg2 saya perasaan sktht dan benci itu dtg dgn tiba2nya….bygkn org yg dia suka..adalah kwn saya sendiri….lbh2 org org itu mmg sll di depan mata…

    Reply
  3. Assalamualaikum.syukur artikel saudara sedikit sebanyak memberi semangat kpada saya..pngalaman sya mengenali seorang lelaki slma 8thun yg berjanji akn menjd suami saya hancur berkecai apabila dia minta break..Allah saja yg tau mcm mana prasaan saya time tu.seminggu saya pujuk dia.tp,langsung x dlyn.saya ditinggalkn tanpa sebab.dia terus snyap smpai skrng.hr ni,genap 3buln sya ditinggalkn.tp,tipu la kalau saya kata saya dah lupakan dia..tiap2 hari masih berdoa agar tuhan kuatkn j0d0h kami..saya yakin dia jd0h saya dan saya yakin Allah mendengar luahan hati saya..bukan tak nak m0ve on.tp,hati ini masih padanya :(((

    Reply
    • Penatnya Ya Allah 8 tahun mnyulam cinta.Mesti byk mngharapkan sesuatu yg indah.Allah telah tuliskan jodoh kita sejak usia kita 4 bln didlm kandungan.Kita genggam sekuat mana..jika dia bukan jodoh kita maka bukanlah.Tp yakinlah..Allah dah sediakn yg terbaik utkmu.Mungkin juga dia..mgkin juga org lain.Kita selalu lalai dan x bersyukur..Tak igt Allah bila kita gembira.Bersyukurlah..Allah x pernah salah dlm menetapkan jodoh manusia.Yakinlah..berdoalah..Allah dah sediakan yg terbaik utk kita.Allah x kn biarkan hamba-Nya bersedih selamanya.Aku doakan kamu berjaya mngatasi semua ini.Bukan mudah..ya..sbb aku juga mngalaminya spti kamu.Bezanya aku berkahwin.Moga kamu sentiasa di dlm redha Allah.Amin ya rabbal alamin..

      Reply
    • misshim…sy 6 tahun bersma..tp putus tgh jln sbb kuarga ex xnak kt sy atas sbb sy org jauh dan alasan mereka klau sy kawin ngn ex sy akan bwk lari ex jauh dr mereka terutamanya ayah ex.bgitulah tanggapan mereka terhadap sy.mgkin bg mereka sy adalah pompuan yg jahat.tp x mengapalah Allah lbh mengetahui siapa diri sy.sblm putus kuarga ex da ada pilhan mereka sendiri tuk djodohkan ngn ex.sy merayu spy ex x tggalkan sy.tp ex bkeras nak ikut ckp kuarga sbb tkut derhaka.mgkin sy tllu mdesak ex bg pluang kt sy,akhirnya ex nekad tolak dua2 (sy n pilihan kuarga ex).ex ckp dia nak cari yg baru cpt2 spy sy x rayu dia lg.hati sy msa tu Allah ja yg tau..pedih kecewa..ex tetap x hiraukan sy.x smpai 6 bln bpisah sy nmpk gamba ex kawin ngn org lain.x psti pasangan ex tu pilihan kuarga atau pompuan yg bru sja dia kenal.hati sy sgt kecewa ngn tindakan ex.6 thun sy setia tggu dia tp x smpai 6 bln dia da pilih org lain sbg istrinya.hari2 sy doa spya sy kuat hadapinya.x dnafikan sy msh sygkan ex tp dlm msa yg sma sy kena kuat tuk lupakan ex.mmg bnr jodoh ketentuan Allah..tp siapalah kita utk mgetahui msa depan n jodoh kita.skrg sy serahkan semuanya kpd Allah..sy lbh bharap kpd Allah..soal jodoh sy da x fikir lg..apa yg harapkan adalah hikmah yg terbaik utk sy atas ujian ni.sbb sy yakin ngn janji Allah yg begitu pasti..InshaAllah..

      Reply
  4. Saya pernah terluka. Sangat terluka. Orang yang saya letak kepercayaan 100% secara xsedar telah menipu saya. Dua kali.
    Walaupun telah saya maafkan kerana dialah orang yang istimeawa bagi saya tapi terlalu sukar untuk pulihkan kepercayaan.

    Reply
    • Tarik nafas dalam-dalam dan sebutkan dalam hati bahawa awak boleh.

      InsyaaAllah, bila kita sendiri mahu (menetapkan mindset), hati kita juga akan turut sama mengikuti parkara ini.

      Reply
  5. Salam..terima kasih atas perkongsian yg sedikit sebanyak bagi ketenangan…segalanya saya serahkan pada takdir selepas dikecewakan berulang2 kali…kadang2 terfikir dimana salah dan silap diri yg memang tak pernah sempurna..teruskan menulis dan bg motivasi pada yg sedang berduka n berjuang utk kembali gembira…semoga hati ini diberi kekuatan utk memaafkan dan melupakan..

    Reply
    • Ya. kadangkala kita perlu berhenti seketika dan mendekatkan diri kepada-Nya.
      InsyaaAllah dalam waktu ini kita akan nampak hikmah Allah nak tunjuk.

      InsyaaAllah saya akan menulis selagi diberi kekuatan dari Allah.

      Reply
  6. Terima kasih buat abangda Muhammad Naim..insya Allah bisa kuat menghadapi cobaan hidup..apapun masalah yg dhadapi sabar dan sholatlah kuncinya.. krn ada Allah slalu brsàma kita..

    Reply
  7. Comment correction #2…

    Move on… Ok
    Removing or forget the past, I don’t think so. Because without the past there’ll be no future and everyone that still alive today is a product of their past. Like it or not.
    Only hypocrites that can removing or forgetting their past like they have no past at all.

    Reply
  8. Correction…

    Move on… Ok
    Removing or forget the past, I don’t think so. Because without the past there’ll be no future and everyone that still alive today is a product of their past. Like it or not.
    Only hypocrites that can removing or forgetting their the past like they have no past at all.

    Reply
  9. assalamm..syaa baru dua hari putus..saya dpt tau si dia curang sebb saya terjumpa gmbr die dgn some1….bila syaa adegf lain die xngaku..dan sya x ckp byak forwardkn pix sbgi bukti….selaps tuu die xde komen apa dn terus pergi tanpa kat..no tel saya n semua laman social saya die blok…saya terasa hina n kejam diperlakukn begituu..skang nii saya betul down bukn sebb kwhilangn cinta tapii sebb saya diperlakukan sepeti ituu…tapii saya tetap doakan kebahagian diee..cumaa saya bersyukur sgt tuhan beri petunjuk seblm terlambt..setiapp hari saya berdoa agar tuhan beri saya petunjuk samada die iklhs atau x dengan hubugn ini..alhmdulilah tuhan makbulkn doa saya..tu yang aaya rasa sgt syukur..walupun saya bukn baikk sgt tapi saya rasa tuhan tetap n masih sayang saya…sebb saya x mudahh nk.pcya apatah lagi.nk beei hati ke pada some1 sebbnyaa saya dh berkali2 kcewa. ..saya ingtkn kali ni akan berakhir tapii kecundg lagi…dkang sYa cuba untuk kmbalikn smgt baruu…saya pegg satu ayat dimana kalau die ikhlas saya xkan diperlakukan sebegini….huhu..teima kasihh dgn nota sngt ini juaa…

    Reply

Leave a Comment