Bagaimana Cara Terbaik Menenangkan Hati Yang Sedang Kecewa

kecewa
Bagaimana menenangkan hati yang sedang kecewa? | We come in peace by =Azzeria

Hati sedang kecewa dan terluka?

Hati sedang sangat lemah? Tidak tenang?

Didalam dunia ini, tiada siapa yang mahu merasa kecewa dan terluka.

Apatah lagi menjadi lemah akibat daripada permainan perasaan ini.

Merasa lemah dan tidak tenang sehinggakan air mata ingin sekali untuk menitis setiap waktu.

Cinta itu ada pasang surutnya.

Setiap pertemuan pasti bertemu perpisahan.

Namun bukan semua masalah kekecewaan berlaku kerana percintaan & masalah jodoh.

Ada juga yang kecewa mungkin kerana perkara lain.

Boleh jadi akibat terluka dengan tindakan ibu bapa.

Malah, mungkin juga berkecil hati dengan sikap anak – anak kita.

Pendek kata banyak perkara yang membuatkan hati kita menjadi remuk rendam dan membuatkan kita merasa lemah.

 

Bagaimana Menenangkan Hati Kecewa?

Kita ingin mengelak daripada kelihatan lemah.

kita berpura-pura kuat.

Kita tersenyum, tetapi dalam hati siapa yang tahu betapa peritnya hati kita.

Sampai bila kita harus berpura-pura?

Ingatlah, kita semua adalah manusia. Manusia yang dikurniakan hati dan perasaan.

Ada perasaan lemah & duka.

Mungkin disaat anda sedang membaca artikel ini, anda sedang merasa lemah dan kecewa.

Hati anda merasa tidak tenang.

Mungkin sahaja anda terjumpa artikel ini dari link FB ataupun tergoggle entri ini secara tidak sengaja.

Bismillah, izinkan saya berkongsi beberapa cara untuk menguatkan dan menenangkan kembali hati yang sedang lemah.

Insyaallah, saya juga hamba Allah yang pernah mengalami situasi ini, semoga beberapa petua yang dikongsikan ini dapat memberi membantu anda juga:


1. Membaca Surah Yassin

Mungkin selama ini kita kurang membaca Al-Quran atau jarang sangat membuka kitab suci ini.

Mungkin ini salah satu sebab kita mudah untuk terganggu dan merasa tidak tenang.

Oleh itu marilah kita kembali menghidupkan amalan ini.

Semasa saya sedang mengalami “keserabutan” dulu, saya mengamalkan membaca surah Yassin setiap kali selesai solat.

Alhamdulillah, setiap kali usai membaca Yassin, saya akan merasa tenang.

Memang surah ini mempunyai aura yang mampu menenangkan hati.

Setelah itu, boleh beransur menambah bacaan dengan membaca surah – surah yang lain. Sangatt menenangkan hati

Bagaimana jika sedang haid? Dengarlah bacaan surah ini melalui mp3, etc..


2. Solat Sunat Tahajjud

Bangunlah melakukan solat malam iaitu solat sunat Tahajjud.

Tujuan solat Tahajjud adalah untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangan dalam menghadapi dugaan hidup.

Amalan ini adalah antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.

Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar.

” Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala “

Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihah Selepas itu surah Al-Kafirun & Rakaat kedua bacalah Al-Fatihah, selepas itu surah Al-Ikhlas.

Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam.

Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat.

Selepas itu berdoalah. Berdoalah apa sahaja.

Adukan masalah kita direct kepada Allah.

Mintalah ketenangan hati.

Jika anda kelu untuk berdoa, anda boleh amalkan doa ini:

اللهم اني اعوذ بك من الهم والحزن, واعوذ بك من العجز والكسل, واعوذ بك من الجبن والبخل, واعوذ بك من غلبة الدَّين وقهر الرجال

‘Allahumma innee A’oothu bika minal hammi wal hazan, wa a’outhu bika minal ajzi wal kasal, wa a’outhu bika minal jubni wal bukhl, wa a’outhu bika min ghalabatid deyni wa gahrir rijal.’

(Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kebimbangan dan kepiluan. Aku berlindung kepadaMu dari ketidakupayaan dan kelalaian. Aku berlindung kepadaMu dari perbuatan pengecut dan sifat kedekut. Dan aku mencari perlindungan dariMu daripada  hutang dan  penindasan manusia)

Tips supaya mudah nak bangun

  • Berwudhuk sebelum tidur
  • Baca surah Al Mulk atleast 10 ayat (paling malas la tu..)
  • Baca doa tido dan niat dalam hati “Ya Allah, aku memohon kepada Mu supaya bangunkan aku pada waktu paling afdhal untuk berdoa pada Mu
  • Kunci jam

 


3. Banyakkan Istigfar Dan Berzikir

  • La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
  • Hasbunallaah wa ni’mal wakiil (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)

 – Harus diingat, zikir bukan sahaja di mulut tetapi harus sampai masuk ke hati.


4. Elakkan Mendengar Lagu Bertema Kekecewaan

Ini penting kepada mereka yang baru sahaja mengalami putus cinta / tunang, sila hindari dari suasana yang boleh membuatkan anda sebak.

Elakkan mendengar lagu yang bertemakan putus cinta & kecewa.

KIta ingin menenangkan hati, bukan ingin menyesakkan hati kan?

Jangan menabur garam diatas luka kerana ianya pedih. Biarlah dahulu luka itu sembuh :)


5. Sentiasalah mengingati Allah

Ini yang paling penting sekali.

Sentiasa mengingati Allah.

Yakinlah dengan sepenuh hati bahawa Allah maha mengetahui dan sentiasa bersama kita walaupun apa pun.

Apa yang membuat kita sedih, Allah lebih Maha Kuasa Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita.

Yakinlah kesedihan dan rasa tidak tenang yang Allah beri itu adalah agar kita kembali mengingatiNYA. He loves you no matter what =)

“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” ( QS Ar Ra’d : 28 )

Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” ( QS.At -Taubah : 40 )

Penutup:

Bagaimana?

Rasa masih belum kuat?

Saya sarankan anda membaca artikel dibawah ini pula:

Itu adalah beberapa tips yang ingin saya kongsikan bersama anda.

Ini adalah pengalaman saya dalam menangani rasa tidak tenteram dan bangkit dari kesedihan.

Apakah anda pernah berjaya mengatasi rasa sedih dan tak tenang?

Marilah berkongsi dengan saya bagaimana cara anda mengubati rasa pilu pada ruangan komen dibawah.. :-)

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

943 thoughts on “Bagaimana Cara Terbaik Menenangkan Hati Yang Sedang Kecewa”

  1. sebak saya membaca artikel ni. jam 4.30am 13.8.2013, saya masih lagi menangis mengenangkan nasib diri. lepas solat, tak pernah kering telekung saya dengan air mata. kadang2, hilang pertimbangan diri sampaikan meraung meratap dan merintih tak putus2 kepada Allah. saya tidak pernah berkongsi masalah dengan sesiapa. mungkin sebab saya dah tak percaya pada sesiapa lagi selepas peristiwa seseorang yg sangat2 saya percayai, menjaja masalah saya pada orang lain. Justeru, saya terbeban sendiri dengan kekecewaan yang saya hadapi. 2 tahun setengah menjalinkan hubungan berakhir dengan beban yang terpikul berat di bahu saya sekarang. kenapa lelaki itu sangat2 kejam? ya Allah.. beratnya ujianMu. lapangkanlah hatiku dengan redhaMu.. dan yakini aku bahawa aku mampu hadapi ujianMu ini dengan redhaku.. Ya Allah.. :'(

    Reply
    • Jangan mudah putus asa.. Yakinlah Allah tetap bersama, dan sedang mempersiapkan awak untuk lebih kuat.. lebih kuat dari sebelumnya.. Yang penting, jangan putus hubungan dengan Allah..

      Reply
  2. Saya baru kehilangan kekasih hati. Mungkin Allah menduga kerana sy sering meletakkan cinta manusia di tempat tertinggi. Ya ustaz, mohon lagi tips2 dari ustaz jika ada surah di dalam al-quran yang boleh dibaca serta zikrullah yang menenangkan jiwa. Saya masih gagal menghapus rasa kecewa dan sering menangis.

    Reply
    • Insyaallah saya akan kongsikan lagi apa yang baik.. Namun masalah awak ini hanya masalah masa, sebab awak masih baru merasai.. Insyaallah, tidak lama nanti awak akan tenang.. Keep reading Surah Yaasin ya =)

      Reply
  3. sy lg sedih..kmatian baby lelaki nov 2011 lpas 13hr lahir..setahun bdukalara dapat pggnti tahun ni twimsayangnye mreka bdua telh mngikut jejak arwah abg sjurus selpas lahir..apakh ujian ino kaffrah ats dosa atau sebaliknye..tlg ustz rungkaikan..

    Reply
    • Sabar.. Percayalah setiap yang Allah tetapkan itu adalah terbaik.. puan akan jumpa jawapannya nanti. Tetaplah yakin pada takdirNYa, kerana Dia sentiasa Adil dan Penyayang =)

      Reply
  4. Saya kecil orangnya, saya sering berhadapan dgn situasi orang sekeliling terutama orang yang tidak dikenali untuk mengambil kesempatan pada saya. Bila saya melakukan sesuatu mereka memperlekehkannya, malah mereka menipu saya dan cuba mengambil kesempatan pada saya. Saya cuba untuk mengatasinya tetapi saya tidak berjaya dan merasakan diri saya ini lemah. Saya takut perkara seperti ini tidak membantu saya untuk maju ke hdpn. Apa perlu saya buat?

    Reply
      • Asalamu’alaikum wr,wb saya bru saja putus dg pacar, pengecut sekali laki” itu setelah lama merajut cinta tnpa ada pertengkaran tiba2 menghilang begitu sj tanpa pesan kejam sekali dia menikam saya dri belakang dia pergi dg wanita lain dg janji2 yg telah dia ingkari,,ya Allah hanya kpadamu lah hamba berserah diri,,rasa sakit ini teramat berat saya mohon nasehat nya pak ustad terimakasih!

        Reply
        • As Salam.. jgn dikenang kisah yang lalu, bangkit dan mulakan hidup yang baru ya..

          Jangan lupa amalkan doa ini,

          Ajarkan doa ini:

          الْلَّهُمَ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَ الْحَزَنِ , وَ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَ الْكَسَلِ , وَ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَ الْبُخْلِ , وَ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَ قَهْرِ الْرِّجَالِ

          (Ya Allah! Aku berlindung dengan-Mu daripada perasaan keluh kesah dan berdukacita, dan aku berlindung dengan-Mu daripada sikap lemah dan malas, dan aku berlindung dengan-Mu daripada sifat takut dan bakhil, dan aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang dan kekerasan lelaki (penindasan orang)).

          # Seperti biasa, mulakan doa dengan istighfar, fatihah, dan selawat terlebih dahulu

          Reply
          • Insya’Allah pak Ustad,,ini sungguh sangat menyiksa batin rasa malu dan kecewa sangatlah amat perih dia berjanji tdk akan meninggalkan saya kecuali klau dia MATI tp pada akhirnya kenyataan nya sangat lah berlawanan, dia meninggalkan saya tnp pesan tnp putusan dan tanpa kata maaf, dia yg saya kenal dg kasih sayang nya yg sangat hangat dan lembut dg tutur kata yg tdk pernah kasar dan sabar serta dewasa ternyata itu hnya sementara saja,,hingga pada suatu saat dia berpesan kepada sahabat nya untuk menyampaikan ke saya bahwa dia akan segera menikah dg wanita lain dan meminta saya agar tdk usah lagi mencarinya,,luka itu terlalu dalam dia tinggalkan sehingga saya sampai tdk bisa mengeluarkan air mata pdahal dada ini rasanya sesak sekali..!

            Reply
            • “…. Boleh jadi kalian membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagi kalian. Dan boleh jadi kalian mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kalian.Allah Maha mengetahui kalian tidak mengetahui.” (QS. Al-Baqarah 216)

              Dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT, kita akan peroleh ketenangan dan kekuatan, malah mendapat cinta yang paling agung. Ingatkan pada diri bahawa jodoh kita telah ditentukan, dan kita perlu berdoa bersungguh-sungguh supaya dipermudahkan..

              Para Nabi bersedih. Bahkan Rasulullah saw pun bersedih saat ditinggal oleh orang-orang dicintai dan dicintai beliau. Namun, para Nabi tidak berlebihan dalam bersedih. Para Nabi segera bangkit dan kembali berjuang tanpa memanjangkan kesedihan.

              ingatlah, kita masih ada Allah.. jangan mengikut emosi lagi ya? =)

              Reply
              • Insya’Allah pak ustad mohon nasehat pak ustad yg sebanyak banyaknya, hanya tinggal cincin emas yg telah kami beli ber2 pada bulan Desember lalu kenangan dri dia dan itu rencana akan saya jual dan uangnya akan saya sumbangkan kepada anak2 yatim,,karna posisi saya masih di negara tetangga Insya’Allah saya akan kembali ke tanah air tahun depan.

                Reply
  5. Hampir 5 tahun bersama akhirnya dia putuskan begitu saja. Katanya, “Bersama suami orang lebih baik kerana lebih memahami dan penyayang.” Apa yg diberikan utk mendapatkan suami orang? Sudah tentu ianya sesuatu yang semua lelaki buaya darat inginkan.

    Dalam sibuk mencari rezeki untuk mendirikan rumah tangga, dia buat hal di belakang…sekarang saya baru percaya, FAKTA TIDAK PERNAH MENIPU. Perempuan lebih banyak berlaku curang. Saya masih belum dapat menerima keadaan ini.

    Saya masih menyimpan dendam terhadap org ketiga.

    Reply
    • As Salam.. Saudara, sabar itu adalah lebih baik. Kerana pasti Allah ingin tunjukkan sesuatu kepada saudara, yg saudara belum jumpa, sesuatu yang lebih baik..

      Kenapa perlu membuat hati kita sendiri gelisah dengan dendam demi orang yang tidak setia..

      Berdoalah kepada Allah agar ditemukan dengan wanita yang solehah dan setia dengan saudara, dari sibuk memikirkan si dia yang curang dan tidak mampu untuk setia..

      Semoga saudara dapat berfikir dengan tenang dan bermuhasabah diri. Insyaallah =)

      Reply
      • Terima kasih, sememangnya sekarang saya sudah berasa sedikit tenang..Post diatas adalah luahan rasa marah saya selepas mengetahui perkara sebenar. Memang tak disangka semua ini boleh berlaku.

        Mungkin atas kesilapan saya sendiri..saya terlalu sibuk dengan kerja sehingga mengabaikan dia hinggakan ada org lain yg mengambil kesempatan. Si dia pula menggunakan org ke 3 utk menghilangkan kekecewaan atas apa yg sudah saya lakukan.

        Saya sudah maafkan dan lepaskan si dia tetapi sya masih mengaku yg saya masih mengambil berat mengenai si dia. Apa yg saya mampu lakukan sekarang cuma memberi nasihat dan berdoa agar si dia tidak melakukan kesilapan yang sama.

        Perasaan terhadap org ke3 pula saya tak tahu bagaimana untuk jelaskan. Dari dasar hati saya masih belum boleh memaafkan dia. Kenapa dia snggup curang terhadap isteri sendiri dan menghancurkan perhubungan orang lain.

        Reply
        • Sabar puan.. Insyaallah, hikmah disebalik perkara ini akan tersingkap juga.. cepat atau lambat, pasti Allah akan tunjukkan.. Dan semuanya pasti yang baik, kna yakin ya puan :)

          “…. Boleh jadi kalian membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagi kalian. Dan boleh jadi kalian mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kalian.Allah Maha mengetahui kalian tidak mengetahui.” (QS. Al-Baqarah 216)”

          Reply
          • Terima kasih, hanya masa yang menentukan segalanya. Dalam hati saya masih lagi mengambil berat mengenai si dia. Memaafkan lebih mudah, tetapi untuk mempercayai semula setelah apa yang berlaku agak sukar dilakukan..

            BTW saya lelaki, pangilan puan rasanya tak sesuai utk saya.. :)

            Reply
              • Tidak mengapa, teruskan dengan artikel yang memberi manfaat kepada semua. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan diatas perkongsian dan nasihat yang berguna. Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik anda. :)

                Reply
                • Saya baru menerima berita baru mengenai si dia..baru2 ini si dia ada berubat di perubatan islam ditemani ibu dan saudaranya dengan harapan dapat membuang satu sihir yg dia alami.

                  Tak disangka dalam tempoh perubatan tersebut beliau dikejutkan oleh ustaz tersebut bahawa ada 2 lagi sihir yg dia tidak sedar iaitu Pengasih dan Pembenci..Alhamdulillah 2 sihir(pengasih/pmbnci) tersebut berjaya dibuang manakala 1 lagi masih belum pasti..

                  Mengapa pada zaman sekarang ini masih ada manusia yang keji sehingga sanggup menggunakan sihir untuk mendapat apa yg dimahukan.

                  Walaupun tidak lagi bersama dengan si dia tapi saya masih lagi berasa simpati di atas apa yg berlaku kepadanya. Perasaan ingin melindungi masih lagi kuat walupun kepercayaan sudah semakin kurang.

                  Saya bukan berharap dia akan kembali cuma berharap supaya dia dijauhkan dari perkara yg sama.

                  Rupanya masih ada banyak lagi rahsia yg Allah ingin tunjukkan disebalik semua perkara yg berlaku..

                  Reply
  6. Sy mgalami situasi sperti ini,..umm
    Bkn sbb ptuz cnta..tpi tntng idup sy yg brliku..umm tbahkn hatiku Ya Allah

    Reply
  7. Sya mrasa kecewa mmpunyai kluarga yg gk prnh memahamin sya… tpi sya brusaha ikhlas mnjalanin nya… pngen sya prgi dri sni..tp gk mnhkin..krena sya hrus mnyelesai kan mslah dsini dlu

    Reply
    • Face your trials with patience, for they may have hidden blessings within them that will show later.

      Reply
  8. terimakasih diatas panduan di artikel ini…semuga saya jadikan iktibal pada diri saya…mungkin saya telah pergi jauh dari nya….maka allah menduga saya sebegini rupa…..YA ALLAH SUBHANALLLAH

    Reply
  9. assalamualaikum ,sya bru sje ptus cinta tpi dya tk hargai cinta sya;( ,sya tk blh lupakn dya ,mcm mna melupakn dya shbt

    Reply
    • “”cintailah sesiapa yang kamu suka, tetapi ingatlah bahawa kamu akan berpisah juga akhirnya.” – hadis

      tak putus kasih, putus tunang. tak putus tunang, putus kahwin. tak putus kahwin, putus nyawa. mereka yang pergi sepatutnya mengingatkan kita bahawa kita juga akan pergi. jadi janganlah terlalu terikat dengan makhluk yang kita cintai, sebaliknya ikatkan diri dengan kecintaan kepada Pencipta segala makhluk yang ada di langit dan di bumi :3

      ihfazillah yahfazka! ^^”

      Reply
  10. Saya disini sebab rasa kcewa dan terluka dgn sikap si suami yg tidak sensitif dgn perasaan isteri. Kdg2 hanya kaum isteri yg memikrkan segala yg tbaik utk suami dn rmh tgga, pdhl mrka suami selalu ambil mudah… Ada saatnya sabar seorang isteri tsasar dr landasannya.. Suami bkn lg insan dkasihi.d pndgn mata… Selagi tekanan x hilang d jiwa.. Ya Allah….

    Reply
    • Puan, banyakkan berdoa kepada Allah agar dilembutkan hati suami.. Dan juga mintalah ditabahkan hati.. Banyakkan berfikir dan bermuhasah.. Insyaallah Allah akan tunjukkan jalan penyelesaian dan memberi bantuan kepada Hambanya.. Insyaallah =)

      Reply
  11. saya telah lama merasakan allah swt tidak mahu mendengar doa atau permintaan saya.. saya sentiasa berusaha untuk membuat baik tetapi pelbagai halangan menimpa.. saya berasa kecewa dan putus asa.. mungkinkah allah swt bencikan saya.. kerana hidup saya penuh dgn dugaan dari masa saya di buaian.. KENAPA??

    Reply
    • Hidup ini memang penuh dengan cabaran. Letaklah pengharapan pada Allah. Jihadlah! Jihad melawan nafsu!

      Reply
    • assalamualaikum,cam kes saya jer…pergi mana pun ada je orang meyakiti dan di benci tanpa sebab.tapi selalu brsabar. di fitnah yang bukan.sampai busuk nama .tak ada siapa pun nak bantu.tapi yang pelik nya bila mereka ada masalah .sayalah tempat mereka meminta tolong dari segi apa pun…SAKITNYA HATI!!!!!!!!!!!!!!

      :(

      Reply
  12. saya bru berkahwin sebulan stgah…dn suami sy dipenjara atas kesalahan yg bukn dibuatnye…tpi atas sbb bersama2 dgn org yg slh…raya semakin hampir…dan dia direman 3bulan….hati terlalu berat belum pernah sekali sy tidur tanpa tatap wajahnye…dan salam cium tgnnye…tpi skg…hari2 yg dilalui terlalu sukar..smpaikan mcm2 yg meracun minda…ape perlu sy buat?

    Reply
    • Bersabar. Bersabar dan bersabar. Saya tahu ini sukar, tp inilah harus kita lakukan. Dekatkan diri dengan Allah ya =)

      Reply
  13. terima kasih atas tips yg menarik ini. Tapi kadangkala bila amarah yg dipendam terletus semua ini trs dlupakan…

    Reply
  14. nasib kita sgt2 serupa… aku lalui ap yg kau lalui… semoga kte sama2 dpt meneruskan hidup dgn tabah.. ameen…

    Reply
    • terimakasih banyak atas nasihatnya, maaf saya orang indonesia tdk fashih dlm brbhasa melayu semoga mengerti. ini pertama x ny sya mrasakan ksedihan yg luar biasa karena cinta kpd lwan jenis, semoga nasihat yg ustadz berikan dpat sya amalkan dengan maksimal, mohon do’a nya agar hati saya dikuatkan, aamiin.

      Reply
  15. Tempoh 5 tahun brcinta… Atas dsar family trpksa jgak brpisah…. Da sbulan brlalu.. Terasa peritnya hnya Allah yg tahu…hilang segala2 nya… Hilang sumber smngt slama nie dia d sisi.. Bgitu mnyeksakan jiwa… Kini ku terpaksa truskn jgak prjlanan ini. Ya Allah… Kuatkan lah smngt ku..aminn.. T_T

    Reply
    • Tak ada seorangpun yang Tuhan kirimkan dalam hidup kita, yang datang dengan sia-sia. Semua pasti meninggalkan kebaikan tersendiri..

      Reply

Leave a Comment