Apakah saudara dan rakan-rakan kita terselamat daripada prasangka, perkataan dan perbuatan kita?
Dalam kitab Risalah al-Qusyairiah diceritakan bahawa Sufyan bin al-Husayn pernah suatu ketika duduk bersama Iyas bin Muawiyyah. Pada suatu ketika, Sufyan menyebut keburukan seseorang yang tidak ada di situ bersama mereka.
Maka Iyas bertanya kepadanya, “Apakah kamu mengambil bahagian dalam jihad melawan orang Turki ( yang ketika itu belum memeluk Islam dan memerangi kaum Muslimin) dan orang-orang Bizantin pada tahun ini?”
“Tidak, saya tidak melakukannya,” jawabnya
“Kalau begitu, orang Turki dan Bizantin (musuhmu) aman daripada mu, manakala saudaramu yang muslim ini tidak,”