Tabiat terbentuk dengan Istiqamah | cauliflower head by myraincheck
Bagaimana Tabiat Kita Terbentuk?
Pernahkah kamu terfikir bagaimana pemikiran serta tabiat seseorang terbentuk?
Masih ingat lagi apabila kamu cuba untuk melakukan sesuatu azam yang baru seperti ingin berjoging setiap minggu, mahu membaca lebih banyak buku serta berazam mahu mengulang kaji pelajaran setiap hari?
Termasuk juga dengan keinginan untuk melakukan solat tahajud setiap malam. Jadi pernah terfikir mengapa ianya seperti sukar untuk kamu melakukannya dan sering akhirnya tergendala?
Jawapannya.. jaringan neuron yang terbentuk dalam otak kamu berkenaan perkara tersebut masih belum kukuh.
Dan melalui artikel ini kamu akan mengetahui dengan jelas apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan jawapan itu sekaligus memberi semangat untuk kamu melakukan perubahan dengan adanya pengetahuan baru ini.
Dalam dunia nyata yang melibatkan perhubungan sosial manusia sesama manusia — tiada kepastian seperti itu.
Tidak ada jaminan bahawa kebaikan yang kita lakukan akan dilihat sebagai sesuatu yang baik oleh orang lain, apatah lagi untuk dibalas juga dengan kebaikan.
Walau bagaimanapun, kita juga harus beringat bahawa tidak semestinya kebaikan selalu dibalas dengan keburukan.
Ada sebuah kisah mengenai seorang wanita yang hobinya suka menulis.
Setiap hari dia akan menunjukkan kemampuan menulisnya dengan update status dan catatan yang sudah tentu dianggapnya bagus.
Dia sering “tag” sahabat-sahabat facebooknya dengan harapan catatan statusnya itu akan mendapat maklumbalas.
Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.
Berhias merupakan panggilan fitrah bagi seorang wanita. Islam tidak pernah menyekat muslimah untuk berhias, selagi cara berhias itu masih sesuai dengan syariat Islam.
Islam menganjurkan umatnya agar selalu tampil indah dan cantik kerana Islam itu sendiri amat cantik dan indah.
Ketaatan dalam bersyariat bukanlah alasan untuk kita mengabaikan penampilan diri.
Muslimah yang taat dan patuh kepada syariat, tidak seharusnya membiarkan dirinya kelihatan tidak berseri dan tidak langsung untuk cuba menghias diri mereka walaupun secara minimum, terutamanya bagi mereka yang sudah bersuami
Satu perkara yang mesti kita ketahui adalah bahawa penampilan kita akan memunculkan kesan bagi sesiapa yang melihatnya. Ketika orang lain yang pertama kali bertemu dengan kita, mereka akan menanggapi kita daripada cara kita berpakaian.