Aurat Ku Maruah Ku

aurat

“Saya terdetik untuk bertudung. Apa pandangan sis?”

Alhamdulillah itu satu hidayah dari Allah s. w. t untuk jentik hati kita menutup aurat.

Pakailah dik tidak ada masalah andai adik baru sekarang terdetik menutup aurat.

Apa yang saya ingin kongsikan disini adalah tutuplah aurat dengan sempurna kerana bertudung sahaja belum cukup untuk kita menyempurnakan perintah Allah s.w.t.

Aurat kita bukan hanya rambut yang perlu ditutup malahan kaki, lenggan dan bentuk badan kita juga wajib ditutup dengan sempurna agar tidak kelihatan.

Berapa ramai adik-adik diluar sana memakai tudung tetapi hakikatnya dia bertelanjang. Allahu’robbih.

Baca Sepenuhnya

Memahami Konsep Negara Islam

Apakah yang anda fahami dengan konsep negara Islam?

Dawlah berasal daripada perkataan Arab iaitu dala-yadulu-dawlatan yang bermaksud sesuatu tempat, daerah, atau negara yang didiami oleh sekumpulan manusia dan juga ditadbir oleh manusia yang berasal daripada satu bangsa mahupun pelbagai.

Dawlah sama ertinya dengan Bilad.

Ulama memberi definisi yang pelbagai tentang ciri-ciri negara Islam.

Baca Sepenuhnya

Magnet Alat Telekomunikasi

Setiap apa yang kita kerjakan dari bangun pagi hingga ke malam.

Tangan kita seolah-olah menjadi magnet terhadap telefon bimbit.

Susah bagi kita untuk melepaskannya walaupun sesaat.

Astaghfirullah hal ‘azim, Astaghfirullah hal ‘azim. Astaghfirullah hal ‘azim .

Terlalu banyak masa yang telah dibuang dengan menghadap gajet tersebut sehingga mengabaikan tanggungjawab dan kewajiban kita yang sebenar.

Baca Sepenuhnya

Makbulkah Doa Kita?  

doaBila ditanya “Apa itu Doa?”.

Ada yang menjawab:

“meminta atau memohon sesuatu kepada Allah S.W.T dari pelbagai aspek atau situasi misalnya soal kesihatan atau permudahkan urusan atau lain-lain.

Di samping itu, ada juga yang menjawab ia merupakan sebuah adat seusai mengerjakan solat, mengikut orang ( bilamana orang menadah tangan, kita turut serta tanpa faham akan maksud doa yang sebenar ) dan sebarang apa yang dimaksudkan”.

Sejujurnya, doa bukanlah hanya ungkapan semata-mata..

… tetapi ia merupakan sikap khusyu’ atau bersunguh-sungguh seseorang individu itu dalam menghadapkan diri  atau berdepan kepada-Nya.

Baca Sepenuhnya

Cantik Dimata Manusia, Pada Pandangan Allah SWT Bagaimana?

cantik

Keghairahan atau ketaksuban sesetengah individu untuk kelihatan cantik menyebabkan mereka mengetepikan larangan agama.

Kecantikan menurut panduan yang dimaktubkan di dalam Islam bukanlah sesuatu yang salah tetapi ia haruslah mengikut  garis yang ditetapkan.

Fitrah seorang individu adalah berkeinginan dan berkemahuan untuk kelihatan cantik dan menarik pada pandangan mata manusia.

Mereka melakukannya untuk kepuasan diri sekali gus ia dapat meningkatkan keyakinan dalam diri mereka.

Baca Sepenuhnya