Sebagai manusia biasa, kita tidak dapat menafikan rasa ketertarikan terhadap jantina berlawanan.
Sebagai manusia biasa khususnya lelaki mungkin pernah merasakan magnet yang begitu dahsyat, getaran hebat, desiran kuat, dan sebagainya, saat kita bertemu dengan seseorang yang kelihatan luar biasa menurut pandangan kita.
Kecantikannya, kesolehannya, dan pelbagai faktor lain yang seringkali tidak dapat difikir secara logik, kerana cinta tak kenal logika..
Kadangkala tanpa disedari, terselit rasa yang manusiawi, sebuah anugerah Allah.
Saya tidak kata untuk segera membunuh rasa itu, tetapi pandai-pandailah mengatur anugerah terindah itu.
Ungkapkan jika kamu mampu dan berani, lalu melangkahlah ke level yang berikutnya segera.
Jika tidak, simpanlah rasa itu,dekatkan diri pada Pemilik Rasa, wallahualam apa yang terjadi berikutnya adalah urusan dengan-Nya.
Tetapi tak semudah itu!!
Kalau aku nyatakan rasa cinta ini terus diterima tidak mengapa, kalau cinta tak dibalas, kalau cinta ini ditolak?