Apa Yang Harus Dibuat Bila Cinta Tak Dibalas?

cinta tak dibalas
Jangan kecewa bila cinta tak dibalas

 

Sebagai manusia biasa, kita tidak dapat menafikan rasa ketertarikan terhadap jantina berlawanan.

Sebagai manusia biasa khususnya lelaki  mungkin pernah merasakan magnet yang begitu dahsyat, getaran hebat, desiran kuat, dan sebagainya, saat kita bertemu dengan seseorang yang kelihatan luar biasa menurut pandangan kita.

Kecantikannya, kesolehannya, dan pelbagai faktor lain yang seringkali tidak dapat difikir secara logik, kerana cinta tak kenal logika..

Kadangkala tanpa disedari, terselit rasa yang manusiawi, sebuah anugerah Allah.

Saya tidak kata untuk segera membunuh rasa itu, tetapi pandai-pandailah mengatur anugerah terindah itu.

Ungkapkan jika kamu mampu dan berani, lalu melangkahlah ke level yang berikutnya segera.

Jika tidak, simpanlah rasa itu,dekatkan diri pada Pemilik Rasa, wallahualam apa yang terjadi berikutnya adalah urusan dengan-Nya.

Tetapi tak semudah itu!!  

Kalau aku nyatakan rasa cinta ini terus diterima tidak mengapa, kalau cinta tak dibalas, kalau cinta ini ditolak?

Sewaktu Cinta Tak Dibalas..

Bagaimana kalau ditolak, cinta tak dibalas?

— Maka redha lah!

Percayalah yang Allah akan memberi jodoh yang lebih baik.

Meskipun seringkali hasrat untuk hidup bersama sang pujaan begitu bergelora, namun apakan daya jika cinta tak dibalas dan bertepuk sebelah tangan?

Pendamlah rasa itu.

Kuburlah, simpan di suatu kotak kemudian kunci rapat-rapat dan letakkan kotak itu di sudut tergelap yang ada di hatimu.

Kita harus yakin, Allah paling tahu apa yang terbaik bagi kita.

Dia pasti akan mempertemukan kita dengan orang yang memberikan kebahagiaan seperti yang kita angankan. Bahkan mungkin lebih dari yang kita harapkan.

Anggap sahaja ini sebahagian dari liku-liku kehidupan.

Suatu hari nanti, sewaktu kita telah berkahwin dengan orang lain – bukan dengan si dia yang kita idamkan, percayalah kita akan takjub dengan kebahagiaan yang kita rasakan.

Jodoh adalah perkara ghaib.

Tanpa ada seorang pun yang tahu bila dan dengan siapa kita akan berjodoh. Cinta dan jodoh tidak mengenal status dan ciri fizikal.

Janganlah bersedih bila cinta tak dibalas

Bukan kerana kamu cantik maka para lelaki menyukaimu.

Juga bukan kerana jejaka tersebut nampak alim dengan ayat dakwah-dakwahnya lalu setiap wanita mendambakannya.

Bila hari ini Allah belum mempertemukan kita dengan orang yang kita cintai, insyaAllah ia akan datang esok atau lusa, atau bila-bila pun Dia menghendaki.

Itu adalah sebahagian dari kekuasaanNya.

Walaupun cinta tak dibalas, terima Kasih Allah,

Yang telah memberikan kenikmatan atas rasa ini dan menyelamatkan diri ini dari segala angan-angan kosong.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

67 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
dhaniyah
10 bulan yang lalu

ada seseorang memaksa saya untuk menerima dia sebb dia dah lama sukakan saya,tapi saya dari dulu sudah menolak dia habis habisan sebb dh anggap dia sbgai abg,tapi sekarang dia masih tak boleh terima yang saya menolakny dan dia mula memaksa saya untuk mnerima dia,tapi saya tetap menolak sebab saya tak cintakan dia,dan saya tak selesa dgn dia sbb saya dh anggap dia sbg abg,tapi bila dia sbgai seorang abg bg saya ckp hal sebegini saya rasa tak selesa,dia buat saya tak tenang,saya tak cintakan dia dn saya takde perasaan kat dia,tapi dia kata saya sakitkan hati dia,ap yg saya kene buat,saya tak tenang dgn dia,walaupun dia kata dia ikhlas nak kahwin dgn saya,tp saya dh anggap dia mcm abg sayaa,jauh lg perjalanan untuk saya belajar,saya masih sekolah,tapi dia memaksa saya,saya tak tenang.

gadiskecewa
3 tahun yang lalu

Saya menyukai seorang lelaki kerana kematangannya menambat hati sy.. Sy pernah meluahkan perasaan terhadapanya, tapi dia cuma anggap kawan shj dan bukan serius. Hmmm.. Sy kecewa.. Sy dah cuba utk melupakan dia tp still rasa ni teringat² kan dia.. Sy buntu macam mana nak melupakan dia..

Sederhanaituindah
Reply to  Muhamad Naim
2 tahun yang lalu

Setuju dengan pendapat admin. Jangan mudah memberi hati takut hati kita akan kecewa. Simpanlah hati kita untuk yang berhak memiliki dan menghargai hati tersebut…

gadismixed
Reply to  gadiskecewa
1 tahun yang lalu

Sama mcm saya..sekarang ni saya kecewa sesangat hmm

risna
3 tahun yang lalu

Assalamualaikum, saya pernah menyukai seorang ikhwat, tapi saya tidak tau apakan dia menyukai saya atau tidak. ketika saya inginmenjauhinya saya selalu merasa sakit hati, dan pada saat ada serang ikhwan lain yang datang melamar ku, saya menolaknya karena saya tdk bisa menghilangkan perasaan ku itu sama di. jadi jika boleh berkeang bisahkah anda membarikan solusi buat saya??

Terindah
3 tahun yang lalu

Mengambil masa untuk pulihkn hati tu.
Yg penting jgn ikut perasaan, agama jgn lupe.

Lala
4 tahun yang lalu

Aku menyintai seorang lelaki yang tidak sama negara dengan saya.Dia di Indonesia saya di Malaysia.Saya telah berusaha bermati matian untuk mendapatkan nombor telefombdia namun sampai sekarang saya tak dapat.Apa yang harus saya lakukan.