Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Tidak mungkin hidup ini tiada tujuan. Amat mustahil hidup ini tiada Tuhan. Tahniah! Pada yang diberikan peluang dan kesempatan untuk meneruskan kehidupan. Tatkala cabaran, ujian, serta dugaan menyinggah, kita masih lagi menghadapinya dengan sebaik – baik mungkin. Insyaallah~
Mengimbau kembali sejarah Nabi Adam a.s, Nabi Adam a.s tidak pernah meminta pada Tuhan untuk diciptakan dan dihidupkan. Tetapi kerana ianya kehendak Ilahi, bukan sahaja Nabi Adam a.s yang diciptakan, dihidupkan, malah sekalian makhluk yang berada di langit dan di bumi adalah daripada kehendak Tuhan. Ciptaan Allah SWT.
Binakan satu soalan dengan menggunakan kurniaan akal yang diberi, lalu gunakan pula hati untuk menjawabnya.
Berikut adalah 5 tips bagaimana berurusan dengan lelaki ajnabi Tips-tips ini telah dikongsi oleh seorang sahabat yang amat disenangi oleh kaum wanita dan disegani oleh kaum lelaki. Semoga dengan mengamalkan perbatasan perhubungan ini, akan lebih suci bagi hati kita dan bagi hati mereka. Sama-samalah kita menjaga hati. 1. Elakkan berurusan dengan lelaki. Kalau ada peluang untuk minta tolong dengan perempuan, …