
Apakah waktu haram solat?
Bagaimana pembahagian waktu solat dilakukan?
Artikel ini akan menerangkan perkara-perkara penting mengenai:
- Pembahagian waktu solat
- Waktu diharamkan solat
- Waktu solat yang digalakkan, penentuan masuk waktu
… dan sebagainya.
Tanpa buang masa, mari kita mulakan..
Pembahagian Waktu Solat
Waktu-waktu solat keseluruhannya terbahagi kepada sembilan bahagian, iaitu:
1. Waktu Fadhilat
Waktu ini bermaksud waktu paling utama (afdal) iaitu pada awal waktu.
2. Waktu Ikhtiar
Selepas waktu fadilat hingga sekira-kira boleh menghabiskan solat dengan sempurna dalam waktunya.
3. Waktu Harus (Jawaz)
Sama seperti waktu ikhtiar.
Hukumnya sama seperti hukum waktu ikhtiar melainkan:
- Pada waktu asar, berkekalan hingga kuning matahari.
- Pada waktu Isyak, berkekalan hingga fajar saddiq.
- Pada waktu subuh, sehingga merah di tepi langit.
4. Waktu Hurmah (Haram)
Iaitu akhir waktu yang mencemaskan sekira-kira tidak sempat menyempurnakan solat dalam waktunya.
5. Waktu Darurat
Iaitu untuk orang yang baru hilang daripada perkara yang menegah solat seperti haid, nifas, gila dan seumpanya.
Ketika itu kadar waktu solat yang ada hanyalah sekadar sempat mengangkat takbiratulihram.
Oleh itu, dia tidak sempat solat waktu itu dan solat itu wajib diqada
6. Waktu Idrak
Iaitu antara awal waktu dengan datang halangan untuk solat seperti datang haid, bersalin dan sebagainya.
Apabila dalam jangka masa tersebut seseorang itu sepatutnya sempat melakukan solat tetapi dia tidak melakukannya, maka solat yang ditinggalkan itu wajib qada.
7. Waktu Harus (Jawaz), Tetapi Makruh
Waktu jawaz tetapi makruh adalah seperti berikut:
- Waktu asar: Bermula dari matahari kekuningan hingga berkekalan sampai waktu akhir kadar lulus solat.
- Waktu maghrib: Bermula setelah habis syafak (awan-awan merah di langit) hingga akhir waktu kadar lulus solat.
- Waktu isyak: Bermula dari fajar kazib (fajar sebelum matahari terbit) hingga ke waktu akhir kadar lulus solat.
- Waktu subuh: Bermula dari merah tepi langit hingga ke waktu akhir kadar lulus solat.
8. Waktu Uzur
Iaitu antara zuhur dengan asar iaitu antara hujung waktu zohor dan awal waktu asar atau maghrib dengan isyak, jamak takdim atau takhir untuk orang yang musafir.
9. Waktu Haram Solat (Waktu Tahrim)
Bilakah waktu tahrim?
- Sesudah solat subuh
- Ketika matahari hampir terbit atau sedang terbit.
- Ketika rembang iaitu matahari tegak di atas kepala.
- Ketika matahari hampir terbenam.
- Sesudah solat asar.
Solat yang diharamkan ini ialah solat yang tidak bersebab iaitu solat sunat mutlak dan solat yang sebabnya datang terkemudian seperti solat sunat istikharah, solat sunat musafir dan solat sunat Ihram.
Manakala solat yang bersebab seperti solat qada, solat sunat wuduk, solat Tahiyyatul Masjid, solat sunat tawaf, sujud tilawah dan sujud syukur tidak diharamkan.
Begitu juga apabila berada di Tanah Haram, tidak diharamkan melakukan apa jua solat dalam waktu ini.
Waktu Solat Yang Utama
Waktu solat yang utama adalah pada awal waktu.
Ibnu Umar mengatakan, Rasulullah SAW bersabda:
Waktu awal daripada solat adalah keredhaan Allah SWT dan waktu yang akhir adalah kemaafan Allah
— Riwayat Tirmizi
Solat pada awal waktu sangat disukai oleh Allah SWT kerana menjadi bukti kesungguhan seorang hamba bersegera menjunjung dan menunaikan perintahNya.
Abdullah bin Mas’ud r.a bertanya kepada Rasulullah SAW:
“Wahai Rasulullah, apakah amalan yang paling baik?” Rasulullah SAW bersabda: “Solat pada awal waktunya”. Abdullah bertanya: Kemudian apa? Rasulullah SAW bersabda:”Berbuat baik kepada ibu bapa””Kemudian apa lagi? tanya Abdullah. Jawab Rasulullah SAW:”Berjihad di jalan Allah”.
— Riwayat Bukhari dan Muslim
Solat pada penghujung waktu dengan sengaja menunjukkan sikap tidak bersungguh-sungguh dalam menunaikan perintahNya.
Melewatkan solat hanya dibenarkan atas sebab-sebab tertentu seperti melewatkan solat Isyak untuk mengadakan majilis ilmu.
Panduan Menentukan Masuknya Waktu Solat
Solat perlu dilakukan setelah yakin masuk waktunya.
Tidak sah solat yang ditunaikan selain pada waktunya.
Masukknya waktu solat fardu dapat diketahui dengan cara:
- Mendengar azan dari masjid berdekatan atau melalui siaran radio dan televisyen tempatan.
- Menggunakan jadual waktu solat yang dikeluarkan oleh jabatan-jabatan Islam negeri.
- Melihat tanda-tanda alam yang menunjukkan masuknya waktu solat fardu.
Tanda masuknya waktu solat fardu adalah seperti berikut:
Waktu Zohor
Waktu zohor bermula sebaik sahaja matahari tergelincir ke arah barat.
Waktu zohor diketahui dengan muncul bayang-bayang sesuatu objek ke arah timur.
Waktu zohor berpanjangan hingga bayang-bayang terjadi lebih panjang daripada objek asal.
Waktu Asar
Bermula ketika bayang-bayang sesuatu objek lebih panjang daripada objek itu dan berakhir dengan terbenamnya matahari.
Waktu Maghrib
Masuk waktu maghrib adalah apabila matahari terbenam di ufuk barat.
Sekiranya tempat matahari terbenam itu terlindung oleh bukit, saat terbenam matahari dapat dipastikan dengan melihat warna kelam pada kaki langit tempat matahari terbit pada ketinggian segalah (45 darjah) dari paras bumi.
Waktu Maghrib berlanjutan sehingga hilang lembayung merah di ufuk barat.
Waktu Isyak
Waktu Isyak bermula apabila hilang lembayung merah di kaki langit hingga terbit fajar saddiq.
Sekiranya lembayung merah itu tidak dapat dilihat kerana dilindungi oleh bukit, maka saat hilangnya lembayung merah itu apabila kelihatan bintang-bintang kecil di tengah langit.
Apabila belum kelihatan bintang-bintang kecil, hanya kelihatan bintang-bintang besar, ertinya lembayung merah masih belum hilang dengan sempurna dan masih ada waktu maghrib.
Waktu Subuh
Waktu subuh masuk dengan terbitnya fajar sadiq.
Fajar sadiq ialah satu garisan putih yang melintang di kaki langit di sebelah timur iaitu arah matahari terbit setelah hilang fajar kazib.
Fajar kazib ialah satu garisan membujur yang naik dari kaki langit ke tengah langit.
Waktu subuh berakhir dengan terbitnya matahari.
Menentukan Waktu Ditempat Asing
Sekiranya seseorang berada di tempat asing dan tidak mengetahui waktu solat dengan mana-mana cara di atas, wajib untuknya berijtihad iaitu membuat kajian untuk memastikan waktu solat.
Menunaikan solat tanpa keyakinan atau tanpa berijtihad tentang telah masuk waktu solat, maka tidak sah solatnya.
Sekiranya selepas berijtihad diketahui waktu solat belum masuk, maka wajib untuknya mengulangi solat itu.
Oleh yang demikian, orang yang bermusafir diharuskan melewatkan sedikit solat daripada waktu yang telah diijtihadkannya.
Dikawasan yang terletak lebih jauh dari Garisan Khatulistiwa, tempoh wakut siang dan malam berubah mengikut musim.
Pada musim panas, wakut siang lebih panjang menyebabkan jarak antara waktu solat Subuh, Zohor dan Asar dan Maghrib menjadi lebih panjang.
Manakala waktu antara solat Maghrib, Isyak dan Subuh menjadi sangat pendek.
Pada musim sejuk pula, malam menjadi lebih panjang menyebabkan jarak masa antara solat Subuh, Zohor, Asar menjadi sangat pendek.
Penutup
Semoga panduan ini memberi manfaat kepada anda.
Jika terdapat sebarang persoalan, boleh tinggalkan perkara tersebut pada ruangan di bawah.
InsyaaAllah saya akan cuba untuk membantu anda. :-)
Usalam ustaz. Sah ke solat subuh kalau saya solat lepas pkol 7 contohnya pkol 8 ke 9 ke 10 ke atau dh nk dekat zuhur?
Wassalam.
Kalau sudah lewat kena qada.
Assalamualaikum Ustaz,
Saya ingin tahu waktu yang betul/ sesuai untuk melakukan solat sunat Israq. Tapi saya tetap lakukan solat Israq w/ pon ada keraguan/ was2
Biasa saya akan melihat terbit matahari.Semoga ustaz boleh memberi penjelasan.
Wassalam.Jzkk
Assalam ustaz, bolehkah solat subuh sekiranya Hanya tinggal 2 atau 3 minit sebelum Naik matahari perlu qada Tak solat subuh tersebut
Wassalam,
Terus solat subuh ya, tidak perlu qada.
Selagi awak sempat takbiratul ihram, solat itu sah.
Ustaz, bolehkah saya membuat solat sunat qabliyah dan badiyah sekiranya solat qada saya bertahun? contoh, solat qabliyah asar dilakukan, lalu fardu dan seterusnya qada?
Boleh.
Tiada masalah lakukan solat sunat bersama-sama qada solat.
Apakah hukumnya seseorang yang melakukan solat sunat hajat selepas menunaikan solat fardhu subuh kerana kejahilannya.Apakah yang mesti dilakukannya.
Wassalam,
Hukumnya tidak berdosa, cuma solat itu tidak sah sahaja. ?
As salam ustaz, apakah hukum kalau solat asar dekat waktu nak maghrib (misalnya maghrib 7.12mlm dan saya solat asar jam 6.55ptg) atas sebab2 tertentu? Terima kasih sudi menjawab.
Wassalam,
Solat itu sah cuma makruh solat pada waktu tersebut.
Ustaz..sy selalu tidur lewat pastu bangun jam 12 tpi selalunya bangun pukul 2 ptg mungkin sbb letih sngt ..klau nk solat subuh..kene qada lah kan ?..sy nk kepastian jer tkut tersalah buat ker..
Ya betul, kena qada solat.
Ustaz boleh kah kita qada waktu subuh selepas terbit nya matahari contoh dlm jam8,9,10?? Maaf sudah sya baru belajar solat
Wassalam.
Boleh.
Qada solat boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja.
Assalamualaikum.bilakah waktu yg dibolehkan untuk solat sunat taubat selain 2/3 malam.tq
Wassalam.
Semua waktu dibolehkan, kecuali waktu ini:
Maaf ustaz sy ni x berapa faham dgn jawapan ustaz, bolehkah ustaz letakkan masa @ jam berapa dibolehkan.maaf ustaz sy ni insan yg serba kekurangan
Lebih kurang jam 8.30 pagi hingga jam 12.00 tgh hari.
Lepas tu selepas zohor, sekitar jam 1.30 sehingga masuk waktu asar (lebih kurang jam 4.30)
Waktu seterusnya adalah selepas maghrib (jam 8 malam) hinggalah ke subuh
Assalamualaikum wbt,
Sekiranya seseorang itu junub pd mlm hari nya dan ingin mandi wajib pd pukul 5.30 pagi tiba2 terbangun 6.30 pagi dan terus mandi wajib, setelah selesai mandi wajib hanya ada masa dlm 3 MINIT untuk solat subuh, soalan sy ustaz, solat subuh tersebut hanya dpt serakaat shj lalu masuk waktu syuruk apakah solat subuh itu dikira tunai atau qada’ atau setelah selesai solat perlu solat semula dngn niat qada’. Dan adakah perbuatan mandi wajib yg tidak disengajakan terlewat smp hampir masuk waktu syuruk mohon pencerahan ustaz terima kasih
Wassalam. 1) Solat itu sah dan tidak perlu qada sebab sempat angkat takbir sebelum habis waktu.
2) Hukumnya dimaafkan.
Terima kasih ustaz atas pencerahan nya
Sama-sama Farid.
Assalamualaikum ustaz boleh kah
Sembayang solat fajar mhu masuk fardu subuh
Contoh lh
Subuh jam 4.50
Saya sembyg solat fajar jam 4.40
Lps smbyg sya trus smbyg subuh
Adakah Haram
Krna sya melambatkan solat sunat fajar?
Wassalam,
Tidak boleh dilakukan sebelum waktu subuh.
Kena masuk subuh dahulu (fajar) kemudian barulah boleh dilakukan solat ini.
Solat fajar dan solat sunat qabliyyah subuh adalah solat yang sama.
masyallah….amin yra.
Waktu awal daripada solat adalah keredhaan Allah SAW dan waktu yang akhir adalah kemaafan Allah
— Riwayat Tirmizi
Solat pada awal waktu sangat disukai oleh Allah SAW kerana menjadi bukti
***Mohon betulkan *Allah SAW* kepada (Allah SWT).
Astagfirullah. Nanti saya perbetulkan,
Terima kasih kerana memaklumkan.
Assalamualaikum wbt.
Bagaimana pula jika terlewat jaga dari tidur saat melebihi waktu syuruk, adakah boleh solat subuh berniatkan fardu atau perlu kita berniatkan qada’ ketika itu?
Mohon percerahan. Terima kasih dan moga anda dilimpahi rahmat.
Wassalam,
Kalau terjaga dan terus bangun untuk solat subuh, tidak perlu niat qada. Boleh niat fardu.
Sama-sama.
Terima kasih kerana mendoakan :-)
Assalamualaikum, perlukah seseorang itu qada’ kesemua solat yg ditinggalkannya bermula dari selepas akil baligh hingga kini? Jika perlu, bagaimana untuk melakukannya..terutama sekali sewaktu puasa kerana apabila ada yg berkata, sia-sia puasa seseorang itu sekiranya tidak menunaikan solat…Serta apa terjadi jika dia terlupa bilangan solat dan puasa yang telah ditinggalkan?
Terima Kasih atas pencerahan yang diberi?
Blog ini sangat membantu
Wassalam,
Ya perlu ganti kerana itu ibarat hutang kita dengan Allah.
Tuan boleh rujuk artikel ini berkaitan qada solat: https://akuislam.com/blog/ibadah/cara-qada-solat/
Assalamualaikum..boleh sy bertanya..bolehkah solat badiyah maghrib tp sudah masuk wktu isyak
Wassalam.
Tidak boleh.
Maksud solat rawatib (ba’diyyah & qabliyyah) adalah mengiringi.
Jadi apabila tamat tempoh solat fardu tersebut, maka tidak boleh lagi mengerjakan solat rawatib tersebut.
assalam, nak tanya..
1)boleh tak tlg ceritakan kenapa tidak boleh solat hajat selepas subuh dan selepas asar? (hadis atau apapa)
maknanya kalau kita byk masa pada waktu tu contoh:waktu pkp ni (waktu asar) kiranya mmg tidak boleh buat la ye?
terima kasih atas pencerahan dan segala ilmu yg ada di blog ini. salam ramadhan.
1) Diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas R.Anhuma, iaitu:
Maksudnya: Sesungguhnya Nabi SAW, telah melarang dari melakukan solat (sunat) selepas solat subuh sehingga terbitnya matahari dan selepas solat asar sehingga terbenamnya matahari.
Riwayat Al-Bukhari (581)
2) Berhubung dengan persoalan sebab-sebab larangan tersebut, telah dijelaskan oleh Amr bin Abasah r.a bahawa dia pernah berkata kepada Rasulullah s.a.w, “Beritahulah kepadaku mengenai solat?”
Lalu baginda s.a.w menjawab: “Kerjakanlah solat Subuh, kemudian berhentilah dari solat sehingga matahari terbit sehingga ia naik. Sesungguhnya pada ketika matahari terbit, matahari itu terbit di antara dua tanduk syaitan dan pada ketika itu orang-orang kafir sujud kepadanya. Kerjakanlah solat kerana sesungguhnya solat itu disaksi dan dihadiri (Malaikat) sampai bayang-bayang tombak semakin pendek. Kemudian berhenti dari solat pada ketika itu (sewaktu matahari tegak di atas kepala)kerana Neraka Jahannam sedang dipanaskan. Jika bayangan sudah nampak kembali, dirikanlah solat kerana sesungguhnya solat itu disaksi dan dihadiri (Malaikat) sehingga engkau mengerjakan solat Asar. Berhentilah dari solat sehingga matahari terbenam kerana sesungguhnya matahari itu terbenam di antara dua tanduk syaitan dan pada ketika itu, orang-orang kafir sujud kepadanya.”
(Riwayat Muslim No. 832)
keep up the good work…
InsyaaAllah.
Terima kasih.
Terima kasih bnyk2. Panduan yg sgt berguna utk saya??
Alhamdulillah :-)
Waktumasuk ya sholat apakah berpedoman pada waktu atau musim/ matahari
Maaf, saya tidak memahami apakah yang tuan/puan ingin bertanyakan..
Mungkin Puan Dian tinggal di negara yang bermusim(luar negara). Saya berharap, Ustaz Muhammad Naim tidak berputus asa memahami soalan yang ditanya atau meminta Puan Dian menjelaskan soalan yang ditanya