Ini adalah panduan lengkap teks bacaan Takbir Raya Aidilfitri dan Aidiladha jawi & rumi.
Panduan ini disediakan secara lengkap dan tersusun untuk memudahkan anda bertakbir di pagi Hari Raya.
Bantuan audio dan transliterasi rumi juga turut disertakan dalam doa tersebut bagi membantu anda yang sukar membaca tulisan arab.
Apa yang menarik:
Saya juga menyediakan PDF Takbir Raya yang sedia untuk di muat turun oleh anda.
Semoga bermanfaat.
- Dalil Mengenai Takbir Hari Raya
- Teks Lafaz Bacaan Takbir Raya (Jawi & Rumi)
- Siapakah Yang Disunatkan Untuk Bertakbir?
- Apakah Dalil Disunatkan Bertakbir Pada Hari Raya?
- Jenis-Jenis Takbir
- Waktu Untuk Bertakbir
- Adakah Disunatkan Meninggikan Suara Ketika Bertakbir?
- Apakah Tujuan Utama Takbir?
- DOWNLOAD PANDUAN TAKBIR RAYA INI (PDF)
Dalil Mengenai Takbir Hari Raya
Pada hari raya kita digalakkan bersungguh-sungguh membesarkan Allah dengan melaungkan takbir, tahlil, tahmid dan tasbih.
Sabda Nabi SAW:
Kamu hiasilah dua hari raya dengan tahlil, takbir, tahmid dan taqdis”.
– Riwayat Abu Na’im dari Anas r.a.
Ini menjadi petanda kepada kita bahawa hari raya di dalam Islam adalah hari untuk mengagungkan Tuhan dan menzahirkan syiar agama, bukan hari untuk berseronok dan bersuka-ria semata-mata.
Teks Lafaz Bacaan Takbir Raya (Jawi & Rumi)
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar
Laa ilaaha illallahu Wallahu Akbar
Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar
Allaahu Akbar Walillahil Hamd’
Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar
Laa ilaaha illallahu Wallahu Akbar
Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar
Allaahu Akbar Walillahil Hamd’
Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar
Laa ilaaha illallahu Wallahu Akbar
Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar
Allaahu Akbar Walillahil Hamd’
Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar
Laa ilaaha illallahu Wallahu Akbar
Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar
Allaahu Akbar Walillahil Hamd’
Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar
Laa ilaaha illallahu Wallahu Akbar
Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar
Allaahu Akbar Walillahil Hamd’
Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar
Laa ilaaha illallahu Wallahu Akbar
Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar
Allaahu Akbar Walillahil Hamd’
Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar
Allahu Akbar Kabiiraa Walhamdulillaahi Katsiiraa
Allah Maha Besar sebesar-besarnya Dan segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya
Wasubhaanallaahi Bukrataw Wa Asiillaa
Dan Subhanallah (Maha Suci Allah) pagi dan petang
Laa ilaaha Illallallahu Walaa Na’budu illaa Iyyaahu
Tidak ada Tuhan melainkan Allah kami tidak menyembah kecuali kepada-Nya
Mukhlishiina Lahuddiin Walau Karihal Kaafiruun
dengan ikhlas untuk agama (Islam) walaupun dibenci oleh golongan kafir
Laa ilaaha Illallallahu Wahdah
Tidak ada Tuhan melainkan Allah yang Esa
Sadaqa Wa’dah Wanashara ‘Abdah
Yang benar janji-Nya dan yang menolong hamba-Nya
Wa A’azza Jundahu Wahazamal Ahzaaba Wahdah
Dan yang memuliakan tentera-tentera-Nya (tentera Muslimin) dengan mengalahkan tentera Ahzab dengan keesaan-Nya
Laa ilaaha ilallaahu Wallaahu Akbar
Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar
Allaahu Akbar Walillahil Hamd’
Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar
Laa ilaaha illallahu Wallahu Akbar
Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar
Allaahu Akbar Walillahil Hamd’
Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian
Selesai bacaan ini, anda boleh mula kembali dari dari urutan #1.
Lakukanlah takbir sebeberapa banyak yang boleh kerana pada Hari Raya disunatkan untuk memperbanyakkan takbir.
Siapakah Yang Disunatkan Untuk Bertakbir?
Disunatkan bertakbir pada hari raya bagi lelaki dan perempuan, kanak-kanak (yang mumayyiz) dan orang dewasa, orang dalam negeri atau sedang bermusafir.
Termasuklah wanita-wanita yang haid atau lelaki-lelaki yang berjunub. (al-Majmu’, 5/42).
Apakah Dalil Disunatkan Bertakbir Pada Hari Raya?
Diantara dalilnya ialah riwayat dari Ummu ‘Athiyyah r.a. yang menceritakan;
“Kami (para wanita) diperintahkan supaya keluar pada hari raya (ke tempat solat) sehingga kami mengeluarkan anak gadis dari tabir/tirainya (*yakni kami mengeluarkan anak gadis kami dari biliknya untuk membawa mereka bersama-sama ke tempat solat), dan sehingga perempuan-perempuan yang kedatangan haid juga turut sama keluar di mana mereka duduk di belakang orang ramai; bertakbir bersama dengan takbir mereka dan berdoa bersama bersama dengan doa-doa mereka serta mengharapkan keberkatan hari tersebut dan kesuciannya”.
– Riwayat Imam Bukhari
Jenis-Jenis Takbir
Ulama membahagikan takbir raya kepada dua jenis; Takbir Mursal dan Takbir Muqayyad.
1. Takbir Mursal
Ia juga disebut Takbir Mutlak, kerana perlaksanaannya tidak terikat dengan waktu solat.
Justeru, apabila tenggelam matahari pada malam Hari Raya Aidiladha dan Hari Raya Aidilfiri sehingga takbiratulihram Solat Hari Raya, kita disunatkan untuk bertakbir sepanjang masa.
Ia dilakukan terus menerus, berulang ulang tanpa batas bilangan.
Para ulama menetapkan bahawa perlaksanaan Takbir Mursal bagi Hari Raya Aidilfitri lebih ditekankan berbanding Hari Raya Aidiladha.
2. Takbir Muqayyad
Perlaksaanan takbir ini terikat dengan perlaksanaan solat-solat maktubah (solat fardhu lima waktu).
Oleh itu, apabila masuk waktu bertakbir Hari Raya Aidiladha, kita disunatkan untuk bertakbir selepas setiap kali solat fardhu.
Ia dilakukan sebanyak SATU PUSINGAN sahaja.
Takbir Muqayyad ini hanya berlaku bagi Hari Raya Aidiladha dan tidak disunatkan pada malam Hari Raya Aidilftri melainkan Takbir Mursal sahaja yang juga lebih ditekankan bagi Aidilfitri
Daripada Ali dan Ammar R.Anhuma bahawa Rasulullah SAW maksudnya:
Baginda SAW sentiasa bertakbir pada Hari Arafah selepas solat al-Ghadah (Subuh) dan menghentikan selepas solat Asar hari terakhir bagi Hari-Hari Tasyriq.”
— Riwayat al-Hakim (no. 1111) dengan sanad yang sahih.
Takbir ini hendaklah dilakukan secara jahar (bacaan nyaring) sebagai syiar kaum Muslimin.
Waktu Untuk Bertakbir
Seperti mana yang dinyatakan sebelum ini, terdapat perbezaan waktu bertakbir bagi Hari Raya Aidiladha dan Hari Raya Aidilfitri.
Kaifiat berikut kita peroleh daripada perbuatan Nabi SAW dan para sahabat, seterusnya diwarisi kepada generasi ulama seterusnya.
Waktu Takbir Hari Raya Aidilfitri
Waktunya Takbir Mursalnya bermula selepas terbenamnya matahari pada malam raya, yakni masuk waktu Maghrib 1 Syawal sehinggalah takbiratulihram bagi Solat Hari Raya Aidilfitri.
Waktu Takbir Hari Raya Aidiladha
Waktunya Takbir Muqayyad bagi Hari Raya Aidiladha bermula pada waktu Subuh Hari Arafah dan berterusan sehingga tamat waktu Asar pada Hari Tasyriq yang ketiga
Ertinya, apabila masuk waktu Subuh 9 Zulhijjah, disunatkan bagi orang yang tidak pergi menunaikan haji untuk bertakbir setiap kali selesai menunaikan solat fardhu sehinggalah waktu Asar 13 Zulhijjah, menjadikan waktu bertakbir itu 5 hari 4 malam.
Adapun bagi mereka yang menunaikan haji, mereka hanya disunatkan untuk bertakbir bermula gelincirnya matahari, yakni masuk waktu Zuhur Hari Raya Aidiladha (10 Zulhijjah) sehingga terbitnya fajar sadiq, yakni masuk waktu Subuh pada 13 Zulhijjah.
Namun sekiranya mereka sudah selesai bertahallul yang kedua, maka mereka boleh bertakbir sehingga waktu Asar, sama seperti orang lain.
Adakah Disunatkan Meninggikan Suara Ketika Bertakbir?
Ketika mengucapkan takbir disunatkan dengan suara yang tinggi untuk menzahirkan syi’ar agama.
Diriwayatkan dari Nafi’ yang menceritakan;
Adalah Ibnu Umar r.a. bertakbir pada hari raya korban dan juga hari raya fitrah; ia bertakbir dan meninggikan suaranya”.
– Riwayat Imam ad-Daruqutni dan al-Baihaqi
Namun dikecualikan kaum wanita; mereka hendaklah bertakbir dengan suara perlahan.
Dalam kitab Kifayatul-Akhyar, pengarangnya menjelaskan; “Disunatkan mengangkat suara dengan takbir bagi para lelaki sahaja, tidak bagi perempuan”. (Lihat halaman 151)
Apakah Tujuan Utama Takbir?
Tujuannya melaungkan takbir adalah untuk mengagungkan Allah SWT pada hari-hari yang kita digalakkan oleh Syarak untuk merayakannya.
Inilah syiar dan simbol agama kita yang hendaklah kita sungguh-sungguh meraikannya sebagai tanda komitmen dan kepatuhan kita kepada Tuhan yang Esa.
Semoga panduan ini memberi manfaat kepada anda semua.
DOWNLOAD PANDUAN TAKBIR RAYA INI (PDF)
Anda boleh memuat turun Panduan Bacaan Takbir Raya ini secara PERCUMA.
Daftarkan nama dan alamat emel anda di bawah, dan panduan ini (PDF) akan dihantar segera terus emel anda!
Tinggalkan Komen Anda..
Assalammualaikum
Selamat haru raya Korban, semoha Allah mengampunkan dosa dosa kita, dan di kurniakan keredaan dan kasih sayangnya..Semoga kita tergolongan orang orang dia atas jalan para para Nabi dan Rasulnya.
Saya mohon tuan mengizinkan serta halalkan dunia dan akhirat, kerana saya pengguna dan mengamalkan setiap tulisan tuan, terutamanya doa doa selepas subuh.
Wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Selamat Hari Raya Aidiladha. Semoga Allah menerima segala amal ibadah kita, mengampuni dosa-dosa kita, dan mengurniakan rahmat serta kasih sayang-Nya kepada kita semua. Semoga kita tergolong dalam kalangan mereka yang mengikuti jalan para Nabi dan Rasul.
Saya sangat berterima kasih atas sokongan dan doa anda. Dengan ikhlas hati, saya mengizinkan serta menghalalkan segala ilmu dan amalan yang dikongsikan di dunia dan akhirat. Semoga doa-doa yang diamalkan memberi keberkatan dan manfaat kepada anda dan keluarga. Teruskan berdoa dan berusaha, dan semoga kita semua sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah satu usaha yang baik dan telah banyak membantu memahami bacaan serta maksudnya, aaminn.
Alhamdulillah. Terima kasih atas kata-kata yang baik dan sokongan anda. Semoga usaha ini terus memberikan manfaat dan membantu kita semua memahami serta menghayati bacaan dan doa-doa dengan lebih baik. Semoga Allah memberkati kita semua dan menerima segala amalan kita. Amin.
Salam. Adakah doa tertentu selepas bertakbir di malam Raya ?
Tiada. Apa-apa sahaja doa boleh dibacakan.
Adakah salah jika Tabir Raya dilafaz selain dari Hari Raya contohnya selepas solat wajib?
Tidak salah, malah itu adalah amalan terpuji
Saya tiada telefon saya nak telefon untuk belajar online plesea??
kesian bdk ni
Samalah kita???
JZKK Abg Naim untuk maklumat ni. Sangat sangat membantu. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Taqoballahu minna wa minkum
Alhamdulillah, sama-sama