
Ini adalah panduan lengkap cara Solat Hajat dan Doa Solat Hajat.
Anda akan dibimbing secara langkah-demi-langkah dengan mudah.
Apa yang menarik:
Panduan solat hajat ini dipermudahkan dengan ejaan rumi & audio untuk membantu sesiapa yang mengalami kesukaran membaca skrip tulisan arab.
Jika anda memerlukan panduan ini, jom kita mulakan.
Maksud Solat Hajat

Hajat dari segi bahasa merujuk kepada keperluan atau memohon sesuatu. Solat Hajat dikerjakan apabila kita memohon sesuatu hajat daripada Allah. Sama ada memohon kebaikan atau pun menolak sesuatu keburukan.
Imam al-Syatibi mentakrifkan hajat sebagai sesuatu yang amat diperlukan oleh seseorang untuk melapangkannya daripada situasi kesempitan yang lazimnya membawa kepada kesukaran.
Allah berfirman:
Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. — Surah Ghafir ayat 60
Tidak kira sama ada doa itu dalam keadaan terdesak atau semata-mata menunaikan kewajipan, setiap doa pasti Allah akan beri perhatian.
Inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah menerusi sabdanya yang bermaksud:
Doa itu ialah senjata orang Mukmin, tiang agama dan cahaya langit dan bumi (Riwayat al-Hakim no. 1218)
Bertepatan dengan maksud solat dari segi bahasa sebagai doa, maka ibadat solat merupakan jalan yang terbaik untuk kita mengajukan doa, hajat dan permohonan kepada Allah.
Diharapkan dengan solat yang kita laksanakan secara bersungguh-sungguh, Allah SWT akan memperkenankan doa yang kita hajati.

Waktu Mengerjakan Solat Hajat
Solat sunat hajat boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja sama ada pada siang dan malam, kecuali pada waktu yang diharamkan solat.
Terutama apabila ada suatu hajat yang baik untuk dipohon kepada Allah SWT.
Namun sebaik-baiknya, solat hajat dilakukan pada waktu tengah malam sama ada pukul satu, dua atau tiga pagi, bagi menghadirkan rasa ketenangan, kesungguhan dan penuh pengharapan kepadaNya.
Setelah bangun daripada tidur, terlebih dahulu hendaklah Solat Tahajjud.
Kemudian dibacakan al-Fatihah sekali untuk dihadiahkan kepada Nabi Muhammad SAW, arwah kaum muslimin muslimat dan arwah ibu bapa.
Selepas itu barulah dimulakan solat sunat hajat ini.
Bilangan Rakaat Solat Hajat
Ada pendapat yang masyhur dalam Mazhab Syafi’e adalah sebanyak dua rakaat, sebagaimana yang disebutkan dalam hadis Abdullah bin Abu Awfa.
Namun, terdapat juga pendapat yang berlainan tentang bilangan rakaat solat sunat hajat. Ada yang berpendapat empat rakaat ada juga yang berpendapat dua belas rakaat.
Secara kesimpulannya, solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat dan sebanyak-sebanyaknya 12 rakaat.
Solat hajat paling afdal ialah 12 rakaat, 6 kali salam (Menurut Imam al-Ghazali dalam Kitab ihya’ Ulumuddin)
Niat Solat Hajat
Lafaz niat Solat Sunat Hajat adalah seperti berikut:
أُصَلِّي سُنَّةَ الحَاجَةِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
Usolli Sunnatal Hajati Rak’ataini Lillahi Taala
Maksudnya:
Sahaja aku solat sunat hajat dua rakaat kerana Allah Taala
Menurut Imam al-Nawawi dalam kitab al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab, niat itu tempatnya di dalam hati. Sekiranya seseorang melafazkan niat dengan lidah secara perlahan bagi membantu menghadirkan hati, maka perbuatan itu dibolehkan dan dianggap sunat.
Namun begitu, sekiranya ia mengganggu kekhusyukan, lebih baik meninggalkannya dan mencukupkan dengan niat di dalam hati sahaja.
- Pastikan niat dilakukan berserta keikhlasan dan kesungguhan untuk memohon hajat dan keampunan daripada Allah SWT.
- Niat tidak perlu dilafazkan secara kuat. Cukup sekadar didengar oleh diri sendiri untuk membantu menumpukan hati.
Semoga Allah menerima taubat kita dan mengampunkan segala dosa yang telah dilakukan, insyaAllah.
Cara Mengerjakan Solat Hajat
Ringkasan Cara Melakukan Solat Hajat
- Solat Hajat dimulakan dengan takbiratul ihram sambil niat dalam hati: “Sahaja aku solat sunat hajat dua rakaat kerana Allah Taala”.
- Bacaan dalam Solat: Bacalah surah al-Fatihah kemudian Ayat Kursi atau mana-mana surah lazim yang dihafaz.
- Lakukan rukuk, kemudian sujud dua kali. Pastikan anda menjaga tuma’ninah (ketenangan) dalam setiap gerakan.
- Rakaat Kedua: Bangun untuk rakaat kedua dengan membaca takbir. Bacalah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas atau surah lazim yang lain. Kemudian lakukan lagi rukuk dan sujud. Dalam sujud terakhir, bacalah doa Nabi Yunus: “lā ilāha illā anta, subḥānaka innī kuntu minaẓ-ẓālimīn” dan pohonlah sebarang hajat dalam hati.
- Tahiyyat Akhir dan Salam: Setelah selesai rakaat kedua, duduk untuk tahiyyat akhir. Akhiri solat dengan memberi salam.
- Bagi orang yang ingin melaksanakan Solat Sunat Hajat lebih daripada dua rakaat, hendaklah dia terus bangun untuk menambah dua rakaat lagi.
- Setelah menunaikan solat Hajat, berdoalah dengan hati yang ikhlas dan rendah diri, meminta kepada Allah SWT agar dimakbulkan hajat-hajat yang dipohon, diampuni dosa-dosa, dan dilapangkan jalan untuk mendapatkan keberkatan serta rezeki yang halal.
Di bawah ini adalah tatacara mengerjakan Solat Hajat secara langkah demi langkah:
Rakaat Pertama
Solat Hajat Dimulakan Dengan Takbiratul ihram dan Niat
Semasa mengangkat takbir, bacakan niat solat sunat hajat dalam hati:
أُصَلِّي سُنَّةَ الحَاجَةِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
Usolli Sunnatal Hajati Rak’ataini Lillahi Taala
Atau anda boleh berniat dalam Bahasa Melayu sahaja, “Sahaja aku Solat Sunat Hajat dua rakaat kerana Allah Taala“
Nota
Jika anda tidak dapat berniat dalam hati serentak dengan takbiratul ihram, maka boleh lakukan takbiratul ihram dahulu kemudian diikuti oleh niat dalam hati beberapa detik kemudian.

Ucapkan takbir “Allahuakbar” dengan jelas (dapat didengari oleh telinga sendiri) sambil mengangkat tangan dan berniat di dalam hati.
اَللَّهُ أَكْبَرُ
Allahuakbar!
Maksud Bacaan
Allah Maha Besar!
Kemudian, Bacalah Doa Iftitah
Hukum membaca Doa Iftitah dalah sunat hai’ah. Tidak mengapa jika bacaan doa ini ditinggalkan.
اَللّٰهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالحَمْدُ لِلّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا وَجَّهْتُ وَجْهِىَ لِلَّذِى فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ حَنِيفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ إِنَّ صَلَاتِى وَنُسُكِى وَمَحْيَاىَ وَمَمَاتِى لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ لَا شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ
Allāhu Akbaru Kabīrāw Wal-Ḥamdu Lillāhi Kathīrāw Wa Subḥānal-Lāhi Bukrataw Wa Aṣīlā. Wajjahtu Wajhiya Lilladhī Faṭaras-Samāwāti Wal-Arḍa Ḥanīfan Muslimāw Wa Mā Anā Minal-Mushrikīn. Inna Ṣalātī Wa Nusukī Wa Maḥyāya Wa Mamātī Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn. Lā Sharīka Lahū Wa Bidzālika Umirtu Wa Anā Minal-Muslimīn.
Maksud Bacaan
Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang. Aku hadapkan mukaku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, hal keadaannya bersih dalam Islam. Tidaklah aku dari golongan orang-orang yang mensyirikkan Tuhan. Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidup dan matiku bagi Allah, Tuhan yang memiliki alam keseluruhannya. Tidak ada bersekutu denganNya sesuatu dan dengan demikian aku disuruh dan aku dari golongan muslimin.
Bacalah Surah al-Fatihah.
Pada kebiasaannya, solat sunat terus dibaca al Fatihah tanpa Doa Iftitah terlebih dahulu. Tetapi jika ingin membaca Doa Iftitah juga, maka ia adalah perbuatan sunat (dapat pahala membaca)
Surah al-Fatihah adalah sebahagian daripada rukun solat. Oleh itu ia wajib dibacakan dalam semua solat.
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٢ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ٤ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ٥ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ٦ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧
Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
Maksud Bacaan
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Kemudian, Bacalah Ayat Kursi Atau Mana-Mana Surah Lazim
Selesai baca al-Fatihah, maka bacalah pula ayat kursi atau mana-mana surah pendek daripada mana-mana surah dalam al-Quran.
Ayat Kursi adalah seperti berikut:
Ayat Kursi (Al Baqarah 255)
ٱللَّهُ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَيُّ ٱلۡقَيُّومُۚ لَا تَأۡخُذُهُۥ سِنَةٞ وَلَا نَوۡمٞۚ لَّهُۥ مَا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِي ٱلۡأَرۡضِۗ مَن ذَا ٱلَّذِي يَشۡفَعُ عِندَهُۥٓ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيۡءٖ مِّنۡ عِلۡمِهِۦٓ إِلَّا بِمَا شَآءَۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضَۖ وَلَا يَـُٔودُهُۥ حِفۡظُهُمَاۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِيُّ ٱلۡعَظِيمُ ٢٥٥
Allāhu Lā Ilāha Illā Huw, Al-Ḥayyul-Qayyūm, Lā Ta’khużuhū Sinatuw Wa Lā Naum, Lahū Mā Fis-Samāwāti Wa Mā Fil-Arḍ, Man Żallażī Yasyfa‘U ‘Indahū Illā Bi’iżnih, Ya‘Lamu Mā Baina Aidīhim Wa Mā Khalfahum, Wa Lā Yuḥīṭūna Bisyai’im Min ‘Ilmihī Illā Bimā Syā’, Wasi‘A Kursiyyuhus-Samāwāti Wal-Arḍ, Wa Lā Ya’ūduhū Ḥifẓuhumā, Wa Huwal-‘Aliyyul-‘Aẓīm
Maksud Bacaan
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi, dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).
Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Bacaan dalam rukuk adalah sama seperti bacaan rukuk solat fardu iaitu:
سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ
SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih (3x)
Maksud Bacaan
“Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung, serta segala puji bagi-Nya.”
Kemudian Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal). Kemudian bacalah bacaan iktidal seperti ini:
سَمِعَ اللّٰهُ لِمَنْ حَمِدَهُ
Sami Allahu Liman Hamidah
Maksud Bacaan
“Allah mendengar orang yang memuji-Nya.”
Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Turun Melakukan Sujud

Semasa dahi menyentuh lantai dalam sujud, maka bacakan bacaan sujud seperti ini:
سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ
Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih (3x)
Maksud Bacaan
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya
Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

Setelah selesai bacaan sujud sebanyak 3 kali, maka bangkit dari sujud dan duduklah dalam posisi di atas (antara dua sujud atau istirahah).
Kemudian bacalah bacaan tasbih antara dua sujud seperti ini:
رَبِّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي وَاجْبُرْنِي وَارْفَعْنِي وَارْزُقْنِي وَاهْدِنِي وَعَافِنِي وَاعْفُ عَنِّي
Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni
Maksud Bacaan
“Ya Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah kekuranganku, angkatlah darjatku, berilah rezeki kepadaku, berilah petunjuk kepadaku, sihatkanlah aku, dan maafkanlah kesalahanku.”
Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Selesai bacaan tasbih antara dua sujud, turunlah bersujud sekali lagi. Seperti sujud sebelumnya, bacalah bacaan dalam sujud.
سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ
Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih (3x)
Maksud Bacaan
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya
Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua.
Sebelum bangun ke rakaat kedua, duduk istirahat sebentar (lebih kurang 3 saat) sebelum bangun berdiri untuk rakaat seterusnya.
Dalam kedudukan ini tidak perlu dibaca apa-apa. Hanya perlu diam menghayati solat.
—— ❈ ——
Rakaat Kedua
Rakaat Kedua Dimulai Dengan Lafaz Takbir intiqalat
Selepas bangun dari duduk istirahah, maka bertakbirlah sekali lagi untuk rakaat kedua. Takbir ini dikenali sebagai takbir intiqalat.
(Takbir intiqalat bermaksud takbir permulaan rakaat kedua).

اَللَّهُ أَكْبَرُ
Allahuakbar!
Baca Surah al-Fatihah
Seperti rakaat pertama, sekali lagi pada rakaat kedua dibacakan surah al-Fatihah.
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٢ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ٤ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ٥ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ٦ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧
Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
Maksud Bacaan
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Seterusnya Sekali Lagi Membaca Surah Lazim
Setelah selesai membaca al-Fatihah, maka bacalah pula surah seterusnya. Antara surah yang boleh dibacakan adalah surah al-ikhlas
Surah Al Ikhlas
قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ١ ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ ٢ لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ ٣ وَلَمۡ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدُۢ ٤
Qul Huwallāhu Aḥad. Allāhuṣ-Ṣamad. Lam Yalid Wa Lam Yūlad. Wa Lam Yakul Lahū Kufuwan Aḥad
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.
Seperti rakaat pertama, kita bebas untuk membaca mana-mana surah yang kita sukai atau ingat.
Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

Asas dalam melakukan rukuk adalah keadaan belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Seperti sebelumnya, bacaan rukuk adalah:
سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ
SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih (3x)
Maksud Bacaan
“Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung, serta segala puji bagi-Nya.”
Kemudian Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:
سَمِعَ اللّٰهُ لِمَنْ حَمِدَهُ
Sami Allahu Liman Hamidah
Maksud Bacaan
“Allah mendengar orang yang memuji-Nya.”
Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:
سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ
Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih (3x)
Maksud Bacaan
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya
Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

Baca bacaan antara dua sujud:
رَبِّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي وَاجْبُرْنِي وَارْفَعْنِي وَارْزُقْنِي وَاهْدِنِي وَعَافِنِي وَاعْفُ عَنِّي
Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni
Maksud Bacaan
“Ya Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah kekuranganku, angkatlah darjatku, berilah rezeki kepadaku, berilah petunjuk kepadaku, sihatkanlah aku, dan maafkanlah kesalahanku.”
Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:
سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ
Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
Maksud Bacaan
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya
Bacaan Tasbih Dalam Sujud Akhir

Semasa sujud akhir (sebelum bangun untuk tahiyat), ucapkanlah sebagaimana berikut sebanyak 40 kali:
لَا إِلٰـهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
Laa ilaaha illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minazzolimin
Maksudnya:
Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim
Memohon Hajat Semasa Dalam Sujud Terakhir
Jika tidak dibaca tasbih tersebut, atau setelah cukup bilangan bacaan tasbih, maka pohonlah sebarang hajat di dalam hati sewaktu masih dalam keadaan sujud itu.
Mudah-mudahan Allah memakbulkan hajat kita kerana antara tempat paling mustajab berdoa adalah semasa didalam sujud.[1]
Bangun Dari Sujud, Terus Lakukan tahiyyat akhir

Seperti bacaan tahiyat akhir solat-solat fardu, bacaan tahiyat adalah seperti berikut:
التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللّٰهِ. السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ. السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللّٰهِ الصَّالِحِينَ. أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللّٰهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللّٰهِ. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ. كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ. كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.
At-taḥiyyātu al-mubārakātu aṣ-ṣalawātu aṭ-ṭayyibātu lillāh. As-salāmu ‘alaika ayyuhan-nabiyyu wa raḥmatullāhi wa barakātuh. As-salāmu ‘alainā wa ‘alā ‘ibādillāhi aṣ-ṣāliḥīn. Ash-hadu alla ilāha illallāh, wa ash-hadu anna Muḥammadar-rasūlullāh. Allāhumma ṣolli ‘alā Muḥammad, wa ‘alā āli Muḥammad, kamā ṣollaita ‘alā Ibrāhīm wa ‘alā āli Ibrāhīm. Wa bārik ‘alā Muḥammad wa ‘alā āli Muḥammad, kamā bārakta ‘alā Ibrāhīm wa ‘alā āli Ibrāhīma fil-‘ālamīn, innaka ḥamīdun majīd.
Maksud Bacaan
Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi. Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah. Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad.Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia
Setelah Selesai Membaca Tahiyat, Akhiri Solat Hajat Dua Rakaat Pertama Ini Dengan Memberi Salam.
Akhiri solat hajat dua rakaat pertama dengan memberi salam sebanyak dua kali, iaitu bermula dengan memberi salam ke sebelah kanan dan kemudian memberi salam kedua sambil memalingkan muka ke sebelah kiri.

Pada salam pertama, palingkan muka ke sebelah kanan dan ucapkan salam seperti berikut:
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ
Assalamualaikum Warahmatullah
Maksud Bacaan
Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya
… kemudian palingkan pula muka ke sebelah kiri dan ucapkan salam kedua:
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ
Assalamualaikum Warahmatullah
Bagi orang yang ingin melaksanakan Solat Sunat Hajat 4 rakaat, hendaklah dia terus bangun untuk menambah dua rakaat lagi setelah selesai solat dua rakaat yang pertama.
Doa Solat Hajat
Sesudah salam, bacalah istighfar, zikir dan doa semoga dimakbulkan hajat yang dipohon.
Membaca Istighfar
أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ العَظِيمَ الَّذِي لَا إِلٰـهَ إِلَّا هُوَ الحَيُّ القَيُّومُ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ
AstaghFirullahal ‘Aziim al-LaDzii LaaHa illa Huwal Hayyul Qayyumu Wa AtuuBu ilaih (10 Kali)
Aku memohon ampun kepada Allah Yang Maha Agung, tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Hidup lagi Maha Mengurus segala urusan, dan aku bertaubat kepadaNya.
Membaca Tasbih & Tahmid
سُبْحَانَ اللّٰهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلٰـهَ إِلَّا اللهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ
SubHaNallahi WalHamduLillah Wa Laa IlaaHa illallahu Wallahu Akbar, Walaa HawLa Walaa Quwwata Illa Billahi ‘Aliyyil ‘Aziim (10 Kali)
Maha Suci Allah dan segala pujian hanya bagi Allah dan tiada tuhan (yang layak disembah) selain Allah dan Allah Maha Besar. Dan tiada daya dan upaya kecuali dengan izin Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung.
Membaca Selawat Ke Atas Nabi ﷺ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Allahumma Solli ‘Ala Sayyidina Muhammad Wa ‘Ala Aali Sayyidina Muhammad (10 Kali)
Ya Allah, limpahilah kesejahteraan ke atas junjungan Nabi Muhammad dan ke atas keluarga junjungan Nabi Muhammad.
Membaca Doa Solat Hajat
اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مُوْجِبَاتِ رَحْمَتِكَ، وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ، وَالْغَنِيْمَةَ مِنْ كُلِّ بِرٍّ، وَالسَّلَامَةَ مِنْ كُلِّ إِثْمٍ، وَالْفَوْزَ بِالْجَنَّةِ، وَالنَّجَاةَ مِنَ النَّارِ.
اللَّهُمَّ إِنَّكَ تَسْمَعُ كَلَامِي، وَتَرَى مَكَانِي وَتَعْلَمُ سِرِّي وَعَلَانِيَتِي وَلَا يَخْفَى عَلَيْكَ شَيْءٌ مِنْ أَمْرِي وَأَنَا الْبَائِسُ الْفَقِيرُ وَالْمُسْتَغِيثِ وَالْمُسْتَجِيرُ وَالْوَجِلُ الْمُشْفِقُ الْمُقِرُّ الْمُعْتَرِفُ .إِلَيْكَ بِذَنْبِهِ
أَسْأَلُكَ مَسْأَلَةَ الْمِسْكِينِ وَأَبْتَهِلُ إِلَيْكَ إِبْتِهَالَ الْمُذْنِبِ الذَّلِيلِ وَأَدْعُوكَ دُعَاءَ الْخَائِفِ الضَّرِيرِ دُعَاءَ مَنْ خَضَعَتْ لَكَ رَقَبَتُهُ وَذَلَّ لَكَ جِسْمُهُ وَرَغِمَ لَكَ أَنْفُهُ.
Transliterasi
Allāhumma innā nas’aluka mujibāti raḥmatika,
wa ‘azā’ima maghfiratika, wal-ghanīmata min kulli birr,
was-salāmata min kulli ithm, wal-fawza bil-jannah,
wan-najāta minan-nār.Allāhumma innaka tasma‘u kalāmī,
wa tarā makānī, wa ta‘lamu sirrī wa ‘alāniyatī,
wa lā yakhfā ‘alaika syai’un min amrī.
Wa anā al-bā’isu al-faqīr, wal-mustaghīthi wal-mustajīru,
wal-wajilu al-mushfiqu al-muqirru al-mu‘tarifu ilayka bi dzanbihī.As’aluka mas’alatal-miskīn,
wa abtahilu ilayka ibtihāla al-mudznibi adz-dzalīl,
wa ad‘ūka du‘ā’a al-khā’ifi aḍ-ḍarīr,
du‘ā’a man khaḍa‘at laka raqabatuhu,
wa dzalla laka jismuh,
wa raghima laka anfuh.
Maksud Doa
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada-Mu perkara-perkara yang menjadi sebab turunnya rahmat-Mu, keteguhan keampunan-Mu, keuntungan daripada setiap kebaikan, keselamatan daripada setiap dosa, kejayaan memperoleh syurga dan diselamatkan daripada api neraka.
Ya Allah, sesungguhnya Engkau mendengar segala kata-kataku, Engkau melihat di mana aku berada, Engkau mengetahui rahsia dan perkara zahirku. Tidak ada satu pun daripada urusanku yang tersembunyi daripada pengetahuan-Mu. Sedangkan aku ini hamba yang sengsara lagi fakir, yang sangat memohon pertolongan dan perlindungan, yang gementar lagi takut, yang mengaku dan menginsafi kepada-Mu akan segala dosanya.
Aku memohon kepada-Mu seperti permohonan seorang yang miskin; aku merayu kepada-Mu seperti rayuan seorang pendosa yang hina; dan aku berdoa kepada-Mu seperti doa seorang yang takut lagi lemah tidak berdaya. (Iaitu) doa seorang hamba yang tunduk patuh tengkuknya kepada-Mu, yang tubuhnya hina mengalah di hadapan-Mu, dan yang merendahkan dirinya serendah-rendahnya demi-Mu.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
الْـحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، حَمْدًا يُوَافِي نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ، يَا رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِي لِجَلَالِكَ وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ، سُبْحَانَكَ لَا نُحْصِي ثَنَاءً عَلَيْكَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى .نَفْسِكَ، فَلَكَ الْحَمْدُ حَتَّى تَرْضَى
ثُمَّ نصَلِّي وَنُسَلِّمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَنَقُوْلُ:
نَبِيَّنَا مُحَمَّدٍ صَلَوَاتُ اللهِ وَسَلَامُهُ عَلَيْكَ إِنَّا تَوَجَّهْنَا بِكَ إِلَى رَبِّنَا فِي قَضَاءِ حَاجَتِنَا
(dan jika hajat orang lain gantikan perkataan حَاجَتِنَا dengan nama orang yang kita ingin doakan hajatnya).
اللَّهُمَّ فَشَفِّعْ نَبِيَّكَ مُحَمَّدًا صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِيَّ، وَاغْفِرْ لَنَا حَوَائِجَنَا وَخَطَايَانَا، أَنْتَ رَبُّ الطَّيِّبِيْنَ، يَا عَزِيْزُ يَا عَلِيْمُ، يَا عَزِيْزُ يَا حَلِيْمُ، يَا عَزِيْزُ يَا عَظِيْمُ، يَا عَزِيْزُ يَا عَظِيْمُ، يَا وَهَّابُ، يَا لَطِيْفُ، يَا حَلِيْمُ، يَا كَرِيْمُ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
Transliterasi
Bismillāhir-Raḥmānir-Raḥīm.
Al-ḥamdu lillāhi rabbil-ʿālamīn, ḥamdan yuwāfī niʿamahu wa yukāfiʾu mazīdahu, Yā rabbana laka al-ḥamdu kamā yanbaghī li jalālika wajhika wa ʿaẓīmi sulṭānika, Subḥānaka lā nuḥṣī thanāʾan ʿalayka kamā athnayta ʿalā nafsika, Fa laka al-ḥamdu ḥattā tarḍā.
Tsumma nuṣallī wa nusallimu ʿalā sayyidinā Muḥammadin ṣallallāhu ʿalayhi wa sallam, wa naqūlu: Nabiyyana Muḥammadin ṣalawātu llāhi wa salāmuhu ʿalayka, innā tawajjahnā bika ilā rabbinā fī qaḍāʾi ḥājatina.
Allāhumma fa-shaffiʿ nabiyyaka Muḥammadan ṣallallāhu ʿalayhi wa sallam fiyya, waghfir lanā ḥawāʾijanā wa khaṭāyānā; anta rabbu al-ṭayyibīn. Yā ʿAzīzu yā ʿAlīm, yā ʿAzīzu yā Ḥalīm, yā ʿAzīzu yā ʿAẓīm, yā ʿAzīzu yā ʿAẓīm, yā Wahhāb, yā Laṭīf, yā Ḥalīm, yā Karīm. Wa ṣallallāhu ʿalā sayyidinā Muḥammad, wa ʿalā ālihi wa ṣaḥbihi ajmaʿīn, wal-ḥamdu lillāhi rabbil-ʿālamīn.
Maksud Doa
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam; pujian yang menyamai nikmat-nikmat-Nya dan sepadan dengan segala tambahan kurnia-Nya. Wahai Tuhan kami, bagi-Mu segala puji sebagaimana layak bagi keagungan-Mu dan (keagungan) Wajah-Mu serta kebesaran kekuasaan-Mu. Maha Suci Engkau; kami tidak mampu menghitung pujian terhadap-Mu sebagaimana Engkau sendiri memuji diri-Mu. Maka bagi-Mu segala puji hingga Engkau reda.
Seterusnya kami berselawat dan mengucap salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW, dan kami berkata: Nabi kami Muhammad, selawat dan salam Allah ke atasmu. Sesungguhnya kami menghadap (bertawassul) denganmu kepada Tuhan kami untuk menunaikan hajat kami.
Ya Allah, maka perkenankanlah Nabimu Muhammad SAW memberi syafaat untukku; kabulkanlah hajat-hajat kami dan ampunilah dosa-dosa kami. Engkaulah Tuhan bagi orang-orang yang baik (suci).
Wahai Yang Maha Perkasa, wahai Yang Maha Mengetahui; wahai Yang Maha Perkasa, wahai Yang Maha Penyantun; wahai Yang Maha Perkasa, wahai Yang Maha Agung; wahai Yang Maha Perkasa, wahai Yang Maha Agung; wahai Yang Maha Pemberi, wahai Yang Maha Halus, wahai Yang Maha Penyantun, wahai Yang Maha Mulia.
Selawat Allah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad serta ke atas keluarganya dan para sahabatnya seluruhnya; dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Soal Jawab Masalah Berkaitan Solat Sunat Hajat

Berikut disenaraikan beberapa soal jawab lazim mengenai masalah dan isu yang berkaitan Solat Sunat Hajat:
Boleh, tiada masalah. Allah itu Maha Kaya Lagi Maha Memberi, tidak kiralah sebanyak mana hajat atau permintaan kita, mintalah segalanya kepada Tuhan Yang Maha Kaya.
Boleh. Harus hukumnya mengerjakan Solat Sunat Hajat secara berjemaah.
Secara umum, waktu selepas Subuh dan selepas Asar ialah waktu yang dilarang untuk solat sunat mutlak dalam mazhab Syafie. Bagi solat sunat hajat, sebahagian ulama menganggap ia termasuk dalam solat sunat bersebab dan mengharuskannya jika ada hajat mendesak. Namun, sebagai langkah lebih selamat dan keluar daripada khilaf, sebaik-baiknya solat hajat dilakukan di luar waktu tahrim, contohnya pada waktu malam atau selain selepas Subuh dan Asar.
Solat Hajat dilakukan apabila kita ingin memohon sesuatu keperluan daripada Allah. Sama ada memohon kebaikan atau pun menolak sesuatu keburukan.
Waktu paling afdal mengerjakan Solat Hajat ialah pada waktu tengah malam sama ada pukul satu, dua atau tiga pagi, bagi menghadirkan rasa ketenangan, kesungguhan dan penuh pengharapan kepadaNya.
Penutup: Mintalah Perkara Baik Yang Berkekalan Hingga Akhirat
Sekadar panduan untuk hajat yang diminta:
Jika hajatnya mahu menjadi kaya, mintalah kaya yang beriman, dermawan lagi berkat. Semoga harta menjadi bekalan di hari akhirat.
Jika mahukan zuriat, pohonlah zuriat yang soleh, sihat dan murah rezeki. Doa anak soleh tidak putus walaupun selepas kematian.
Jika memohon jodoh, biarlah jodoh yang membawa kebahagiaan dunia dan akhirat.
Berapa ramai pasangan turun naik mahkamah walaupun berkahwin atas dasar cinta.
Janganlah terlalu spesifik hajatnya, kerana kita sendiri tidak tahu apa yang terbaik untuk diri sendiri.
Biar Allah yang mengaturnya.
InsyaaAllah, hajat yang baik akan dimakbul, sama ada cepat atau lambat.
1 Daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda; maksudnya: “Keadaan yang paling dekat seseorang hamba dengan Tuhan-nya ialah ketika dia bersujud. Maka perbanyakkanlah berdoa (pada waktu sujud).” — Riwayat Muslim dan al-Nasaie.
Nota Rujukan:
- Indahnya Hidup Bersyariat — Allahyarham Dato’ Ismail Kamus [Pautan]
- Ensiklopedia Solat — Rohidzir Rais, Fuad Ismail, Mohd Wahid Abd Hanif
- Ensiklopedia A-Z Tentang Solat — Dr Nik Yusri Musa
- Bimbingan Lengkap Solat Sunat — Dato’ Dr. Mahmood Haji Abdul Majib, Rohidzir Rais [Pautan]
- Solat Sunat Harian — Ustaz Mohd Faez B. Mohd Shah al-Hashimi
- 1157 Persoalan Solat — Ustaz Muhadir Haji Joll [Pautan]
Mohon doa kan saya dan keluraga Saya di mudahkan mencari rizki dan selalu di beri kesehatan serta umur panjang. Amiin
Amin. Semoga Allah SWT memperkenankan doa saudari.
Mohon doakan ibu saya yang berada di icu akibat covid stage 5
Semoga ibu kepada saudara Hairi diberi kesembuhan dari wabak dan dipermudahkan urusan menghadapi ujian ini. Aminn.
Amin ins sya allah
Ibu saya meninggal semalam
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْها وَأَكْرِمْ نُزُلَها وَوَسِّعْ مُدْخَلَها وَاغْسِلْها بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّها مِنْ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنْ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْها دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِها وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ أَهْلِها وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِها وَأَدْخِلْها الْجَنَّةَ وَأَعِذْها مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ
Semoga saudara diberikan kesabaran dan kekuatan dalam menghadapi ujian ini.
Salam takziah dari saya.
Sya mhon doakn isteri sya yg +ve covid19 smbuh seperti sdia kala dia slah serng frontliner yg kna covid19 Dan doakn jg utk sya result swab test sya – ve arini.. In sha ALLAH.. Aamiin..
Semoga urusan keluarga tuan dipermudahkan. Semoga kita semua dijauhkan dari penyakit dan diberikan kesembuhan dari segala wabak. Aminn
Aamiin.. Trima kasih tuan..
hai assalamualaikum sy sangat suka page ini sangat mudah untuk memahami
Wassalam.
Alhamdulillah jika begitu ?
Mohon semua doakan isteri dan anak dalam kandungan isteri di berikan kekuatan dan semangat serta kesembuhan dari Covid19..Amin?
Amin.. Moga Allah makbulkan segala doa saudara.. Moga ibu dan anak selamat..
Aminn Ya Rabb. Semoga urusan keluarga tuan Badrul dipermudahkan.
semoga yg positif covid dsmbuhkn trmasuk ank saudara ku. juga mntk dlindungi semua yg bergejala trmasuk saudaraku.. ssghnya, kpdMu jua kami mmnta prtolongan ???aamiin3..
Aminnn
Amin
Semoga kucing saya dijumpai
InsyaAllah
Allah, page ni mmng bermanfaat, mmng senang nk phm,penulis utk page ni Insyallah akan mengalir pahala buat mua shabbat, Aamiin. Ibu sy Raleena meninggal dunia sbb COVID tlng doakan dia skli ya, terima kasih kepada penulis page ni, Aamiin Aamiin ya rabbal alamin
Assalamualaikum ustaz,sy dh buat solat hajat 12 rakaat dgn 6×salam,setiap sujud trakhir sy baca tasbih 40× dn mohon hajat dlm bhasa melayu di dlm hati,sy nk tanya boleh ke sy mohon hajat tu setiap sujud akhir tuk 12 rakaat tu yakni 6 kali salam?dn satu lagi boleh ke saya solat hajat tiap² malam ustaz?
Wassalam.
1) Boleh, jika awak mahu memohon hajat setiap sujud akhir tiada masalah.
2) Boleh, tiada masalah. Malah digalakkan untuk sentiasa memohon pertolongan daripada Allah SWT kerana sesungguhya itulah yang amat disukaiNya.
Syukur alhamdulillah…terima ksih ustaz atas infonya..
Assalamualaikum.i telah buat 8 rakkat solat hajat. Dan 8 rakkat pun pada rakaat Pertama surah Yang dibaca selepas Al fatinha saya baca 7 kali.dan pada rakaat kedua saya baca 11 Kali. Adalah is diterima atau kena dibaca sekali saja.
Boleh Tak I buat 8 rakkat bersamaan dendan 4 salam.ataupun I kena buat 12 rakaat je. Sebab waksu solat subuh hampir tiba.taku Tak sempat nanti.
Wassalam,
1) Boleh, tiada masalah. Baca 1 kali atau banyak kali, kedua-duanya dibolehkan.
2) Boleh, tiada masalah. Solat 2 rakaat sahaja pun boleh ?
Assalamualaikum Ustaz,
Tasbih 40kali di dalam sujud akhir solat taubat, hajat & istikharah jika dibaca boleh ke kurang bilangannya?
Wassalam.
Boleh, tiada masalah. Bacaan tersebut adalah sunat sahaja, solat tetap sah jika terkurang, terlebih atau tidak dibaca langsung.
Asslm Ustadz.
Maaf Ustadz sbb sya terhantar dua kali message untuk Ustadz bagi pencerahan di bawah ini.
Sya mnta tolong sangat Ustadz dpt bagi pencerahan message saya di bawah ini.
??
Wassalam.
Tiada masalah puan ?
Asslm Ustadz. Maaf sangat2 skali lg nk brtnya pd Ustadz.
Sya ada trbca jwpn dari ustadz mengenai bacaan Tasbih 40kali semasa sujud trakhir solat hajat, taubat, istikharah hendaklah dibaca dgn Lafaz iaitu dgn mengeluarkn suara. Betul kan? Bole sya tnya Ustadz masa sujud trakhir Solat Hajat selepas lafaz bacaan tasbih tu, apabila sya hendak memohon hajat pula, hendaklah dibaca di dalam hati dn bukan dilafazkan. Betulke Ustadz.??
Dan satu lagi sya nak tanya mengenai Doa panjang yg di dlm.portal ni iaitu selepas tahiyat akhir, adakah bole dibaca melalui hndphone disebabkan sya tak dpt hafal doanya ???? Dn lps tu sya susuli dgn doa hajat dlm bahasa rumi iaitu doa hajat ringkas dari sya sendiri.
Sya mohon pencerahan dari Uatadz. Trima kasih Ustadz.
Wassalam,
Maaf puan saya baru dapat reply.
1) Ya lafaz tasbih tersebut
2) Ya, doa atau apa2 hajat yang dinyatakan dalam bahasa melayu, kena sebut dalam hati. Kalau nyatakan dalam bahasa arab, boleh lafazkan.
3) Boleh, tiada masalah sebab kita sudah selesai solat.
Salam ustaz, sy nak tanya untuk jawapan no 2 tu, jika hajat yang dinyatakan dalam bahasa melayu di lafazkan, adakah terbatal solat tu?
Wassalam. Ya batal solat kerana antara syarat solat adalah hanya boleh lafaz dalam bahasa arab.
Assalapm Ustadz. Maaf nak brtanya lagi. Sebagaimana yg Ustadz ada bg tau Tasbih dlm sujud terakhir samaada TASBiH & utk Solat Hajat, Solat Taubat & Solat Istikharah hendaklah diLafazkan & dan Bukan dlm hati.
Kalau solat Hajat baccan tasbih utk sujud terakhir selepas dilafazkan 40 kali, kalau hendak memohon Hajat pula ketika sujud terakhir mestilah di dalam hati & tidak dilafazkan, betulkan ??
Dan satu lg nak tanya, utk bacaan Doa yg panjang selepas Tahiyat Akhir(iaitu doa yg dlm portal ini), bolekah kita bca melalui Hndphone disebabkan doanya sya tak dapat nak hafal.
Lps tu baru sya susuli dgn tambahan doa pendek sendiri.
Mohon beri penjelasan Ustadz, trima kash.
Salam..nk tahu,niat solat hajat 4 rakaat 1 Salam..bagaimana cara niat nya.
salam, bacaan tasbih waktu sujud tu dibaca di dalam hati atau disebut?
Wassalam. Dilafazkan ?
baik terima kasih. semoga Allah swt sentiasa memelihara dan merahmati ustaz.. Amin
Terima kasih utk maklumat ini☺️
Sama-sama ?
Assalamualaikum. saya ingin bertanya. Spt apa yg tuan kata, hajat itu tidak boleh terlalu spesifik. Contoh kalau seseorang itu berdoa ingin dijodohkan dgn orang yg diinginkan, adakah itu terlalu spesifik?
Wassalam.
Begini, sebenarnya kita boleh berdoa dan berhajat apa sahaja. Tiada masalah untuk berdoa secara spesifik seperti ingin dijodohkan dengan seseorang.
Cuma, kita perlu membuka hati la. Sebab Allah memberi apa yang terbaik buat kita, tidak semestinya Dia beri apa yang kita hajatkan.
Contohnya seperti Alia mahu berjodoh dengan si A. Maka tiada masalah Alia lakukan solat hajat untuk untuk dijodohkan bersamanya. Itu juga salah satu usaha.
Jika benar-benar berjodoh, alhamdulillah. Tetapi jika pada akhirnya bukan jodoh, Alia kena terimalah apa yang Allah tetapkan itu.
Sebab itu digalakkan berdoa secara umum seperti memohon jodoh yang membawa kebahagiaan dunia dan akhirat tanpa ditetapkan nama siapa-siapa.
Kerana pada dasarnya, Allah mengaturkan apa yang terbaik untuk kita di dunia dan akhirat.
Salam tuan… Mana yg lebih baik atau tertib dilakukan… Solat sunat hajat dahulu kemudian istikharah atau sebalik… Terima kasih in advance untuk pencerahannya…
Wassalam.
Tiada penetapan khas untuk solat yang mana dahulu. Boleh dilakukan bermula dari mana-manasolat sahaja.
Kecuali jika qiamullail, lakukan solat tahajjud dahulu.
Yang mana yg lebih baik.. solat aubat taubat atau solat hajat. Sila huraikan.. terima kaaih
Dua-duanya baik, tetapi berbeza tujuan.
Solat taubat untuk memohon keampunan.
Solat hajat pula untuk memohon hajat.
Terima kasih ustz.. saya minta maaf ustz..sebenarnya soalan saya begini. Antara solat taubat dan solat hajat, yg mana harus didulukan solatnya.. solat hajat kemudian solat hajat atau sebaliknya.. maaf ustz menganggu
ustaz tolong balas soalan dia , sebab soalan dia sama macam yang saya nak tanya.
Lakukan solat taubat dahulu. ?
Alhamdulillah.. syukran ustaz atas penjelasannya.. dgn adanya platform begini menjadikan saya yg kurang pandai dari segi agama lebih yakin dgn ibadah saya.. terima kasih skali lagi kerana adakan platform sebegini.. kami doakan agar ustaz sentiasa dipelihara dan dirahmati Allah slalu kerana menolong org2 seperti saya.. Aamiin
Adakah hajat yang ingin disampaikan terhad ?
Tidak terhad. Boleh minta sebanyak-banyaknya.