BACAAN DOA IFTITAH DALAM SOLAT (Transliterasi Rumi & Audio)

doa iftitah

Bagaimana bacaan doa iftitah yang betul?

Artikel ini akan memberi panduan mengenai bacaan doa iftitah yang betul dan dipermudahkan dengan ejaan Rumi.

Hukum berkaitan juga turut dinyatakan.

Semoga membantu mereka yang masih baru belajar solat.

Pengenalan

Ifitah bermaksud pembuka dan dibacakan dalam mana-mana solat fardu.

Doa ini disunatkan untuk dibaca selepas mengangkat takbir (takbiratul ihram)

Terdapat lebih kurang bacaan 12 doa iftitah yang diriwayatkan dalam pelbagai hadis.

Namun dalam konteks umat Islam di Asia Tenggara, kita mengamalkan iftitah seperti dibawah ini.

Lafaz Bacaan Doa Iftitah

Bacaan doa ini adalah seperti berikut:

doa iftitah
Teks Bacaan Doa Iftitah

Transliterasi Doa Iftitah Dalam Rumi

teks bacaan doa iftitah

 Allaahu Akbaru Kabiiraw 


teks bacaan doa iftitah

  Walhamdu Lillaahi KaTsiiRaw 


teks bacaan doa iftitah

 Wa SubHaaNallaaHi Bukrataw-Wa AsiiLa.  


teks bacaan doa iftitah

 WajjahTu WajHiya LillaDzii FaThaRas-SaMaaWaaTi Wal Ardh 


teks bacaan doa iftitah

 Haniifam-Muslimaw Wamaa Anaa Minal MusyRikiin.  


teks bacaan doa iftitah

  Inna SolaaTii Wa Nusukii Wa MahYaaYa Wa MaMaaTii Lillaahi Robbil ‘AaLamiin.  


teks bacaan doa iftitah

  Laa SyariiKaLahu Wa BiDzaaLika UmirTu Wa Anaa Minal Muslimiin  

Maksud Doa Iftitah

Maksudnya adalah seperti berikut:

Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah.

Maha Suci Allah pagi dan petang.

Aku hadapkan mukaku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, hal keadaannya bersih dalam Islam.

Tidaklah aku dari golongan orang-orang yang mensyirikkan Tuhan.

Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidup dan matiku bagi Allah, Tuhan yang memiliki alam keseluruhannya.

Tidak ada bersekutu denganNya sesuatu dan dengan demikian aku disuruh dan aku dari golongan muslimin.

Hukum Membaca Iftitah

Adakah Wajib Membaca Doa Iftitah ketika Solat Fardu dan Solat Sunat?

Hukum membaca iftitah  dalam solat adalah sunat

Ia boleh dibaca ketika solat fardu dan solat sunat.

Membaca doa iftitah setelah takbiratul Ihram merupakan satu tuntutan Nabi SAW.

Ianya merupakan satu bentuk pujian, sanjungan dan mengagungkan Allah SWT.

Terdapat sebegitu banyak hadis yang menunjukkan baginda SAW amat menitikberatkan pembacaan doa iftitah ini.

Walaupun majoriti ulama’ menyatakan membaca iftitah ini hanyalah sunat dan  tidak membatalkan solat sekiranya tidak dibaca,  namun bagi kita yang benar-benar ingin mengikuti sunnah Nabi SAW serta mempraktikkan suruhannya sebagaimana sabdanya:

”Solatlah kamu sekalian sebagaimana kamu melihat aku bersolat.”

[Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 631.]

Maka sewajarnya kita tidak meninggalkan iftitah ini.

Apatah lagi memang telah ada dalil dari Nabi SAW yang menunjukkan bahawa iftitah ini adalah termasuk dalam perkara yang dapat menyempurnakan ibadah solat:

Maksud sabda nabi SAW,

Tidak sempurna solat seseorang sehingga dia menyempurnakan wuduknya sebelum dia bertakbir, memuji Allah ‘Azza wa Jalla, menyanjung-Nya, dan membaca ayat-ayat al-Qur’an yang mudah baginya (dihafalnya)…”

[Sahih: Sebahagian daripada hadis yang panjang yang dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya dan ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no. 856.]

Secara ringkasnya, Doa Iftitah:

  • Iftitah dibaca pada rakaat pertama sahaja. Kecuali terlupa.
  • Iftitah dibaca setelah Takbiratul Ihram dan sebelum surah Al Fatihah.
  • Jika seorang lupa membaca doa Iftitah pada rakaat pertama maka boleh membacanya di rakaat kedua.
  • Bagi makmum masbuq maka dibolehkan untuk tidak membacanya.

Memahami Takbiratul Ihram

Seperti yang dinyatakan di atas, doa ini dibacakan selepas mengangkat takbir.

Namun apakah yang anda fahami mengenai takbiratul ihram?

Takbiratul ihram ialah lafaz “Allahuakhbar” yang merupakan salah satu daripada rukun solat

Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib karramullahu wajhah, daripada Rasulullah bersabda:

Kunci solat itu ialah suci (daripada hadas kecil dan besar), pengharamannya (daripada perkara-perkara yang harus seperti makan dan minum) ialah ucapan takbir dan penghalalannya (melakukan perkara-perkara yang harus seperti makan dan minum) ialah ucapan salam

— Riwayat at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ahmad dan al-Darimi

Syarat-syarat Takbiratul Ihram adalah seperti berikut:

  1. Ketika melafazkan takbiratul ihram hendaklah dalam keadaan yang tetap berdiri, bukannya ketika baru hendak berdiri menunaikan solat.
  2. Menghadap kiblat ketika melafazkannya.
  3. Dilafazkan dalam bahasa Arab. Jika tidak mampu mempelajarinya hendaklah dilafazkan dalam bahasa yang mempunyai makna yang sama dengan takbiratul ihram. Tetapi, seseorang itu tetap wajib belajar melafaznya dalam bahasa Arab.
  4. Mendengar kesemua huruf yang dilafazkan.
  5. Ketika melafazkan takbiratul ihram, perlulah disertai dengan niat solat.

Was-was Dalam Takbiratul Ihram

Rasa was-was dalam takbiratul ihram merupakan permainan syaitan.

Orang yang terkena penyakit was-was disunatkan membaca “Laa ilaha illallah” sebelum melakukan takbiratul ihram, kerana syaitan akan menjauhkan diri apabila mendengarnya.

Sesetengah ulama berkata bahawa untuk menghilangkan was-was dalam solat, seseorang itu hendaklah membaca “Auuzubillahi mina syaitonirrajim” sebelum melakukan takbiratul ihram.

Soalan Lazim Berkaitan Doa Iftitah

Disini dikumpulkan beberapa soalan-soalan lazim yang berkaitan dengan doa iftitah.

Saya Tidak Menghafal Doa Iftitah, Adakah Solat Saya Sah?

Doa iftitah atau doa pembukaan bukan rukun yang wajib dilakukan. Ia adalah sunat hai’at yang anjurkan dilakukan. Seseorang yang tidak tahu membaca doa ini boleh bersolat tanpa membacanya dan solatnya sah.

Bagaimana pun, dianjurkan supaya mempelajarinya kerana ia adalah sunat hai’at yang besar kelebihannya.

Jika Terlupa, Adakah Saya Perlu Membaca Semula Doa Iftitah Sebelum Sujud?

Apabila sudah membaca surah al-Fatihah, tidak boleh lagi membaca doa iftitah kerana ia hanya disyariatkan selepas takbiratul ihram.

Dalam keadaan ini, anda seharusnya tidak membaca doa iftitah dan meneruskan bacaan surah al-Fatihah.

Bilakah Doa Iftitah Ini dibaca Ketika Dalam Solat?

Doa iftitah hendaklah dibaca selepas takbiratul ihram dan sebelum membaca surah al-Fatihah.

Adakah Perlu Membaca Iftitah Dalam Solat Sunat?

Doa iftitah disunatkan dalam semua jenis solat-solat sunat.

Jika Waktu Solat Sudah Hampir Tamat, Adakah Saya Perlu Membaca Doa Iftitah Juga?

Doa iftitah tidak lagi disunatkan sekiranya waktu solat sudah terlalu sempit.

Jika Menjadi Makmum Masbuk, Adakah Perlu Membaca Doa Iftitah?

Dalam keadaan masbuk, iaitu orang yang terlewat solat daripada imam, dia tidak lagi dikehendaki membaca doa iftitah.

Adakah Perlu Baca Doa Iftitah Dalam Solat Jenazah?

Tidak disunatkan membaca doa iftitah dalam solat jenazah.

Penutup

Semoga panduan ini dapat membantu anda melaksanakan solat dengan sempurna.

Sasaran utama artikel adalah para pelajar sekolah, orang yang baru belajar solat dan muallaf yang baru memeluk Islam.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kemusykilan, anda boleh meninggalkan perkara tersebut pada ruangan di bawah.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

42 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Zulkarnain
Zulkarnain
6 bulan yang lalu

Mengapa tidak di baca Allahu Akbaru Kabiran?
mengapa di baca Allahu Akbar Kabiran

Ahmad Huzaifi
Ahmad Huzaifi
8 bulan yang lalu

Bolehkan saya nak repost audio doa iftitah dalam youtube shorts saya?

Ahmad Huzaifi
Ahmad Huzaifi
8 bulan yang lalu

Salam, bolehkah saya nak report audio dalam youtube shorts saya?

Ainon
Ainon
10 bulan yang lalu

Tuan boleh x terangkan dgn jelas tentang tertib solat masbuk dan susunan saf nya. ini utk solat org perempuan ye tuan sbab sy slalu keliru tntg ni. klau ada dlm bentuk pdf lg bgus tuan. terima kasih. Ikhlas dri sy puan Ainon

Ainon
Ainon
10 bulan yang lalu

Assalamualaikum.. Klau xkeberatan boleh ke tuan bg panduan solat yg lengkap utk perempuan dlm bntuk pdf. Sy nk bg send kt kwn sy. terima kasih

Sherin
Sherin
10 bulan yang lalu

Alhamdulillah. Syukron Jazilan .

Amirdanial
Amirdanial
1 tahun yang lalu

Banyak soalan2 dlm ni hampir smuanya dh diterangkan dari mula lgi….tk baca ke diorg ni….mcm soalan khabiraw n khabiran tu….bunyi jdi khabiraw sbab huruf tanwin brtemu huruf wau, idgham maal ghunnah..bunyi trus masuk kat huruf wau tu…..

Amirdanial
Amirdanial
1 tahun yang lalu

Banyak soalan2 dlm ni hampir smuanya dh diterangkan dari mula lgi….tk baca ke diorg ni….mcm soalan khabiraw n khabiran tu….bunyi jdi khabiraw sbab nun mati brtemu huruf wau, idgham maal ghunnah..bunyi trus masuk kat huruf wau tu…..

Amirdanial
Amirdanial
Reply to  Amirdanial
1 tahun yang lalu

Maaf nun mati atau tanwin

Mimi
Mimi
1 tahun yang lalu

Bole ka membaca doa iftitah dlm setiap rakaat?

siti aisyah abdullah
siti aisyah abdullah
3 tahun yang lalu

saya nak tanya,apa beza bacaan musliman dan muslimaw