NIAT & CARA QADA SOLAT (Ganti Solat Fardu Lengkap)

cara Qada solat

Ini adalah panduan cara qada solat (menggantikan solat fardu) yang lengkap dan tersusun untuk memudahkan anda melakukan qada solat yang betul.

Apa yang menarik:

Ejaan dalam rumi juga turut disertakan dalam niat solat qada fardu lima waktu bagi membantu mereka yang sukar membaca tulisan arab.

Semoga panduan ini dapat membantu anda menggantikan solat dengan sempurna.

Apa Maksud Qada Solat

Qada solat (قضاء) bermaksud menggantikan atau melaksanakan solat fardu yang telah ditinggalkan atau terlepas. Dalam Islam, solat merupakan salah satu rukun Islam yang wajib dan tidak boleh ditinggalkan.

Apabila seseorang Muslim terlepas solat fardu disebabkan sebab tertentu seperti tertidur, lupa, atau keadaan darurat, maka wajib baginya untuk menggantikan solat tersebut pada masa lain.

Ini dilakukan sebagai cara untuk memenuhi kewajipan solat yang telah ditinggalkan. Qada solat menunjukkan pentingnya menjaga kewajipan solat dalam Islam dan tanggungjawab individu untuk memastikan semua solat fardu dilaksanakan.

Menurut mazhab as-Syafi’e, seseorang dikira sempat menunaikan solat secara tunai apabila dia sempat menghabiskan rakaat yang pertama dalam waktu solat tersebut.

Sebaliknya, mengerjakan solat secara qada adalah melakukan solat selepas waktunya.

Apabila seseorang tidak menunaikan solat pada waktunya, dia mesti menggantinya dengan menunaikan solat yang telah ditinggalkan pada waktu lain.

Orang yang tertidur, gila dan hilang akal ketika murtad diwajibkan untuk mengqadakan solat.

YouTube video

Hukum qada solat dalam Islam adalah wajib. Ia adalah kewajipan bagi mengganti solat fardu yang telah ditinggalkan, sama ada disengajakan atau tidak. Menurut pandangan ulama, setiap solat fardu yang ditinggalkan mesti diganti secepat mungkin.

Ini berdasarkan pemahaman umum dalam Islam bahawa solat adalah tiang agama dan tidak boleh ditinggalkan. Oleh itu, apabila seseorang gagal menunaikan solat pada waktunya, dia wajib menggantikannya melalui qada untuk memastikan kewajipannya terhadap solat terpenuhi.

Bagi mereka yang meninggalkan solat fardu diwajibkan menggantikan solat tersebut.

Ibn Mas’ud r.a menceritakan bahawa ketika Perang Khandak, Rasulullah SAW telah disibukkan dengan serangan Musyrikin sehingga terbenam matahari sedangkan Baginda tertinggal solat empat waktu. Lalu Baginda meminta Bilal melaungkan azan, dan Baginda berdiri menunaikan solat Zuhur, kemudian Asar, kemudian Maghrib dan seterusnya Isyak

(Riwayat al-Tirmizi, al-Nasa’i dan Ahmad)

Hukum melewatkan solat tanpa keuzuran (dengan sebab yang benar-benar mendesak), apalagi diluar waktunya, adalah berdosa besar. Ini adalah satu maksiat besar yang tidak boleh dihilangkan kecuali dengan mengqadakan solat yang ditinggalkan.

Seseorang yang melakukannya mesti bertaubat dengan sebenar-benar taubat untuk tidak mengulanginya.

Niat qada solat adalah berniat di dalam hati untuk mengganti solat fardu yang telah ditinggalkan. Niat ini dilakukan sebelum takbiratul ihram pada permulaan solat.

Contohnya, jika seseorang hendak mengqada solat Zohor, niatnya adalah: “Sahaja aku solat fardu Zohor empat rakaat qada kerana Allah Taala”.

Niat ini penting untuk menentukan solat tersebut sebagai ganti bagi solat fardu yang tidak sempat atau tidak dapat dilaksanakan pada waktunya.

Berikut dinyatakan niat qada solat untuk setiap solat fardu:

niat qada solat subuh

 Usolli Fardhos-Subhi Rak’ataini Qadaan Lillahi Ta’ala 

Sahaja aku Solat Fardu Subuh dua rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”

Niat Qada Solat Zuhur

niat qada solat zohor

 Usolli Fardhoz-Zuhri Arba’a Raka’atin  Qadaan Lillahi Ta’ala 

Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”

Niat Qada Solat Asar

niat qada solat asar

 Usolli Fardhol Asri Arba’a Raka’atin Qadaan Lillahi Ta’ala 

Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat qadha’ kerana Allah Ta’ala

Niat Qada Solat Maghrib

niat qada solat maghrib

 Usolli Fardhol Maghribi Salasa Raka’atin Qadaan Lillahi Ta’ala 

Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”

niat qada solat isyak

 Usolli Fardhol isya’i Arba’a Raka’atin Qadaan Lillahi Ta’ala 

Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”

Cara Qada Solat Yang Tertinggal

Qada Solat merupakan cara mengerjakan semula solat yang terlepas. Langkah pertama adalah berniat di dalam hati untuk solat qada bagi waktu solat yang terlepas. Kemudian, ikuti langkah solat seperti biasa, termasuk takbiratul ihram, membaca Al-Fatihah, rukuk, sujud, dan salam. Qada Solat boleh dilakukan pada bila-bila masa sebelum masuk waktu solat yang sama pada hari berikutnya.

  1. Untuk Solat yang Ditinggalkan Ketika Musafir: Apabila ingin diqada selepas musafir, solat mesti diqada secara sempurna (tidak boleh qasar atau jamak). Jika diqada ketika masih musafir, boleh diqada secara sempurna atau qasar.
  2. Untuk Solat yang Ditinggalkan Ketika Menetap (Bermukim): Solat yang ditinggalkan ketika menetap wajib diqada secara sempurna (tamam) dan tidak boleh diqasar, walaupun diqada ketika musafir.
  3. Bacaan dalam Solat Qada: Bacaan boleh dibaca dengan nyaring pada waktu malam (selepas terbenam matahari hingga terbit matahari), sekalipun bukan jenis solat yang biasa dibaca nyaring. Bacaan solat dibaca perlahan pada waktu siang.
  4. Mengerjakan Qada Solat secara Berjemaah: Dibenarkan apabila ada dua orang atau lebih yang mahu mengganti solat mereka.
  5. Mengerjakan Qada Solat Secara Tertib (Mengikut Urutan): Disunatkan mengerjakan qada solat mengikut urutan, seperti solat Zuhur dahulu, kemudian Asar. Namun, jika waktu solat yang sedang berlangsung (seperti Asar) hampir habis, wajib mengerjakan solat tersebut dahulu sebelum qada solat yang ditinggalkan (seperti Zuhur).

Bacaan Dalam Solat Qada

Bacaan dalam qada solat sama seperti bacaan dalam solat fardu biasa. Ini termasuk:

  1. Takbiratul Ihram: Membuka solat dengan takbir.
  2. Bacaan Al-Fatihah: Membaca surah Al-Fatihah pada setiap rakaat.
  3. Surah Lazim: Membaca surah atau ayat-ayat Quran selepas Al-Fatihah.
  4. Rukuk dan Sujud: Melakukan rukuk dan sujud dengan bacaan-bacaan tertentu.
  5. Tahiyyat Akhir: Membaca tahiyyat pada rakaat terakhir.
  6. Salam: Mengakhiri solat dengan ucapan salam.

Tiada bacaan khusus atau berbeza untuk solat qada berbanding solat fardu biasa; perbezaannya hanya pada niat untuk menggantikan solat yang tertinggal.

Penjelasan Mengenai Cara Qada Solat

YouTube video

Wajib bagi seseorang yang telah meninggalkan solat untuk mengqada (menggantikan) solatnya itu dengan segera. Bahkan dibenarkan mengantikan solat sekali pun pada waktu yang diharamkan solat (waktu tahrim) seperti selepas asar, selepas subuh dan sebagainya.

1. Apabila meninggalkan solat sewaktu musafir dan hendak diqadakan selepas habis tempoh musafir, maka perlu diqadakan solat secara sempurna (tidak boleh diqasar dan jamak).


2. Solat yang ditinggalkan ketika musafir dan hendaklah diqada ketika masih dalam tempoh musafir. Solat juga boleh di qada ketika bermusafir pada waktu lain, secara sempurna atau diqasar.

(terdapat khilaf mengenai perkara ini dalam kalangan beberapa ulama)


3. Solat yang ditinggalkan ketika menetap (bermukim) wajib diqada secara sempurna (tamam) dan tidak boleh diqasar meskipun diqada ketika musafir.


4. Bacaan solat boleh dibaca dengan nyaring (untuk imam atau solat seorang diri) sekiranya waktu mengerjakan qada solat pada waktu malam iaitu selepas terbenam matahari hingga terbit matahari.

Sekalipun solat tersebut adalah bukan dari jenis solat yang dibaca nyaring (seperti Zuhur dan Asar).

Sebaliknya, bacaan solat dibaca perlahan apabila solat yang diqada tersebut dikerjakan pada waktu siang, bermula dari terbit matahari hingga terbenam matahari.


5. Tidak salah mengerjakan qada solat secara berjemaah apabila waktu itu terdapat dua orang atau lebih yang sama-sama mahu mengganti solat mereka.


6. Sunat mengerjakan qada solat secara tertib (mengikut urutan). Misalnya, solat qada Zuhur dahulu, kemudian baru solat qada Asar.

Orang yang meninggalkan solat fardu Zuhur dan mahu mengqadanya dalam waktu Asar, sebaik-baiknya mengerjakan qada solat Zuhur dahulu sebelum mengerjakan solat Asar secara tunai.

Kecuali apabila waktu asar itu tinggal sedikit dan dikhuatiri habis waktu sebelum sempat menunaikan solat Asar, wajib untuknya menunaikan solat Asar dahulu diikuti dengan qada solat Zuhur.

Lupa Bilangan Solat Yang Tertinggal Lama

Jika seseorang lupa bilangan solat fardu yang telah tertinggal, mereka disarankan untuk membuat anggaran terbaik berdasarkan ingatan. Setelah itu, lakukan qada’ mengikut jumlah tersebut. Jika tidak ingat, lakukan qada’ sebanyak mana yang dirasa cukup untuk meyakinkan diri sendiri bahawa kewajipan telah dipenuhi. Penting untuk menetapkan niat qada’ dalam hati sebelum memulai setiap solat.

Ulama mazhab Syafi’e menetapkan orang yang mempunyai terlalu banyak solat yang ditinggalkan sehingga tidak tahu jumlahnya, hendaklah mengqadakan solat-solat tersebut sehingga diyakini semuanya telah diganti.

Oleh itu, sesiapa yang meninggalkan solat selama 20 atau 30 tahun wajib menggantinya sedikit demi sedikit berdasarkan kemampuannya. Ini dilakukan sehingga kita yakin semuanya telah diganti.

Contohnya:

Seseorang yang meninggalkan solat selama 2 tahun boleh menggantikan setiap solat fardu yang ditinggalkan selepas solat tunai. Misalnya selepas solat subuh ataupun sebelum, dan boleh menggantikan satu ataupun dua solat subuh yang ditinggalkan.

Perkara ini dilakukan selama setahun ataupun dua tahun hingga yakin semua solat yang ditinggalkan sudah diganti.

Sekiranya dia mampu melakukan lima solat waktu pada setiap waktu tunai, maka dia boleh melakukannya.

Adakah Wanita Yang Haid dan Nifas Perlu Qada Solat?

warna darah haid

Wanita yang berada dalam keadaan haid atau nifas tidak perlu melakukan qada’ untuk solat yang terlepas. Ini kerana dalam Islam, wanita yang mengalami haid atau nifas dikecualikan daripada kewajiban solat. Setelah selesai tempoh haid atau nifas, mereka boleh meneruskan solat seperti biasa tanpa perlu menggantikan solat yang terlepas selama tempoh tersebut.

Penerangan

Wanita yang haid dan nifas tidak wajib mengganti solat (qada) untuk waktu-waktu yang tertinggal semasa haid dan nifas itu.

Tetapi ada beberapa situasi yang perlu diberi perhatian:

  • Wanita yang telah kering darahnya (haid dan nifas) dalam waktu Asar perlu qada solat Zohor.
  • Dan wanita yang kering darahnya dalam waktu Isyak perlu qada solat Maghrib.

Wanita berkenaan perlu mandi wajib dan mengerjakan solat waktu tersebut secara tunai (sekiranya sempat). Dia juga mesti mengerjakan secara qada untuk solat yang sebelumnya.

Jika dia tidak sempat mengerjakan solat dalam waktu darahnya telah kering, maka dia wajib mengganti solat waktu yang tertinggal dan solat yang sebelumnya itu.

Penjelasan lanjut mengenai masalah ini boleh dilihat pada pautan ini: Adakah Kena Qada Solat Zohor Jika Suci Dari Haid Pada Waktu Asar?

Orang murtad iaitu keluar daripada agama Islam, maka dianggap berdosa besar. Sekiranya dia kembali semula kepada Islam, wajib dia qada solatnya selama dia murtad. Bahkan wajib dia mengqada solatnya selama dia masih Islam sebelum dia murtad dahulu.

Hal ini disebabkan, apabila seseorang telah keluar daripada agama Islam, maka seluruh amalannya sebelum itu terbatal kecuali ibadah haji yang hanya terbatal kerana syirik yang berserta kematian.

Seorang yang minum minuman keras hingga mabuk dan tidak sedarkan diri, memandu dengan cara berbahaya dan berlaku kemalangan hingga tidak sedarkan diri, atau apabila dia melakukan apa-apa sahaja perkara yang membahayakan dengan sengaja hingga menyebabkan hilang akalnya..

… maka wajib dia mengqada solatnya selama dia hilang akal setelah dia pulih.

Akalnya hilang disebabkan perkara yang diharamkan, maka kewajipan tidak akan gugur daripadanya.

Di sini saya kumpulkan beberapa soalan lazim mengenai qada solat yang mungkin membantu anda menjawab persoalan yang sedang anda hadapi:

Perlu Buat Solat Qada Dahulu Atau Solat Tunai Dahulu?

Solat qada tidak wajib dilakukan mengikut tertib, tetapi disunatkan supaya mengikut tertib. Jika waktu solat masa itu hampir tamat, maka utamakan solat tunai waktu itu terlebih dahulu.

Hukum Tertinggal Solat Kerana Terlupa atau Sakit

Solat yang tertinggal sama ada secara sengaja ataupun terlupa, wajib diqada sebaik sahaja mengingatinya. Ataupun sekiranya tidur, sebaik sahaja terjaga daripada tidur terus diqada solat yang terlepas.

Solat wajib ditunaikan walaupun ketika sakit dengan menggunakan rukhsah-rukhsah yang Allah berikan seperti tayamum sekiranya tidak dapat menggunakan air, solat duduk ataupun baring sekiranya tidak dapat berdiri dan sebagainya.

Adakah Bacaan Perlu Kuat Bila Qada Solat Isyak Pada Waktu Siang?

Tidak harus membaca dengan nada kuat untuk solat fardu yang dilakukan pada waktu siang. Sama ada solat itu dilakukan pada waktunya ataupun qada. Begitu juga, disunatkan membaca dengan kuat untuk solat fardu yang dikerjakan pada waktu malam, walaupun solat pada zuhur ataupun asar.

Bolehkah Qada Solat Yang Ditinggalkan Secara Berturutan?

Boleh. Sunat mengerjakan solat qada secara tertib.

Bagaimana Cara Qada Solat 6 Waktu Solat

Harus mengqada solat-solat yang tertinggal sama ada mengikut tertib atau tanpa tertib.

Bolehkah Solat Sunat Jika Masih Belum Selesai Qada Solat?

Tiada larangan untuk anda melakukan solat sunat.

Tetapi mengapa perlu melakukan yang sunat sedangkan anda boleh melakukan yang wajib, sekaligus mendapat pahala wajib dan diampunkan dosa akibat meninggalkan yang wajib.

Untuk solat tahiyatul masjid, anda boleh melakukan melakukan solat qada subuh ataupun solat lain ketika masuk ke masjid, sebelum anda duduk. Dengan melakukan solat qada ini, anda sudah mendapat pahala solat wajib dan mendapat pahala solat sunat tahiyatul masjid.

Bolehkah Qada Solat Secara Jamak & Qasar?

Sekiranya anda tidak merancang bagi bermukim di destinasi ini lebih daripada tiga hari, anda masih dianggap sebagai musafir yang mendapat rukhsah jamak dan qasar solat.

Dalam keadaan ini, anda masih boleh mengqada solat zohor dan asar dengan memendekkan menjadi dua rakaat.

Tetapi anda tidak boleh menjamakkannya kerana kedua-duanya sudah keluar daripada waktunya.

Bolehkah Solat Qasar Yang Ditinggalkan Semasa Musafir Secara Jamak Qasar Ketika Bermukim?

Solat yang ditinggalkan ketika musafir tidak lagi boleh diqasar apabila perjalanan itu tamat. Solat itu perlu diqada secara rakaat penuh (tamam)

Bolehkah Qada Solat Secara Jamak Qasar Ketika Saya Dalam Pemusafiran Yang Lain?

Terdapat khilaf (pertembungan) jawapan ulama mengenai hal ini. Anda boleh qasar solat zohor yang ditinggalkan dalam pemusafiran yang lalu walaupun telah berada dalam pemusafiran yang lain. Tetapi adalah lebih baik disegerakan qada solat tersebut.

Hukum Qada Solat Yang Tertinggal Semasa Bermukim Ketika Musafir

Anda tidak boleh mengqasarkan solat-solat yang sudah anda tinggalkan ketika bermukim ketika anda sedang musafir.

Adakah Perlu Baca Kuat Jika Qada Solat Asar Pada Waktu Malam?

Disunatkan anda membaca surah dengan kuat kerana solat itu dilakukan pada waktu malam.

Adakah Orang Yang Pernah Gila Perlu Qada Solat?

Orang yang mengalami masalah mental atau gila tidak diwajibkan qada solat-solat yang ditinggalkan ketika dalam keadaan itu. Ini kerana penyakit ini selalunya menimpa seseorang dalam tempoh yang lama hingga memakan masa bertahun-tahun.

Sekiranya diwajibkan mengqada semua solat-solat ini, sudah tentu sangat membebankan.

Adakah Orang Pengsan Perlu Qada Solat?

Orang yang pitam atau pengsan wajib mengganti solat yang tertinggal ketika dalam keadaan tidak sedarkan diri itu.

Ini kerana  pengsan atau pitam selalunya hanya akan berlaku dalam masa yang singkat, berbeza dengan orang gila.

Begitu juga halnya orang yang tertidur sehingga terlepas waktu solat.

Kewajipan Mengganti Solat Yang Tertinggal

Bagi mereka yang meninggalkan kewajipan solat fardu atau ibadah lain, diwajibkan menggantikannya.

1. Ibnu Mas’ud r.a menceritakan bahawa ketika Perang Khandak, Rasulullah SAW telah disibukkan dengan serangan musyrikin sehingga terbenam matahari sedangkan Baginda tertinggal solat empat waktu.

Lalu Baginda meminda Bilal melaungkan azan, dan Baginda berdiri menunaikan solat Zuhur, kemudian Asar, Kemudian Maghrib dan seterusnya Isyak.

(Riwayat Tirmizi, Nasai’e dan Ahmad)


2. Orang yang meninggalkan ibadah wajib hendaklah menggantikannya berdasarkan umum sabda Rasulullah SAW, begitu juga solat fardu yang ditinggalkan hendaklah digantikan.

Sabda Nabi:

Hutang Allah itu lebih perlu ditunaikan (diganti)


3. Orang yang sengaja meninggalkan solat fardu tanpa keuzuran telah melakukan dosa dan wajib menggantikannya.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

Maka kecelakaan besar bagi orang yang solat. (iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan solatnya

— Al-Ma’un 107:4-5

Saya berharap agar panduan ini dapat membantu memudahkan anda dalam melaksanan solat ganti.

Jika terdapat sebarang persoalan atau kemusykilan, anda boleh tinggalkan perkara tersebut pada ruangan di bawah.

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

1,302 thoughts on “NIAT & CARA QADA SOLAT (Ganti Solat Fardu Lengkap)”

  1. Assalammualaikom Ustaz.
    Perlu baca wirid dan doa selepas solat untuk solat fardhu qada? Adakah sama seperti mengerjakan solat fardhu biasa membaca wirid dan doa selesai solat?.

    Perlu pencerahan. Terima kasih Ustaz.

    Reply
  2. Assalamualaikum
    Soalan saya:arwah ayah saya tidak pernah solat faldu,dan saya juga anak kepada arwah dan bayak juga saya tertinggal solat faldu.di sini saya ingin kepastian cara utk saya qada solat faldu ke atas diri saya dan juga kepada arwah ayah saya mcm mana saya perlu lakukan.

    Reply
    • Wassalam,

      Begini, fardu solat tidak boleh dilakukan kepada orang yang telah meninggal. Tuan Nik hanya boleh qada solat untuk diri tuan sendiri sahaja.

      Reply
  3. Salam ustaz mohon pencerahan Boleh ke saya qada sembahyang zuhor dlm waktu asar atau sebalik..

    Reply
  4. Assalamualaikum wbt ust.

    1. Boleh ke qada’ solat lepas solat witir? Solat witir kan menunjukkan penamat solat?

    2. Apa hukum dan boleh ke solat terawih tetapi solat qada’ belum selesai? Tetapi solat qada’ sudah beransur² buat?

    3. Boleh ke solat qada’ dalam solat terawih? Jika solat terawih berjemaah niat qada’ kene berimam ke sendiri ust?

    4. Boleh ke baca al-quran sedangkan maksudnya tak tahu? Hanya sekadar baca sahaja?

    5. Puasa dikira sah tak ustaz kalau qada’ solat fardhu belum selesai?

    Mohon pencerahan ustaz.. Syukran jazillan?

    Reply
    • Wassalam,

      Soalan 1-4 saya dah jawab pada komen awak di bawah.

      Untuk soalan 5, sah. Puasa tetap kena dilakukan walaupun belum habis qada solat.

      Reply
  5. Assalamualaikum wbt ust.

    1. Boleh ke qada’ solat lepas solat witir? Solat witir kan menunjukkan penamat solat?

    2. Apa hukum dan boleh ke solat terawih tetapi solat qada’ belum selesai? Tetapi solat qada’ sudah beransur² buat?

    3. Boleh ke solat qada’ dalam solat terawih? Jika solat terawih berjemaah niat qada’ kene berimam ke sendiri ust?

    4. Boleh ke baca al-quran sedangkan maksudnya tak tahu? Hanya sekadar baca sahaja?

    Mohon pencerahan ustaz.. Syukran jazillan?

    Reply
    • Wassalam,

      1) Boleh, tiada masalah. Solat qada boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja.

      (pendapat yang mengatakan tidak boleh melakukan solat sunat lain setelah melakukan solat witir kurang tepat dan yang sebenarnya, boleh untuk melakukan solat sunat yang lainnya)

      2) Boleh buat tarawih, tiada masalah.

      3) Kalau awak solat qada tapi berimamkan solat tarawih, solat awak sah jika solat itu ialah qada subuh. (mesti bilangan rakaatnya sama). Niatnya mengikut imam.

      4) Boleh, tiada masalah. Baca sahaja tapi tak faham pun tetap juga diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT.

      Reply
  6. Assalamualaikum ustaz, nak tanya saya kerja sampai 8 malam. Kadang terkejar nk berbuka and solat. Saya selalu qada kat rumah. Tu pun sampai2 dah isyak. Jd, saya qada maghrib dlu, isyak kemudian tarawih. Kalau berterusan qada maghrib camni, Adakah salah ye ustaz?

    Reply
    • Wassalam

      Kalau kerja yang genting yang melibatkan nyawa dan kepentingan negara seperti doktor pakar bedah, diharuskan untuk jamak, tetapi tetap tidak boleh meninggalkan solat.

      Solat adalah tiang agama dan mesti dilakukan dalam waktunya.
      Tidak boleh qada solat atas alasan sibuk bekerja.

      Reply
  7. Assalamualaikum ust nak tanya bbrp soalan
    1. Bacaan surah utk solat qada. Perlu baca surah Alfatihah dan surah lain atau boleh Alfatihah shj? Contoh qada zuhur pd 2 rakaat pertama itu.
    2. Solat yg di tinggalkan terlalu byk dan lupa brp thn sudah tinggal solat. Sy sudah bertaubat dan cuba utk qada sebanyak mungkin. Dalam pd masa yg sama sy nk solat sunat lain, contohnya di bulan Ramadhan ini sunat tarawih. Solat sunat rawatib, dhuha, tahajud dan solat2 sunat yg lain. Soalan sy boleh kah sy lakukan solat2 sunat itu atau wajib sy qada solat fardu dahulu? Jd amalan solat2 sunat sy tergantung atau tidak di kira?. Begitu juga dgn amalan2 sy yg lain sprt sedekah dan sebagainya tergantung selagi x habis qada.
    3. Solat qada lebih utama utk sy skrg ini drpd solat2 sunat atau bagaimana ust?
    4. Selagi x yakin habis qada solat rugi sy buat solat2 sunat atau mcm mana ust?
    Syukran ust jika dpt menjawab kemusykilan ini. Jazakalah

    Reply
    • Wassalam,

      1) Bacaan sama sahaja seperti solat biasa. Jika terlalu banyak solat yang perlu diqada, maka memadai dengan baca al-Fatihah sahaja.

      2) Wassalam. Tiada larangan untuk melakukan amalan sunat dalam masa yang sama melakukan qada solat.

      YouTube video

      3) Berlaku khilaf dalam perkara ini, tetapi jumhur Ulama berpendapat supaya mengutamakan solat qada kerana ia adalah ibadah wajib dan fadhilatnya lebih besar berbanding solat sunat.

      4) InsyaaAllah, bila awak cukup nanti Allah akan hadirkan ilham dalam hati awak. Jika solat yang dilakukan lebih, ia akan dikira sebagai amalan sunat dan dapat pahala.

      Reply
  8. Assalamualaikum…. moga moga baik hari ustad.. nak tanya ada orang ni tinggal solat 5 tahun… lepastu dia bertaubat tidak mahu membuat perkara zalim lagi dan dia berusaha keras untuk mengqadakan solat2 yang pernah ditinggalnya.. apabila sempat qadakan 1 tahun… dia tiba2 meninggal…. apa akan jadi kepada dia di akhirat nanti
    ?
    Mohon penjelasan ustad :)

    Reply
    • Wassalam,

      InsyaaAllah, apabila sudah taubat, Allah hapuskan semua dosa.

      Jika tidak sempat ganti semua solat lalu meninggal sedangkan dia telah berusaha untuk melakukannya, insyaAllah dengan rahmat Allah, Allah akan tetap akan ampunkan dia.

      Wallahuaklam.

      Reply
  9. Blh kah solat qada di buat seblm dan selepas setiap solat fardhu utk mengantikan solat2 yg telah lama saya tggl dulu?

    Soalan ke 2: Blh kah solat qada subuh di buat dlm waktu zohor selepas kita menunaikan solat fardhu?

    Reply
    • Waassalam

      1) Ya boleh, tiada masalah.

      2) Boleh. Qada solat boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja.

      Reply
  10. adakah betul jika kita tidak qadha solat fardhu, maka ibadah lain seperti puasa dan solat sunat tidak dikira dan tergantung ?

    Reply
    • Iya, kerana solat fardu adalah tiang untuk segala amalan.
      Jika sempurna solat fardu, maka sempurnalah amalan sunat lain.
      Jika rosak solat fardu, maka rosaklah amalan sunat lain.

      Reply
      • Puasa pun tak sah ke ustaz? Jadi kene qada’ semua ke puasa? Bagaimana pula kalau dah qada’ sikit² mengikut kemampuan diri kita? Puasa dikira macam mana ust?

        Reply
  11. Sekiranya ada banyak solat yang perlu diqada, saya dengar 2 asatizah ada pendapat ulama yang mengatakan boleh solat qada secara berturut-turut walaupun air wady kerana keputihan kecil dan darah istihadah terkeluar. Caranya perlu berturut-turut lepas solat fardhu.

    Apakah dalil atau hadith yang mengatakan cara di atas dibolehkan? Saya takut salah cara qada saya dan membuang masa dengan cara qada yang salah.

    Atau perlukah saya membaharui istinja dan wudhu setiap kali keluar air wady ataupun darah istihadah?

    Reply
  12. Assalam.boleh is qada solat contohnya
    Selepas.solat fardu zuhur
    Lepas tu
    Qada solat fardu zuhur sebanyak 2 atau lebih….

    Dan bolehka qada semula solat zuhur pada tengah malam disebabkan faktor kerja.

    Semua yg saya maksudnya Ada la qada solat zuhur sahaja lebih dari sekali Dan bole buat bila2 masa saja…
    Beri penjelasan.

    Reply
  13. Jika kita tidak dapat tunaikan solat fardhu kerana tugasan. Contoh: terlepas maghrib kerana tugas,bila sampai rumah, kita tunaikan fardhu isyak. Wajib utk kita qada maghrib yg terlepas?

    Reply
    • Wassalam,

      Ya wajib qada solat fardu yang terlepas, sama ada disebabkan tugasan, lalai atau pun sakit.

      Reply
    • Utamakan solat qada tentunya.

      Sebab qada solat ini hutang dengan Allah.
      Solat sunat pula hanya tambahan.

      Reply
  14. kalau dalam setahun kita solat x lengkap macam satu hari mesti tinggalkan satu solat macam mana nk tahu kita tinggal berapa kali?

    Reply

Leave a Comment