Ini adalah panduan wirid dan selawat Solat Tarawih untuk bacaan bilal, imam dan makmum dalam Solat Tarawih 8 rakaat.
Panduan ini disediakan secara lengkap dan tersusun, dan turut disertakan dengan doa selepas Solat Tarawih untuk memudahkan anda.
Apa yang penting:
Saya juga menyertakan PDF yang sedia dimuat turun oleh anda pada akhir panduan ini.
Malah, transliterasi Rumi dan Audio juga disertakan untuk membantu anda yang kurang mahir membaca teks jawi atau arab agar dapat sama-sama beramal dengan bacaan ini.
Semoga panduan ini dapat membantu anda. InsyaAllah.
Selawat Dalam Solat Tarawih
Adakah wajib membaca selawat Solat Tarawih?
Tidak. Hukum membaca selawat tarawih adalah sunat semata-mata.
Ia bertujuan semata-mata untuk mengambil peluang untuk memperbanyakkan zikir, tasbih, selawat dan doa dalam Bulan Ramadan yang mulia. Penerangan mengenai hal ini boleh dirujuk pada bahagian akhir panduan ini.
Secara ringkasnya bacaan selawat Solat Tarawih adalah seperti berikut
- Bilal memulakan Solat Tarawih dengan lafaz, “Subhanallah Walhamdulillah Wa Laa ilaaha illallaah Wallahu Akbar, Walaa Haula Walaa Quwwata illaa Billa Hil Aliyyil ‘Azim”
- Seterusnya disambung lagi oleh bilal dengan lafaz, “Allahumma Solli ‘Ala Sayidina Muhammad”
- Kemudian makmum beramai-ramai menjawab, “Sollallaah Wasallama ‘Alaih”
- Bilal seterusnya berselawat lagi, “Allahumma Solli ‘Ala Sayyidina Wa Maulana Muhammad”
- Dan makmum beramai-ramai menjawab, “Sollallaah Wasallama ‘Alaih”
- Kemudian bilal menyeru lagi beberapa lafaz selawat kepada Nabi SAW dan dijawab oleh makmum dengan lafaz yang sama
- Setelah itu bilal akan mengajak para jemaah untuk solat dengan lafaz, “Solaatut Taraawiihi Min Qiyaami Syahri Ramadhona Asaa Bakumullah”
- Kemudian Solat Tarawih berjemaah akan dimulakan
Untuk bacaan-bacaan seterusnya, sila rujuk pada urutan-urutan selawat di bawah ini.
Bacaan-bacaan dalam panduan ini telah disusun mengikut urutan dan dilabelkan untuk bacaan Bilal, Makmum dan Imam.
Tuan puan hanya perlu mengikut susunan yang telah disediakan:
Pembukaan
Untuk memulakan Solat Tarawih, bilal akan menyebut lafaz ini:
Subhanallah Walhamdulillah Wa Laa ilaaha illallaah Wallahu Akbar, Walaa Haula Walaa Quwwata illaa Billa Hil Aliyyil ‘Azim
Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah, dan Allah Maha Besar. Tiada daya dan tidak ada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.
Seterusnya bilal menyambung lagi dengan ayat:
Allahumma Solli ‘Ala Sayidina Muhammad
Ya Allah anugerahkanlah kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad
Kemudian para jemaah menjawab beramai-ramai:
Sollallaah Wasallama ‘Alaih
Allah mencurahkan rahmat dan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad
Disambung bilal dengan lafaz selawat:
Allahumma Solli ‘Ala Sayyidina Wa Maulana Muhammad
Ya Allah anugerahkanlah kesejahteraan ke atas junjungan kami ketua kami Nabi Muhammad
Para jemaah menjawab beramai-ramai:
Sollallaah Wasallama ‘Alaih
Allah mencurahkan rahmat dan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad
Disambung lagi oleh bilal dengan lafaz:
Allahumma Solli ‘Ala Sayyidina Wanabiyyina Wahabibina Wa Syafi-‘Ina WaZukh Rinaa Wa Maulaanaa Muhammad
Ya Allah, anugerahkanlah kesejahteraan ke atas junjungan kami, kekasih kami, yang mensyafaatkan kami (kelak), pertaruhan kami, dan pemimpin kami Nabi Muhammad.
Para jemaah menjawab beramai-ramai:
Sollallaah Wasallama ‘Alaih
Allah mencurahkan rahmat dan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad
Disambung oleh bilal dengan lafaz:
al Badrul Muniru Muhammad, Sollu ‘Alaih
Bulan yang bercahaya Nabi Muhammad, selawat ke atasnya.
Para jemaah menjawab beramai-ramai:
Sollallaah Wasallama ‘Alaih
Berilah kesejahteraan dan keselamatan ke atasnya.
Bilal menyeru jemaah untuk mendirikan Solat Sunat Tarawih dengan lafaz:
Solaatut Taraawiihi Min Qiyaami Syahri Ramadhona Asaa Bakumullah
Solat Tarawih menghidupkan Bulan Ramadan, semoga Allah memberikan ganjaran pahala
Para jemaah menjawab beramai-ramai:
Assolatu laa ilaha illallaah
Dirahmati, tiada Tuhan melainkan Allah
Maka bangun untuk mengerjakan Solat Tarawih yang pertama sebanyak 2 rakaat.
Selepas Rakaat Ke 2
Sesudah salam solat 2 rakaat yang pertama, bilal akan melafazkan:
Fadlan Minallahi Wa Ni’mah
Kelebihan kurnia daripada Allah Taala dan nikmatNya.
Kemudian makmum bersama-sama bilal menyebut:
Wamaghfirotaw Warahmah, Laa ila Ha illallahu Wahdahu Laa Syariikalah, Lahul-Mulku Walahul Hamdu Yuhyi Wa Yumitu, Wahuwa ‘Ala Kulli Syai-in Qadir
Dan keampunan serta rahmatNya. Tiada Tuhan melainkan Allah, dia Yang Maha Esa! Tiada sekutu bagiNya, Dialah yang memiliki segala kerajaan dan bagiNya segala pujian, Dia yang menghidupkan dan mematikan dan Dia berkuasa di atas setiap sesuatu.
Bilal berselawat lagi:
Allahumma Solli ‘Alaa Sayidina Muhammad
Ya Allah, anugerahkan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad
Makmum menjawab selawat:
Sollallaah Wasallama ‘Alaih
Berilah kesejahteraan dan keselamatan ke atasnya.
Disambung bilal dengan lafaz selawat:
Allahumma Solli ‘Ala Sayyidina Wa Maulana Muhammad
Ya Allah anugerahkanlah kesejahteraan ke atas junjungan kami ketua kami Nabi Muhammad
Makmum menjawab selawat:
Sollallaah Wasallama ‘Alaih
Berilah kesejahteraan dan keselamatan ke atasnya.
Disambung oleh bilal dengan lafaz taradhi:
al-Khalifatul Awwalu Ba’da Rasulillahi Sollallahu ‘Alaihi Wasallama Amiirul Mu’minin Sayyidina Abu Bakrin as-Siddiq
Khalifah pertama setelah Rasulullah, semoga Tuhan memberkatinya dan memberinya kedamaian, pemimpin orang-orang beriman, Saidina Abu Bakr As-Siddiq RA.
Para jemaah menjawab:
Radiyallahu Anh
Telah reda Allah ke atas beliau
Selepas itu bangun untuk mengerjakan Solat Tarawih seterusnya (Rakaat 3 – 4)
Selepas Rakaat Ke 4
Sesudah salam solat kedua (Rakaat ke-4), bilal akan menyebut lafaz:
Subhanal Malikil Ma’bud
Maha Suci Allah, Tuhan Pemilik (Alam)
Para jemaah beramai-ramai menjawab:
Subhanal Malikil Maujud, Subhanal Malikil Hayyillazi Laa YanaaMu WaLaa YamuuTu Walaa YafuuTu Abada. Subbuhun Quddusun Robbuna WaRobbul Malaa-’ikati Warruhi, Subhanallahi WalHamdulillahi WaLaa ilaHa illallahu Wallahu Akhbar, WaLaa HauLa Walaa QuwwaTa illa Billahil ‘Aliyyil ‘Azim.
Maha Suci Tuhan Pemilik yang hidup, tidak mati dan tidak hilang selama-lamanya. Maha Suci, Maha Qudus, Tuhan kami, dan Tuhan Malaikat dan roh. Maha Suci Allah, dan segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Yang Maha Besar. Tiada satu daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
Seterusnya bilal berselawat:
Allahumma Solli ‘Ala Sayyidina Muhammad
Ya Allah anugerahkanlah kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad
Makmum menjawab selawat:
Sollallaah Wasallama ‘Alaih
Berilah kesejahteraan dan keselamatan ke atasnya.
Disambung oleh bilal dengan selawat:
Allahumma Solli ‘Ala Sayyidina Wa Maulana Muhammad
Ya Allah anugerahkanlah kesejahteraan ke atas junjungan kami ketua kami Nabi Muhammad
Para jemaah menjawab beramai-ramai:
Sollallaah Wasallama ‘Alaih
Berilah kesejahteraan dan keselamatan ke atasnya.
Disambung oleh bilal dengan lafaz:
Allahumma Solli ‘Ala Sayyidina Wanabiyyina Wahabibina Wa Syafi-‘Ina WaZukh Rinaa Wa Maulaanaa Muhammad
Ya Allah, anugerahkanlah kesejahteraan ke atas junjungan kami, kekasih kami, yang mensyafaatkan kami (kelak), pertaruhan kami, dan pemimpin kami Nabi Muhammad.
Para jemaah menjawab:
Sollallaah Wasallama ‘Alaih
Berilah kesejahteraan dan keselamatan ke atasnya.
Selepas setiap kali selesai solat 4 rakaat tarawih, imam atau bilal akan membacakan doakan doa ini.
Doa Selepas Rakaat 4
Allahumma inna Nas Aluka Ridho Ka Waljannah Wa Na’Uzubika Min SaKhotika-wannar. Allahumma innaka ‘Affuwwun Karimun, Tuhibbul ‘Afwa Fa’fu ‘Anna, Wa ‘An Waa Lidinaa Wa An Jami’il Muslimina Wal Muslimat, Birahmatika Ya Arhamarrohimin. Wasollollahu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa ‘Ala Alihi Wasohbihi Wabaaroka Wasallam
Dengan nama Tuhan, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, semoga kami mendapat keredhaanMu dan syurgaMu, dan kami berlindung kepadaMu dari murka dan api nerakaMu. Ya Allah, engkaulah maha pengampun yang murah hati, Maha Melindungi, jadi ampunkan kami, ibu bapa kami, dan semua muslimin dan muslimat, demi Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dari Allah kepada ketua kita Nabi Muhammad, keluarga, sahabat baginda, dan keberkatan dan kedamaiannya.
Sesudah doa, bilal menyebut lafaz taradhi:
Al-Khilafatus Tsani Ba’da RasuuLillahi Sollallahu ‘Alaihi Wassallama Amiirul Mu’minin Sayyidinaa Umar Ibni al-Khattab Radhiyallahu Anh
Khalifah kedua setelah Rasulullah, semoga Tuhan memberkatinya dan memberinya kedamaian, pemimpin orang-orang beriman, Saidina Umar Al-Khattab RA.
Para jemaah menjawab:
Radiyallahu Anh
Telah reda Allah ke atas beliau
Maka bangun untuk mengerjakan solat tarawih yang seterusnya (Rakaat 5 – 6)
Selepas Rakaat Ke 6
Sesudah salam solat ketiga (Rakaat ke-6), bilal akan melafazkan:
Fadlan Minallahi Wa Ni’mah
Kelebihan kurnia daripada Allah Taala dan nikmatNya.
Kemudian makmum bersama-sama bilal menyebut:
Wamaghfirotaw Warahmah, Laa ila Ha illallahu Wahdahu Laa Syariikalah, Lahul-Mulku Walahul Hamdu Yuhyi Wa Yumitu, Wahuwa ‘Ala Kulli Syai-in Qadir
Dan keampunan serta rahmatNya. Tiada Tuhan melainkan Allah, dia Yang Maha Esa! Tiada sekutu bagiNya, Dialah yang memiliki segala kerajaan dan bagiNya segala pujian, Dia yang menghidupkan dan mematikan dan Dia berkuasa di atas setiap sesuatu.
Bilal berselawat lagi:
Allahumma Solli ‘Ala Sayidina Muhammad
Ya Allah, anugerahkan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad
Makmum menjawab selawat:
Sollallaah Wasallama ‘Alaih
Berilah kesejahteraan dan keselamatan ke atasnya.
Disambung bilal dengan lafaz selawat:
Allahumma Solli ‘Ala Sayyidina Wa Maulana Muhammad
Ya Allah anugerahkanlah kesejahteraan ke atas junjungan kami ketua kami Nabi Muhammad
Makmum menjawab selawat:
Sollallaah Wasallama ‘Alaih
Berilah kesejahteraan dan keselamatan ke atasnya.
Disambung oleh bilal dengan lafaz taradhi:
Al-Khilafatul Tsalist Ba’da RasuuLillahi Sollallah ‘Alaihi Wassallama Amiirul Mu’minin Sayyidinaa ‘Utsmaan Ibnu ‘Affan Radhiyallahu Anh
Khalifah ketiga setelah Rasulullah, semoga Tuhan memberkatinya dan memberinya kedamaian, pemimpin orang-orang beriman, Saidina Utsman Ibni Affan RA
Para jemaah menjawab:
Radiyallahu Anh
Telah reda Allah ke atas beliau
Selepas itu bangun untuk mengerjakan Solat Tarawih seterusnya (Rakaat 7 – 8)
Selepas Rakaat Ke 8
Sesudah salam solat keempat (Rakaat ke-8), bilal akan menyebut lafaz:
Subhanal Malikil Ma’bud
Maha Suci Allah, Tuhan Pemilik (Alam)
Para jemaah beramai-ramai menjawab:
Subhanal Malikil Maujud, Subhanal Malikil Hayyillazi Laa YanaaMu WaLaa YamuuTu Walaa YafuuTu Abada. Subbuhun Quddusun Robbuna WaRobbul Malaa-’ikati Warruhi, Subhanallahi WalHamdulillahi WaLaa ilaHa illallahu Wallahu Akhbar, WaLaa HauLa Walaa QuwwaTa illa Billahil ‘Aliyyil ‘Azim.
Maha Suci Tuhan Pemilik yang hidup, tidak mati dan tidak hilang selama-lamanya. Maha Suci, Maha Qudus, Tuhan kami, dan Tuhan Malaikat dan roh. Maha Suci Allah, dan segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Yang Maha Besar. Tiada satu daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
Seterusnya bilal berselawat:
Allahumma Solli ‘Ala Sayidina Muhammad
Ya Allah, kurniakanlah kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad SAW.
Makmum menjawab selawat:
Sollallaah Wasallama ‘Alaih
Berilah kesejahteraan dan keselamatan ke atasnya.
Disambung oleh bilal dengan selawat:
Allahumma Solli ‘Ala Sayyidina Wa Maulana Muhammad
Ya Allah anugerahkanlah kesejahteraan ke atas junjungan kami ketua kami Nabi Muhammad
Para jemaah menjawab beramai-ramai:
Sollallaah Wasallama ‘Alaih
Berilah kesejahteraan dan keselamatan ke atasnya.
Disambung oleh bilal dengan lafaz:
Allahumma Solli ‘Ala Sayyidina Wanabiyyina Wahabibina Wa Syafi-‘Ina WaZukh Rinaa Wa Maulaanaa Muhammad
Ya Allah, anugerahkanlah kesejahteraan ke atas junjungan kami, kekasih kami, yang mensyafaatkan kami (kelak), pertaruhan kami, dan pemimpin kami Nabi Muhammad.
Para jemaah menjawab:
Sollallaah Wasallama ‘Alaih
Berilah kesejahteraan dan keselamatan ke atasnya.
Seperti selepas rakaat keempat, pada rakaat kelapan juga imam atau bilal akan membacakan doakan doa ini.
Doa Selepas Rakaat 8
Allahumma inna Nas Aluka Ridho Ka Waljannah Wa Na’Uzubika Min SaKhotika-wannar. Allahumma innaka ‘Affuwwun Karimun, Tuhibbul ‘Afwa Fa’fu ‘Anna, Wa ‘An Waa Lidinaa Wa An Jami’il Muslimina Wal Muslimat, Birahmatika Ya Arhamarrohimin. Wasollollahu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa ‘Ala Alihi Wasohbihi Wabaaroka Wasallam
Dengan nama Tuhan, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, semoga kami mendapat keredhaanMu dan syurgaMu, dan kami berlindung kepadaMu dari murka dan api nerakaMu. Ya Allah, engkaulah maha pengampun yang murah hati, Maha Melindungi, jadi ampunkan kami, ibu bapa kami, dan semua muslimin dan muslimat, demi Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dari Allah kepada ketua kita Nabi Muhammad, keluarga, sahabat baginda, dan keberkatan dan kedamaiannya.
Sesudah doa, bilal menyebut lafaz taradhi:
Al-Khilafatur-raabi’ Ba’da RasuuLillahi Sollallahu ‘Alaihi Wassallam Amiirul Mu’minin Sayyidinaa Aliy-yubni Abi Thalib Karamallahu Wajhah
Khalifah keempat setelah Rasulullah, semoga Tuhan memberkatinya dan memberinya kedamaian, pemimpin orang-orang beriman, Saidina Ali bin Abi Talib RA.
Para jemaah menjawab:
Radiyallahu Anh
Telah reda Allah ke atas beliau
Setelah selesai 8 rakaat Tarawih, maka bacalah doa Tarawih seperti di bawah ini
Doa Selepas Solat Tarawih
(Doa Kamilin)
Setelah selesai 8 atau 20 rakaat dan bacaan selawat, imam mengakhiri solat sunat Tarawih dengan membaca doa ini:
Bismillahirrahmanir rahim.
Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin. Wassolatu Wassalamu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa ‘Ala Alihi Wasohbihi Ajmain, Allahummaj ‘Alna Bil Imani Kamilin, Walifara idhika Muaddin. Wa Lissolati Haafizin. Wa Lizzakati Faa Ilin, Wa Limaa ‘Indaka Tholibin, Wa Li ‘Afwika Raajiina Wa Bil Hudaa Mutamassikiin.
Wa Anil Laghwi Mu’ridhiin. Wa Fiddunya Zaahidin. Wa Fil Aakhirati Ra Ghibin. Wa Bil Qadaa I Raa Dhiin. Wa Binnu Amaa I Syaakirin. Wa Alal Balaa Ya Saabiriin. Wa Tahta Liwaa I Sayyidinaa Muhammmadin Sallaahu Alaihi Wa Sallama Yaumal Qiyamaati Saa Iriin. Wa Ilal Haudhi Waaridiin. Wafil Jannati Daakhiliin.
Wa Alaa Sariiratil Karaa Mati Qaa Idiiin. Wa Bihuurin Linim Mutazawwijiin. Wa Min Sundusiw Waistabraqiw Wadiibaajim Mutalabbisiin. Wa Min To Aamil Jannati Aa Kilin. Wa Mil Labaniw Wa Asalim Musoffaini Syaaribiin. Bi Akwaa Biw Wa Abaariiqa Wakaksim Mimma ‘In. Ma Allaziina An Amta Alaihim Minan Nabiyyiina Wassiddiiqiina Wasy Syuhadaa Iwassoolihin.
Allahummaj ‘Alna Fii Haazihil Lailatisy Syahrisy Syariifatil Mubaarakati Minassu Adaail Maqbuuliin. Wa Alaa Taj ‘Alnaa Allaahumma Minal Asy Qiyaa Ilmarduudiin. Ilaahana Aafinaa Wa’fu Annaa Waghfir Allaahumma Lanaa. Waliwaalidiina Wali Ummahaatina Wali Ikhwaaninaa Wali Akhawaatinaa Wali Azwaajinaa Wali Ahliinaa Wali Ahli Baitinaa Wali Ajdaadinaa Wali Jaddatinaa Wali Masyaa Ikhinaa Wali Mu Allimiinaa, Wa Jamii Il Muslimiina Wal Muslimaati Wal Mukminiina Wal Mukminaat., Al Ahya I Minhum Wal Amwaat.
Waktubillahummas-Salaamata Wal Aafiyata Alai Na Wa Alaa Abiidikal Hujjaaji Wal Ghuzaati Wazzuwaar, Wal Musaafiriina Wa Muqiimiina Fil Barri Wal Bahri Minal Muslimin.
Waqinaa Syarrazh Zholimin. Wan Surnaa Alal Qaumil Kaafiriin, Ya Mujiibassaa Iliin. Wakh Tim Lanaa Yaa Rabbanaa Minka Bikhairiyyaa Arhamar Raahimin, Wassollahu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa ‘Ala Alihi Wasohbihi Wassallam. Walhamdulillahi Robbil Aalamin.
Maksudnya:
Segala puji untuk Allah Tuhan sekalian alam, sebagai pujian yang menyempurnakan nikmatNya dan mencukupkan pertambahannya. Wahai Tuhan kami, bagiMu pujian seperti yang selayakNya dan kemudian ZatMu dan kebesaran pemerintahanMu. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad dan keluarga serta sahabat-sahabatNya. Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah iman kami iman yang sempurna. Segala kewajipan zakat kami laksanakan dan segala apa yang ada di sisiMu kami pohonkan dan keampunanMu kami harapkan. Kami berpegang dengan petunjukMu dan menjauhi perkara yang sia-sia, zuhud dengan dunia dan cinta akhirat, redha dengan ketentuanMu, bersyukur dengan nikmat-nikmatMu, dan bersabar dengan bala bencana. Kami berlindung di bawah panji-panji Nabi Muhammad pada hari kemudian, kami berkehendak kepada perlindunganMu dan dapat memasuki syurgaMu dan duduk di atas katil yang mulia (di syurga), berkahwin dengan bidadari-bidadari dan memakai perhiasan-perhiasan di syurga, memakan makanan di Syurga, minum susu dan madu yang suci dari gelas-gelas yang indah bersama mereka yang telah Engkau beri nikmat daripada golongan nabi-nabi, rasul-rasul, para syuhada dan orang soleh. Ya Allah, jadikan kami pada malam yang mulia dan penuh keberkatan ini daripada orang yang berbahagia kerana diterima amalannya, dan janganlah jadikan kami orang yang berdukacita kerana ditolak amalan kami. Ya Tuhan kami, afiatkan kami dan berikan kami keafiatan, Ya Tuhan kami, ampuni kami, ibu bapa kami, saudara-saudara kami, suami/isteri kami dan guru-guru kami dan mereka yang kami ajarkan, dan mereka yang mempunyai hak ke atas kami, dan mereka yang mencintai kami dan berbuat baik kepada kami, dan mereka yang membimbing kami dan yang kami bimbing kepada kebaikan, dan mereka yang berwasiat kepada kami dan yang kami wasiatkan dengan doa, dan seluruh muslimin dan muslimat. Dan Ya Allah, tulislah keselamatan dan keampunan untuk kami dan ke atas hamba-hambaMu yang terdiri daripada para jemaah haji dan umrah, peniaga-peniaga, orang yang berziarah, musafir-musafir dan orang yang bermukim, di darat atau di laut yang terdiri daripada orang Islam. Dan jauhkan kami daripada orang yang zalim, dan bantulah kami menghadapi orang kafir, wahai Tuhan yang memperkenankan orang yang bermohon. Dan sempurnakanlah untuk kami wahai Tuhan kami daripadaMu dengan kebaikan wahai Tuhan Yang Maha Pengasih daripada segala segala yang mengasihani. Selawat dan salam ke atas sebaik-baik kejadian, Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya dan Sahabat-sahabatnya, dan segala puji untuk Allah Tuhan sekalian alam.
Bacaan Sebelum Mengerjakan Solat Witir
Selepas berdoa, diikuti dengan solat sunat witir sebanyak tiga rakaat.
Solat witir didirikan sebanyak 3 rakaat dengan dua salam.
Untuk memulakan Solat Sunat Witir, bilal menyeru:
Lafaz bilal untuk awal Ramadan sehingga malam 15 Ramadan
Autiruu Wa Majjidu Wa ‘Azzimu Syahrokum Syahrossiyami Rahimaku-mullah.
Berwitirlah kamu, muliakan dan agungkanlah kamu akan bulan kamu iaitu bulan puasa. Mudah-mudahan kamu semua dirahmati Allah.
Lafaz bilal untuk malam 16 Ramadan hingga akhir Ramadan (ada doa qunut):
Autiruu Wa Majjidu Wa ‘Azzimu WaqNutu Syahrokum Syahrossiyami Rahimaku-Mullah.
Berwitirlah kamu, muliakan dan agungkanlah serta berqunutlah kamu akan bulan kamu iaitu bulan puasa. Mudah-mudahan kamu semua dirahmati Allah.
Makmum menjawab beramai-ramai:
Assolatu laa ilaha illallaah
Dirahmati, tiada Tuhan melainkan Allah
Allahumma Solli ‘Alaa Sayyidinaa Muhammad
Ya Allah, rahmat dan salam sejahtera kepada junjungan besar kami, Nabi Muhammad.
Sollallahu Wasalllama ‘Alaihi
Selawat dan salam dari Allah ke atasnya.
Allahumma Solli ‘Alaa Sayyidina WamaulaaNaa Muhammad
Ya Allah, rahmat dan salam sejahtera kepada junjungan besar kami, ketua kami, Nabi Muhammad.
Sollallahu Wasallama ‘Alaihi
Selawat dan salam dari Allah ke atasnya.
Allahumma Solli ‘Alaa Sayyidinaa Wa Nabiyyinaa Wa Habibina Wa Syafii’Inaa Wa Zuhrina Wa Maulaanaa Muhammad
Ya Allah, rahmat dan salam sejahtera kepada junjungan besar kami, kekasih kami, ingatan kami, ketua kami, Nabi Muhammad.
Sollallahu Wasallama ‘Alaihi
Selawat dan salam dari Allah ke atasnya.
Lakukan solat witir 3 rakaat dengan 2 salam.
Nota
Pada malam ke-16 hingga akhir bulan Ramadan, disunatkan membaca Doa Qunut para rakaat yang akhir solat sunat witir.
Doa Qunut tersebut adalah sama seperti doa qunut solat fardu subuh
Wirid & Doa Penutup Selepas Witir
Selesai Solat Witir, bacalah wirid dan doa penutup sebagaimana berikut:
Selepas solat sunat witir dibaca tahlil pendek
Bacaan dimulai dengan ucapan di bawah sebanyak dua kali:
Yaa Latiffu Ya Kafii Ya Hafizu Ya Syafii
Maksudnya:
Wahai Maha Lemah Lembut, Maha Mencukupi, Maha Memelihara, Maha Menyembuhi.
Kemudian disambung dengan ucapan di bawah sebanyak satu kali.
Yaa Latiffu Ya Wafii Ya Karimmu Antallah
Maksudnya:
Wahai Maha Lemah Lembut, Maha Setia, Maha Mulia, Engkaulah Allah.
Seterusnya zikir tahlil seberapa banyak yang disukai:
Laa ilah Ha illallah
Maksudnya:
Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah.
Selesai wirid, maka tutuplah solat pada malam tersebut dengan Doa Penutup ini:
Allahumma Rabbana Taqabbal Minna Solatana Wasiyamana Waqiyamana Waruku Aana Wasujudana Wata Khosyu Aana Wata Aabbu Dana Wata Dorru Aana Watammim Taksii Rana Ya Allah, Birahmatika Ya ArhamarRaahimin, Ya Rabbal Aalamin. Wasollallahu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa ‘Ala Aalihi Wasohbihi Wabaroka Wasallam, Walhamdulillahi Rabbil ‘Alamin.
Maksudnya:
Ya Tuhan, Tuhan kami, terimalah doa dan puasa kami, doa kami, doa kami, sujud kami, ibadah kami, penghormatan kami, dan keletihan kami, dan kesulitan kami, dengan rahmatMu, kasihanilah wahai Tuhan sekalian alam. Dan selawat dan salam Allah kepada ketua kita Muhammad, keluarga, sahabat baginda, dan keberkatan serta kedamaian, dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.
Tujuan Selawat Antara Solat Tarawih
Amalan berselawat antara tarawih ini merupakan amalan yang dilakukan sejak turun temurun dalam kalangan penduduk di nusantara ini. Hal ini bertujuan untuk mengisi dan meraikan makna tarawih itu sendiri.
Perkataan Tarawih berasal daripada perkataan “raaha” yang bermakna istirahat, atau santai, atau tidak tergesa-gesa dalam pelaksanaannya, dalam erti kata lain ialah tidak terus berdiri setelah selesai daripada dua rakaat tarawih, namun seseorang itu boleh istirahat beberapa minit dengan berzikir, berselawat, berdoa dan seumpamanya.
Dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah, para fuqaha’ bersepakat akan pensyariatan istirahah pada setiap empat rakaat tarawih kerana ia merupakan warisan daripada para salaf. Mereka memanjangkan qiyam dalam tarawih, dan imam serta makmum berehat setelah 4 rakaat tarawih.1
Imam Zakariyya Al-Anshaariy berkata: “Dan dinamakan bagi setiap empat rakaat tarwihah kerana mereka dahulu berhenti berehat setelahnya, iaitu beristirehat.” 2
Al-Kasani berkata: Bahawa setiap kali imam solat tarwihah, maka imam duduk antara dua tarwihah dengan kadar tarwihah dengan bertasbih, bertahlil, bertakbir, berselawat ke atas Nabi SAW, dan berdoa. 3
Namun begitu, perbuatan meninggalkan istirahah ini juga adalah dibolehkan, tetapi melakukannya adalah lebih utama daripada meninggalkannya. Al-Mardawi berkata: “Adanya istirahah selepas setiap empat rakaat dengan rehat yang singkat. Hal ini dilakukan oleh para salah, dan tidak ada salah jika meninggalkannya. 4
Justeru, dalam hal ini, para ulama’ terdahulu tidak pernah menetapkan amalan-amalan yang perlu dilakukan antara setiap tarawih melainkan amalan yang bersifat umum seperti berzikir, berselawat, membaca al-Quran, berdoa dan seumpamanya bagi mengisi waktu istirahah antara tarawih tersebut.
Malah ketika mana penduduk Makkah melakukan solat tarawih sebanyak dua puluh rakaat, mereka melakukan tawaf di Kaabah sebanyak 7 kali pusingan pada setiap dua kali tarwihah. Hal ini menyebabkan penduduk Madinah menambah rakaat Tarawih kepada 36 rakaat bagi mengimbangi amalan yang dilakukan oleh ahli Makkah.
Al-Sarkhasiy berkata : “Hal ini kerana sesungguhnya ia dinamakan dengan nama tarawih yang bermakna istirehat dan istilah ini diambil daripada perbuatan para salaf dan penduduk Haramain. Sesungguhnya penduduk Makkah melaksanakan tawaf tujuh kali diantara setiap dua tarwihah sebagaimana diriwayatkan kepada kami daripada Imam Malik.” 5
Dalil Seruan Bilal Semasa Solat Tarawih
Sandaran bagi seruan bilal ketika solat tarawih adalah berdasarkan hadis riwayat Sayidatina ‘Aisyah, yang bermaksud:
Telah berlaku gerhana matahari pada zaman Nabi SAW, lalu baginda menghantar seorang yang menyeru dengan ucapan assolatu jami’ah (Ayuh solat berjemaah)
– Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Diqiaskan solat tarawih dengan solat gerhana kerana kedua-dua solat ini sunat dikerjakan secara berjemaah.
Justeru, bagaimana ungkapan tersebut disunatkan pada solat gerhana, ia juga digalakkan pada solat sunat tarawih atas pandangan sebahagian ulama fiqh.
Imam al-Nawawi ada menjelaskan dalam kitab al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab juz 3 halaman 77, yang bermaksud:
Begitu juga digalakkan menyeru dengan ucapan assolatu jami’ah untuk solat tarawih yang dilakukan secara berjemaah”
Hukum Menyebut “Rahimakumullah” Dalam Selawat Solat Tarawih
Ungkapan tersebut membawa maksud yang baik iaitu, “Semoga kalian dirahmati oleh Allah.”
Ia termasuk dalam keumuman bahawa harus berdoa tanpa dibataskan dengan waktu-waktu tertentu, lebih-lebih lagi tidak ada satu pun dalil sahih yang melarang kita berdoa untuk saudara-mara agar mereka memperoleh rahmat Allah SWT.
Kesimpulan
Ungkapan-ungkapan selawat dan melafazkan kalimah tauhid sebelum memulakan solat demi menzahirkan keimanan kepada Allah, bertepatan dengan apa yang disebutkan oleh Nabi SAW:
“Sesiapa yang berqiam pada bulan Ramadan dengan penuh keimanan serta mengharapkan ganjaran, nescaya diampunkan baginya dosa-dosa yang terdahulu”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Hukum Membaca Selawat dan Taradhi Dalam Solat Tarawih
Taradhi bermaksud Menyebut Nama Sayyidina Abu Bakar, Umar, Utsman dan Ali RA. Perkara ini diperbolehkan, bahkan disunatkan jika berniat untuk membaca selawat atau taradhi secara umum.
Boleh rujuk:
- Bughyah al-Mustarsyidin, ms.25
- Al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra, 1/266 (Sumber ambilan: Ngaji Fiqih, 1/251-252)
- 1157 Persoalan Solat, Ustaz Muhadir Haji Joll, ms.1294
DOWNLOAD PANDUAN INI (PDF)
Anda boleh memuat turun Panduan Bacaan Bilal Tarawih ini secara PERCUMA.
Daftarkan nama dan alamat emel anda di bawah, dan panduan ini (PDF) akan dihantar segera terus emel anda!
Penutup
Setelah selesai melaksanakan solat witir, maka selesailah Solat Sunat Tarawih untuk malam tersebut.
Ambillah peluang ini untuk beramah mesra sesama keluarga untuk mengeratkan hubungan silaturrahim.
Semoga kita semua mendapat keberkatan di bulan Ramadan yang mulia ini.
Tinggalkan Komen Anda..
Bacaan doa tak habis. Sampai tengah2 bacaan terus terpotong.
salam.. doa kamilin tu, dah 4 thn sy guna, dulu dia boleh dipause, dicepatkan, diundur balik. Tp thn ni dia keluar LIVE BROADCAST. Takde button utk tarik ke dpn ke blkg ikut kita nak mcmana. Lps tu, sy punya dia x sampai habis, tiba2 3 suku doa, dia stop dan automatic ulang blk. Sy saje ke ada masalah ni?
Walaikumsalam,
Masalah teknikal ini timbul setelah update terbaru dari wordpress (platform web ini). InsyaAllah saya akan cari jalan untuk memperbaiki masalah ini.
Saya memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi oleh puan
Ok Tuan, tima kasih kerana jwp mesej sy. Harap dpt kembalikan juga button mcm dulu2, boleh tarik ke blkg kalu nk dgr semua atau tolak ke dpn. Terima kasih bnyk.
InsyaAllah saya usahakan
Saya dah fix kan masalah tersebut. Boleh saya minta puan tolong buat ujian dari device puan masih ok ke belum masalah button audio player tu?
Eh audio utk doa selepas terawikh dah tak ke? Tetiba sya cari dh tak da😔setiap hari sya ikut dan amiin kan audio tu je..
Saya pun dah bertahun ikut audio bacaan doa tersebut. Mmg sedap suara nya. Tapi sedih tahun ni dah takde…😞mintak di letak kan semula
Minta maaf atas kesulitan yang dihadapi.
Sebenarnya berlaku sedikit kesilapan teknikal dan saya tak menyedarinya.
Audio tersebut telah dikembalikan bersama doa tersebut. Terima kasih atas makluman.
Kalau boleh mintak kembalikan juga audio utk doa selepas rakaat ke-4. Terimakasih
Kan..betul sya pun suka bacaan suara audio tu,rasa macam berjemaah kt masjid dan suasana tu rasa damai sangat..
boleh sya tahu suara ustaz mana ya,klu kt YouTube ada tak bacaan beliau yg boleh sya rujuk dan dengar utk surah² lain..
Minta maaf atas kesulitan yang dihadapi.
Sebenarnya berlaku sedikit kesilapan teknikal dan saya tak menyedarinya.
Audio tersebut telah dikembalikan bersama doa tersebut. Terima kasih atas makluman.
Alhamdulillah..Terima kasih banyak ya..memudahkan utk panduan kami beribadah bulan ramadhan yg mulia ini..semoga Allah merahmati awak!
Terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat ini.. Moga Allah memberkati atas usaha cikgu.. Aamiin
Alhamdulillah, sama-sama tuan ツ
Terima kasih abg . hahaha….akhirnya…bole juga jdi imam diri sendiri hahaha ….👍👍 Mantap.. hahaha….
Sama-sama adik 😂
Terima kasih atas perkongsian ini. Sangat membantu saya untuk solat sendirian.
Alhamdulillah, sama-sama ツ
Alhamdulillah. Terima kasih atas perkongsian ini Saudara Muhamad Naim.
Jazakallahu khairan kathira
Alhamdulillah, sama-sama.
Gembira dapat membantu ツ
Assalamualaikum masyaallah tabarakallah… Subhanallah… Ilmu yang berguna dan bermanfaat untuk saya dan semua yang sedang mencari.. Syukur alhamdulillah ya Allah.. Terima kasih kerana berkongsi sahabat… Assalamualaikum..
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas segala nikmat dan ilmu yang telah Dia kurniakan kepada kita. Saya bersyukur dapat berkongsi ilmu yang bermanfaat, dan lebih lagi mendengar ia memberi manfaat kepada anda dan kepada semua yang sedang mencari.
Semoga apa yang kita kongsi dan pelajari bersama dapat menjadi amal jariah untuk kita semua dan dan menjadi amal baik kita di yaumal Mahsyar kelak, insyaAllah.
Terima Kasih byk2 di atas perkongsian ilmu yg bermanfaat.Semoga ALLAH SWT memberkati kalian .. Insya ALLAH Aamiin
Alhamdulillah, terima kasih atas kata-kata baik dan doa anda. Semoga Allah SWT juga memberkati anda dan keluarga, serta memberikan kekuatan dan keberkatan dalam setiap langkah dan usaha baik kita.
InsyaAllah, semoga kita semua diberikan kesihatan, kebahagiaan, dan keberhasilan dalam dunia dan akhirat. Amin.
Terima kasih atas perkongsian ini. Sangat membantu saya untuk solat sendirian.
Alhamdulillah, gembira saya mengetahuinya. ツ