Hukum: Adakah Suami Berhak Atas Duit Isteri?

duit isteri

Adakah suami berhak ke atas duit isteri?

Dan apakah hukum suami mengawal duit isteri?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN:

Saya seorang isteri yang bekerja dengan izin suami saya dan saya mempunyai pendapatan bulanan.

Yang menjadi persoalan saya ialah suami saya membuat peraturan yang mana dia akan simpan separuh dari gaji yang saya terima dan separuh lagi untuk perbelanjaan tapi saya tidak setuju.

Adakah suami berhak atas duit isteri ustaz?


JAWAPAN:

Peraturan syarak menetapkan dalam pendapatan isteri itu suami tidak ada hak atasnya manakala dalam pendapatan suami itu isteri ada hak atasnya.

Tersebut pada kitab Al-Mausu’atul Fiqhiyah, ertinya:

Telah berjalan oleh majoriti ulamak mazhab Hanafi dan Syafie dan yang paling kuat disisi mazhab Hanbali kepada bahawasanya perempuan yang telah baligh dan cerdik adalah dia berhak membelanjakan hartanya sendiri dengan bersedekah atau berjual beli samada perempuan tersebut sudah berkahwin atau belum berkhawin.

Dan atas yang demikian itulah tidak wajib atas perempuan itu meminta izin suaminya jika dia hendak bersedekah.”

Kesimpulan

Jika isteri tidak bersetuju wangnya diambil oleh suami maka suami tidak boleh mengambilnya.

Isteri boleh membelanjakan wangnya sendiri tanpa wajib meminta izin suaminya terlebih dulu tetapi sunat isteri memberitahu suaminya tentang perbelanjaannya.

Ada pun jika isteri mahu berbelanja wangnya sendiri kepada perkara lagha atau perkara maksiat maka suami ada hak melarangnya dan isteri wajib taat apabila suaminya melarang pada masalah seperti ini.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments