Bacaan Doa Pagi

doa pagi

Bagaimana doa pagi?

Panduan ini memaparkan doa pagi yang indah dan permudahkan dengan audio serta tulisan rumi.

Mengapa Perlu Doa Pagi?

Doa pagi seharusnya diamalkan kerana akan membuat kita lebih semangat di pagi hari dan dimudahkan Allah dalam segala urusan.

Bilakah waktu terbaik membaca doa ini?

Waktu yang afdal dibaca saat masuknya waktu Subuh hingga matahari terbit.

Namun jika tidak sempat, boleh juga dibaca sampai matahari akan jatuh ke barat (mendekati waktu Zuhur).

Doa tersebut adalah:

 Ashbahna ‘ala fitratil Islam, wa kalimatil Ikhlas, wa diini nabiyina Muhammad, wa milati Ibrahim, Hanifan musliman wa ma ana minal musyrikin 


Maksudnya:
Di waktu pagi kami berada diatas Fitrah agama Islam, kalimat Ikhlas, agama Nabi Muhammad SAW dan Agama ayah kami Ibrahim yang berdiri diatas jalan yang lurus dan tidak tergolong orang yang Musyrik

— HR.Ahmad III/406, 407


Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahawa sanad hadis ini sahih sesuai syarat Bukhari Muslim. Lihat pula As Silsilah Ash Shahihah no. 2989.

Catatan:
Doa ini hanya dibaca di pagi hari.

Riwayat yang menyatakan dibaca juga saat petang hari adalah riwayat yang lemah.

Sebagaimana dinyatakan oleh Syaikh ‘Abdul ‘Aziz Ath Thorifi dalam Adzkar Ash Shobaah wal Masaa’, hal. 65.

Sumber audio adalah Munif Ahmad (Hijjaz) dari Youtube

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments