Apakah Tujuan Hidup Kita Sebenarnya?

Tujuan Hidup
Apakah tujuan hidup kita di dunia ini sebenarnya?

Pernah anda terfikir, mengapa manusia wujud di dunia ini?

Untuk apa?

Apa tujuan  hidup manusia di dunia ini?

Ke mana kita akan pergi dan ke mana akhirnya kehidupan ini?

Sebahagian orang ada yang memilih untuk tidak mahu pening-pening memikirkan pertanyaan di atas kerana  menganggap tiada kaitannya dengan kehidupan yang nyata.

Hidup tanpa tujuan akan membuat hidup kita terasa hampa.

Tanpa mengenal tujuan hidup, kehidupan ini menjadi sesuatu yang rutin dan membosankan.

 

Manusia Umumnya Takut Dengan Sesuatu Yang Tidak Diketahuinya..

Misalnya yang paling sederhana, manusia biasanya takut atau sekurang-kurngnya tidak selesa berada di tempat gelap.

Mengapa?

Kerana di tempat gelap kita tidak dapat menguasai situasi.

Kita tidak tahu ada apa di sekitar kita. Apakah ada sesuatu yang membahayakan kita atau tidak.

Sehingga di tempat gelap kita selalu diliputi perasaan was-was, ragu-ragu dan khuatir.

Oleh kerana itu kebanyakan orang tidak mahu  memasuki ruangan yang gelap.

Demikian juga orang yang tidak tahu tujuan hidupnya selalu diliputi keraguan.

Kerana mereka tidak tahu ke mana akhirnya kehidupan ini.

Mereka tidak tahu apa yang akan terjadi setelah mati.

Orang seperti ini ibarat disuruh memasuki ruangan yang gelap, dia dibayangi ketakutan akan sesuatu yang tidak diketahuinya mengenai kematian. 

Dia akan berusaha memuaskan hidupnya di dunia seolah-olah dia akan kekal di dalamnya.

Padahal dia tahu bahawa setiap orang pasti akan mati, hanya dia sengaja tidak mahu memikirkannya  ketidaktahuannya itu.

 

Ada Pula Orang Yang Merasa Memiliki Tujuan Hidup, Namun Tujuan Yang Dipilihnya Adalah Salah

Orang yang salah dalam menentukan tujuan hidup akan merasa tidak tenang.

Mengapa tidak tenang?

Kerana umumnya orang yang tidak mengetahui hakikat tujuan hidup yang sebenarnya, dia cenderung untuk menggantungkan tujuan hidup ini dengan sesuatu yang bersifat duniawi.

Padahal sesuatu yang bersifat duniawi adalah tidak kekal.

Sehingga suatu masa apabila harta yang menjadi tujuannya tersebut gagal tercapai atau hilang musnah, maka dia akan stress dan kekecewaan sehingga diakhiri dengan bunuh diri.

Allah berfirman di dalam Al-Quran bahawa tujuan manusia dihidupkan di muka bumi ini tidak lain adalah untuk beribadah kepadaNya.

Aku tidak menjadikan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu”

— Q.S. 51:56

Kewajipan kedua, seorang hamba ialah harus memandang tuannya sebagai yang berhak mengatur dan memerintah dirinya.

Sebagai kesannya dia harus patuh kepada semua perintah Tuannya.

Tentu tidak dibenarkan apabila seorang hamba mematuhi sebahagian perintah tuannya tetapi membangkang terhadap sebahagian perintah lain.

Untuk dapat melaksanakan perintah tuannya tersebut, seorang hamba harus mempelajari dengan teliti apa yang dikehendaki dan dimahukan oleh tuannya.

Kewajipan ketiga seorang hamba adalah menghormati dan menghargai tuannya.

Hamba harus mengikuti tatacara yang ditentukan tuannya dan harus  memberikan sikap hormat dan menyatakan sumpah setia pada saat-saat tertentu.

Inilah yang diperintahkan Allah melalui upacara ritual yang bernama solat.

Dimana dalam solat tersebut kita diminta untuk mengucapkan sumpah setia lima kali dalam sehari.

Dalam solat tersebut kita juga diminta membaca  sebahagian surah Al-Qur’an supaya kita mengingati perintah-perintah Allah

 

Penutup

Kita sebagai wakil Allah yang mulia dimuka bumi, maka fasiliti yang diberikan untuk menyokong pelaksanaan tugas sehingga dapat dimanfaatkan oleh manusia.

Allah juga memberi bekal rezeki yang cukup kepada manusia.

Dan sungguh telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan lautan, Kami beri mereka rezeki yang baik dan kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna di atas makhluk lain yang telah kami ciptakan”

Surah al-Israa’ ayat 70

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

84 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
TANGAN
TANGAN
2 tahun yang lalu

Tuhan hanya mampu menghukum saja sedangkan aku tak mintak pon untuk hidup tetine aku kena dengar ckp tuhan sbb dia jadikan aku maka itu aku kena taat pada perintah dia sedangkan bukan aku yg mintak tuhan yg memandai hidupkan lepastu nk menghukum je .aku tak ank pon lah hidupkan dunia yg macam taik dunia mcm bangsat ni dan aku xnk pon la jd umat sesiapa aku xnk pon hidup .nanti ada yg ckp mana boleh kite persoalkan kerja tuhan.”EH KENAPA PULAK AKU TK BERHAK PERSOALKAN KERJA TUHAN ???NIE HIDUP AKU DIRI AKU JADI AKU BERHAK BERTANYA APA PON AKU BERHAK BERCAKAP APA PON SBB BAGI AKU HIDUP INI BENDA YG NONSEN BETUL .TUHAN TU NK HIDUPKAN AKU PON TK DE TANYA2 TAU2 SUH IBADAH TAU2 SUH HIDUP KT DUNIA BODOH NI LEPASTU TAU2 TUHAN TU NK BAGI DOSA .TAU2 NK BAGI ORG MASOK SYURGA ATAU NERAKA TUHAN BUAT AKU SESUKE HATI SEDANGKAN BUKAN AKU MINTAK UNTUK HIDUP AKU XMINTAK NK HIDUP AKU TAK MINTAK AKU TAK MINTAK AKU TAK MINTAK UNTUK HIDUP KAT DUNIA NI .AKU TAK TAHU KENAPA AKU SESAT KT DUNIA NI BANGANG NI DUNIA NI BUKAN TEMPAT AKU .AKU BENCI HIDUP AKU BENCI DUNIA TANYA AKU DULU TUHAN SEBELUM NAK HIDUPKAN AKU JANGAN MAIN HIDUPKAN JE JT DUNIA LEPASTU AKU BUAT DOSA KAU NK HUKUM AKU BERGITU SAJA TIDAK ADIL BAGI AKU

kecewa
kecewa
4 tahun yang lalu

mengapa kita diciptakan dg di berikan perasaan untuk memberontak, membangkang, selalu memiliki segudang pertanyaan tanpa akhir, kita dikatakan lebih baik penciptaannya dr malaikat dan iblis, dan kita semata2 di ciptakan untuk beribadah, tetapi kenapa kita di suruh patuh, bila tidak neraka hukumannya yg tidak sanggup kita menerimanya, kenapa kita tidak seperti malaikat yg sllu tunduk tanpa komen.. mengapa kita di ciptakan seperti ini yg membuat diri kita merasa membenci diri kita sendiri.. ingin mati tapi tidak bisa, ingin hidup tapi tidak tahu dan merasa lelah.. seolah2 aku hanya berjalan di lorong kosong.. mohon tunjukan aq jalan

Mila
Mila
5 tahun yang lalu

Allahuakbar???
Dikala aku diketemukan semula dengan kekasih lama setelah lebih 20 tahun..masing2 sudah punya kehidupan..aku nangis terus mikirin Gaya hidupnya . Ya Allah…ustaz. memang American style ngak solat puasa, minum arak Dan langgan pelacur. Hati yg lemah ini mahu membantu..tp aku juga belum pastinya penghuni syurga. Bilangnya…ya itu pilihannya..mohon Bantu aku utk membantunya ustaz

No name
No name
5 tahun yang lalu

Saya terkadang bingung dan bertanya tanya, mengapa tuhan menciptakan kita? Apa tujuan tuhan menciptakan kita? Apakah tuhan menciptakan kita hanya untuk beribadah kepadanya? Kenapa tuhan begitu egois menciptakan kita tanpa harus berfikir perasaan makhluk yang diciptakannya?

Kalo difikir-fikir hidup ini seperti game, tuhan mempermainkan kita seenaknya..

Bagi kalian yang percaya pada tuhan tolong beri saya jawaban agar yang saya pikirkan itu salah:(

Indah
Indah
Reply to  No name
5 tahun yang lalu

Kasihan kamu

No name
No name
Reply to  No name
5 tahun yang lalu

Allah Ta’ala sudah menjelaskan dengan sangat gamblangnya di dalam Al Qur’an apa yang menjadi tujuan kita hidup di muka bumi ini. Cobalah kita membuka lembaran-lembaran Al Qur’an dan kita jumpai pada surat Adz Dzariyat ayat 56. Di sana, Allah Ta’ala berfirman,

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada-Ku.” (QS. Adz Dzariyat: 56)

Saudaraku … Jadi, Allah tidaklah membiarkan kita begitu saja. Bukanlah Allah hanya memerintahkan kita untuk makan, minum, melepas lelah, tidur, mencari sesuap nasi untuk keberlangsungan hidup. Ingatlah, bukan hanya dengan tujuan seperti ini Allah menciptakan kita. Tetapi ada tujuan besar di balik itu semua yaitu agar setiap hamba dapat beribadah kepada-Nya. Allah Ta

Abd halim
Abd halim
Reply to  No name
5 tahun yang lalu

Bila kita ini creation… kita tidak berhak untuk komplen apa2 yg creator buat… sama ada kita suka atau tidak. Adakah saya berhak untuk ajar atau paksa awak buat sesuatu ikut citarasa saya ? Jd… tolong beradab dengan Tuhan. Pun begitu Tuhan itu penyayang… Dia berkehendak bakar orang yang OUTSIDE THE RULES….. dan bagi syurga kepada yang INSIDE THE RULES. Jd… kenapa buang masa fikir nak komplen raja…. baik berusaha jd orang kesayangan raja. Masa berjalan…. dont waste time…..

Anggit
Anggit
Reply to  No name
4 tahun yang lalu

itu lah kehudupan kalo emang percaya ama ALLAH pertnyaan kaya gitu jangan dijadikan pertanyaan.???????

Hazim
Hazim
5 tahun yang lalu

Kadang membosankan kita hidup didunia ini

Fitri
Fitri
5 tahun yang lalu

Na bertanya bayak sedikit.. knapa susah angat na ubah hidup ni. knapa susahh sngat aku na bahagiakan ibu bapa aku. knapa susah sngat nak dapat rezeki yg kekal…. knapa ek.. aku da cuba mcm2 cara. aku skrang umue 25 tahun.. but stilll xde apa na dibanggakan.. aku smpai satu tahap tu give sngat2 dgn hidup ni.satu lg knapa duduk rumah family rasa mcm duduk rumah org lain rasa xtenang.. aku penattt sngat2 dgn hidup nii.. penat sngat.. dosa hari2 masuk.. xthu la solat yang aku buat tu di terima atau tidak..

Anggit
Anggit
Reply to  Fitri
4 tahun yang lalu

sedosa apa pun kita kalo kita bertaubat pasti diampuni.inti nya kita percaya ama ALLAH????

Raissa
Raissa
5 tahun yang lalu

aku suka
ini menginspirasi yang tadinya frustasi jadi lebih berwarna hidup aku

Raissa
Raissa
5 tahun yang lalu

Saya ingin bertanya kenapa orang tua selalu gak ngertiin anak ya?jadinya anaknya takut dan gagal maupun frustasi

pendamba husnul khotimah
pendamba husnul khotimah
5 tahun yang lalu

Tujuan hidup ya husnul khotimah… Ya Allah biha, ya Allah biha.. Ya Allah bihusnil khotimah

Syahrul
Syahrul
5 tahun yang lalu

Sy ingin bertanya kita hihup di dunia apa yg harus kita cari ustad ?

081818615000
081818615000
Reply to  Syahrul
5 tahun yang lalu

Mencari amal dan kebaikan sebnyak mungkin