Jangan Terlalu Tergesa – gesa Mengejar Jodoh

mengejar jodoh

mengejar jodoh | Photo credit to Syabab Musafir Kasih

Ketakutan terasa bila pendamping tidak kunjung datang. 

Kadangkala kita berasa tergesa – gesa seperti dikejar – kejar sesuatu. Padahal tidak ada yang mengejar kita. Hidup kita menjadi serta tidak teratur, serba rumit seakan tidak dikelola dengan baik. Gambaran – gambaran untuk mengisi waktu dan usia menjadi sangat tidak menentu.

Kiblat gaya hidup mengarah kepada Hollywood dan Bollywood. Hidup kita seakan diatur. Cara makan, apa makanannya, cara berpakaian, apa pakaiannya, cara berfikir, apa fikirannya dan bahkan cara menikmati tidur sekalipun.

Perlahan tapi pasti, gaya kita sudah ditetapkan sedemikian rupa. Tetapi kita tidak sedar. Bahkan kita sangat senang dan bahagia menikmati kebodohan ini.

Bandingkan diri kita ketika diminta menggunakan Al – Quran sebagai penunjuk jalan hidup. Kita mentah – mentah menolaknya. Kita berasa bahawa dengan menggunakannya, kita seperti dipaksa.

Tidak seronok, tidak bebas, tidak sesuai dengan hak asasi manusia. Padahal dalam Al – Quran itulah segala hal aturan tentang hidup dibicara dan dititahkan.

Itulah kalamullah dan bukan makhluk.

Terlalu tergesa – gesa mengejar jodoh?

Kebodohan ini juga berlangsung dalam kehidupan cinta kita. Memiliki pendamping hidup adalah sebuah kenescayaan. Kerana ada ruang dihati kita yang harus diisi.

Namun, gaya hidup yang berlaku di sekeliling, memaksa kita untuk berasa tergesa – gesa memilih pasangan. Padahal, kita pada waktu ini sebenarnya masih tidak memerlukan.

Yang kita perlukan adalah relationship dalam konteks sahabat. Teman sekelas, teman sepengajian dan teman sepermainan.

Di usia kita yang sangat belia, kita tidak perlu bermesraan bak suami isteri.

Namun kerana filem yang kita tonton, bacaan yang kita baca, cerita – cerita yang kita dengar, telah mengelabui dan kita akhirnya telah masuk dalam perangkap.

Hidup berasa tergesa – gesa sewaktu memiliki pendamping. Berasa ketakutan bila pendamping tidak kunjung datang. Akhirnya boleh ditebak, otak kita hanya melulu berterus – terusan memikirkan pasangan.

Bagaimana mendapatkannya, bagaimana menjaga hubungan dengannya dan bagaimana mendapatkan keuntungan daripadanya.

“Tidak ada pengalaman?”

Yang kita perlukan adalah bukan pengalaman dalam menjalin hubungan, akan tetapi mempelajari ilmu rumahtangga untuk mengelola sebuah hubungan suami – isteri.

Justeru bila kita berpengalaman dalam berganti – ganti pasangan ini menunjukkan ketidaksiapan kita menjalin sebuah hubungan. Bekal untuk menjalin hubungan tidak cukup kuat untuk menghadapi cubaan.

Berbeza jika kita sangat sedar bahawa menjalin sebuah hubungan cinta akan menghadapi konflik.

Kerana mengejar jodoh – semakin besar rasa harap dan keinginan kepada orang yang kita cinta, maka semakin besar pula risiko kita untuk berasa kecewa.

Jadi yang diperlukan ketika masih muda adalah memiliki ilmu hubungan cinta suami isteri. Bukan mencintai dalam konteks yang mudah gagal dan mudah rapuh.

Seterusnya saya menjemput pembaca untuk membaca sambungan artikel ini, Kenapa Harus Terburu – Buru Berkahwin?

# Apa pandangan anda mengenai artikel mengejar jodoh ini? Tinggalkan pandangan anda pada ruangan komen dibawah. Syukran Jazillan =)

.

Nota rujukan:

1. kerana cinta harus memilih (Ustaz Burhan Sodiq)

 

output_8vyUki

Masukkan alamat email anda untuk subscribe / melanggani blog ini dan menerima setiap artikel baru melalui e-mel.

Join 2,426 other subscribers

Comments

  1. erica says

    Klw aq sdh cukup umur, ada teman laki2 tp kenapa masih enggan menikah siiih….krn aq beranggapan menikah itu merepotkan…Pernyataan itu kan bukan umat Muhammad kan? Yaa Allah gmn aq bs sadar..

  2. shuha says

    sngt membantu.. bkn tergesa2 mahu dptkn jodoh.. tapi bila usia dah semakin meningkat menghampiri 30an.. namun jodoh masih blm tiba.. rasa risau tetap ada. ditambah pula dngn pertanyaan dari org sekeliling yg tak pernah berhenti..

    Saya positifkan diri dgn yakin yang Allah telah tetapkan jodoh tuk saya.. cuma masanyer blm tiba.. dan saya akan terus berusaha tuk menjemput jodoh saya.. Insyaallah akan datang jua jodoh yg terbaik dari Allah buat saya.. Amin

  3. aswani says

    Assalam….
    mungkin,sy salah seorg dari nya…yg terlalu runsing memikirkan soal jodoh….cuma yg pelik, bila sy yakin bahawa dia jodoh sy, dengan sekali pertemuan saja trus rasa sebaliknya….walhal dia org yg baik, selalu mengajak sy ke arah kebaikan…yg bnyk sedarkan sy tentang indah nya islam….bila di cerita kepada rakan sy,diorg suruh sy mandi bunga lah, itu lah ini lah….haih….ntah apa2….sekarang, sy berserah, bertawakal kepada Allah….yakin akam suatu hari nnti, jodoh insya allah ada….

  4. says

    hidup ini penuh dugaan. usaha ikhtiar jangan jemu. rakan2 yg menghadapi masaalah sebegini, saya mencadangkan untuk berjumpa seorang pengamal perubatan yang mengatasi masaalah jodoh ini secara Islamik, berdasarkan ayat2 Al-Quran. Ustaz Adi Wijaya bin Iskandar ni guru agama. bertugas di sekolah agama Daerah Pontian, Perawakannya pun sederhana. Sepanjang pengetahuan beserta saudara mara & sahabat handai menemui beliau nampaknya belum pernah perubatannya mengguna kemenyan atau benda2 kotor. Alamatnya : kampung Belahan Tampok, Rengit, Batu Pahat, Johor. Saya teruja melihat rakan kita dapat rakam beberapa foto perubatan beliau dalam :
    http://my.opera.com/saharaaban/albums/
    http://my.opera.com/saharaaban/albums/show.dml?id=14706102

    • julia rahmat says

      Suka baca kisah Sumirah Kasmiran tentang ustaz adi wijaya.
      Dia bukan bomoh tetapi guru yang mengajar
      di daerah Pontian, tinggal di kg belahan tampok,
      rengit, batu pahat. Walaupun begitu sering terlibat dengan
      proses pengubatan traditional.
      Ada 1 crita lagi kisah benar tentang ustaz ni……
      Mak bersama abang long dan isteri baru
      aje balik umrah dari Mekah, ambil pakej awal ramadhan.
      Bertolak akhir bulan Sa’ban lalu mereka selalu kemana-mana
      berempat : emak/abang/kakak ipar dan sorang lagi rakan
      mak (perempuan jiran sekampung). Ayah kami dah
      3 tahun lalu meninggal.
      1 malam selesai solat terawih mak saya terpisah dari
      kumpulan 4 orang tadi.Mak kebingungan untuk cari arah
      Jalan pulang. Waktu itulah dia terserempak dengan Ustaz
      Adi Wijaya ni. Mak kenal sangat ustaz tu sebab pernah
      bertugas mendidik di sekolah agama yang berhampiran
      rumah di kampong. termasuklah saya adalah bekas anak muridnya.
      Di pendekkan cerita setelah bertegur sapa dan menceritakan
      masaalahnya ustaz tu setuju untuk hantar mak balik ke penginapan.
      Mak ikut Ustaz tu berjalan dari belakang, Tidak kekok, gayanya
      macam dah biasa aje dengan selok belok jalan kota Mekah.
      Mak sempat tanya “ustaz bila sampai sini ?”.
      Ustaz Adi Wijaya jawab “Baru je… lepas maghrib tadi”.
      Lepas tu ok lah tak de apa berlaku, mak pun
      selamat sampai di penginapan semula.
      Misteri muncul bila mereka semua selamat pulang
      ke kampong halaman. Mak ceritakan kisah dia ditolong
      ustaz Adi Wijaya ketika sesat di Mekah. Jiran tetangga
      yang mengenal Ustaz tertanya-tanya sebab ada yang
      nampak ustaz ke sekolah mengajar seperti biasa waktu tersebut.
      Dua pupu kami juga mengatakan mereka bertemu
      Ustaz dalam tempoh tersebut berkaitan perubatan
      traditional di kediamannya.
      Jadi siapa Ustaz Adi Wijaya yang menolong Mak di Mekah?
      Adakah itu malaikat? Boleh seorang manusia berada
      di 2 lokasi dalam 1 masa? Apakah beliau memiliki
      kenderaan sepantas angin hingga membolehkannya
      bertugas di Johor, Malaysia siang hari dan dapat
      bersolat terawih di Mekahpada malamnya

  5. wan says

    setuju…
    kena jadi anak yang solehah dulu baru fikir pasal kahwin
    kalau tak boleh taat kat parents yg jaga dri kecik
    macam mana nak taat pada orang baru dalam hidu kita?

  6. sutra says

    salam..sya bkn jnis t’gesa tp kdg2 dtg jgk prasaan t’gesa2 tue. Alhamdulillah,buat msa ne sya b’serah pada Allah & sya pasti itu janji Allah terhadap umatNya

  7. ahsue says

    sya x tegesa2 byak yg dtng hanya nak bersuka je.bkn memilih tpi terkadang penat melayan ibu yg bertanya..apakah jodoh sya begitu sukar…

  8. mukadonat says

    ya saya setuju..perlu perbaiki diri..dan cr ilmu rumahtangga, kewangan, agama dan parenting..biar apa pun orang kata..semoga dgn usaha begitu Allah permudahkan mendapat jodoh yang juga bersedia dan terbaik untuk kita

  9. Jiya says

    Salam.. Sy tidak tergesa2. Tp dia dtg sendiri. Adakah itu jodoh sy? Bgaimana nak tahu jodoh itu milik kita?

    • says

      As Salam.. Jodoh itu seperti maut dan rezeki, kita tidak akan pernah dpt menjangkakan ia bagaimana dan bila.. mungkin ia datang cepat, mungkin ia datang lambat. Dan seseorang yg datang dalam hidup kita (bercinta/pacaran) belum tentu lagi dia jodoh kita..

  10. Zara says

    Salam…sy yakin Allah akn memberi yg terbaik.. jd, tdk perlu mngejar jodoh.. rse mcm terdesak…bersabarla..

      • says

        hmmm im one of them. kadang terfikir kenapa perlu tergesa-gesa kerana hanya bila mendengar sahabat-sahabat semua ingin berkhawin. sungguh tak sepatutnya berfikir macam ni kan. thanks for this article. :’)

        • says

          Ya,tergesa-gesa tidak kena tempat mmg tidak patut.. ini perkara besar, tidak boleh dibuat main.
          Semoga perkongsian dari Ust Burhan ini mampu dijadikan renungan untuk kita fikirkan bersama =)

  11. yan says

    tq.. membantu dr ini dlm membuat keputusan… seperti apa yg berlaku pd sy sekrg.. mmg pedih rsnye tp demi mencari redha Allah.. sy redha..

    • says

      Insyaallah sentiasa ada ganjaran terbaik buat hambanya yang menyerah kehidupan semata – mata keranaNYa.

      Just wait and see jodoh yg Allah kurniakan kepada awak nanti =)

  12. azeyla says

    betul sgt tu…asik kecewa jer klu tburu2 nie. dia x ready,kte plak x sabar2…so nmpak tdesak plak..last2 gaduh,ending bpisah la jawapnye…skrg nie bsabar jelah dan mohon pd Allah jodoh dgn si dia…

    • says

      Berpuasalah.. sebab dengan berpuasa itu mampu mengawal hawa nafsu.

      “Wahai sekalian pemuda-pemuda: Sesiapa di antara kamu yang mampu nikah (disebut dalam syarah makna hadis ini, “Nikah” bererti jima’, nafkah dan mahar)”, maka berkahwinlah; kerana sesungguhnya ia (kahwin) lebih menundukkan pandangan, lebih menjaga kemaluan. Dan jika dia tidak mampu, maka (digalakkan) berpuasa; itu adalah penjagaan baginya.”

      (Hadis Sahih Riwayat Al-Bukhari 1905, Muslim 1400)

  13. ukhti saida says

    betullah..syukran jazilan atas artikel ini..Alhamndulillah, sangat membantu hati dan fikiran yang selalu ke arah itu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *